Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 31 Mei 2015

KKLW giat baik pulih jalan di negeri terjejas banjir

KOTA BHARU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang giat membaik pulih jalan raya yang rosak di semua negeri yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sebanyak RM130 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja menurap jalan raya yang rosak akibat bencana banjir itu.

"Sekarang 30 peratus kerja membaik pulih jalan raya telah berjaya disiapkan di Pantai Timur khususnya di Kelantan...kita sedang berusaha untuk siapkan secepat mungkin.

"Kalau boleh kita tidak mahu lengahkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi membolehkan pihak kita menjalankan kerja membaik pulih jalan dengan lebih cepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Hari Invoasi 2015 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini, Ahad.

Turut hadir Pengurus Besar Kesedar Datuk Mohd Arshad Ismail Mohd Shafie.

"Kerosakan besar adalah seperti jambatan runtuh dan proses membaik pulih kerosakan sebegini mengambil tempoh masa yang lama.

"Bagi kerosakan biasa seperti jalan pecah, kita sudah pun turap jalan itu. Kita sentiasa berusaha untuk membaiki jalan raya ini secepat mungkin demi kemudahan rakyat," kata Alexander.

Sementara itu, beliau berkata kementerian melalui Kesedar telah berjaya membaiki 480 buah rumah yang rosak akibat banjir di empat jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Gusa Musang.

"Kita perlu membaiki 1,200 buah rumah dan sekarang 480 telah berjaya dibaiki, yang selebihnya masih dalam proses baik pulih.

"Kos rumah yang dibaiki tidak lebih daripada RM10,000 (seunit) dan kita perlu kerjasama semua pihak untuk mempercepatkan lagi proses ini memandangkan bulan Ramadan sudah semakin dekat," katanya.

Sumber: Bernama | 31 Mei 2015

Kerajaan hasrat bina tembok, benteng di sempadan Malaysia - Thailand - Wan Junaidi

KUCHING: Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia - Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembinaan struktur itu mungkin jauh lebih berkesan dalam mengawasi sempadan, kerana hakikatnya pasukan keselamatan memang tidak mampu untuk memantau lebih 100 'jalan tikus' di kawasan sepanjang kira-kira 700km sempadan negara yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

Katanya beliau juga dijadualkan menemui menteri besar Perlis, Kedah dan Kelantan tidak lama lagi untuk memaklumkan arahan terbaru Kementerian Dalam Negeri kepada petugas keselamatan sempadan negara untuk meningkatkan lagi pengawasan.

Beliau berkata pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sempadan perlu diperkukuhkan supaya tiada lagi individu yang boleh keluar atau masuk sesuka hati dengan hanya "mengangkat tangan atau menganggukkan kepala sahaja".

"... dahulu memang dipinta oleh kerajaan negeri (pelbagai kelonggaran) dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan, sekarang saya nak berbincang dengan MB negeri terbabit untuk beritahu sendiri secara rasmi bahawa tiada lagi hanya 'angguk atau angkat tangan sahaja' untuk melintasi sempadan negara," katanya.

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Muara Tebas, kira-kira 30km dari sini, Sabtu.

Isu sempadan mula menjadi perhatian ramai ekoran penemuan kem haram dan kubur di Bukit Wang Burma di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini yang dikatakan menempatkan pendatang asing yang menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia.

Sumber: Bernama | 31 Mei 2015

Sabtu, 30 Mei 2015

Peruntukan RM200 juta bina 11 klinik desa di Kelantan

GUA MUSANG: Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM200 juta bagi membina 11 klinik desa di Kelantan yang musnah akibat banjir pada Disember tahun lepas, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (gambar).

Beliau berkata, pembinaannya telah dimulakan secara berperingkat dan dijangka siap tidak lama lagi kerana kerajaan faham masalah itu perlu di atasi segera untuk kemudahan rakyat. 

"Kami (kementerian) menerima peruntukan RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan jadi kami bina klinik baharu ini di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perintis Air Terawat di Kampung Star di sini, semalam.

Katanya sementara menunggu pembinaan klinik baharu siap, pihak kementerian membina khemah sebagai klinik sementara untuk penduduk mendapatkan rawatan harian. 

Beliau berkata, khemah berkenaan akan diganti dengan kabin bagi memberi rawatan yang lebih sempurna dan selesa kepada orang ramai.

Mengenai projek perintis air terawat itu, Dr Hilmi berkata, projek terbabit hasil kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membekalkan air bersih kepada 1,500 penduduk kampung berkenaan. 

“Projek itu adalah yang pertama di negara ini dan jika ia berjaya akan turut dilaksanakan pula di kampung lain di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.

“Apa yang saya lihat semuanya menggunakan teknologi moden dan canggih bagi menghasilkan air yang bersih hingga tidak perlu dimasak serta boleh diminum terus,” katanya.

Sumber: Bernama | 30 Mei 2015

Penduduk bantah pembinaan kondominium mewah di sebelah Masjid Telipot

Sebahagian penduduk Raja Dewa dan kariah Masjid Telipot, di sini, membantah pembinaan kondominium 24 tingkat yang akan dibina bersebelahan masjid, semalam.
KOTA BHARU: “Kami mahu Masjid Telipot dibesarkan, bukan bina kondominium mewah di sebelahnya,” luah jemaah masjid sekitar Raja Dewa, di sini, sebaik sahaja selesai solat Jumaat di situ, semalam.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan perancangan tersebut bersebelahan Masjid Telipot atau Masjid Sultan Muhammad II, di sini.

Bukan sahaja penduduk sekitar, malah kariah masjid berkenaan juga membantah syarikat pemaju berkenaan yang berhasrat menjadikan kondominium itu di atas tanah Lot PT470 iaitu di bekas tapak salah sebuah tabika yang sudah dirobohkan sejak sebulan lalu.

Timbalan Pengerusi Penduduk Kejiranan Raja Dewa, Mohd Yusman Yusof berkata, bantahan tersebut dilakukan setelah mengambil kira pendapat dan mengumpul tandatangan hampir 1,000 penduduk serta kariah masjid tahun lalu.

“Apa yang kami buat hari ini untuk masa depan generasi akan datang. Kami rasakan tanah ini patut diserahkan kepada Masjid Telipot dan benarkan pihak masjid buat apa-apa yang perlu untuk manfaat jemaah,” katanya kepada pemberita semasa bantahan pembinaan kondominium 24 tingkat ini, di sini, semalam.

Katanya, surat bantahan juga pernah dihantar kepada kerajaan negeri pada September tahun lalu, namun didakwa ia tidak diambil peduli.

Bagi jemaah, Sheikh Abdul Rahim Sheikh Mohamad, 51, merayu kerajaan negeri supaya membatalkan hasrat tanah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) itu dimajukan untuk membina kondominium.

“Kondominium itu tidak sesuai berada di sebelah masjid dan kami berharap YIK serahkan tanah ini untuk pembangunan Islam dan insan di Masjid Telipot,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri membuat keputusan membina kondominium berkenaan memandangkan kawasannya strategik dan berdekatan dengan masjid.

“Pembinaan kondominium ini bukan sahaja untuk penduduk tempatan, sebaliknya kita kongsi bersama dengan orang lain, jadi pembinaan kondominium ini boleh menampung keperluan ramai bagi mengimarahkan masjid.

“Mungkin bagi mereka (penduduk sedia ada) duduk lebih selesa, tetapi kita (kerajaan negeri) memikirkan pembinaan ini boleh berkongsi dengan jemaah lebih ramai dan lebih luas bagi mereka yang berada dekat masjid,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya bukan mahu menafikan hak orang lain, sebaliknya kerajaan negeri sudah merancang mengikut peraturan berdasarkan pindaan masjid, malah turut mengambil kira syarat pembinaan berdekatan masjid.

