Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 31 Mac 2015

Central Spine Road: Pesona Metro JV bags road project worth RM172m

KUALA LUMPUR: Pesona Metro Holdings Bhd and its joint-venture partnetrs have secured a RM172.7mil roadworks project, stretching from Merapoh to Kampung Kubang Rusa.

It said on Monday its unit Pesona Metro Sdn Bhd and the partners Pembinaan Kaleigh Sdn Bhd and Hanawin Sdn Bhd would undertake the project, which was expected to take 36 months to complete, effective from March 17.

The stretch would be along the Central Spine Road highway Package 3 linking Gua Musang, Kelantan to Kampung Relong, Pahang, specifically Section 3E2 from Merapoh to Kampung Kubang Rusa.

The new highway project is part of the East Coast Economic Region plan. Pesona Metro was previously awarded and has already completely roadworks for Section 3F of the highway from 2010 to 2013.

“We are very happy to say that despite the general outlook, 2015 will be a promising year for the group. So far, we have managed to secure the Merapoh to Kg. Kubang Rusa’s roadworks project and we are also in the midst of sealing some other deals,” said Pesona Metro Holdings managing director Wie Hock Beng.

Wie said he was confident about the group’s performance and that it was on a positive growth chart this year, citing its recent fourth quarter results earnings of more than RM61.6mil.

It also declared a single tier dividend of one sen to all its shareholders. Wie added that its current unbilled order book stood at a healthy figure of almost RM600mil.

“At the same time, we have submitted tenders and bids for works where the aggregate value is approximately RM1bil,” he said.

PMHB was selected as the main contractor to undertake the rehabilitation and beautification project of Sungai Melaka and its riverine embankment, a project that had a contract value exceeding RM234mil.
 
Source: The Star | Business | 2 March 2015

Central Spine Road: Pesona Metro bags RM172.7m road work job

KUALA LUMPUR: Pesona Metro Holdings Bhd’s wholly-owned subsidiary Pesona Metro Sdn Bhd has secured a joint-venture project worth RM172.72 million with Pembinaan Kaleigh Sdn Bhd and Hanawin Sdn Bhd for road works in Pahang.

In a statement today, the company said the contract entails road works for Section 3E2 (Merapoh to Kg Kubang Rusa), which is a part of the Central Spine Road Package 3, linking Gua Musang, Kelantan to Kg Relong, Pahang.

Pesona Metro (fundamental: 1.7; valuation: 0.3) had previously completed the road works for Section 3F of the highway in 2013. The works are expected to take 36 months from the date of procession of the site on March 17, 2015.

“We are very happy to say that despite the general outlook, 2015 will be a promising year for the group. 
 
“So far, we have managed to secure the Merapoh to Kg Kubang Rusa’s road works project and we are also in the midst of sealing some other deals which we will announce once the documentations are signed or as and when we receive the award letters,” said Pesona Metro managing director Wie Hock Beng.

At 4.36pm, Pesona Metro shares were unchanged at RM1. Its market capitalisation was RM512.83
million.
 
Source: The Edge Markets | 2 March 2015

Sabtu, 28 Mac 2015

Tiga pengedar dadah ditahan dan 895 pil kuda dirampas di Tanah Merah

Mohd Fadzir (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan pil kuda yang dirampas berikutan penahanan tiga lelaki pada sidang media di Bilik Gerakan IPD Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH: Tiga lelaki dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Taman Hiburan, dekat sini, awal pagi, kelmarin.

Pada kejadian jam 1.20 pagi itu, polis turut merampas 895 pil dipercayai dadah jenis pil kuda yang disembunyikan dalam kereta Perodua Kancil dinaiki tiga lelaki terbabit.

Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Mohd Fadzir Manap berkata, suspek berusia 20, 32 dan 37 tahun itu ditahan selepas cuba melarikan diri apabila tiba di lokasi sekatan.

“Ketika sekatan, kereta dinaiki tiga lelaki Melayu dilihat datang dari Jalan Dato’ Nik Mustapha dan apabila tiba di Jalan Taman Hiburan, kereta terbabit berpatah balik.

“Suspek cuba melarikan diri dengan melawan arus tetapi kereta dinaiki suspek berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemui sekotak rokok di celah bahagian brek tangan yang mengandungi dua paket biru berisi 395 pil kuda.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui sebekas pewangi yang disorok di bawah alas kaki di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan.

“Bekas pewangi plastik ini mengandungi tiga paket biru berisi 500 pil kuda. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari, bermula kelmarin,” katanya.

Mohd Fadzir berkata, berdasarkan siasatan awal, dadah yang dirampas itu dipercayai dibeli di daerah ini dan cuba diedarkan di Gua Musang.

“Hasil ujian awal saringan air kencing, ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methampetamine dan dua daripada mereka ada rekod jenayah lampau.

“Suspek berusia 32 tahun pernah ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), manakala suspek berusia 37 tahun pernah ditahan di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Mac 2015

Dua lelaki aktif curi kenderaan, samun ditahan

KOTA BHARU: Dua suspek yang dipercayai aktif melakukan samun dan curi kenderaan di negeri ini berjaya diberkas polis di Kampung Pauh Lima, di sini, semalam. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, sepasukan anggota polis telah mengekori sebuah kenderaan yang dinaiki tiga orang suspek dari jalan Kota Bharu - Salor.

"Menyedari mereka diekori, suspek cuba melarikan diri dengan bertindak ganas merempuh kenderaan polis dan kenderaan awam untuk melarikan diri menyebabkan dua das tembakan dilepaskan untuk memberhentikan kenderaan yang dipandu suspek," katanya. 

Dalam kejadian itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri, katanya yang ditemui pemberita selepas Program Mengimarahkan Masjid Mukim Tegayong Sempena 'Peringatan Hari Polis Ke-208 Tahun' Peringkat Kontinjen Kelantan di sini, hari ini. 

Katanya, suspek kedua, berusia 28 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi di sekitar kampung berkenaan hasil maklumat orang awam. 

Mazlan berkata, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kereta yang digunakan adalah kereta curi. Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek kes berkenaan. 

Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes turut disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum tujuh tahun.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata masyarakat perlu bekerjasama dengan polis untuk menangani kegiatan jenayah terutama kegiatan pengedaran dadah.

"Kerjasama masyarakat amat penting kerana ia dapat memudahkan tugas polis. Oleh itu saya seru masyarakat untuk bersatu dengan polis untuk menangani kegiatan jenayah di negeri ini," katanya.

Beliau turut mengingatkan golongan ibu bapa untuk sentiasa memantau perkembangan anak-anak di luar rumah supaya tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan kumpulan militan.

Sumber: BERNAMA | 27 Mac 2015

Masalah bekalan air di Bazar Tok Guru jejaskan aktiviti perniagaan

Seorang pengunjung mengambil wuduk menggunakan air yang disimpan di dalam bekas simpanan.
KOTA BHARU: Masalah bekalan air terputus-putus di Kompleks Bazar Tok Guru menjejaskan urusan seharian peniaga dan pelanggan.

Masalah itu didakwa telah berlarutan selama tiga tahun dan keadaan semakin meruncing sejak hujung tahun lalu.

