Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 29 Jun 2015

32 daripada 43 keluarga mangsa banjir di khemah berpindah ke Kem PLKN Etnobotani

GUA MUSANG: Sebanyak 32 daripada 43 keluarga mangsa banjir yang tinggal di khemah di bandar utama, di sini, telah dipindahkan ke kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani secara berperingkat sejak seminggu lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata sebelah keluarga yang enggan berpindah ke penempatan sementara yang disediakan oleh kerajaan itu sedang dipujuk memandangkan tempat itu lebih selesa dan dilengkapi kemudahan asas.

"Mereka yang tinggal di kem terbabit juga bersifat sementara kerana masih menunggu rumah kekal yang dalam pembinaan siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ab Aziz, yang juga Naib Ketua Umno bahagian tersebut, berkata kerajaan memandang serius keengganan mangsa banjir yang masih tinggal di dalam khemah sehingga menjelang Aidilfitri kerana menganggap penempatan itu tidak lagi sesuai untuk dihuni.

Beliau berkata mangsa banjir yang tinggal di dalam khemah bersetuju untuk berpindah ke kem PLKN selepas diadakan perbicangan bersama antara Ketua Sektor Unit Pemulihan Pasca Banjir Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Muhammad Yusoff Wazir baru-baru ini.

"Perbincangan itu juga turut mendapat campur tangan ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah bagi menyelesaikan penempatan sementara mangsa banjir," katanya.

Katanya, kerajaan Persekutuan dan Unit Pemulihan Pasca Banjir kini berusaha memberikan tempat tinggal sementara yang lebih baik kepada semua mangsa banjir sementara menunggu rumah kekal siap dibina.

"Mereka diarahkan berpindah ke kem PLKN itu kerana banyak kemudahan termasuk makanan disediakan secara percuma tanpa bersusah-payah untuk mereka masak sendiri," katanya.

Sumber: Bernama | 29 Jun 2015

Jalan berturap dengan kos RM32 juta bakal dibina di Pos Hendrop, Pos Tuel

GUA MUSANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membina jalan berturap sepanjang 18 kilometer dari Pos Hendrop ke Pos Tuel membabitkan kos RM32 juta, tidak lama lagi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata pembinaan jalan itu dapat mengatasi masalah perhubungan penduduk Orang Asli di kampung terbabit, terutamanya semasa musim hujan.

"Masyarakat Orang Asli di dua kampung berkenaan sebelum ini terpaksa menggunakan jalan balak yang berselut dan menyukarkan murid sekolah berulang alik dari kampung ke Sekolah Kebangsaan Hendrop," katanya kepada pemberita selepas Ihya Ramadan bersama penduduk Orang sli di Pos Hendrop di sini Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Hasnan Hassan.

Ab Aziz juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata setakat ini, banyak kampung Orang Asli di kawasan pedalaman telah dinaik taraf dengan jalan berturap yang lebih sempurna.

Sumber: Bernama | 28 Jun 2015

TH dekati mangsa banjir mukim tebing tinggi dengan pelbagai program kemasyarakatan

TANAH MERAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan bagi mendekati penduduk Mukim Tebing Tinggi, Kusial Baru di sini iaitu antara kawasan yang terjejas teruk dilanda banjir pada Disember tahun lepas.

TH menjadikan Masjid Mukim Tebing Tinggi sebagai masjid angkat sejak April lalu dan menganjurkan pelbagai program termasuk program Ihya Ramadan bersama penduduk pada Jumaat malam.

Program lain ialah gotong royong membersihkan kawasan sekitar masjid, program motivasi, pemeriksaan kesihatan, program derma darah dan masakan kenduri sekampung.

Pada program Ihya Ramadan itu, TH turut menyumbang RM4,000 kepada empat surau di sekitar Mukim Tebing Tinggi bagi membaik pulih surau berkenaan yang rosak akibat bencana banjir.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah ketika berucap pada majlis itu berkata TH sentiasa berusaha memainkan peranan aktif menyumbang semula kepada masyarakat terutama golongan yang memerlukan bantuan melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat.

Beliau berkata TH turut melaksanakan projek kelas tuisyen Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 48 pelajar mukim itu yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Katanya pelaksanaan pelbagai program itu akan dapat memberi impak positif kepada pelajar dan belia untuk lebih dekat dengan masjid seterusnya membentuk generasi 'mukim profesional' yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.

Sumber: Bernama | 27 Jun 2015

TH-MAS jalin pakatan bawa jemaah haji tahun ini

Kerjasama TH dan MAS untuk membawa jemaah haji bermula sejak 1980-an lagi.
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memeterai perjanjian dengan Penerbangan Malaysia (MAS) bagi penerbangan sewa khas membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci pada musim haji 1436H/2015.

Kerjasama TH dan MAS membawa jemaah haji ke Tanah Suci telah bermula sejak tahun 1980an lagi.

Pengalaman dan kecekapan syarikat penerbangan itu menguruskan penerbangan sewa khas jemaah haji Malaysia mendorong TH untuk meneruskan kerjasama berkenaan, demikian menurut TH dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail berkata TH amat menitiberatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji Malaysia dan yakin MAS meneruskan perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan selama ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Christoph Mueller berkata: "Malaysia Airlines, bersama-sama TH, komited untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif serta selesa di darat dan di dalam kapal kepada jemaah Haji.

"Kami amat berbesar hati kerana terpilih untuk kerjasama operasi Haji ini dan gembira segala urusan telah mencapai standard yang diharapkan."

Tahun ini, MAS akan menyediakan 78 penerbangan sewa khas MAS bagi penerbangan pergi balik menggunakan pesawat B777-200 untuk membawa jemaah haji.

Penerbangan sewa khas tersebut akan berlepas ke Tanah Suci dalam dua peringkat, dengan fasa pertama bermula 16 Ogos hingga 16 Sept, 2015, manakala penerbangan peringkat kedua dijadualkan meninggalkan Tanah Suci bermula 29 September hingga 28 Oktober 2015.

Perkhidmatan penerbangan sewa khas ini akan disediakan di tujuh stesen berlepas iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching antara Jeddah dan Madinah.