Ia memudahkan mereka yang pencen dan tidak bekerja dan mereka yang masih ada anak serta berupaya membeli kondominium berdekatan masjid.

“Mereka yang ada di situ mungkin meluahkan rasa terjejas, tetapi sebenarnya tidak kerana kita (kerajaan negeri) mengambil kira semua aspek termasuk dari segi kawalan kerana ia dibina di tapak tanah YIK,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 30 Mei 2015

Karavan Tani mampu perangi orang tengah

KOTA BHARU: Kaedah penjualan hasil pertanian menggunakan konsep Karavan Tani dilihat mampu menangani kegiatan tamak orang tengah yang menindas pengguna dan pembekal.

Anggota Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Shukur Idris berkata kaedah menggunakan van yang beroperasi sebagai 'kedai' dilihat lebih efektif untuk memasarkan produk pertanian secara terus kepada pelanggan.

"Sehingga kini terdapat 152 peserta Fama termasuk tujuh dari Kelantan yang menggunakan kaedah jualan ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2008.

"Kami syorkan lebih ramai peserta mengambil peluang ini bagi mencapai sasaran 1,000 peserta Karavan Tani menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Keusahawanan dan Pembekalan Produk Peserta Cawangan Peruncitan Negeri Kelantan di sini.

Beliau berkata, Fama akan bekerjasama dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi mempermudah pinjaman kepada petani dengan nilai pinjaman sehingga RM100,000.

"Kami anggarkan sebuah van berharga kira-kira RM65,000 dan baki daripada pinjaman itu bolehlah digunakan sebagai modal pusingan.

"FAMA akan menukar imej luaran dan dalaman van peserta mengikut produk yang dijual. Ini akan membina keyakinan pembeli untuk mendapatkan barangan daripada van peserta," kata Shukur.

Katanya, kaedah berkenaan akan memudahkan peserta untuk berniaga di ribuan tapak perumahan di seluruh negara selain kemudahan tapak pasar tani yang disediakan FAMA sebelum ini.

"Malah peserta yang terlibat sebelum ini mampu menjana pendapatan sehingga hampir RM1,000 sehari melalui tiga waktu jualan iaitu pagi, petang dan malam," katanya.

Pada majlis itu beliau turut menandatangani perjanjian jual beli Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak ke Pasar Tani, Outlet-Outlet Peruncitan Fama dan Pasaran (KUKUH) disaksikan kira-kira 100 usahawan peruncitan negeri Kelantan.

Shukur turut menyerahkan lapan buah motosikal tiga roda kepada lapan peserta Fama di negeri itu.

Sementara itu, penerima motosikal tiga roda Siti Hatijah Jusoh, 59, berkata beliau amat gembira dan merasa bertuah kerana terpilih sebagai penerima.

"Dengan adanya motosikal ini akan menyenangkan kerja-kerja saya mengangkut sayur-sayuran untuk dijual kepada pelanggan. Ia juga akan memudahkan kerja sambilan saya sebagai tukang mesin rumput," katanya. 

Sumber: Bernama | 29 Mei 2015

Khamis, 28 Mei 2015

RMK11: Ketua Pemuda Pas Kelantan harap Kerajaan Pusat kota janji dalam RMK11

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 26 Mei 2015 | Muka Surat 37

Perkhidmatan kereta api dari Johor Bahru ke Gua Musang bermula 10 Julai ini

KOTA BHARU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dapat mengaktifkan perkhidmatan kereta api dari Perhentian Kereta Api Kemubu ke Perhentian Kereta Api Bukit Abu dan sebaliknya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini khusus untuk kemudahan anak-anak sekolah. 

Menurut Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Hj. Sarbini bin Tijan, perkhidmatan tersebut amat kritikal untuk mengangkut anak-anak sekolah kerana kereta api menjadi mod pengangkutan utama untuk perjalanan pergi balik sekolah di kawasan pedalaman tersebut. 

Dalam pada itu, KTMB juga dijangka dapat memulakan perkhidmatan kereta api dari Johor Bahru, Johor ke Gua Musang, Kelantan mulai 10 Julai ini melalui Fasa 1 pemulihan perkhidmatan kereta api Pantai Timur.

KTMB juga akan menyediakan perkhidmatan sambungan secara percuma dengan bas dari Stesen Kereta Api Gua Musang untuk ke stesen-stesen kereta api Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, dan Wakaf Bharu (Kota Bharu) untuk kemudahan penumpang.

Menurut KTMB lagi, mulai Julai ini semua perkhidmatan kereta api ekspres dari Kuala Lumpur dan Tumpat akan berakhir di Stesen Kereta Api JB Sentral, Johor Bahru, manakala KTMB akan menyediakan perkhidmatan kereta api ulang-alik dari Johor Bahru ke Woodlands (Singapura) untuk kemudahan penumpang. 

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih landasan di 250 lokasi sepanjang laluan terjejas banjir sedang giat dijalankan Bahagian Kejuruteraan KTMB, kontraktor yang dilantik, dan Regimen Askar Jurutera Diraja daripada Angkatan Tentera Malaysia. 

Bah Kuning yang melanda Kelantan pada Disember tahun lepas telah menyebabkan KTMB mengalami kerugian kira-kira RM400 juta. 

Perkhidmatan kereta api Pantai Timur dijangka dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang hujung tahun depan termasuk perkhidmatan bagi sektor Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur.   

Sumber: Blog Gerbang KBBRI (www.kbbri.blogspot.com)

Sarbini Tijan Presiden KTMB baharu

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pelan Hala Tuju Industri Sokongan Kereta Api Malaysia 2030, Sarbini Tijan (gambar) dilantik sebagai Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang baharu berkuat kuasa 1 Mei lalu. Beliau menggantikan Datuk Elias Kadir.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, Sarbini yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan perkhidmatan bersama syarikat itu pada tahun 1981 sebagai Pegawai Trafik.

Beliau kemudian ditugaskan sebagai Pengurus Kanan dan seterusnya pada tahun 1994, dilantik sebagai Pengurus Besar pada usia 37 tahun, iaitu antara yang termuda menjawat jawatan itu dalam KTMB.

Pada Januari 2010, beliau dipinjamkan ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum dilantik sebagai Penasihat Presiden KTMB pada 7 Julai tahun sama.

Sebelum bersara pada 19 Mei 2013, beliau memegang jawatan Naib Presiden Kanan, Operasi dan Perniagaan selama 11 bulan.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 7 Mei 2015 | Terbitan 8 Mei 2015

Selasa, 26 Mei 2015

Nama 'Perlis' tidak perlu 'Indera Kayangan' - Raja Perlis

KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah 'Indera Kayangan' atau 'Darul' sebaliknya hanya 'Perlis' seperti termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Baginda bertitah undang-undang tubuh tersebut ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.

"Oleh itu, saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di sini Isnin.

Berangkat sama ke majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut baginda nama Perlis pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa baginda menjadi Yang Dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.

"Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang tambahan," titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Mengenai muzium tersebut, baginda berharap ia menjadi tempat tumpuan rakyat khususnya golongan muda untuk menimba ilmu yang mempunyai kaitan dengan sejarah negeri Perlis.

Baginda sukacita dimaklumkan lebih 30,000 orang melawat muzium itu sepanjang tahun lepas melebihi sasaran 25,000 orang manakala jumlah pengunjung sejak dibuka ialah 400,000 orang.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam ucapannya yakin Muzium Kota Kayang akan berfungsi sebagai pusat ilmu sejarah di samping menjadi tumpuan pelancong asing.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Wan Jamaluddin Wan Yusof berkata jabatan itu sedia menambah koleksi muzium di samping menceriakan landskapnya bagi meningkatkan daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya.
 