Seorang peniaga, Mohd Sharif Abd Ghani, 27, berkata, keadaan itu memberi masalah kepada mereka yang banyak menghabiskan masa menjaga kedai yang dibuka dari pagi hingga petang.

Katanya, dalam tempoh itu, sudah semestinya mereka perlu membuang air dan solat, namun ketiadaan air terutama pada waktu puncak iaitu ketika tengah hari dan petang sangat menyukarkan peniaga.

"Itu pun nasib baik apabila pihak persatuan bazar ini berusaha menyimpan air menggunakan tong air dan dikhaskan untuk peniaga serta pengunjung berwuduk. Kami pula perlu jimatkan penggunaan air kerana memikirkan orang lain juga memerlukan air untuk berwuduk," katanya.

Lebih memburukkan keadaan katanya, ada kalangan peniaga terpaksa menutup kedai untuk tempoh yang agak lama kerana pergi membuang air atau menumpang solat di bangunan lain di sekitar kawasan berkenaan.

Seorang penjaga kedai kenali sebagai Hidayah berkata, hampir setiap hari dia menumpang tandas di bangunan lain untuk mengambil wuduk atau membuang air kerana masalah tersebut.

"Masalah ini sudah lama berlaku dan belum ada penyelesaian walaupun beberapa kali aduan dibuat. Ia sangat membebankan kami, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai anak kecil dan terpaksa berjalan jauh menumpang air di tempat lain.

"Saya harap pihak berkenaan datang lihat masalah kami kerana ia berlaku bukan sehari dua tapi sudah bertahun-tahun kami berdepan masalah ini. Mahu guna tandas pun susah sebab kotor dan tiada air," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Mac 2015

Projek sekolah tahfiz di Jeli perlukan sumbangan RM130k

Kalik (kanan) bersama sebahagian ahli jawatankuasa Masjid Mukim Gemang berkongsi perkembangan pembinaan sekolah tahfiz di masjid itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff.
JELI: Sekurang-kurangnya RM130,000 diperlukan Masjid Mukim Gemang untuk membina sekolah tahfiz di masjid berkenaan yang kini dalam proses pembinaan.

Imam Tua masjid berkenaan, Kalik Mamat berkata, sekolah tahfiz seluas 30 x 40 kaki persegi itu dijangka dapat menampung kira-kira 40 pelajar yang terdiri daripada anak mukim Gemang.

"Hasrat ahli jawatankuasa masjid untuk memastikan anak-anak mukim di sini berjaya menamatkan bacaan dan hafalan mereka sebelum melangkah ke alam dewasa.

"Ruang untuk tujuan pengajian sudah ada, cuma kita memerlukan penginapan, dewan serta pejabat pengurusan bagi memudahkan urusan berkaitan sekolah tahfiz ini," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan masjid berkenaan di sini, semalam.

Kalik berkata, projek pembinaan sekolah tahfiz itu telah dimulakan 1 Mac lalu, hasil sumbangan penduduk setempat dan orang ramai yang singgah di masjid berkenaan.

"Kira-kira RM20,000 dihabiskan sehingga kini, dan kita masih perlu jumlah agak besar menyiapkan bangunan dua tingkat ini, dan kita sasarkan ia akan siap sepenuhnya 1 Mac 2017 kerana tidak mempunyai dana khas dan hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai," katanya.

Kalik berkata, dia terpanggil untuk menyuarakan hasrat mengutip dana dengan menggunakan saluran Sinar Harian selepas mendengar penjelasan mengenai Rumah Ngaji yang disifatkan selari dengan konsep sekolah tahfiz yang ingin diwujudkan.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi bendahari masjid, Amiruddin Ismail menerusi talian 019-9107508 atau menyalurkannya ke akaun Bank Muamalat 0305-0000133-71-3 (Amiruddin Ismail).

Difahamkan Masjid Mukim Gemang yang terletak berhampiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dan Politeknik Jeli ini merupakan tempat persinggahan sebahagian besar perantau yang masuk ke negeri ini kerana terletak di laluan utama Lebuh Raya Timur - Barat.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Mac 2015

Tiga lelaki didakwa edar risalah pinjaman 'ah long' di Kota Bharu

Chee Yin (kanan), Soon Guan dan Ern Chiat dibawa menuju ke bilik mahkamah untuk pertuduhan
KOTA BHARU: Seorang daripada tiga lelaki mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mengedar risalah pinjaman wang tidak berdaftar atau ah long.

Leow Chee Yin, 21, berasal dari Alor Setar, Kedah, mengaku salah, sementara dua lagi yang menafikan tuduhan itu ialah Lim Soon Guan, 21, juga dari daerah sama dan Lim Ern Chiat, 42, dari Padang Besar Utara, Perlis.

Mereka berdepan tuduhan bersama-sama mengedar risalah itu kepada orang ramai di kawasan padang letak kereta di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, jam 10 pagi, pada 19 Mac lalu.

Tuduhan mengikut Seksyen 29 AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hukuman terhadap Chee Yin bagaimanapun ditangguhkan pada 26 April depan bersama sebutan semula ke atas tertuduh kedua dan ketiga.

Pendakwaan terhadap mereka dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Pada prosiding itu, Mohamad Nasrudin membenar mereka diikat jamin RM3,000 dengan setiap penjamin sementara kes disebut semula. Mereka menjelaskan jaminan tersebut.

Tertuduh kedua dan ketiga diwakili peguam, Ahmad Nuri Abdul Rahman, manakala tertuduh pertama tidak diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Mac 2015

Ahli sindiket Geng Mat Ganu didakwa mengedar dadah di Kota Bharu

Abdul Hafiz Imran (kiri) dan Rosdi dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dituduh.
KOTA BHARU: Dua lelaki dari sindiket Geng Mat Ganu dituduh atas dakwaan mengedar 123 gram (g) dadah jenis heroin, di mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Mereka, Abdul Hafiz Imran Abd Latif, 27, dan Rosdi Mohd Khalid, 46, kedua-duanya dari Dungun, Terengganu didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di hadapan sebuah kedai di Jalan Sultan Ibrahim, di sini, pada jam 10.45 malam, 12 Mac lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pad 19 Mei depan dan jaminan tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, mereka mengaku tidak salah atas tuduhan kedua didakwa bersama-sama ada dalam kawalan 2g heroin pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Tarikh sama ditetapkan untuk sebutan semula. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syarun Nizam Mohd Misan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua lelaki dari anggota sindiket Geng Mat Ganu terbabit ditahan bersama 41 botol heroin dalam serbuan anggota serta pegawai Unit Task Force, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Dadah itu dipercayai diseludup masuk dari Golok dan ditransitkan di Kota Bharu sebelum dibawa pulang ke Terengganu untuk pasaran sekitar negeri itu serta sehingga sejauh Kuantan, Pahang.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 26 Mac 2015

Sindiket pengedaran dadah terbesar di Kelantan tumpas

GUA MUSANG: Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah terbesar di Kelantan berikutan penahanan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama wang tunai lebih RM200,000 dalam sebuah teksi yang dinaiki mereka, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian berlaku pada 4.20 petang semasa suspek berusia 30, 44, dan 64 tahun itu menaiki sebuah teksi melalui sekatan jalan raya di Kampung Batu Dua, Jalan Gua Musang - Kuala Krai.