Sumber: Bernama | 29 Jun 2015

Ahad, 28 Jun 2015

Yapeim tambah dua cawangan Ar-Rahnu di Kelantan

KOTA BHARU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan menambah dua cawangan Ar-Rahnu di Kelantan iaitu di Kuala Krai dan Bachok.

Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Datuk Abd Malek Awang Kechil berkata penambahan cawangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan cawangan Ar-Rahnu di negeri ini sebanyak 21 cawangan.

"Cawangan di Kuala Krai bakal beroperasi pada penghujung Jun ini manakala di Bachok dijangka beroperasi akhir Ogos.

Dengan penambahan dua cawangan baharu ini menjadikan setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan dan terdapat beberapa daerah mempunyai dua cawangan disebabkan sambutan menggalakkan yang diterima daripada masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Anak-Anak Yatim dan Miskin Parlimen Kubang Kerian di Kampung Pendek di sini, Jumaat.

Abd Malek berkata pihaknya yakin penambahan perkhidmatan pajak gadai berasaskan syariah itu mampu memberi manfaat khususnya kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya turut memberi kelonggaran kepada mangsa banjir di negeri itu dari segi kadar upah simpanan barang kemas dan tempoh lanjutan pembayaran upah.

"Ini sebagai langkah kita untuk ringankan beban mereka yang terlibat dalam bencana banjir Disember tahun lepas yang pastinya memerlukan kewangan yang agak tinggi," katanya.

Sementara itu, pada majlis itu beliau berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM47,000 sebagai sumbangan kepada 235 anak yatim dan miskin Parlimen Kubang Kerian.

"Sumbangan ini kita sediakan untuk membantu mereka ringankan beban sempena menyambut Aidilfitri," katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Kubang Kerian Datuk Zaleha Hussin dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian Shamshudin Yusoff. 
 
Sumber: mStar Online | 26 Jun 2015

Sorok dadah dalam bungkusan kertas surat khabar

Sebahagian daripada dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan Jumaat lalu.
KOTA BHARU: Helah seorang lelaki menyorokkan dadah dalam bungkusan kertas surat khabar berjaya dikesan polis dalam serbuan di Kampung Jalan Dusun Pinang, Salor-Pasir Mas di sini Jumaat lalu.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ketika suspek berada di tepi jalan kira-kira jam 3 pagi.

Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek yang menggenggam sebungkus kertas surat khabar di tangan kirinya, meletakkan 10 botol berisi serbuk putih yang disyaki dadah, sekotak rokok jenama gudang garam berisi 20 biji pil Yaba serta satu lipatan ketulan mampat ganja di dalam lipatan kain yang dipakai suspek.

Dalam operasi itu juga turut ditahan untuk siasatan lanjut sebuah kereta Perodua Kancil 660 cc, dua motosikal Yamaha LC 135 CC.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya kes disiasat di bawah seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Barang-barang yang dirampas turut disita untuk tindakan susulan,” katanya.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Jun 2015

Remuk hati ibu, Yaya didera sampai patah tulang

Ibu 'Yaya' menunjukkan gambar anaknya yang mengalami kecederaan ketika menjalani rawatan di HRPZ II.
KOTA BHARU: “Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baharu menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya.

“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering sehingga menyebabkan saya sendiri tidak mengenalinya," kata ibu kandung kepada anak malang itu.

Menurutnya, anak tunggalnya itu, dengan panggilan manjanya ‘Yaya’ diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak.

“Walaupun saya tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sah dengan bekas suami, namun saya sering ambil berat soal anak tunggal saya itu, dan tidak pernah mengabaikannya,” katanya kepada pemberita.

Kata ibu yang berusia 28 tahun itu, sebelum ini bekas suaminya juga tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya di rumah lelak itu dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya itu.

“Dia juga turut memberi pelbagai alasan lagi,’Yaya' tidak mahu ke rumah saya lagipun menurutnya anak saya dijaga dalam keadaan baik dan saya tidak perlu bimbang mengenai keadaannya," katanya.

Namun minggu lalu, dia menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya minggu lalu dan berkata tidak mahu menjaga anaknya itu dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya.

“Saya tanpa banyak soal terus bersetuju dan ambil anak saya pada malam 24 Julai lalu lebih kurang 1 pagi di belakang Pasar raya Pantai Timur Rantau Panjang melalui orang tengah dan tidak langsung bertemu dengan bekas suami malah isterinya.

“Selepas mengambil anak saya itu, saya lihat keadaan anak saya itu lemah dan turut melihat badannya dipenuhi parut dan saya mula syaki ‘Yaya’ didera setelah memeriksa lebam-lebam di badannya itu dan buat laporan polis keesokannya di Balai Polis Pasir Mas," katanya.

Menurutnya, keadaan anaknya setakat ini masih lemah, namun stabil serta belum dapat menceritakan apa-apa akibat trauma dengan kejadian terbabit dan menurut doktor, kesan patah bahagian tulang badan anaknya itu menyebabkan tulangnya bengkok dan mungkin memberi kesan kepada kanak-kanak itu.

“Apa pun hanya satu yang ‘Yaya’ mampu ungkapkan, dia tidak mahu bekas suami yang dipanggil ‘Papa’ dan ibu tirinya itu melawatnya, dan dia tidak mahu langsung mendengar nama kedua mereka.

“Harapan saya juga sebagai ibu dan demi menuntut keadilan terhadap anak saya ini, agar pelaku ini dikenakan tindakan setimpal dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu di Rantau Panjang, pihak polis cuba mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan ini di Taman Rantau Mas.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, usaha mengesan bapa kandung yang bekerja sebagai peniaga dan ibu tiri mangsa dijalankan dengan segera.

Menurutnya, kanak-kanak malang itu dipercayai berada di bawah jagaan bapa kandung dan ibu tiri, selepas suspek berpisah dengan bekas isterinya pada 2013 lalu.

Beliau berkata, bekas isteri suspek mendakwa, isteri baharu suaminya itu menghubunginya kerana enggan menjaga anak mereka dan mahu menyerahkan hak penjagaan kepadanya.
“Selepas mengambil mangsa, pengadu mendapati tubuh badan anaknya kurus dan lemah, malah badan anaknya dipenuhi parut dipercayai didera.