Sumber: mStar Online | 25 Mei 2015

Ahad, 24 Mei 2015

RMK11: Plaza IMT-GT akan dibina di Bukit Bunga

Plaza IMT-GT di wilayah Trang di Selatan Thailand. 
PLAZA IMT-GT, iaitu plaza beli-belah akan dibina di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Konsep plaza ini mungkin hampir sama dengan Plaza IMT-GT di wilayah Trang, Selatan Thailand atau beberapa buah lagi plaza seumpama ini yang merupakan inisiatif kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). 

Pembinaan plaza ini diharap dapat memacu pertumbuhan kawasan sempadan Malaysia - Thailand terutamanya Bukit Bunga yang berpotensi untuk menjadi kawasan bebas cukai pada masa depan. 

Pembangunan Bukit Bunga ini akan disokong dengan pembinaan Lebuh Raya Pantai (Coastal Highway) yang melibatkan jajaran  dari Bukit Bunga - Rantau Panjang - Pengkalan Kubor - Tumpat - Kota Bharu - Bachok - Tok Bali - Kuala Besut. 

Nota: Artikel ini merupakan tulisan laman blog ini dan ia tidak dibenarkan disalin dan ditampal (copy & paste) di mana-mana laman blog termasuk laman skyscraperscity.com. 

Projek jambatan Pengkalan Kubor - Tak Bai mula dibina tahun depan

KUALA LUMPUR: Pembinaan jambatan tambahan antara Malaysia dan Thailand dijangka bermula tahun depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

“Kami telah memuktamadkan kajian kemudahan itu, dan berhasrat untuk melanjutkan usaha (ini). Oleh itu, kita boleh memulakannya tahun depan,” katanya.

Keputusan untuk meneruskan projek itu dibuat pada mesyuarat persediaan pegawai-pegawai kanan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di sini, semalam dan ia akan dikemukakan kepada pemimpin-pemimpin negara masing-masing untuk diperakukan pada Sidang Kemuncak Pemimpin IMT-GT Selasa ini.

Bagaimanapun, projek berkenaan bukan sahaja membabitkan batu-bata dan mortar, katanya sambil menjelaskan ia melibatkan kesediaan kedua-dua negara dalam pelbagai aspek lain.

“Ia bukan sahaja daripada segi (pembinaan) jambatan itu, ia juga melibatkan kastam, imigresen dan pihak berkuasa lain,” kata Nik Azman sambil menekankan bahawa kedua-dua negara juga perlu bersedia sepenuhnya sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Pada masa ini, dua jambatan sudah pun menghubungkan selatan Thailand dengan Kelantan.

Jambatan pertama yang menghubungkan Rantau Panjang ke Bandar Sungai Golok siap pada 1972, dan jambatan kedua yang menghubungkan Bukit Bunga ke Buketa siap pada akhir 2007.

Pada 2001, pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk menambah dua buah jambatan lagi yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Golok, Narathiwat di Thailand serta Pengkalan Kubor, Kelantan dengan Takbai, Narathiwat bagi melancarkan aliran lalu lintas.

“Bagi projek Pengkalan Kubor - Tak Bai, kami menjangkakan ia dapat menjana aktiviti ekonomi yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat persediaan itu.

Projek itu akan dilaksanakan dengan pembiayaan sama banyak oleh Bangkok dan Putrajaya.

Selain projek itu, Nik Azman berkata Sidang Kemuncak Pemimpin IMT-GT turut membincangkan kemajuan pembangunan Bandar Getah di Kedah.

Beliau berkata terdapat beberapa isu berbangkit mengenai tapak projek itu yang perlu diselesaikan antara Malaysia dan Thailand, namun, beliau tidak menjelaskan butirannya.

IMT-GT, yang ditubuhkan pada 1993, menyediakan rangka kerja subserantau bagi mempercepat kerjasama ekonomi dan integrasi negara-negara anggota dan wilayah di ketiga-tiga negara berkenaan.

Ia juga menggalakkan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi dan memudahkan pembangunan subserantau secara keseluruhannya dengan mengeksploitasi asas yang saling melengkapi dan kelebihan perbandingan dalam kalangan negara anggota.

Sumber: Bernama | 27 April 2015

Zahid sahkan penemuan kubur beramai-ramai di Padang Besar

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan mengenai pembongkaran mengejutkan berhubung penemuan kubur beramai-ramai yang memuatkan hampir 17 mayat di kem tahanan penyeludupan di Padang Besar.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kem berkenaan berkemungkinan wujud di kawasan itu sejak sekian lama. "Mungkin lebih lima tahun. Saya terkejut!" katanya.

Kubur dan kem di Wang Kelian dan beberapa kampung kecil di sepanjang bandar sempadan Thailand di Padang Besar ditemui oleh pegawai VAT69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) minggu lepas.

Bagaimanapun kem berkenaan sudah ditinggalkan apabila ia ditemui pihak berkuasa. "Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara berada di sana sekarang untuk proses pengecaman dan pengesahan.

"Satu kubur mungkin mempunyai tiga, empat badan. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak jumlahnya. Kami mungkin akan mencari lagi mayat," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata orang ramai akan diberikan maklumat terkini berhubung perkara itu selepas disahkan.

Selain itu Ahmad Zahid berkata penemuan itu menimbulkan sedikit keraguan berhubung penglibatan rakyat Malaysia.

"Malaysia sebagai sebuah kerajaan pastinya tidak terlibat. Tetapi rakyat Malaysia, ya! Saya sedar itu sebagai fakta.

"Tetapi seperti yang anda tahu, di Mexico dan Amerika Syarikat, mereka mempunyai lebih ramai anggota keselamatan di sempadan, tetapi perdagangan manusia masih berlaku di sana," katanya kepada pemberita di Penjara Kajang pada Ahad.

Sumber: mStar Online | 24 Mei 2015

RMK11: Kerajaan Negeri Kelantan sambut baik projek pembangunan Kelantan di bawah RMK11

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman projek pembangunan Kelantan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), walaupun dianggap agak terlewat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad (gambar) berkata, sebenarnya ketiga-tiga projek yang diumumkan, dituntut kerajaan negeri sejak sekian lama.

Menurutnya, kali ini tiga projek itu adalah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, dan tebatan banjir akhirnya telah mendapat perhatian sewajarnya.

“Kita sudah lama mohon projek tersebut sejak RMK8, RMK9 dan RMK10 lagi. Tuntutan ini demi kesejahteraan rakyat Kelantan dan turut berharap kerajaan pusat buat semua ini demi rakyat.

“Tebatan banjir antara yang kita mohon bagi menyelamatkan harta benda rakyat dan dalam masa sama, kerajaan juga boleh menjimatkan perbelanjaan dengan tidak membaik pulih benda sama setiap tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, RMK11 juga memperlihatkan kerajaan pusat lebih serius dan memberi keutamaan kepada penambahbaikan LTSIP memandangkan lapangan terbang itu mengendalikan kira-kira 44 penerbangan sehari.

Katanya, bantuan kerajaan pusat amat diperlukan bagi merealisasikan ketiga-ketiga projek tersebut kerana ia menelan belanja berbilion ringgit.

Dalam pada itu, Hanifa turut menyifatkan kerajaan negeri tidak pernah anggap kerajaan pusat zalim tetapi setiap setiap tuntutan dilakukan sebelum ini untuk kepentingan rakyat.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Mei 2015

Orang ramai tidak asing sisa pepejal boleh didenda RM1,000 - Alam Flora

KUANTAN: Bermula 1 Sept ini, orang ramai yang tidak mengasingkan sisa pepejal ke dalam plastik bersesuaian di rumah sebelum membuangnya mengikut jenis dalam tong sampah yang disediakan boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000.