Beliau berkata, sebaik sampai di sekatan jalan raya itu, teksi yang dipandu suspek berusia 64 tahun tidak berhenti sebaliknya memecut kenderaan menghala ke Kuala Krai.

"Dua anggota polis terpaksa mengejar teksi berkenaan sejauh dua kilometer sebelum berjaya ditahan dan pemeriksaan menemui sepucuk pistol bersama wang tunai RM200,946 dalam teksi berkenaan.

"Kita (polis) tidak menemui dadah dalam kereta terbabit kerana dipercayai telah dilempar keluar ketika dikejar oleh polis," katanya pada sidang akhbar berkaitan tangkapan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, suspek yang berasal dari Lembah Klang dipercayai menjadikan Kelantan sebagai pusat pengedaran dadah.

Beliau berkata teksi yang digunakan tiga suspek itu juga dipercayai untuk mengabui mata pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kegiatan jenayah lampau.

"Ketiga-tiga mereka yang dibawa ke IPD Gua Musang untuk ujian air kencing dan mendapati positif Methamphetamine," katanya.

Katanya, mereka ditahan reman empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut. 

Sumber: BERNAMA | 26 Mac 2015

Khamis, 26 Mac 2015

Tanah Bencah Setiu dijadikan taman negeri pertama di Terengganu tahun ini

SETIU: Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetland akan dijadikan sebagai taman negeri pertama di Terengganu tahun ini.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Azmi Nordin berkata pihaknya bersama kerajaan negeri dan pelbagai jabatan termasuk World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia) kini giat menjalankan pelbagai program kesedaran menjadikan rancangan itu satu realiti.

"Sekarang ini, kita bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Yayasan Diraja Sultan Mizan sejak dua tahun lalu sedang mempergiatkan program kesedaran memberi pendidikan kepada masyarakat setempat bagi memelihara dan memulihara kawasan tanah bencah ini yang kaya dengan pelbagai ekologi.

Beliau bercakap pada sidang media sempena Program Larian Tanah Bencah Setiu dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok 2015 di Tanah Bencah Setiu, Rabu. Hadir sama Pengurus Kanan Program Air Tawar WWF-Malaysia, Daria Matthew. 

Azmi berkata pihaknya bersama WWF kini menjalankan penanaman pokok rhu sebagai penahan ombak untuk mengelakkan kawasan berkenaan terhakis.

Sementara itu, Matthew berkata Tanah Bencah Setiu merupakan kawasan tanah bencah semula jadi yang terluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Ia memiliki kepelbagaian ekosistem merangkumi air tawar, air payau, laut dan laguna yang mengunjur lebih kurang 14 kilometer pasir pantai.

"Populasi tuntung laut yang sangat terancam dan tuntung sungai juga terdapat di kawasan ini.

"Berdasarkan kajian, sebanyak 29 jenis mamalia, 112 spesies burung dan 28 jenis reptilia ada di tanah bencah ini.

"Hutan gelam yang sukar didapati di seluruh negara juga terdapat di sini," katanya.

Sumber: BERNAMA | 25 Mac 2015

Rabu, 25 Mac 2015

Polis lumpuhkan sindiket curi motosikal di Machang

MACHANG: Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal dikenali kumpulan 'Tiger' selepas menahan lapan individu di sekitar daerah ini, bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang DSP Loo Lian Lay berkata kesemua yang ditahan berumur antara 19 dan 42 tahun dan dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini.

"Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku mencuri 10 buah motosikal di Machang, sebuah motosikal di Tanah Merah dan tiga buah di Rantau Panjang," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini, Rabu.

Beliau berkata kumpulan ini menjual motosikal curi dengan harga murah iaitu antara RM300 dan RM400 bagi sebuah motosikal.

"Mereka menjual motosikal curi ini di kawasan pedalaman iaitu seperti di Kampung Bahagia di jajahan Kuala Krai bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya.

Loo berkata polis juga menahan tiga individu berumur antara 14 dan 17 tahun juga pada awal bulan ini.

"Mereka mengaku mencuri lima buah motosikal di daerah ini dan kita sedang memburu saki-baki anggota kumpulan ini," katanya.

Katanya, polis percaya melalui penahanan lapan individu ini sebanyak 20 kes kecurian motosikal di sekitar daerah Machang, Pasir Mas dan Rantau Panjang diselesaikan.

Beliau berkata kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum tujuh tahun.

Sementara itu, Loo berkata pelbagai usaha dilakukan untuk memerangi kegiatan jenayah di sekitar daerah ini antaranya dengan mengedarkan poster dan risalah di tempat tumpuan masyarakat.

"Ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan kita juga akan mengadakan satu Ops khas di daerah ini bagi membanteras jenayah.

"Orang ramai juga perlu membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat tentang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan mereka," katanya.

Sumber: BERNAMA | 25 Mac 2015

Selasa, 24 Mac 2015

MPPP dinaik taraf status bandar raya 1 Jan lepas

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 10 Mac lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Seri Paduka telah memperkenankan pengisytiharaan MPPP kepada MBPP berkuat kuasa 1 Januari lepas.

"Pengiktirafan MBPP memperlihatkan penambahan empat jabatan baharu iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri juga telah memutuskan untuk melantik Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail sebagai Datuk Bandar pertama MBPP.

Katanya, Majlis Penyerahan Suratcara pengisytiharaan Majlis Bandar Raya dan Penyerahan Watikah pelantikan Datuk Bandar MPPP akan diadakan di Pejabat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 10 pagi, Selasa depan.

Beberapa program telah dirancang oleh kerajaan negeri dan MPPP bersempena sambutan MBPP antaranya pertandingan fotografi, majlis kesyukuran, pameran sejarah bandar raya, acara menanam pokok dan jamuan rakyat.

Sumber: BERNAMA | 24 Mac 2015

Azraai Khor tekad pulih prestasi Kelantan

KOTA BHARU: Jurulatih baharu Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah berazam untuk mengembalikan semula prestasi pasukan itu ke tahap yang sebenar.

Beliau berkata pengalaman yang ada selama ini akan digunakan bagi membantu pasukan 'The Red Warriors' mencapai kejayaan pada musim ini.

"Ini merupakan satu tanggungjawab besar buat saya memandangkan pasukan ini mempunyai reputasi tinggi selain harapan menggunung para penyokong, saya anggap ia satu cabaran bagi menguji kemampuan sebagai jurulatih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Azraai Khor berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan pasukan, jurulatih dan pemain 'The Red Warriors' terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas.

"Pertemuan itu amat penting untuk mengenal pasti segala kelemahan yang ada, disiplin merupakan salah satu kunci utama kekuatan pasukan," katanya.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini mengumumkan bekas pengendali T-Team Mohd Azraai Khor sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan George Boateng.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata Mohd Azraai akan dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Mohamad Sidek Shamsuddin serta perubahan ini berkuat kuasa esok.

Pada musim ini, Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super selepas hanya mampu mencatatkan dua kemenangan dalam lima perlawanan dan kini berada pada kedudukan ketujuh liga dengan tujuh mata.

Sumber: BERNAMA | 24 Mac 2015

KADA kemuka cadangan tambah pam air dalam RMK-11

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengemukakan cadangan penambahan sebuah pam baharu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi mengatasi masalah bekalan air yang tidak mencukupi untuk penanaman padi pada musim kemarau.