“Bekas isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang dan bagi mendapatkan kepastian, pengadu membawa anaknya ke Hospital Golok kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, keesokan harinya.

“Kanak-kanak berada dalam keadaan stabil namun enggan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku kerana masih dalam keadaan trauma,” katanya.

Kes ini katanya, disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Jun 2015

16 pelajar mulakan pengajian di Ribat Al-Musthofa

Asrama pelajar lelaki hampir siap dan dijangka dapat diduduki pelajar selepas Syawal ini.
MACHANG: Seramai 16 pelajar memulakan pengajian dalam bidang syariah di Madrasah Ribat Al-Musthofa sekalipun pembinaan pondok itu belum siap sepenuhnya.

Pengurusnya, Arman Awang berkata, pengambilan pelajar tersebut adalah seiring dengan kesungguhan pihaknya menjayakan pondok itu.

Menurutnya, buat sementara waktu, mereka ditempatkan di masjid berdekatan dan dijangka berpindah ke asrama pondok selepas Syawal nanti.

Katanya lagi, lebih kurang 30 peratus kerja pembinaan di pondok itu berjaya disiapkan termasuk asrama dan masjid.

“Pembinaan pondok ini memerlukan belanja yang besar dan dianggarkan bernilai RM1.8 juta dengan bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang ramai. Jadi, anggaran masa siap sepenuhnya tidak boleh ditentukan, namun kami menerima sambutan yang baik daripada penderma.

“Pembinaan madrasah di Kampung Bagan Bawah ini merangkumi asrama, masjid, rumah guru, dewan makan dan stor, sekali gus menjadikannya pusat pengajian yang lengkap,” katanya.

Menurut Arman, pembinaan asrama dimulakan sejak Ogos tahun lalu secara bergotong-royong dalam usaha menjimatkan kos, yang dilaksanakan ahli Pertubuhan Pelajar Kelantan Yaman (Perkaya) dan juga orang ramai.

Katanya, pondok itu adalah usaha Perkaya untuk berbakti kepada masyarakat selepas pulang ke tanah air dan pihaknya berharap kerja pembinaan berjalan dengan lebih lancar hasil sumbangan pelbagai pihak.

Menurutnya, bagi menampung keperluan pondok itu, pihaknya turut menawarkan derma wakaf lot tanah dengan nilai RM60 bagi setiap lot.

“Kami mengalu-alukan sumbangan dan berharap usaha ini memberi manfaat yang besar kepada masyarakat terutama golongan muda dalam menuntut ilmu.

Orang ramai yang berminat menderma, boleh melakukannya melalui akaun Maybank 553083206003 atau menghubungi saya di talian 012-9395128 atau 019-9385186 bagi mendapatkan maklumat lanjut, “ katanya.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Jun 2015

Penjenayah kejam ‘Nuar Ayam’ tumpas

Nuar Ayam (dua, kiri) dikawal ketat polis ketika dibawa mengambil perintah reman di Mahkamah Majistret Bachok, semalam.
KOTA BHARU: Ketua kumpulan penjenayah paling dikehendaki polis, 'Nuar Ayam' akhirnya tumpas ditahan dalam satu serbuan Unit Task Force Bukit Aman, di kediamannya di Taman Mewah, Kajang, Selangor, pagi kelmarin.

'Nuar Ayam' atau nama sebenarnya Anuar Mohamad, 37, ditahan bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap 23 kesalahan jenayah yang dipercayai dilakukan lelaki itu di Selangor dan Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek kemudian diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut dan tiba di sini, kiri-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, rentetan daripada tangkapan itu juga pihaknya berjaya menemui senjata api jenis Pistol berjenama Sig Sauer bernombor siri 124061 berisi tiga peluru milik suspek yang dipercayai digunakan dalam beberapa siri jenayah samun, pemerasan dan rogol serta melepaskan tembakan.

“Suspek mendedahkan pistol tersebut disimpan di sebuah rumah di Besut, Terengganu dan serbuan yang dijalankan pada jam 4.30 petang semalam berjaya menahan dua lelaki iaitu seorang daripadanya bekas polis dari Kuala Lumpur yang berusia 43 di dalam rumah berkenaan.

“Seorang lagi berusia 47 tahun berasal dari Besut. Kedua-duanya adalah ahli kumpulan geng itu yang berselindung di sebalik ternakan lembu di kampung berkenaan, sementara pistol tersebut pula dijumpai di sebuah rumah kosong yang lain di kawasan sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan, di sini, semalam.

Menurutnya, suspek aktif melakukan jenayah samun sejak 2012 lalu di kedua-dua negeri terbabit dan lebih aktif lagi melakukan jenayah di kawasan kelahirannya di Bachok.

“Suspek kerap merompak di daerah itu kerana lebih tahu dan arif berhubung selok-belok jalan di kampung itu. Apabila dia melakukan jenayah, dia mudah untuk meloloskan diri kerana tahu jalan-jalan untuk berbuat demikian,” katanya.

Mazlan berkata, mereka dikenakan perintah reman selama seminggu sehingga 1 Julai depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960.

Pihak polis juga masih memburu dua lagi saki baki ahli geng berkenaan dan kejayaan ini dapat menyelesaikan kebanyakan kes samun yang berlaku di negeri ini.

Sebelum ini, fotofit 'Nuar Ayam' beberapa kali diedarkan pihak polis dalam usaha menjejaki penjenayah licik tersebut. Antara kejadian dipercayai membabitkan suspek termasuk kes tembak mati pemilik premis peralatan binaan, Mustafa Siddiq, 52, yang disamun di Beris Lalang, 16 Februari lalu.

Anak mangsa, Ainul Wahida, 18, turut cedera terkena tembakan di paha.

Selainnya, suspek juga dipercayai dalang kepada beberapa siri rompakan van rokok di Kampung Repek, Bakat dan Mujur, Bachok.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 26 Jun 2015

Jumaat, 26 Jun 2015

1,001 dugaan Ramadan mangsa bah kuning di Bandar Utama, Gua Musang


GUA MUSANG: Ketika seluruh umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa dalam keadaan serba sempurna, berbeza pula dengan na­sib lebih 45 keluarga di khemah sementara yang disediakan Majlis Ke­selamatan Negara oleh (MKN) di Bandar Utama di sini.