Ketua Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan berkata, sehubungan itu mereka kini giat melaksanakan Program 3R iaitu 'reduce' (pengurangan), 'reuse' (penggunaan semula) dan 'recycle' (kitar semula) bagi memberi kesedaran berhubung perkara itu.

"Bagi merealisasikannya, satu langkah proaktif dibuat iaitu dengan mewujudkan skuad Eco Rangers Alam Flora (Eco Rangers) bertujuan mendidik, memberi kesedaran dan maklumat kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula.

"Jadi untuk itu, jika orang ramai masih lagi tidak mengasingkan sistem pepejal di rumah masing-masing selepas penguatkuasaannya, mereka akan dikenakan kompaun sehingga RM1,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penerangan kepada penduduk di kawasan perumahan Bukit Istana dekat sini Sabtu.

Mohd Zain berkata, peraturan itu bakal dijalankan secara berperingkat-peringkat sebelum dikuat kuasa pada 1 Sept depan.

Katanya ia dilaksanakan mengikut Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan akan dijalankan oleh Penguat Kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Katanya, kewujudan skuad Eco Rangers juga tepat pada masanya kerana kaedah itu digunakan untuk menyebarkan informasi secara meluas mengenai cara pengasingan sisa sampah.

Katanya, kenderaan khas skuad Eco Rangers yang membawa beberapa kakitangan Alam Flora akan berhenti di empat hingga lima lokasi tumpuan orang awam seperti di taman permainan, pasar dan pusat riadah selama 30 atau 45 minit pada satu-satu masa.

Katanya, ejen skuad Eco Rangers akan mengadakan ceramah, sesi penerangan, mengedarkan risalah berkaitan 3R kepada orang ramai dalam setiap sesi rondaan tersebut.

Beliau berkata, kaedah mendekati masyarakat seperti ini dilihat lebih mudah dan ringkas serta dapat dilaksanakan melalui cara bersemuka serta tepat kepada golongan sasar seperti pelajar sekolah, kakitangan awam dan suri rumah.

"Kempen kitar semula perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran dan menerapkan budaya mengitar semula dalam kehidupan seharian," katanya.

Sumber: Bernama | 23 Mei 2015

Sabtu, 23 Mei 2015

Mat Salleh jadi Mat Dan di Terengganu

MARANG: Tiada yang luar biasa sekiranya anak jati Terengganu yang menikmati tenggiri dengan sambal belacan berkata: "Ni Ikang aye masok singgang. Kite Makang Dengan ulam, sambal belacang jadi doh."

Tetapi ia agak pelik apabila ia diungkapkan oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris. Menetap di Malaysia selama lima tahun sudah cukup menjadikan Daniel Tyler, atau dikenali sebagai "Mat Dan" untuk bercakap dengan fasih dalam dialek tempatan.

Pemuda kelahiran Bristol, England itu juga sering dilihat bergaul bebas dengan penduduk tempatan dan menikmati nasi yang dihidangkan bersama ulam dan sambal belacan menggunakan tangannya.

Perkara tersebut juga menjadikan penguasaan bahasa ibundanya terjejas. "Percakapan dalam bahasa Inggeris saya terjejas selepas menguasai dialek tempatan. Apabila saya berjumpa keluarga pada perkahwinan abang saya, rakan-rakan dan keluarga terkejut dengan percakapan saya yang berbeza.

"Saya mengambil masa yang agak lama untuk kembali normal," kata Mat Dan yang kini sering menambah pengakhiran ayat bahasa Inggerisnya dengan "-Lah".

Mat Dan berkata dia terpaksa belajar dialek tersebut berikutan sukar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan penduduk tempatan.

Mat Dan sudah menetap lima tahun di Terengganu.
"Saya boleh bercakap dialek tempatan selepas tiga atau empat tahun berada di negara ini," kata lelaki berusia 25 tahun kepada The Star.

Mat Dan berkata, pada asalnya dia menggembara di Thailand dan Laos sebelum seorang rakan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.

"Dari situ saya ke Pulau Kapas. Daripada sehari ke sehari hingga bertukar menjadi minggu, minggu ke bulan, dan lima tahun kemudian, saya masih di sini. Saya jatuh cinta dengan tempat ini!.

"Pulau ini indah dan faktor utama kerana hospitaliti di Malaysia membuatkan saya terus tinggal di negara ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, Malaysia tidak seperti England, di mana "orang hanya memikirkan hal masing-masing".

Mat Dan memeluk Islam setelah beberapa tahun menetap di Terengganu dan menukar namanya kepada Kareef Daniel Abdullah.

Dia menjejakkan kaki di negara ini pada tahun 2009 ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.

Menurutnya, dia sedang memikirkan untuk meneruskan pengajian dan mungkin dalam kursus biologi marin.

Mat Dan turut merancang menamatkan zaman bujang di negara ini tahun depan. "Insya-Allah... tahun depan," katanya tetapi enggan mendedahkan identiti wanita tersebut.

Bapanya yang merupakan ahli perniagaan Kevin, 52, dan ibu Nicol, juga 52, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.

Sumber: mStar Online | 23 Mei 2015

Mangsa banjir rayu rumah kekal disiapkan sebelum Aidilfitri

KUALA KRAI: Sebanyak 15 keluarga mangsa banjir yang tinggal di rumah kontena di Dataran Peladang di sini, merayu kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan agar mempercepatkan pembinaan rumah kekal untuk mereka.

Rata-rata mereka berharap rumah berkenaan dapat disiapkan sebelum Aidilfitri agar dapat menyambutnya bersama anak-anak yang akan pulang kelak.

Mohd Zain Ismail, 72, berkata beliau resah memikirkan bagaimana untuk menyambut Aidilfitri yang akan tiba Julai depan, kerana pastinya lima anak dan empat cucu akan pulang untuk menyambut bersama-sama.

"Rumah kontena ini buat masa sekarang selesalah kerana saya hanya tinggal dengan isteri dan seorang anak, namun ia akan menjadi masalah apabila empat lagi anak yang tinggal di luar Kelantan akan pulang menyambut Aidilfitiri," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Sabtu.

Sementara itu, Kamaruzzaman Abdul Razak, 36, berkata beliau mula mendiami rumah kontena tersebut sejak sebulan lepas dan berharap agar dapat menyambut Aidilfitri di rumah baharu.

"Tinggal di rumah kontena ini pun sudah selesa.. tidaklah panas sangat kerana dinding di dalam rumah dilapisi papan lapis sebagai penebat haba.

"Tapi seboleh-bolehnya dapatlah kami menyambut puasa dan hari raya dengan lebih baik. Buat masa ini kami terpaksa bergilir-gilir memasak di sebuah dapur besar," katanya.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan dilaporkan telah pun meminta agar kerajaan persekutuan mempermudah pemberian kontrak pembinaan bagi menyegerakan proses pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata langkah itu bagi memastikan mangsa banjir dapat mendiami rumah masing-masing secepat mungkin.

Sumber: Bernama | 23 Mei 2015

SPAD cadang jajaran baharu landasan kereta api Kelantan

Gambar hiasan. 
KUALA KRAI: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji kemungkinan membina jajaran baharu landasan kereta api di Kelantan yang bebas daripada ancaman banjir.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata ini kerana landasan sedia ada dari Gua Musang hingga Tumpat, rosak teruk akibat banjir yang berlaku Disember tahun lepas.