Pengerusinya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pam skru itu yang bernilai RM50 juta mampu mengepam air sungai di paras lebih rendah berbanding pam sedia ada.

"Kali ini kita bawa pam skru yang boleh menyedut air sungai pada paras hanya 0.2 meter. Pam yang digunakan sekarang memerlukan paras air sungai sehingga 5 meter.

"Kementerian bersetuju dengan cadangan ini dan kita berharap kerajaan akan meluluskannya dalam RMK-11 nanti," katanya kepada pemberita selepas perasmian Menuai Padi Projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Bendang Tegayong dan Melor Lama di sini, Selasa.

Mohd Alwi berkata pam itu akan dibina bersebelahan dengan rumah pam sedia ada di Kemubu di sini.

Jika pembinaan pam dilaksanakan, masalah bekalan air ke kawasan pertanian di negeri ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, seramai 20 petani yang mengusahakan tanaman padi di kawasan seluas 65 hektar di bawah NKEA Tegayong dan Melor Lama, berjaya meningkatkan pengeluaran hasil masing-masing sehingga 5.5 tan sehektar.

"Kerajaan menyasarkan 5,000 hektar kawasan diusahakan dengan tanaman padi di bawah NKEA menjelang 2020.

"Bagaimanapun, KADA akan menambah kawasan tersebut kepada 10,000 hektar dalam tempoh itu memandangkan ia mampu menambah pendapatan petani," katanya.

Sumber: BERNAMA | 24 Mac 2015

Ahad, 22 Mac 2015

Tabung ihsan kumpul RM10.7 juta baiki masjid, surau di Kelantan

GUA MUSANG: Sejumlah RM10.7 juta berjaya dikumpulkan Tabung Ihsan Masjid Negeri Kelantan sejak dilancarkan tiga bulan lepas, kata Pengerusinya, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM2.5 juta telah dibelanjakan untuk membaik pulih dan membeli pelbagai peralatan 36 buah masjid dan surau yang rosak akibat banjir besar yang melanda Kelantan pada Disember lepas.

"Baki RM8.2 juta lagi akan digunakan untuk membaik pulih 296 lagi masjid dan surau secara berperingkat.

"Kita bangga dengan kesepakatan rakyat beragama Islam negara ini yang bermurah hati menyumbangkan bantuan kepada tabung itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku di sini, Ahad.

Asyraf Wajdi, yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata mengikut laporan yang diterima, 101 masjid dan 231 surau rosak dalam musibah banjir itu.

"Kita akan tengok mana-mana masjid atau surau yang rosak untuk diperbaiki dan menyenaraikan peralatan yang rosak, termasuk karpet dan alat pembesar suara untuk dibeli.

"Perkara itu akan diselesaikan secepat mungkin kerana kita faham kerosakan yang berlaku di tempat ibadat itu akan menyulitkan penduduk menunaikan solat," katanya.

Sumber: BERNAMA | 22 Mac 2015

Hudud tidak sesuai di Malaysia - Musa Hitam

PETALING JAYA: Umno perlu membuat pendirian yang jelas mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, jelas Tun Musa Hitam (gambar).

"Umno perlu mengambil pendirian tegas. Isu negara mempunyai implikasi yang sangat panjang untuk negara ini, kedua-dua di dalam dan di peringkat antarabangsa, " kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan pada hari Sabtu. 

"Dari awal lagi, saya secara peribadi berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk negara kita

"Sebagai bekas pemimpin Umno, saya percaya bahawa sejak penubuhannya sehingga hari ini, pendirian Umno jelas bahawa hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama seperti Malaysia," kata Musa, yang kini berada di Cordoba, Sepanyol menyertai sesi meja bulat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF). 

Beliau juga berkata bahawa pihak pembangkang tidak seharusnya berpura-pura seperti mereka tidak tahu apa-apa. 

Musa menyatakan bahawa rakyat tidak perlu terkejut dengan rang undang-undang hudud PAS, kerana mereka telah memperjuangkan sejak sekian lama

"Jika saya salah mengenainya, maka Umno perlu menyatakan pendirian mereka secepat mungkin. Isu ini adalah penting dan tidak boleh diketepikan, "katanya. 

Pada Khamis, dewan undangan negeri Kelantan telah meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993. 

Undi tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh 44 wakil rakyat yang terdiri daripada 31 dari PAS, 12 dari Umno dan seorang dari PKR. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini hingga 9 April.

Sumber: mStar Online | 22 Mac 2015

Hudud: Zaid sedia berdepan dengan PAS di mahkamah buat kali kedua

PETALING JAYA: Bekas Menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) bersedia untuk berdepan dengan PAS di mahkamah buat kali kedua bagi menghalang parti itu daripada memperkenalkan hudud.

Zaid berkata beliau telah bersedia untuk memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah Islam

"Kali ini, jika tidak ada yang mencabar (PAS), maka saya akan melakukannya seperti sebelum ini dan sedia untuk berbuat demikian sekali lagi," kata Zaid. 

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah memfailkan permohonan yang sama di hadapan mahkamah terkemuka negara pada tahun 2002 terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan dan Terengganu, yang kemudian menarik diri kerana "pertimbangan politik" di atas nasihat Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu. 

Pada Khamis lalu, PAS mengambil langkah lebih dekat untuk menguatkuasakan undang-undang selepas pindaan kepada Enakmen Syariah (11) 1993 telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

Pindaan yang dicadangkan kepada tujuh kesalahan jenayah utama bertujuan antara lain untuk meningkatkan sebatan rotan untuk sehingga 100 kepada tujuh kesalahan utama - murtad, hubungan seks haram, pengambilan alkohol, membuat tuduhan tanpa bukti melakukan zina, kecurian dan rompakan serta menyebabkan kecederaan dan pembunuhan

Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika hudud dikuatkuasakan. 

Setakat ini, Gerakan telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kota Baru pada 18 Mac lalu untuk mencabar undang-undang perlembagaan Kelantan, dan Zaid berkata beliau juga akan menimbangkan kemungkinan menjadi sebahagian daripada usaha undang-undang jika terdapat beberapa individu atau organisasi merancang untuk melancarkan satu cabaran. 

Selain dari Kelantan, Terengganu semasa pentadbiran PAS 1999-2004 juga memperkenalkan Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Rang Undang-undang yang telah diluluskan pada 8 Julai 2002. 

"Isu hudud telah menjadi permainan politik dan sangat membahayakan asas perpaduan negara ini. 

"Perlembagaan adalah identiti kita dan setiap orang perlu bersuara kerana hudud bukanlah satu undang-undang diri tetapi undang-undang jenayah am yang akan memberi kesan kepada semua orang." 

Zaid berkata jika hudud merupakan undang-undang persendirian, maka orang bukan Islam tidak mempunyai hak untuk mengulas sama ada seorang lelaki Islam mempunyai hak untuk berkahwin sehingga empat isteri, sebagai contoh. 

"Walau bagaimanapun, kami tidak berurusan dengan undang-undang persendirian kerana hudud adalah undang-undang jenayah dan ia bukanlah perbincangan satu satu komuniti atau kumpulan agama tetapi seluruh negara." 