Mereka terpaksa menempuh ibadah puasa dalam keadaan serba kekurangan selain mengharungi 1,001 dugaan pada bulan mulia ini.

Bagaimanapun penghuni di sini tetap tabah malah kelihatan gembira dalam menyempurnakan ibadah tersebut tanpa pernah merungut jauh sekali menyalahkan pihak bertanggungjawab ekoran kelewatan me­­­n­yi­apkan rumah kekal kepada mereka.

Malah rata-rata daripada keluarga terbabit turut memaklumkan bahawa mereka lebih selesa tinggal di khemah ini meskipun dalam keada­an serba kekurangan berbanding berpindah ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani di sini.

Wartawan Utusan Malaysia ser­ta jurugambar mengambil ke­sempatan merasai sendiri pengalaman berpuasa bersama mangsa di khemah tersebut selain meninjau kehidupan mangsa lain yang tinggal di khemah yang dibina sendiri di beberapa buah kampung sekitar daerah ini.

Hasil pemerhatian wartawan sepanjang dua hari berpuasa di khemah tersebut mendapati kebanyakan keluarga terbabit menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dalam keadaan serba sederhana.

Rata-rata mereka dilihat bangun seawal pukul 4 pagi bagi menyediakan juadah sahur dengan menu yang disediakan terdiri daripada telur goreng, ikan rebus dan sardin.

Wartawan bersama jurugambar turut bersama dengan salah sebuah keluarga di sini bersahur. Jika sebelum ini wartawan bersahur dalam keadaan selesa di rumah, di sini suasananya cukup berbeza, terpaksa makan dalam keadaan berhimpit di dalam khemah kecil ini.

Namun dapat disaksikan pada riak wajah mereka kelihatan gembira. Bagi mereka dapat bersahur dan berbuka puasa bersama ahli keluarga tetap menjadi keutamaan meskipun suasananya tidak seperti ketika berada di rumah.

Hasil pemerhatian wartawan pada sebelah siang pula mendapati kebanyakkan keluarga ini hanya menghabiskan masa berehat di khemah manakala kelihatan kanak-kanak kecil bermain bersama rakan-rakan lain di kawasan lapang berhampiran penempatan tersebut.

Pada sebelah petang, keluarga terbabit memasak untuk juadah ber­buka. Makanan yang disediakan tidak semewah ketika mereka berpuasa di rumah seperti sebelum-sebelum ini. Terdapat juga keluarga yang lebih selesa membeli makanan di bazar Ramadan.

Berat mata memadang, berat lagi bahu memikul, itu gambaran sesuai yang dapat disimpulkan wartawan tatkala melihat mereka ini menjalani ibadah puasa dalam keadaan cuaca panas di siang hari, manakala sebelah malam pula hujan.

Ketika menjenguk kehidupan mereka di dalam khemah yang keluasannya begitu terhad, keluarga yang mempunyai anak ramai kelihatan terpaksa berhimpit, di dalam khemah itu mereka makan, di situ mereka tidur dan berehat.

Bagaimanapun daripada aspek kemudahan asas seperti air dan elektrik tidak mempunyai sebarang masalah dengan terdapat lebih 20 tandas, tempat membasuh pakaian dan ruang untuk memasak.

Pada sebelah malam keluarga terbabit hanya menghabiskan masa berbual bersama rakan-rakan lain di khemah tersebut sebelum menanti hari esok bagi memulakan kehidupan seperti biasa.

Malah masih tergiang-tergiang di telinga wartawan saat mendengar reaksi spontan salah seorang penghuni, Ku Amran Ku Mat,49, ketika kami berbuka puasa bersama dalam keada­an hujan lebat di khemah terbabit pada hari pertama Ramadan.

Katanya, pertama kali dalam sejarah rakyat negara ini terpaksa menjalani ibadah puasa di dalam khemah dan ia berlaku di sini.

Kata-kata Ku Amran itu sememangnya benar belaka, belum pernah terjadi sebelum ini yang mana rakyat Malaysia terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan serba kekurangan di dalam khemah me­lainkan di negeri ini.

Ketika seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa dalam keadaan serba sempurna, masih terdapat ramai lagi yang terpaksa hidup dalam keadaan serba kepayahan dan mereka adalah mangsa bah kuning di Kelantan.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 23 Jun 2015 | Terbitan 24 Jun 2015

No 'balik kampung' bus fare increase

KUALA LUMPUR: The 15% fare surcharge requested by Pan Malaysian Bus Operators Association (PMBOA) for the upcoming Hari Raya 'balik kampung' travelling period will not take effect.

However, in a move to provide a lifeline for express bus operators, fare deregulation is on the horizon probably by middle of next year, as the Land Public Transport Commission (SPAD) is preparing a proposal paper to be presented to Cabinet in early July.

SPAD chairman Tan Sri Syed Hamid Albar (pic) told theSun that the fare surcharge demand by express bus operators was not discussed at the Cabinet meeting on Wednesday.

"So the 15% fare surcharge as requested is highly unlikely for this year's Hari Raya trips," he said.

"I feel it is too late for the government to make a decision about it now since most bus tickets would have been sold even before Ramadan."

Two years ago, a 10 % fare surcharge was approved by SPAD during Aidilfitri travel period and it was never withdrawn until today, since the commission took a stand to retain the 10 % increase until the new fare rate is determined.

The bus operators were denied a fare increase last month as the Cabinet decided to postpone the fare hike for express buses and rail services until further notice.

Checks by theSun for the past two days at Tasik Selatan Integrated Bus Terminal and Pudu Sentral revealed that there are still plenty of tickets available for Hari Raya.

Apparently, the fare rates are not standardised as most counters are selling different prices to various destinations, with some bus operators offering separate coaches for economy, business and premier class.

Syed Hamid said SPAD will monitor the ticket prices to ensure bus operators abide by the regulated rates at bus terminals across the Peninsular.

On the fare deregulation proposal, he has requested SPAD officials to outline the pros and cons as well as looking into the mechanism to make it viable in the long run.