"Cadangan berkenaan adalah untuk jangka panjang bagi memastikan perkhidmatan kereta api khususnya di Kelantan tidak terjejas sekiranya banjir besar berulang lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Banjir Fasa 3 SPAD di sini, Sabtu.

Syed Hamid berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan dan terpulang kepada Kementerian Pengangkutan yang mungkin sudah mempunyai perancangan untuk menambah baik perkhidmatan kereta api berkenaan.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan untuk membaik pulih kerosakan landasan kereta api di Kelantan tetapi ia mengambil tempoh masa yang agak lama untuk disiapkan.

Menurut Syed Hamid, sistem perkhidmatan kereta api yang cekap amat diperlukan dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Beliau berkata sementara menantikan kerja membaik pulih landasan kereta api siap, perkhidmatan bas henti-henti milik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) digunakan bagi laluan Dabong - Kemubu - Kuala Krai dan Dabong - Kuala Balah - Jeli.

Tambahnya, setakat ini tiga buah bas digunakan setiap hari bagi memudahkan urusan harian penduduk serta pelajar sekolah di kawasan berkenaan yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan kereta api.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 12 buah teksi sumbangan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia kepada mangsa yang kehilangan teksi akibat bencana banjir.

Sumber: mStar Online | 23 Mei 2015

RMK11: Empangan Nenggiri dan Lebir mampu menakung kapasiti air hujan luar biasa - JPS

KUALA LUMPUR: Pembinaan dua empangan iaitu di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) akan dapat menampung kapasiti air hujan luar biasa, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ir Hanapi Mohamad Noor.

Beliau berkata jabatan dalam proses menstrukturkan pelan empangan itu bagi menakung kapasiti air hujan sehingga 507 mm sehari bagi setiap empangan.

"Dengan membina empangan itu, (air hujan) di kawasan-kawasan tadahan air di Hulu Sungai Kelantan, dapat ditakung khususnya di kawasan pedalaman terutama di Gunung Gagau.

"... dan kapasiti kedua-dua empangan itu mampu mengurangkan 50 peratus aliran air yang turun di kawasan tadahan daripada memasuki ke bahagian hilir sungai biarpun ketika fenomena hujan luar biasa," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kedua-dua empangan itu juga akan menjadi empangan pelbagai guna iaitu selain sebagai projek tebatan banjir Sungai Kelantan, ia juga berfungsi menjana kapasiti hidroelektrik dan bekalan air bagi negeri itu.

"Kami masih dalam perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk merancangan berapakah kapasiti elektrik yang mampu dijana oleh empangan itu," kata Hanapi.

Setakat ini, Kelantan hanya mempunyai sebuah empangan iaitu Empangan Pergau yang terletak merentasi Sungai Pergau, Jeli, kira-kira 70 kilometer ke barat daya Kota Bharu.

Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri merupakan cabang utama Sungai Kelantan yang akan bercantum di Kuala Krai dan mengalir ke utara negeri itu melalui jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Kota Bharu menuju ke Laut China Selatan.

Analisis data paras air sungai utama (hidrograf) yang dibuat oleh JPS Kelantan mendapati peningkatan paras air akibat hujan lebat di kawasan Ulu Kelantan dari 17 Dis. hingga 24 Dis. tahun lepas menyebabkan kemuncak banjir di negeri itu.

Stesen menyukat hujan di Gunung Gagau, Gua Musang mencatatkan 507 mm hujan dalam sehari berbanding hanya 20 mm pada hari kebiasaan.

Banjir buruk yang melanda Kelantan tahun lepas, telah menyebabkan kemusnahan harta benda malah memaksa lebih 104,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan.

Sumber: Bernama | 22 Mei 2015

USM mahu lahir 
ramai pakar MMed

Kamarudin Jaalam (tiga dari kanan) beramah mesra dengan Ahmad Shukri Mustapa Kamal semasa Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor Kampus Kesihatan USM 2015 di USM Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.
KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pakar perubatan dalam bidang kecemasan menerusi program Perubatan Kecemasan (MMed) yang mula dilaksanakan sejak tahun 1998.

Pakar MMed USM, Prof. Dr. Kamarudin Jaalam berkata, kepakaran dalam bidang tersebut sangat diperlukan khususnya ketika negara berdepan dengan bencana seperti banjir, gempa bumi dan tsunami.

Beliau berkata, selaras dengan itu, pihaknya kini bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) bagi menjalankan program tersebut.

“Program latihan residensi empat tahun ini adalah yang pertama di Malaysia dan juga di rantau Asia di mana pelajar didedahkan dengan asas ilmu yang kukuh dan latihan klinikal di Hospital USM dan Hospital Kuala Lumpur.

“Kepakaran dalam bidang ini sangat diperlukan dengan keadaan dunia yang cepat berubah dan bencana boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti banjir besar yang baru sahaja berlaku di Pantai Timur tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor Kampus Kesihatan USM 2015 di USM Kubang Kerian, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Datuk Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal serta Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed.

Pada majlis tersebut, Kamarudin dilantik sebagai profesor bersama dua lagi pakar perubatan iaitu Dr. Rosline Hassan dan Dr. Hasnan Jaafar.

Kamarudin berkata, sehingga kini USM telah berjaya melahirkan 131 pakar perubatan kecemasan yang telah ditempatkan khusus dalam bidang tersebut.

“Graduan yang dikeluarkan terbukti memberi kesan positif kepada perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan gambaran negatif tentang per­k­hidmatan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan telah banyak berubah.

“Kita berharap, lebih banyak pakar dalam bidang ini dapat dilahirkan bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 19 Mei 2015 | Terbitan 20 Mei 2015

Komando VAT 69 geledah sempadan Malaysia - Thailand di Kelantan

Khalid Abu Bakar (kiri) beramah mesra dengan kru helikopter yang terselamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas pada misi bantuan banjir hujung tahun lalu, ASP Amirul Adli Ahmad (kanan) dan ASP Hasli Hassan (dua dari kanan) serta SM Mohd. Hood Abd. Majid (dua dari kiri) sewaktu Program Community Policing di Kampung Rambai Lama, Tanah Merah, Kelantan, semalam. Turut kelihatan, Mazlan Lazim (tiga dari kanan).
TANAH MERAH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT 69 menggeledah segenap pelosok hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi aktiviti mencurigakan terutama berkaitan pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi tersebut dilancarkan serta-merta sebaik sahaja pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa buah kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkhla baru-baru ini.

Menurut beliau, kawasan yang diberi tumpuan adalah antara Wang Kelian, Perlis sehingga ke daerah Sadao, Thailand yang bentuk muka buminya dipenuhi hutan tebal serta berbukit-bukau.

“Apabila Thailand menjumpai kem-kem tersebut, kita juga turut melancarkan operasi di sebelah kawasan kita, kalau-kalau ada juga (aktiviti pemerdagangan manusia).

“Sekarang ini pasukan VAT 69 sedang membuat pemeriksaan dan insya-Allah, hujung minggu ini atau minggu depan saya akan umumkan apa yang kita temukan dalam pencarian ini,” katanya selepas merasmikan Program Community Policing di Kampung Rambai Lama di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis ne­geri, Datuk Mazlan Lazim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha.

Awal bulan ini, pihak berkuasa Thailand membongkar kegiatan pemerdagangan manusia yang boleh disifatkan sebagai antara yang terbesar di Asia Tenggara selepas menemukan beberapa buah kubur besar pendatang asing di lokasi hanya beberapa kilometer dari sempadan Malaysia.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, hasil mesyuarat antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand (RTP) di Phuket baru-baru ini, kedua-dua belah pihak bersetuju bekerjasama lebih erat menangani isu pemerdagangan manusia, penyeludupan serta mengesan penjenayah yang melarikan diri merentasi sempadan.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 18 Mei 2015 | Terbitan 19 Mei 2015

Kenaf Kelantan diiktiraf Turki

Zulkifle Ali (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKTN, Hussin Abdullah (kiri) tertarik melihat hasil kraf tangan daripada gentian kenaf sempena program Merakyatkan Kenaf 1Malaysia, di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.
PASIR PUTEH: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yakin permintaan dari Turki terhadap bekalan komoditi kenaf dari negara ini sebanyak 200 tan sebulan mendorong petani menebus guna tanah terbiar untuk mengusahakan tanaman itu secara produktif.