Zaid tidak bersetuju dengan hujah bahawa undang-undang itu tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam. 

Beliau berkata sebagai contoh, dalam kes rogol, liwat atau zina melibatkan orang Islam dan bukan Islam, ada kemungkinan bahawa Islam akan dibebaskan jika tidak ada saksi sebagaimana yang dikehendaki di bawah hudud. 

Katanya, PAS perlu terlebih dahulu meminta persetujuan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua agama Islam di negara Malaysia. 

Parti Islam itu juga perlu mendapat sokongan rakyat di Kelantan sama ada bersetuju dengan undang-undang ini. 

Ini adalah kerana tidak ada pemilihan dilakukan di negeri ini, dan PAS tidak pernah menggunakan janji hudud sebagai janji pilihan raya utama. 

Sekiranya ada tawaran untuk membuat hudud undang-undang jenayah di seluruh negara, Zaid juga menyatakan bahawa perjanjian dari Sabah dan Sarawak juga diperlukan. 

"Kedua-dua negeri mempunyai kuasa baki di bawah perjanjian perlembagaan yang membolehkan mereka untuk membantah mana-mana undang-undang yang akan mengubah peranan Sabah dan Sarawak," kata Zaid. 

Mengenai kebimbangan yang semakin dirasai kebanyakan individu kumpulan-kumpulan seperti G25 tentang kedudukan Islam dalam demokrasi perlembagaan Malaysia, Zaid berkata beliau percaya ramai orang Melayu dan orang Islam adalah seimbang tetapi yang lebih perlu dilakukan adalah melibatkan diri dengan masyarakat untuk menerangkan isu . 

“Kenapa ada sidikit perbincangan mengenai hudud, ia kerana bimbang akan ada orang yang lebih berilmu tampil ke hadapan untuk menentangnya. 

"Taktik mereka itu adalah untuk membuli dan mewujudkan rasa takut dan walaupun saya bukan seorang ulamak, saya tetap bersedia untuk bercakap mengenainya kerana ia adalah perkara yang memberi kesan kepada keluarga saya," jelasnya.

Sumber: mStar Online | 22 Mac 2015

Sabtu, 21 Mac 2015

Ahli parlimen Islam wajib sokong hudud - Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Islam disarankan supaya bersetuju dengan pembentangan rang undang-undang hudud apabila dibentangkan kelak atas dasar kesedaran, keinsafan serta yakin bahawa ia adalah sejajar yang disyariatkan dalam agama Islam sendiri.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin (gambar) berkata, undang-undang itu perlu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik sempit pihak tertentu sebaliknya benar-benar tulus serta ikhlas.

Tidak ada istilah hudud Umno atau hudud Pas sebaliknya hudud ini adalah dari ALLAH. Kita wajib bersetuju selagi ia dilihat atas dasar kebenaran, keinsafan serta tanpa prejudis kerana ia adalah undang-undang daripada ALLAH.

“Pelaksanaannya juga dapat menyatupadukan umat Islam jika ia dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh keinsafan serta dijangka akan mengubah sosio masyarakat secara keseluruhan. Jadi, ketepikan agenda sempit politik dalam hal ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai hasrat Dun Kelantan membentangkan enakmen berkaitan hudud itu di Parlimen nanti.

Beliau berkata, pihak berwajib perlu memberi tumpuan untuk memberi penerangan yang jelas kepada semua pihak supaya yakin dan faham bahawa undang-undang ini adalah peraturan yang terbaik untuk mencegah perbuatan jenayah.

“Selepas undang-undang ini dibentangkan kita tunggu dan lihat apa kesannya. Jadi, di sini, amatlah perlu mereka yang berwajib memberi kefahaman kerana ramai masih tidak faham serta yakin hingga prejudis termasuk umat Islam sendiri.

“Penerangan itu juga perlu dibuat kepada bukan beragama Islam kerana kita adalah sebuah negara yang majmuk. Kalau diikutkan mereka (bukan Islam) yang kuat menentang atas agenda politik.

Kata Syahrin, sudah sampai masa penjelasan perlu diberikan dan salah satu tuntutan agama perlu dituruti untuk mengelakkan berlaku syak dan fitnah terhadap agama oleh orang bukan Islam yang tidak faham undang-undang ini.

“Saya kira ini juga adalah medium dakwah yang berkesan kepada orang bukan Islam yang mana secara tidak langsung mereka mulai mengetahui bahawa hudud adalah hukuman terbaik dalam dunia yang mana pelaksanaannya bukan memberikan kesan negatif.

“Hudud bukannya untuk menakut-nakutkan tetapi sebaliknya dapat mencegah masyarakat Islam meninggalkan perkara yang tidak baik. Mereka mungkin fikir mengenai potong tangan, tetapi sebenarnya undang-undang ini wujud untuk mencegah orang untuk potong tangan dan diharap kerajaan Kelantan dapat buktikan kepada masyarakat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Nasional | 21 Mac 2015

Kabinet minta SPAD tangguh kenaikan tambang pengangkutan awam

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PETALING JAYA: Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu pada Khamis lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat kabinet pada Jumaat telah membincangkan perkara itu dan berpendapat kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang.

"Kabinet semalam telah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat asas untuk kenaikan itu ada... seperti kata sudah lama tidak naik dan pengusaha (pengangkutan awam) telah menanggung kerugian dan tidak dapat membayar gaji pekerja setimpal.

"Isu yang timbul termasuk soal kecekapan dan mereka merayu. Asas itu memang adalah cuma soal berbangkit adalah timingnya (masa yang sesuai)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pagoh di Seri Pekembar di sini, Sabtu.

SPAD pada Khamis mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. 

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April ini.

"Saya fikir mungkin kita (kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST.

"Beban pengguna itu mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar yang menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, SPAD perlu melihat keadaan itu secara keseluruhan dan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti.

Katanya, SPAD sementara itu boleh berbincang dan membawa perkara tersebut ke kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak.

"Ambil kira pandangan pelbagai pihak walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya," katanya.

Sumber: mStar Online | 21 mac 2015

SKMM, PDRM siasat stesen radio BFM siar video sindir hudud - Jailani

Si betina garik bernama Aisyah Tajuddin menerima ugutan bunuh susulan kupasannya mengenai isu hudud Kelantan menerusi BFM.
HULU TERENGGANU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris BFM yang memuat naik klip video menyindir pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, stesen radio seharusnya mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam syarat lesen termasuk dari segi etika perbincangan.

"Walaupun BFM adalah radio yang bersiaran secara online, kita perlu memastikan setiap maklumat yang hendak dikongsi kepada masyarakat mengandungi kandungan yang berasas dan tepat.

"Saya serah kepada SKMM dan PDRM untuk mengambil tindakan sewajarnya walaupun BFM telah meminta maaf dan berharap pihak lain mengambil iktibar daripada kejadian ini," katanya.

Jailani bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengubah Destini Anak Bangsa Parlimen Hulu Terengganu yang dihadiri lebih 200 bekas pelajar sekolah menengah di sini, Sabtu.

Beliau juga mengingatkan semua stesen radio dan televisyen untuk sentiasa berhati-hati dalam menyalurkan pandangan, khususnya dalam sesuatu isu supaya tidak mengelirukan masyarakat.