It is learned that among the details in the proposal are the inclusion of centralised ticketing system for all express bus companies, analysis of the operating costs in the past and ridership trends during the peak and off-peak periods over the years.

Konsortium Transnasional Berhad (KTB) chairman Tan Sri Dr Mohd Nadzmi Salleh told theSun that fare deregulation could bring positive changes for the industry and consumers.

"Government should not regulate fares. Let the market decide as it may lead to lower fares to attract passengers during non-peak period. If the service industry like airlines and hotels are not regulated, why should government control ticket prices for express bus?" he asked.
 
Source: The Sun Daily | 25 June 2015

Khamis, 25 Jun 2015

Kerajaan negeri sambut baik kemudahan ‘baby hatch’ di Hospital Pakar KPJ Perdana

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyambut baik usaha Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) menyediakan kemudahan ‘baby hatch’ atau peti pelindungan bagi menyelamatkan bayi yang baru lahir sekali gus mengurangkan masalah pembuangan bayi di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Mat Nawi berkata, bagaimanapun kerajaan negeri mempunyai pendekatan sendiri dalam mengatasi masalah sosial yang membimbangkan semua pihak itu.

“Tak salah KPJ nak buat dalam kapasiti dia, yang penting nyawa bayi diselamatkan dan individu terlibat mempunyai alternatif tanpa mengorbankan nyawa yang tidak berdosa.

“Di Kelantan, kita sediakan kemudahan skim az-ziwaj kepada pasangan yang kurang berkemampuan sebagai galakkan untuk mereka berkahwin sekali gus mengelak perkara tidak diingini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, dalam masa sama kerajaan negeri turut mengedar dan membuat induksi keluarga di samping memberi panduan untuk menjaga aurat dan pergaulan.

“Kita juga banyakkan kuliah fiqh wanita sebagai galakkan menuju gerbang perkahwinan,” katanya.

Kemudahan ‘baby hatch’ di KPJ dilancarkan pada 2010 oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Orphancare dan sehingga kini sembilan cawangan hospital berkenaan mempunyai kemudahan tersebut termasuk di Hospital Pakar KPJ Perdana, Kota Bharu.

Walaupun sudah lima tahun dilancarkan, namun masih ramai tidak mengetahui tentang kemudahan disediakan.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Jun 2015

DBKL bayar RM3 untuk seekor tikus

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk meningkatkan ganjaran menangkap tikus kepada RM3 seekor dalam 'Kempen 1 Tikus 1 Ringgit'.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah berkata ia bagi memberi lebih motivasi kepada masyarakat dalam memenuhi sasaran DBKL untuk menangkap 50,000 ekor tikus setahun.

"Kami peruntukkan RM50,000 setahun untuk kempen ini namun peruntukan ini tidak pernah dihabiskan.

"Oleh itu aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak ini perlukan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahun lepas DBKL mengumpul 10,498 ekor tikus yang diserahkan orang ramai, namun jumlah itu masih di bawah sasaran 50,000 ekor yang ditetapkan.

Dr Hayati berkata orang awam boleh menjana pendapatan sampingan sehingga RM50 sehari hasil menangkap tikus.

Kempen '1 Tikus 1 Ringgit' mula dijalankan pada 2008.

Bernama sebelum ini melaporkan lima pasar awam di sekitar Kuala Lumpur antaranya Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit semakin kritikal dengan pembiakan tikus yang dikhuatiri boleh membawa penyakit seperti leptospirosis atau kencing tikus.

Tiga lagi pasar ialah Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.

Menurut Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKL, dalam tempoh sebulan pihaknya berjaya menangkap kira-kira 6,000 ekor tikus di kelima-lima pasar tersebut dengan purata tangkapan sehari mencecah sehingga 50 ekor di setiap pasar itu.
 
Sumber: mStar Online | 24 Jun 2015

Rabu, 24 Jun 2015

Telur goreng, sardin sudah cukup

Asinah Wan Chik menyediakan hidangan berbuka puasa di khemahnya di Kampung Cabang Empat Kundur, Gua Musang, kelmarin.
GUA MUSANG: “Telur goreng dan sardin sebagai menu berbuka puasa sudah cukup buat saya dan suami,”

Demikian luahan sayu, Asinah Wan Chik, 55, sambil menyiapkan juadah menu tersebut ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia di khemah kecilnya di Kampung Cabang Empat Kundur di sini.

Dia yang kehilangan rumah akibat malapetaka bah kuning Disember tahun lalu berteduh bersama suami, A. R Azmi Kadir, 55, dengan mendirikan sebuah khemah yang hanya diperbuat daripada kanvas di tapak kediamannya di kawasan tersebut.

Di khemah kecil itulah mereka meneruskan kehidupan sejak enam bulan lalu dalam keadaan serba kekurangan.

Asinah yang menyara kehidupan dengan menjual buah tembikai di tepi jalan berhampiran khemah tersebut berkata, dia dan suami terpaksa berdepan cuaca panas dan hujan sepanjang tempoh tinggal di khemah terbabit.

Katanya, meskipun sukar, namun dia tetap bersyukur masih dapat berteduh dan mampu menunaikan ibadah puasa tahun ini dengan sempurna.

“Ramadan tahun ini disambut dalam keadaan serba kekurangan. Cukuplah dapat berbuka dengan telur goreng dan sardin,” katanya.

"Saya harap sangat rumah kekal yang dijanjikan segara dapat disiapkan agar kami dapat menjalani kehidupan baharu yang lebih selesa selepas ini," katanya.

Sementara itu, selain Asinah, terdapat lebih 20 keluarga lain di kawasan tersebut yang mendirikan khemah sementara di tapak rumah masing-masing.

Seperti Asinah mereka juga terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan penuh kesukaran terutama apabila berdepan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun kebanyakkan keluarga terbabit mengakui selesa tinggai di khemah yang dibina sendiri berbanding berpindah ke kawasan lain.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 23 Jun 2015 | Terbitan 24 Jun 2015

Malaysia: Losing glitter by 2017

Doing Malaysia proud: National bodybuilder Sazali Samad has won the Mr Universe title without an uproar over his attire.
It is best not to host the SEA Games if we embarass ourselves by making a fuss over the outfits athletes wear.