Ketua Pengarah LKTN, Samsudin Noor berkata, pada peringkat permulaan negara tersebut memerlukan sebanyak 200 tan hasil kenaf yang telah siap diproses untuk industri permaidani

“Ini membuktikan bahawa negara pengeluar permaidani terbesar dunia itu yakin terhadap kualiti gentian fiber daripada kenaf keluaran Malaysia apabila menyatakan kesedia­an untuk membelinya menerusi bekalan yang berterusan.

“LKTN akan cuba memenuhi permintaan itu kerana ini adalah satu peluang keemasan untuk mengeksport hasil kenaf sebagai sumber komoditi baharu yang perlu setanding dengan pengeluaran ha­sil kelapa sawit dan getah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis perasmian Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Kampung Saring dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman. Yang hadir sama, ADUN Selising, Zulkifle Ali merangkap anggota Lembaga Pengarah LKTN.

Samsudin berkata, bermula awal tahun ini LKTN telah membekalkan sebanyak 200 tan bahan mentah kenaf ke China pada setiap bulan bagi menghasilkan pelbagai produk berkaitan industri automotif.

Menurutnya, berdasarkan permintaan tinggi dalam dan luar negara terhadap kenaf, pihaknya menyasarkan untuk mengusahakan lebih 10,000 hektar kawasan penanaman komoditi tersebut di seluruh negara menjelang tahun 2020.

“Ini termasuk membangunkan tanah-tanah terbiar di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan akan turut diperluaskan ke negeri Pahang,” katanya.

Tambahnya, dalam masa yang terdekat LKTN merancang untuk menambah projek penanaman kenaf sebanyak 701 hektar lagi di ne­geri ini dengan menyasarkan perolehan hasil pendapatan sebanyak RM3.5 juta.

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 17 Mei 2015 | Terbitan 18 Mei 2015

‘GST Kami Tanggung’ tidak dibenarkan

PUTRAJAYA: Peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dilarang menggunakan slogan GST Kami Tanggung untuk menarik perhatian pengguna kerana keadaan itu boleh mengelirukan orang ramai.

Pengarah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, slogan dengan maksud serupa seperti Anda Beli Kami Tanggung, Harga Tak Naik dan GST Kami Bayar juga tidak dibenarkan.

Beliau berkata, penggunaan slogan-slogan tersebut perlu dielakkan kerana GST merupakan cukai kepenggunaan yang perlu dikenakan atas barang dan perkhidmatan yang dijual.

“Slogan ini akan mengelirukan pengguna apabila membeli barang di kedai yang mengiklan GST Kami Tanggung, tetapi GST tetap tertera pada resit,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya GST tidak ditunjukkan pada resit pula, keadaan itu akan menyebabkan pembeli yang merupakan peniaga tidak boleh menuntut cukai input.

Menurutnya, penggunaan slogan berkenaan turut memberi gambaran kurang tepat mengenai pelaksanaan GST kepada pelabur tempatan dan asing.

“Amalan seperti ini akan menyebabkan pelabur beranggapan bahawa GST perlu diserap oleh peniaga iaitu menambah kos perniagaan mereka,” katanya.

Menurutnya, premis dan PBT yang mencetak slogan tersebut dalam bentuk kain rentang atau poster dinasihatkan untuk menurunkan bahan berkenaan dengan segera.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 22 Mei 2015 | Terbitan 23 Mei 2015

Pesara tentera tamat misi berkayak keliling Semenanjung Malaysia

KOTA BHARU: Pendayung kayak solo, Murad Mohd. Kassim, 45, berjaya menamatkan misi berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 52 hari.

Murad menamatkan dayungan sejauh 2,200 kilometer (km) apabila selamat tiba di Jeti Tambatan Diraja di sini pada kira-kira pukul 5 petang ini selepas memulakan misinya di Jeti Kastam, Kuala Perlis, Perlis pada 1 April lalu.

Ketibaan pesara tentera itu dengan kayak yang dinamakan Abd. Rahman itu disambut Penasihat Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusof.

Katanya, dia berasa gembira kerana berjaya menamatkan misi itu lebih awal selepas berdepan dengan pelbagai cabaran terutama apabila beberapa kali dihempas ombak sehingga kayaknya terbalik.

Menurutnya, cabaran itu bagaimanapun tidak menghalangnya untuk berdayung antara 30 hingga 40km setiap hari.

“Saya sama sekali tidak menjangkakan dapat menamatkan cabaran ini dalam masa 52 hari sahaja kerana sasaran awal misi ini adalah kurang daripada 60 hari. 

“Saat berdepan tekong kapal di lautan dan pihak yang mencurigakan adalah paling mencemaskan saya. Masa itu memang terfikir nyawa tak panjang tapi alhamdulillah berjaya juga dengan pantauan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online | Nasional | 22 Mei 2015

RMK11: Ahmad Yakob sifatkan RMK11 inklusif

Ahmad Yakob
KUALA LUMPUR: Berbeza dengan pemimpin pembangkang lain yang mata hati mereka ditutupi sikap taksub kepartian, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tampil memuji Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Malah tanpa berselindung, beliau yang diangkat sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas menyifatkan rancangan Malaysia terakhir sebelum negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 itu bersifat inklusif.

Pada masa yang sama, Ahmad turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Persekutuan kerana meluluskan tiga projek pembangunan di negeri Kelantan.

“RMK-11 ini bersifat inklusif dan menyeluruh, kita melihat sasaran yang ingin dicapai itu, insya-Allah akan menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, menyentuh tentang program pembangunan di Kelantan, Ahmad berkata, projek jajaran Jalan Utama Tengah (CSR) dari Kuala Krai ke Simpang Pelangai, pembinaan tebatan banjir di Sungai Galas dan Lebir di Kuala Krai serta pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan melonjak negeri itu untuk sama-sama mencapai kemajuan menjelang 2020.

Menurutnya, ke­pu­­­tusan Kerajaan Per­sekutuan itu juga membuktikan bahawa kepemimpinan Najib mengambil kira kepentingan semua negeri-negeri di Malaysia, meskipun ditadbir pembangkang kerana status negara maju tidak akan tercapai jika wujud negeri mundur.

“Ketiga-tiga projek pembangunan ini merupakan pemangkin untuk memajukan Kelantan yang saya sifatkan amat baik terutama jika kita melihat dari segi konteks masa depan untuk negeri Kelantan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 21 Mei 2015 | Terbitan 22 Mei 2015

RMK11: Projek pembangunan di Kelantan bukti komitmen Kerajaan Persekutuan

KOTA BHARU: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan penyenaraian tiga projek pembangunan mega di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebagai bukti komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memajukan Kelantan.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, seharusnya rakyat negeri ini berterima kasih dan bersyukur atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan itu bagi memastikan Kelantan tidak lagi ketinggalan dalam arus kemajuan.

“Saya tidak melihat pengumuman itu sebagai pembangunan fizikal semata-mata tetapi lebih ke arah perubahan minda untuk rakyat di negeri ini supaya tidak terus ketinggalan.