"Kita tak mahu ada pihak menyalurkan pandangan secara peribadi yang boleh mengelirukan masyarakat dan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia terdapat beberapa peruntukan yang membolehkan tindakan terhadap individu yang berbuat demikian," katanya.

BFM memuatnaik video berdurasi satu minit 56 saat bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi?' yang memaparkan seorang pengacara menyindir pelaksanaan undang-undang Islam itu, sehingga menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial.

Semalam, stesen radio itu menarik semula klip video itu dan memohon maaf dan berkata mereka tidak berniat untuk mempersoalkan hudud, sebaliknya hanya mengajak penonton video untuk bertanyakan soalan berkaitan pelaksanaan hudud, serta isu banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Pada program itu, peserta program diberikan pendedahan mengenai kursus yang ditawarkan oleh 10 institut pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC).

Sumber: BERNAMA | 21 Mac 2015

Penyampai betina garik diugut, stesen radio BFM tarik balik video hudud

Si betina garik bernama Aisyah Tajuddin yang mempersendakan hukum hudud. 
PETALING JAYA: Seorang wartawan dari stesen radio BFM menerima ugutan selepas muncul sebagai penyampai dalam video pembentangan undang-undang hudud di Kelantan menjadi viral.

Gambar-gambar Aisyah Tajuddin telah tersebar secara meluas di Facebook dengan pelbagai kata-kata kesat ditulis terhadapnya oleh pengguna.

Justeru, BFM telah mengeluarkan video itu dari halaman YouTube BFMStesen ini berkata pihaknya kesal dengan serangan peribadi terhadap Aisyah yang hanya menjadi penyampai tidak tetap dalam video tersebut, bukannya penyampai biasa.

Dalam video satira dua minit "Hudud Isi Periuk Nasi" yang disiarkan pada Khamis, Aisya telah mengkritik Dewan Undangan Negeri Kelantan yang meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Video ini dihasilkan dan diarahkan oleh Projek Dialog, platform untuk membincangkan isu-isu penting di negara ini.

Aisyah menyatakan bahawa agama telah digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti ekonomi dan kadar penggunaan dadah dan perceraian yang tinggi.

Video itu telah disiarkan di laman Kelantan Story & Jj Stall Story Facebook dan seterusnya dikongsi lebih 16,500 kali pada masa penulisan.

Ramai pengguna Facebook memberi komen dengan bertanya mengapa Aisyah mempersoalkan undang-undang Tuhan dan menyuruhnya bertaubat.

BFM berkata Aisyah bukanlah penulis skrip, justeru apa yang dilihat di video itu bukanlah pendirian peribadinya mengenai isu itu.

Mereka juga memohon maaf di atas sebarang kesalahan yang mungkin timbul daripada video tersebut.

Sumber: mStar Online | 20 Mac 2015

Jumaat, 20 Mac 2015

Kerajaan Kelantan tiada rancangan tangguh pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan menangguhkan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai walaupun menghadapi musibah banjir besar Disember lalu. 

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad (gambar) mengakui banjir tahun lalu meninggal kesan besar bukan sahaja ekonomi dan sosial rakyat tetapi juga kewangan negeri. 


“Banjir juga memberi impak kepada pembinaan lebuh raya, bagaimanapun kita tidak hasrat untuk tangguh kerana jaringan jalan raya ini sangat diperlukan rakyat Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas- Pulau Chondong). 


Menjawab soalan Mustapa Mohamed (BN- Air Lanas) Hanifa berkata, pembinaan lebuh raya itu setakat Februari lalu berjalan lancar dengan mencapai tujuh peratus pembinaan


Katanya, proses pembinaan kini melibatkan kerja-kerja awalan melibatkan ukur tanah, pembinaan tapak pejabat, makmal, longkang dan kerja-kerja membersihkan kawasan di Bukit Bakar, Machang


Dengan kapasiti 30 jentera, kerja-kerja sedang giat dijalankan di jajaran 10 kilometer dengan melibatkan pembinaan dua simpangan dan tiga jambatan,” katanya. 


Katanya, pihaknya telah menyelesaikan fasa pertama dan kedua proses perbicaraan bagi pengambilan semula tanah melibatkan 86 lot dengan kos RM4.5 juta.

“Fasa ketiga libatkan 96 lot akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 Mac 2015

Rabu, 18 Mac 2015

RMK-11: Utamakan pembangunan Kelantan



KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) negeri berharap Kerajaan Pusat memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, RMK-11 amat penting bagi negeri ini kerana perancangan tersebut me­rangkumi tempoh 2016 sehingga 2020, tahun yang mana Malaysia mencapai status negara maju.

Beliau berkata, justeru, pihak­nya menyokong penuh titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang meminta Kerajaan Pusat memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur di negeri ini.

“RMK-11, satu yang penting kerana penghujungnya pada tahun 2020, tahun negara mencapai negara taraf maju.

“Kita amat menyokong titah Sultan supaya Kelantan diberikan perhatian khususnya infrastruktur kerana negeri ini masih memerlukan infrastruktur yang lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai titah Sultan Muhammad V ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

Dalam titahnya, baginda meminta Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan khusus kepada projek infrastruktur di negeri ini ketika penyediaan RMK-11 nanti.

Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas berkata, negeri ini dapat menarik lebih banyak pelabur dan pelancong sekiranya dilengkapi prasarana yang lebih baik.

Projek lebuh raya Kuala Krai - Kota Bharu, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Pet­ra dan projek-projek lain pen­ting untuk menarik pelabur serta pelancong ke negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah tuanku yang menyentuh tentang kerja-kerja bantuan banjir di negeri ini yang membabitkan kerjasama di antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan.

“Jawatankuasa bersama menangani pasca banjir negeri yang mana saya dan Menteri besar pengerusinya sudah ada empat mesyuarat dan tadi ada pertemuan ringkas di antara kami berdua.

“Kita akan pastikan kerja-kerja membina rumah kekal untuk mangsa banjir yang hilang rumah seratus peratus dan mempunyai tapak sendiri akan mendapat rumah kekal sebelum Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 16 Mac 2015 | Terbitan 17 Mac 2015

KTD rancang kembangkan cawangan dan naik taraf status kolej

KOTA BHARU: Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan berhasrat untuk mengembangkan lagi cawangannya selain menaik taraf status kolej tersebut kepada kolej universiti dalam tempoh kurang daripada lima tahun.

KTD yang dimiliki EQ Resources Sdn. Bhd., ketika ini menawarkan 14 program yang melibatkan dua program Ijazah Sarjana Muda dan bakinya adalah program diploma hasil kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“Kerjasama dengan KUIS lebih kepada Pengajian Islam manakala UTM pula adalah program-program pengurusan dan di bawah KTD sendiri kami menawarkan programprogram seperti multimedia dan pengurusan perniagaan.

Kami juga telah memohon untuk menawarkan program kejuruteraan elektronik industri,” kata Ketua Eksekutifnya, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman kepada Sinar Harian di sini.Menurut beliau, KTD telah berkembang melangkaui Kota Bharu dan kini telah mempunyai cawangan di Perlis dan cawangan baharu bakal dibuka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, bagi mencapai status kolej universiti, KTD perlu mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan Kerajaan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) antaranya berkaitan keadaan kewangan dan kursus dalaman yang ditawarkan oleh KTD sendiri tanpa kerjasama dengan universiti atau institusi lain.