IN 2017 Malaysia hosts the SEA Games. But will we disgrace ourselves?

No, not because we may not top the table of gold medals as Singapore almost did in the excellent games organised by the city-state that ended recently.

Rather it is by the potential controversy – perhaps even disturbance – over the attire athletes wear to compete in the sport they contest.

If this is going to happen, it is best that we do not host the Games. The authorities had better not blandly say this will not happen as they have not come out to say categorically that any contention against what gymnasts wear in their sport is unacceptable. On the contrary, a Minister of the Government has conceded to the recalcitrants by stating that a dress code will be issued on what should be worn.

Rest assured it is not likely that Malaysia will win any gold medals if its team played hockey wearing the flowing jubah, or competed in the swimming pool fully clothed – if they are allowed on the pitch and in the pool.

Malaysia’s most successful body-builder Sazali Samad has won the Mr Universe title 10 times in nothing more than a tanga, revealing his six-pack and muscles without – rightly – a squeak about the barely hidden parts of his anatomy.

Clearly he could not have become Mr Universe dressed in a loose Baju Melayu. But, of course, he is male.

When the athlete is female, it would seem, the only focus is on parts of her anatomy that arouse impure thoughts in the male mind which then has the audacity to pin the blame on the innocent woman. Men cannot control themselves, but get on a hypocritical higher plane to obscure their base instincts.

When the XVI Commonwealth Games were organised in Kuala Lumpur in 1998 – the first in Asia and the last in the last century – we did not have the kind of nonsense and stupidity that followed Farah Ann Abdul Hadi’s superb gold medal performance in gymnastics in Singapore.

We have slipped further backwards since the last century. It is, however, complacent to describe the judgmental and holier-than-thou attitude on Farah Ann’s leotard as just nonsensical and stupid.

That attitude, along with the machinery that has been dangerously allowed to ride roughshod over Malaysian lives, has become pervasive and highly invasive.

How I wish my fellow Muslims will stop playing God. They must understand they should never judge the faith of others, especially of other Muslims, which is Allah’s remit.

These invasive Muslims also advise – indeed ordain – that their co-religionists not mix, even laugh, with others, that they do not venture out or open up to protect the sanctity of their faith.

Not venturing out is a sign of meekness, of not having self-belief. In the outcome you are diminished. The Chinese, for example, will go anywhere, meet anyone, be in any social or cultural circumstance. Yet, when they go home they remain Chinese. I wish that all Malays and Muslims would have the same strength.

Faith is strong when it is deep and internalised, not when it is loudly and aggressively proclaimed, like whistling in the dark, by someone afraid and uncertain.

I do wish our leaders would engage our people in sensible ways, to tell them about the depth yet simplicity of Islam. I fear they have also become afraid.

The current political situation is not likely to give them any courage to check the dangerous extremist and violating phenomenon in the Malaysian body politic, and to lead without short-term calculation for survival.

The zero-sum open political warfare now taking place in our country is causing extensive damage to Malaysia, and so does neglecting to address extremist religious threats which will overturn all the progress this country has made.

More than the personal animosity in this conflict, there is a distrust of normal processes of the political and administrative system. This is a damning indictment of whoever may have caused that system to be so distrusted.

More than that, there is a cry for change outside of that system.

This can take many forms – at worst, violent revolution – but the upshot is that, if there was a replacement of the incumbent Prime Minister, his successor would be equally subject to the same kind of political insurrection. This prospect does not provide for political stability.

Others will follow. He who lives by the sword dies by the sword.

This is not about one-man, one-shot, one-time. It is about political change and political change management.

The spectacle we are witnessing must shame the Malays. It does me. How we run and now threaten to ruin the country. How we pay little attention to detail because we are king of the castle. How we are now about to bring the house down.

If the threats of exposing past and present misdeeds are true, the ske­letons falling out of the cupboard will bury Umno – and the Malays.

While not all will mourn this, let us not forget it is this Malay foundation that gave Malaysia its stability.

What is different from the days of Tun Razak and Tun Dr Ismail is that the honour and justice that characterised the Malay leadership of this country seem to have been lost.

I cannot look into the eyes of a prospective investor at a roadshow and say: You can be assured of Malaysia’s political stability. Not long ago, that was our country’s strongest point above everything else.

When that everything else is also under considerable strain, in a challenging global economy, in the currency and volatile capital flows, there is all the more reason to work together and negotiate our way out of these dangerous straits.

Otherwise we will arrive in 2017 in a worse state than we are in now.

Note: Tan Sri Munir Majid, chairman of Bank Muamalat and visiting senior fellow at LSE Ideas (Centre for International Affairs, Diplomacy and Strategy), is also chairman of CIMB Asean Research Institute.

>The views expressed are entirely the writer’s own. 
 
Source: The Star | Columnist | By Tan Sri Munir Majid | 20 June 2015

‘Hobbit House’ in Pasir Puteh, Kelantan gains attention

Hidden from view: Covered in greenery, this unique ‘Hobbit’-looking house in Kampung Kelubi, has become the talk of the town. — Bernama
PASIR PUTEH: Hidden in the village of Kampung Kelubi here is a house almost entirely covered in foliage, which a couple and their four children have been calling home for the past 20 years.

Amizar Adnan, 48, and her husband Wan Mamat Wan Junoh, 52, have raised their children in the house that netizens are now dubbing the “Hobbit House” for its likeness to the homes depicted in the J.R.R. Tolkien novel, The Hobbit.

The house gained attention after a picture of it was posted on Facebook and went viral, garnering over 58,000 likes.

Comments ranged from amused to scathing, with some accusing the owners of being lazy for letting creepers and climbers overrun their house, in Kelantan.

However, the couple have a very good reason for letting their home go green.

Amizar said her husband had the idea of planting creepers to increase the 70-year-old wooden house’s structural integrity after its walls started rotting and coming apart.

“My husband has repaired our home many times but the repairs never lasted long. Then, he came up with the idea of preventing the walls from falling apart by using plants to hold the wood together,” she said when met at her home.

Although it was an unusual idea, Amizar said she decided to go along with it because their house was in danger of becoming more run down by the day.