“Jangan melihat pengumuman berkenaan sebagai 'gula-gula' untuk meredakan kemarahan rakyat khususnya di Kelantan sebaliknya terima rancangan tersebut sebagai usaha memajukan ekonomi yang mana semua pihak bakal menikmati manfaatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan RMK-11 mengumumkan projek pembangunan di Kelantan yang membabitkan pembinaan lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), dan tebatan banjir.

Sementara itu, Pengerusi Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, pihaknya berharap Kerajaan Pas Kelantan dapat menyahut komitmen Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama demi memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat di negeri itu.

“Projek-projek pembangunan di negeri ini yang diumumkan dalam RMK11 sememangnya telah lama dinanti-nantikan rakyat. Terutama pembinaan lebuh raya bagi kemudahan rakyat Kelantan yang berada di sini atau di luar untuk berulang-alik terutama pada musim perayaan.

“Begitu juga dengan projek tebatan banjir yang dilihat dapat mengurangkan impak tahunan rakyat di negeri ini yang perlu menghadapi bencana itu setiap tahun,” katanya.

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas kesungguhan membantu rakyat di negeri ini walaupun perlu melibatkan kerjasama dengan Kerajaan Pas Kelantan.

Tambahnya, Kelantan sememangnya memerlukan suntikan dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan negeri ini terutama selepas bencana banjir pada penghujung tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 21 Mei 2015 | Terbitan 22 Mei 2015

Segerakan agihan rumah PPR Gua Musang

PPR Gua Musang yang masih belum diduduki.
GUA MUSANG: Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di Persiaran Raya, Bandar Baharu Gua Musang, di sini, masih menjadi tanda tanya penduduk berikutan belum diagihkan sehingga kini.

Justeru, mereka mohon kerajaan mempercepatkan proses agihan terutama kepada penduduk yang memerlukan rumah sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Rumah PPR yang telah siap dibina lebih setahun itu masih kosong kerana dikatakan menunggu keputusan pinjaman Bank Rakyat.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Mei 2015

Operasi MPKB-BRI: Rahsia di sebalik pokok pisang

Sebahagian alatan shisha yang berjaya dirampas dalam operasi shisha dan karaoke bersama MPKB-BRI dan polis, semalam.
KOTA BHARU: Tindakan peniaga sebuah restoran di Jalan Bayam di sini yang cuba menyembunyikan alatan shisa di sebalik pokok pisang akhirnya berjaya dibongkar apabila pihak penguat kuasa mengesan terdapat asap yang berkepul-kepul naik ke udara dipercayai datang dari alatan itu yang dihidangkan kepada pelanggan sebelum premis terbabit diserbu.

Walaupun berpura-pura dan mahu mengaburi mata pihak berkuasa kononnya premis berkenaan tidak menghidangkan shisha atau tembakau berperisa itu kepada pelanggan, namun perbuatan licik peniaga itu dapat dikenal pasti dan beliau turut dikenakan tindakan kompaun dalam operasi shisha dan karaoke di sini malam kelmarin.

Dalam Ops bersepadu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersama Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di tiga kedai yang masih lagi menghidangkan shisha kepada pelanggan diserbu termasuk satu di Jalan Kebun Sultan, dan dua di Jalan Bayam.

Serbuan diketuai oleh Ketua Inspektor MPKB-BRI dengan dibantu enam anggota dam pegawai narkotik IPD terhadap premis berkenaan yang dipercayai pernah diserbu namun tidak serik dan masih menjalankan perniagaan terbabit untuk menarik pelanggan dan meraih keuntungan.

Turut diserbu sebuah lagi restoran di Jalan Long Yunus yang baru sahaja hendak menamatkan operasinya namun dikenakan kompaun selepas pihak penguatkuasa mendapati peniaga berkenaan menyediakan shisha kepada pelanggannya.

Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, operasi berkenaan dilakukan bagi mengenal pasti dan memberi amaran kepada pihak yang masih lagi berdegil memandangkan perniagaan shisha tidak pernah diwartakan di negeri ini.

“Kita memandang serius masalah ini memandangkan ada di antara peniaga telah pun dikompaun beberapa kali namun masih tidak serik.

“Jika mereka masih ingkar tindakan tanpa kompromi akan dikenakan sama ada kita akan merampas alatan dalam kedai termasuk meja peniaga serta tidak membenarkan mereka beroperasi lagi ekoran tindakan mereka yang masih degil dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan di negeri ini,” katanya.

Rosnazli berkata, kesemua barangan dan alatan yang dirampas akan dibawa ke stor MPKB-BRI untuk tindakan susulan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Mei 2015

Jumaat, 22 Mei 2015

RMK11: Projek spesifik dalam RMK11 jawab keperluan rakyat

KUALA LUMPUR: Projek pembangunan yang menjawab keperluan dan aspirasi rakyat terselit dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Khamis.

Bagi rakyat Kelantan, contohnya, ia didatangkan dalam bentuk Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan projek tebatan banjir Sungai Kelantan secara sepadu melalui pembinaan empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir, Gua Musang.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, pembinaan lebuh raya sememangnya dinantikan manakala pembesaran lapangan terbang itu amat bertepatan kerana ia sudah tidak dapat menampung permintaan semasa.

"Kedua-dua projek ini bukan sahaja menjanjikan kemudahan yang selesa buat penduduk tetapi juga akan membantu meningkatkan ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata projek tebatan banjir itu pula akan dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami penduduk Kelantan saban tahun apabila negeri itu dilanda bah.

Tumpuan RMK11 terhadap aspek kesejahteraan rakyat seperti penyediaan rumah mampu milik, hospital dan penyegeraan rancangan jalinan kereta api Gemas - Johor Bahru bakal memberi kesan positif kepada penduduk dan pembangunan Johor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pelaksanaan projek Regasifikasi 2 Pengerang sebagai tambahan kepada terminal yang sama di Melaka, juga dilihat bakal merubah landskap industri gas dan minyak negara.

"Secara keseluruhan, saya percaya Johor akan menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan pusat yang mampu merekayasa pertumbuhan ekonomi lebih pesat sehingga 2020," kata Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dalam kenyataan di Johor Bahru.

Dalam pembentangan itu, Najib mengulangi komitmen kerajaan untuk melaksanakan projek landasan berkembar Gemas - Johor Bahru dan tren berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur - Singapura selain turut mengumumkan pembinaan hospital baharu di Pasir Gudang.

Bagi Sabah, isu berkaitan hak milik tanah adat, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, koridor pembangunan selain Kota Kinabalu yang dikenal pasti sebagai antara bandar yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, diberikan fokus dalam RMK11.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, RMK11 jelas mengambil kira kepentingan negeri dan suara rakyat Sabah.

Susulan itu, beliau berkata kerajaan negeri dan rakyat Sabah berterima kasih atas keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan pusat terhadap Sabah menerusi RMK11.

Sumber: Bernama | 21 Mei 2015

RMK11: Projek tebatan banjir mampu atasi masalah banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Projek tebatan banjir Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) adalah satu langkah yang mampu mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri percaya projek berkenaan akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk di Kelantan.

"Ini merupakan projek yang telah lama kita (kerajaan negeri) minta dan kita berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memasukkanya dalam RMK11.

"Kita yakin melalui pembinaan tebatan banjir ini ia dapat mencegah daripada berlakunya banjir yang teruk," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Abdul Fattah berkata pengumuman kerajaan persekutuan mengenai pembinaan tebatan banjir itu dianggap sebagai pilihan yang tepat dan bijak untuk kepentingan rakyat negeri ini.

"Memang banjir itu kuasa Allah SWT tetapi kita boleh berusaha untuk mencegahnya dan ini satu langkah yang bijak dari kerajaan untuk mengurangkan kesan akibat banjir kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan RMK11 di Dewan Rakyat hari ini, turut mengumumkan beberapa projek pembangunan untuk Kelantan yang akan dilaksanakan dalam RMK11.