Matlamat tersebut pastinya dapat dicapai terutamanya apabila mendapat banyak bantuan daripada Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan kepada syarikat-syarikat berpotensi besar seperti EQ Resources.

Kerjasama dengan MIDF sudah terjalin sejak 2012 iaitu apabila EQ Resources mahu membeli dua blok bangunan yang merangkumi 12 unit rumah kedai untuk dijadikan asrama pelajar KTD.

“Semasa kami mengambil alih KTD daripada kerajaan negeri, EQ Resources bukan sahaja mengambil alih program pendidikannya malah turut mengambil alih hutang-hutangnya yang berjumlah RM3 juta. Dari sudut kewangan, KTD terhad kerana di peringkat awal kami masih belum meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

Tetapi apabila jumlah pelajar semakin meningkat, kita rasa perlu berbuat sesuatu untuk keselesaan pelajar dan dalam masa yang sama membuat perancangan untuk berkembang pada masa hadapan. 
Kami telah berhubung dengan MIDF dan di mana akhirnya kami membeli dua blok bangunan dan bangunan asrama penuh tersebut siap dibaik pulih dengan bantuan MIDF", ujarnya lagi sambil menambah kerjasama dengan MIDF tidak terhenti di situ sahaja. 

Sebuah bas baru dibeli menggantikan bas yang uzur bagi kemudahan kakitangan menjalani kursus berkala di Universiti Teknologi Malaysia serta aktiviti lain.

Menurut Dr. Abdullah, EQ Resources sedang mengadakan perbincangan dengan MIDF bagi mendapatkan bantuan untuk mengadakan persiapan pembukaan kolej baharu cawangan Kuala Lumpur.

MIDF menawarkan kemudahan pembiayaan dengan kadar faedah berpatutan dan fleksibel kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan membeli aset tetap serta mesin, peralatan dan kenderaan.

MIDF merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sejak penubuhannya pada 30 Mac 1960, MIDF telah menyumbang secara langsung kepada pembangunan industri pembuatan dan perkhidmatan negara dalam bentuk pembiayaan kewangan khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat tempatan di dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Menurut Dr. Abdullah lagi, kejayaan tidak hanya diukur daripada segi akademik semata-mata malah akhlak yang murni perlu menjadi ciri-ciri penting warga KTD. Kami tidak meletakkan syarat kelayakan yang tinggi kepada pemohon untuk memasuki KTD kerana kami mahu memberi peluang kedua kepada mereka.

Ada ramai pelajar KTD yang datang daripada keluarga yang susah terutamanya dari Kelantan dan Sabah tetapi apabila diberikan peluang dan didikan yang sempurna, mereka berjaya di dalam pelajaran dan di tempat kerja.

Katanya, bekas-bekas pelajar KTD mempunyai displin tinggi, berakhlak sopan dan mampu mencatatkan kejayaan membanggakan biarpun bukanlah pelajar cemerlang peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Ini semua adalah didikan secara Islam di KTD kerana kami mahu mereka tidak hanya berjaya di dunia malah di akhirat.

Menurutnya, beliau pernah menerima maklum balas daripada sebuah syarikat korporat yang mengatakan surau di bangunan tersebut tidak lagi sunyi selepas bekas pelajar KTD bertugas sebagai jurutera di situ.

Memiliki hampir 900 pelajar yang majoritinya mengikuti program kerjasama dengan UTM, KTD menempatkan 40 pelajar antarabangsa yang datang daripada Indonesia, Kemboja, Thailand dan Kenya. Kebanyakan mereka sedang mengikuti program dalaman KTD seperti multimedia dan pengurusan perniagaan.

Memiliki 128 kakitangan dengan nisbah hampir 50:50 di antara pensyarah dan staf bukan akademik, KTD amat mementingkan nilai-nilai keislaman dan akhlak yang tinggi menjadi pegangan setiap warganya, sama ada pelajar mahupun kakitangan.


Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 18 Mac 2015

Hospital baharu Kuala Krai penuhi keperluan rakyat Kelantan Selatan - Mustapa

KUALA KRAI: Hospital baharu di Kuala Krai bernilai RM286 juta yang sedang dalam pembinaan di sini, bakal menampung keperluan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang semakin meningkat di kawasan Kelantan Selatan.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hospital itu yang berkonsepkan hospital dalam taman di kawasan seluas 40 hektar, dijangka siap pembinaanya pada Mei 2017.

Kawasan Kelantan Selatan melibatkan jajahan Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli.

"Hospital berkenaan yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan moden, akan mempunyai 268 buah katil berbanding 170 buah katil di Hospital Kuala Krai sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan hospital berkenaan di sini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembinaan hospital itu adalah janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat semasa melawat Kuala Krai dua tahun lepas.

Mustapa berkata pembinaan hospital berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di jajahan Kuala Krai dan rakyat turut mendapat faedah hasil pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata selama ini pesakit dari kawasan Kelantan Selatan yang memerlukan rawatan lanjut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Baharu sehingga berlaku kesesakan di kedua-dua hospital terbabit.

"Dengan wujudnya hospital Kuala Krai yang baharu ini, ia dapat mengatasi kesesakan pesakit di HRPZII dan HUSM," katanya.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abd Rahman.

Sumber: BERNAMA | 17 Mac 2015

Kerajaan Kelantan sedia tanah bagi pembinaan rumah kekal mangsa banjir

KOTA BHARU: Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir yang tidak memiliki tanah, persidangan Dun Kelantan diberitahu hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata sebelum kejadian banjir luar biasa pada Disember tahun lepas, mangsa terbabit mendiami rumah yang dibina di atas tanah rizab sungai dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Beliau berkata penempatan baharu secara berkelompok atas tanah yang disediakan kerajaan negeri akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

"Kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 24 hektar di Enggong (Kuala Krai) dan 8.4 hektar di Telekong (Kuala Krai) untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).

Mengikut rekod Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, terdapat sebanyak 1,827 buah rumah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir di negeri ini, dan daripada jumlah itu, kira-kira 1,200 mangsa tidak memiliki tapak rumah.

Menjawab soalan asal daripada Azami Mohd Nor (Pas-Kadok), Ahmad berkata bagi mangsa yang mempunyai tanah sendiri, kerajaan sedang membina rumah kekal untuk mereka antaranya di jajahan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang iaitu sekurang-kurangnya 10 buah bagi setiap kawasan Dun yang terlibat.

Ketika menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran), Ahmad berkata kerajaan negeri berhasrat untuk membina empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di Gua Musang sebagai langkah jangka panjang mengatasi kejadian banjir.

Beliau berkata aliran air yang luar biasa dari kedua-dua sungai tersebut telah menyebabkan berlakunya banjir besar terutama di jajahan Kuala Krai iaitu lokasi kedua-dua sungai itu bertemu menjadi Sungai Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memperkemaskan jentera bantuan ketika banjir dan pasca banjir bagi menghadapi bencana tersebut pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Hubungan Kaum, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sebanyak RM3.9 juta telah diperuntukan untuk membantu usahawan yang terjejas akibat banjir memulakan perniagaan.