Wan Mamat’s idea was successful and it came with an added bonus – the plants have made their home cooler.

The creepers, said Amizar, did not only provide structural integrity but also kept their house as cool as if it were air-conditioned.

Amizar, who runs her own business, said her family kept their home and surroundings clean and tidy.

Normal on the inside: Wan Mamat and Amizar enjoying the cool comfort their ‘green house’ provides. — Bernama
“Before I go to work, I would spend an hour or more cleaning. We have yet to find any dangerous insects or snakes inside,” she said.

Wan Mamat, who is also self-employed, said he had no plans to upgrade the house.

“Maybe I will continue working on strengthening its structure but I would keep its original design. We are comfortable here,” he said.

Besides attracting quite a number of tourists, it is a favourite location for wedding photo shoots.

His son, Wan Mohd Hasanudin Wan Mamat, said friends visiting for the first time often found it hard to believe he lived there.

“It is only upon entering that they see that inside, my house looks just like theirs,” said the 25-year-old.
Source: Bernama | 24 June 2015

Couple living in London and Kota Bharu shows how far romance can travel

Love is in the air: Athirah and Aadil will tie the knot in August.
PETALING JAYA: He is in London. She is in Kota Bharu. But no distance is too much for true love.

The story of the young couple has touched many hearts and thousands are rooting for their happiness.

Love was in the air when Malaysia Airlines produced a short film on their romance, titled Home – #LundangtoNewcastle. It has already racked up over 1.3 million views in just a few days.

Home tells the story of Malaysians Aadil Marzani and Nik Nurul Athirah keeping in touch via social media despite the distance.

Lundang”, incidentally is Kelantanese for London, and Newcastle is the English translation of Kota Bharu.

Aadil says the relationship is real, not some drama cooked up for promotion.

The London-born engineer works in England while Athirah is a doctor in Kota Bharu Hospital. The two met by chance during Athirah’s graduation at Trinity College, Dublin.

“One of my relatives had just graduated from the college when I saw this cute woman standing next to my relative. I thought to myself ‘how pretty this girl is!’ – she had an eye-catching smile. I don’t usually do these things, but I messaged my relative to ask about her. She came back to me with the green light.

“After much discussion about how weird I felt approaching somebody over Facebook, I went for it. She was in Kota Bharu and I was working in KL at the time. So, long distance was already going to be a factor in our relationship,” said Aadil.

Athirah’s first impression of the handsome young man was “wow, this is weird but I guess there’s no harm in making new friends!”. Love slowly blossomed.

“Athirah used to think I was a boring and serious person. It took me a while to win her over, but she eventually saw my funny side,” said Aadil.

The pair said they could feel the support from Malaysians following the short video’s release, which depicts them taking photographs of two matching bumblebee keychains and sharing them on Instagram.

In the short film, Aadil takes photos of his bumblebee keychain and himself while walking around London. Athirah does the same in Kota Bharu and they share the photos.

“Being in a long distance relationship, the chance to see each other face to face is rare. We only get to see each other once a year and yet we’ve managed to come this far. But they say absence makes the heart grow fonder, so I’m really looking forward to see Aadil again in person,” said Athirah.

Wedding bells are now in the air – the duo will be tying the knot in August.

“We are looking forward to the opportunity to travel together. Athirah’s travelled to many places during her university years, so she has promised to take me around the world to all the places she’s been to.

The wedding will be in Kelantan, so I’m looking forward to nasi kerabu – I think that’s what drew me towards a Kelantanese wife!
 
Source: The Star |Nation | 24 June 2015

Soo Wincci peroleh tenaga luar biasa kerana amalan berpuasa

Soo Wincci tetap bergiat aktif dalam bidang seni biarpun berpuasa. Foto Arkib THE STAR.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Soo Wincci tidak menjadikan amalan berpuasa dilakukannya sebagai alasan untuk dia tidak bergiat aktif menjalani aktiviti hariannya yang sentiasa padat.

Soo Wincci, 29, sebaliknya berkata, amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga luar biasa termasuk dia lebih teliti dalam melakukan perancangan dan berfikiran tajam ketika membuat sesuatu keputusan.

"Setiap kali Ramadan saya sentiasa ada tenaga luar biasa meskipun sedang berpuasa malah lebih fokus dalam melakukan sesuatu.

"Pada masa ini juga saya selalunya mengatur perancangan saya kerana ketika berpuasa saya mendapati minda saya lebih fokus," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Ramadan kali ini adalah tahun keempat bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia itu berpuasa.

Wincci mengamalkan makan buah kurma ketika bersahur.
Dalam pada itu, Wincci berkata, bagi memastikan dapat berpuasa dengan lancar dia akan memastikan dapat bangun sahur dan berhenti makan sebelum masuk waktu Subuh.

Wincci berkata, selain makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur separuh masak, dia akan memastikan turut menjamah dua biji buah kurma.

"Kebiasaannya saya tidak mengambil makanan berat waktu sahur tetapi ia mestilah berkhasiat.

"Paling penting adalah buah kurma kerana khasiat di dalamnya yang membekalkan tenaga untuk sepanjang hari," ujarnya.

Berkongsi pengalaman tahun ini, Wincci berkata, puasa hari kelima memberi cabaran kepadanya apabila perlu berlakon di bawah sinaran terik matahari ketika untuk drama bersiri The Injustice Stranger di Semenyih dekat sini.

Katanya, rakan pelakon lain dalam drama berkenaan berasa pelik dengannya yang tetap berpuasa biarpun penggambaran tersebut mencabar.

Biarpun terpaksa berlakon dibawah sinaran matahari namun Wincci tetap mahu meneruskan puasanya.
"Memang rasa seperti hendak pengsan tetapi saya tidak mahu mengalah kerana menganggap itu adalah cabaran buat diri saya.

"Saya berazam untuk berpuasa penuh seperti tahun sebelum ini," katanya yang akan menjalani penggambaran sehingga Julai depan.

Sementara itu, Wincci berkata, dia gembira peminat sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya menerusi laman sosial Instagram untuk sentiasa tabah mengharungi dugaan berpuasa.