Selain projek tebatan banjir itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Dalam kejadian banjir luar biasa pada Disember tahun lepas, dianggarkan 300,000 orang dari seluruh negeri ini menjadi mangsa dan lebih 1,800 rumah musnah.

Bencana itu juga turut menyebabkan kerosakan besar kepada kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan dan bangunan kerajaan.

Sumber: Bernama | 21 Mei 2015

RMK11: Lima projek KKR buka ruang ekonomi kepada rakyat dan industri

KUALA LUMPUR: Lima projek utama di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini akan membuka ruang dan peluang ekonomi kepada rakyat sehinggalah kepada pemain industri pembinaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan berkata projek itu juga merupakan pembinaan akses terbesar dalam RMK11 dan dijangka memberi impak yang positif kepada rakyat.

"Lima projek iaitu Projek Lebuhraya Pan Borneo, Projek Central Spine Road (CSR), Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, Projek Lebuh Raya Pantai Barat dan pembinaan rangkaian jalan di dalam Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang," katanya.

Lima projek itu merupakan strategi kelima daripada enam strategi tumpuan dalam RMK11 iaitu pembangunan infrastuktur, menjadi tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh KKR selaku peneraju sektor pembinaan negara.

Beliau berkata sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, ini dapat dilihat dari aspek peningkatan permintaan terhadap infrastuktur moden serta cekap setiap tahun dan ini menggambarkan persekitaran yang selari dengan matlamat ke arah negara maju.

Fadillah berkata dalam konteks meningkatkan kemampanan dalam sektor pembinaan, KKR dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) menggerakkan rangka dasar penggunaan dan pengeluaran mapan yang menjadi asas dalam RMK11.

Katanya rangka dasar itu bertujuan untuk mengukuhkan dasar sedia ada, mengurangkan penggunaan sumber asli, mengurangkan pengeluaran asap, bahan buangan dan pencemaran lain sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan.

"Di bawah kerangka dasar ini, industri pembinaan akan menjadi sektor utama yang akan diketengahkan," katanya.

Beliau berkata selain itu, kementerian juga akan memastikan bangunan baharu kerajaan akan menerapkan ciri dan reka bentuk hijau serta menggunakan bahan binaan yang mesra alam berdasarkan Skim Penarafan Hijau Jabatan Kerja Raya (JKR), manakala bangunan sedia ada akan diretrofit secara berperingkat.

Katanya ia satu daripada fokus baharu yang akan menyumbang ke arah menjamin daya tahan bangunan daripada ancaman perubahan iklim serta cuaca ekstrim.

"KKR amat komited untuk terus melaksanakan dan memperkukuh dasar sedia ada untuk terus memartabatkan industri pembinaan serta berdaya saing di peringkat global.

"Kementerian percaya industri pembinaan negara akan terus berkembang dan strategi tumpuan utama RMK11 ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur berimpak tinggi," kata Fadillah.

Beliau berkata pembentangan hari ini merupakan satu lagi bukti komitmen dan kesungguhan kerajaan persekutuan dalam merangka perancangan pembangunan negara yang bukan sahaja strategik malah memenuhi aspirasi rakyat.

Tambahnya, RMK11 ini lebih menjurus kepada 'pertumbuhan berpaksikan rakyat' serta dilihat sebagai pusingan akhir perancangan 5 tahun kerajaan sebelum mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

Sumber: Bernama | 11 Mei 2015

RMK11: Five major 11MP works ministry projects to boost construction industry

KUALA LUMPUR: Five major projects under the Works Ministry in the 11th Malaysia Plan (11MP) tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at Dewan Rakyat today will provide economic opportunities to the people and the construction industry.

Works Minister Datuk Seri Fadillah Yusof in a statement said the projects involved the construction of the largest access roads under 11MP are expected to give positive impact to the people.

"The five projects are Pan Borneo Highway, Central Spine Road (CSR), Kota Bharu - Kuala Krai Highway, West Coast Highway, and the Pengerang Integrated Petroleum Complex road network," he said.

The five projects are the 5th of the six strategies focused under 11MP in which infrastructure development would be the major responsibility for the ministry as the leader of the country's construction sector.

He said the construction sector was crucial in driving national economic growth, seen from higher demand for modern and efficient infrastructure each year, and this is reflected in the plan in line with the objective towards a developed nation.

Fadillah said in the context of capacity building in the construction sector, the Works Ministry and Economic Planning Unit (EPU) have laid the foundation of the utilisation and sustainable production policy framework for 11MP.

He said the policy framework is aimed at strengthening the existing policy, to reduce consumption of natural resources, reduce emission, waste and other pollution to improve the quality of life.

"Under the framework policy, the construction industry will become the major driving sector," he said.

He said apart from that, the ministry will also ensure new government buildings will have green technology design and features using environment friendly construction materials based on the Works Department's Green Rating Scheme while existing buildings will be retrofitted in stages.

He said one of the new focuses is to ensure the durability of buildings from climate change threats as well as extreme weather.

Meanwhile in SHAH ALAM, the plan to build the West Coast Highway scheduled to be completed in 2019 under the 11MP is expected should receive the full cooperation of the Selangor state government.

Selangor Federal Action Council chairman Datuk Seri Noh Omar said the completion period for the highway is seen as timely in line with the current growth of traffic.

He said the idea of constructing the highway was for the convenience of the people in the affected areas for a long term which should be a priority for the Selangor government under the leadership of Menteri Besar Azmin Ali.

"Certain alignments of the infrastructure will be build on forest land owned by the Selangor government and it is hoped the state government will offer its full cooperation for the project to be implemented.

"The opening of the highway will certainly raise the economic standard of the areas involved apart from facilitating travelling," he said when contacted by Bernama today.

Source: Bernama | 21 May 2015

People's wishes answered through specific projects in 11MP

KUALA LUMPUR: Development projects that answer the people's wishes are among the agenda of the 11th Malaysia Plan (11MP) announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the Dewan Rakyat here today.

In Kelantan, for instance, the people's wishes were answered in the form of Kota Bharu - Kuala Krai Expressway, expansion of Sultan Ismail Petra Airport and the integrated flood mitigation project through the construction of dams in Sungai Nenggiri and Sungai Lebir, Gua Musang.

Kelantan UMNO liaison committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the construction of the expressway was a long-awaited project, while the expansion of the airport was apt as it could no longer meet the current demand of passengers.

"Both projects will not only provide comfort to the people, but will also boost the state's economy," he said in a statement here today.

Mustapa, who is also International Trade and Industry Minister, said the flood mitigation project would definitely reduce the losses suffered by the people due to floods each year.

Meanwhile, Johor Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin said the 11MP's focus on the people's wellbeing, such as through the construction of affordable houses, hospital and the implementation of the Gemas-Johor Baharu electrified double-tracking project, would bring about positive impact to the people and the state's development.

Besides, he said the implementation of the Pengerang 2 regasification project was seen to be able of changing the landscape of the country's oil and gas industry.

"Overall, I believe Johor will benefit from the allocation given by the federal government, which will definitely boost the country's economic growth until we achieve the status of a fully developed nation in 2020," he said in a statement.

For Sabah, issues relating to indigenous land rights, construction of the Pan Borneo Expressway and development corridors other than Kota Kinabalu, were also given extra focus in the 11MP.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the five-year development plan had also taken into consideration the interests of the people in Sabah.

Hence, he said the state government and the people were truly thankful to the federal government for the concern and commitment for Sabah through the 11MP.

Source: Bernama | 21 May 2015