Beliau berkata sebanyak 825 daripada 1,000 usahawan yang terjejas akibat banjir telah memulakan perniagaan melalui skim pembangunan usahawan.

Anuar berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran). 
 
Sumber: BERNAMA | 17 Mac 2015

Selasa, 17 Mac 2015

RM875,000 bina jambatan sementara Kg Pulau Setelu

GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM875,000 bagi membina jambatan sementara merentasi Sungai Nenggiri di Kampung Pulau Setelu di sini selepas jambatan lama runtuh dilanda banjir besar Disember tahun lepas.

Adun Nenggiri Datuk Mat Yusoff Abd Ghani berkata pembinaan jambatan satu lorong sepanjang kira-kira 300 meter itu akan bermula minggu depan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Bercakap kepada pemberita ketika melawat jambatan yang runtuh itu hari ini, Mat Yusoff berkata jambatan baharu itu bagi memudahkan penduduk kampung berkenaan untuk ke bandar Gua Musang, dan pengguna Jalan Gua Musang-Jeli yang terputus hubungan sejak tiga bulan lepas.

Dengan terbinanya jambatan itu, penduduk kampung tidak lagi perlu menggunakan bot untuk ke seberang.

"Kenderaan berat melebihi lima tan metrik tidak dibenarkan melalui jambatan berkenaan," katanya.
 
Sumber: BERNAMA | 16 Mac 2015

Tuduh hakim dibeli, penghinaan tertinggi kepada sistem kehakiman negara

Kompleks Istana Kehakiman di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.
KUALA LUMPUR: Tindakan terlalu 'memberi muka' kepada pemimpin pembangkang telah menyebabkan mereka semakin hilang rasa hormat kepada institusi kehakiman negara.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, sikap pembangkang yang menuduh para hakim dibeli atau tunduk kepada kehendak politik kerajaan adalah penghinaan tertinggi kepada sistem kehakiman yang bebas dan telus.

Ini kerana, katanya, kes perbicaraan membabitkan anggota Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah dibicarakan dengan seadilnya.

"Perlu dilihat (anggota Parlimen) Permatang Pauh sudah diberi peluang dan ruang untuk membela diri termasuk membolehkan pasukan pendakwa raya melakukan pemeriksaan balas tetapi malangnya pilihan itu tidak diambil Permatang Pauh.

"Sebagai seorang yang kononnya mendakwa telah difitnah dan dijebak dalam konspirasi politik, seseorang itu pasti melakukan apa saja bagi membersihkan namanya," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru Ikmal Hisham menggesa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas kepada pemimpin pembangkang yang terus menghina institusi kehakiman dan mempolitikkan keputusan mahkamah.

Dalam pada itu, beliau berkata, agensi penguat kuasa perlu mengkaji semula tempoh penempatan pegawai dan anggota di sesebuah kawasan sebagai usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, penempatan terlalu lama di sesebuah kawasan boleh menyebabkan pegawai dan anggota bertugas menjadi sasaran sindiket untuk dipengaruhi.

Katanya, gesaan supaya kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi perhatian umum dipercepatkan siasatannya dapat mengelakkan tanggapan negatif masyarakat kepada kerajaan.

Dalam pada itu, beliau menyarankan Jabatan Perdana Menteri mewujudkan pasukan petugas khas bagi mengawal sempadan negara untuk mengelakkan berlakunya kerugian besar kepada negara menerusi kegiatan penyeludupan.

Menurut Ikmal Hisham, pasukan petugas khas tersebut perlu terdiri daripada semua agensi penguat kuasa yang berkaitan tetapi diketuai oleh seorang komander.

"Saya percaya dan yakin kewujudan pasukan khas ini mampu mengekang sebarang aktiviti haram di kawasan sempadan dan sekali gus memastikan sempadan kita tidak mudah dibolosi sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, penubuhan pasukan petugas khas seumpama itu adalah sama seperti yang dilakukan Jabatan Peguam Negara untuk mencegah kegiatan penyeludupan dan penyelewengan.

Berikutan kegiatan sindiket judi haram yang membaitkan bukan saja golongan dewasa tetapi juga golongan belia, Ikmal Hisham turut menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia menerusi kempen di sekolah dan media massa.

Katanya, langkah untuk KDN mewujudkan ganjaran khas kepada mana-mana orang awam yang melaporkan mengenai perjudian haram juga dapat menghalang kumpulan sindiket daripada menjalankan kegiatan mereka.
 
Sumber: BERNAMA | 16 Mac 2015

Pesawat Airbus ACJ320 dibeli untuk ganti pesawat lama BBJ - JPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.  Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh Malaysian Airlines (MAS) sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperoleh pada 1989 dan Global Express 2001. - 
 
Sumber: BERNAMA | 16 Mac 2015

Isnin, 16 Mac 2015

Projek Lebuh Raya KBKK dan projek pembesaran serta menaik taraf LTSIP akan diberi keutamaan dalam RMK-11

Projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu akan diberikan keutamaan oleh Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Ke-11. 
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat sedang meneliti keperluan pembangunan di Kelantan untuk dimasukkan sebagai projek keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara infrastruktur yang menjadi keutamaan ialah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) dan projek pembesaran serta menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa.

Kelantan sememangnya memerlukan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan ia perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mengenai titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V supaya kerajaan negeri dan Kerajaan persekutuan meningkatkan kerjasama dalam membantu mangsa banjir terutama bagi membina rumah kekal, Mustapa berkata, Jawatankuasa Bersama Banjir Kelantan akan cuba menyegerakan pembinaan rumah kekal itu.

"Kami minta jawatankuasa memastikan rumah bagi mereka yang ada tanah dapat disegerakan pembinaannya manakala mangsa yang belum mempunyai tanah terutama yang menetap di khemah, jawatankuasa perlu fikirkan kaedah lain untuk menempatkan mereka sama ada di rumah transit atau rumah sewa," katanya.

Beliau berkata, kira-kira 1,100 keluarga mangsa banjir Disember tahun lepas, tidak mempunyai tanah sendiri untuk pembinaan rumah kekal.

Sumber: BERNAMA | 16 Mac 2015

Projek Hospital Kuala Krai dijangka siap pada Mei 2017

Dato' Sri Mustapa Mohamed (tengah) bersama Dato' Dr. Ahmad Razin bin Dato' Hj. Ahmad Mahir, Pengarah Kesihatan Kelantan (berbaju putih) ketika melawat tapak projek Hospital Kuala Krai pada 15 Mac 2015. Foto ihsan: Facebook Dato' Sri Mustapa Mohamed.
KUALA KRAI: Projek pembinaan Hospital Kuala Krai di tapak baharu di tepi Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang dijangka siap pada Mei 2017. 

Hospital baharu berkapasiti 270 katil ini melibatkan kos RM286 juta telah diumumkan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006 - 2010) lagi. Namun, ia hanya mula dilaksanakan pada pertengahan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10: 2011 - 2015). 

Hospital baharu ini terletak di Mukim Pahi atau enam kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Apabila siap kelak, hospital baharu ini akan menjadi hospital rujukan utama bagi penduduk di Hulu Kelantan yang merangkumi tiga buah jajahan, iaitu Kuala Krai, Gua Musang, dan Tanah Tinggi Lojing.