"Tiga tahun sebelum ini ramai yang mempertikaikan tindakan saya tetapi masuk tahun ini saya terima pelbagai kata-kata galakan daripada mereka.

"Malah rakan-rakan bukan Muslim juga turut menyokong dan ada yang mencuba berpuasa selepas melihat saya berjaya melakukannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wincci berkata, dia akan kembali ke Taiwan pada bulan hadapan sebelum pulang ke Malaysia pada Oktober untuk konsert solonya.
Sumber: mStar Online | 24 Jun 2015

Selasa, 23 Jun 2015

Perkhidmatan bas henti-henti beroperarsi di Perlis mulai 30 Jun

KANGAR: Perkhidmatan bas henti-henti untuk rakyat di Perlis akan beroperasi sepenuhnya mulai 30 Jun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri, Datuk Sabry Ahmad.

Katanya kos operasi ditanggung oleh kerajaan pusat yang melantik anak syarikat MARA, Mara Liner untuk memberi perkhidmatan selama lapan tahun.

"Rakyat bagaimanapun masih perlu membayar tambang yang murah berbanding perkhidmatan bas lain," kata Sabry.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang makanan sempena Ramadan kepada golongan miskin dalam Dewan Undangan Negeri Santan yang diwakilinya di Masjid Paya, dekat sini, Selasa.

Beliau menjangka seramai 30,000 pengguna di seluruh negeri khususnya pelajar akan menggunakan perkhidmatan tersebut sebulan.

Katanya Mara Liner menyediakan 50 buah bas manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilantik memantau perkhidmatan termasuk ketepatan masa untuk mendapat keyakinan rakyat agar terus menggunakannya.

Selain beroperasi mengikut jadual dan laluan ditetapkan, laluan utama Kangar-Arau, Kangar-Kuala Perlis, Kangar-Padang Besar dan Kangar-Ayer Hitam (Kedah) akan dilalui setiap setengah jam sekali, kata Sabry.

Beliau berkata Stesen Bas Ekspres Bukit Lagi di pusat bandar Kangar dijadikan pusat perhentian.

Perhentian pertukaran lain ialah di Padang Besar, Bukit Temiang, Masjid Gial, Stesen Keretapi Arau, Simpang Empat, Kuala Perlis, Kangar, Sanglang, dan Ayer Hitam, tambahnya.

Menurut Sabry perkhidmatan ke pusat rekreasi seperti Wang Kelian, Gua Kelam dan Sungai Batu Pahat beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja manakala rancangan-rancangan Felda turut termasuk dalam rangka laluan bas.

Sumber: Bernama | 23 Jun 2015

Dua keluarga mangsa banjir gembira dapat rumah kekal

GUA MUSANG: Dua keluarga dari Kampung Bertam di sini, yang kehilangan rumah akibat banjir Disember tahun lepas, hari ini gembira memperoleh rumah kekal yang siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Mohd Jaafar Yusoff, 60, bersyukur kerana keluarganya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu yang mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.

"Syukur akhirnya saya dan keluarga dapat juga tinggal di rumah kekal yang lebih selesa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunci rumah berkenaan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Datuk Mat Yusoff Ab Ghani di Kampung Bertam di sini.

Dua keluarga terbabit sebelum ini tinggal di khemah di kampung itu.

Seorang lagi penerima, Wan Ibrahim Husin, 29, berkata keluarganya sudah merasai betapa susahnya berdepan dengan kehilangan rumah dalam kejadian banjir itu.

"Tidak ada apa yang saya nak ucapkan kepada kerajaan yang menyiapkan rumah untuk keluarga saya kecuali terima kasih," katanya.

Sementara itu, Mat Yusoff berkata di kawasan DUN Nenggiri masih terdapat 260 keluarga yang kehilangan rumah akibat banjir dan menunggu rumah kekal yang dibina kerajaan.

Katanya kerajaan persekutuan kini sedang berusaha bagi mempercepatkan pembinaan rumah kekal kepada mereka.

Sumber: Bernama | 23 Jun 2015

Faktor manusia penyumbang utama kemalangan di LPT2 - LLM

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada Isnin menegaskan bahawa faktor manusia penyumbang utama kepada kemalangan di jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II (LPT2).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata faktor manusia seperti memandu dalam keadaan mengantuk, memandu melebihi had laju terutama pada waktu hujan, cuai serta gagal mematuhi arahan keselamatan adalah punca utama kemalangan di LPT2.

"Daripada 339 kes kemalangan di LPT2 antara 1 Feb hingga 2 Jun lepas, sebanyak 70 peratus atau 238 kemalangan berpunca daripada faktor manusia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata selebihnya merupakan faktor persekitaran iaitu 19 peratus atau 65 kemalangan termasuk pencerobohan haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau serta haiwan liar; juga terdapat lokasi air melintas dan faktor kenderaan sebanyak 11 peratus atau 36 kemalangan.

Ismail berkata daripada jumlah kemalangan tersebut 10 kes adalah kemalangan maut, 25 kes melibatkan cedera parah, 58 kes melibatkan cedera ringan dan selebihnya tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata permukaan LPT2 berada dalam keadaan yang baik secara amnya, namun terdapat beberapa kawasan berlaku pemendapan terutama berdekatan struktur jambatan dan permukaan lebuh raya yang beralun di beberapa lokasi.

"Sebahagian lokasi berlaku mendapan dan beralun telah diperbaiki dan proses pembaikan secara keseluruhan akan dilakukan dalam masa yang terdekat," katanya.

Katanya, kerja-kerja penambahbaikan adalah di bawah tanggungan pihak kontraktor asal kerana ia masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan.

Dalam pada itu, Ismail berkata LLM dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil beberapa tindakan termasuk meningkatkan kekerapan rondaan, membaik pulih pagar rezab yang rosak, mengedarkan risalah kesedaran dan pemasangan papan tanda amaran di lokasi berlakunya pencerobohan haiwan.

"LLM dan JKR juga telah mengenal pasti lokasi air melintas dan selekoh berbahaya dan akan menambah baik permukaan berturap, permukaan lebuh raya serta mengadakan langkah intervensi yang bersesuaian dengan kerjasama pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat," katanya.

Sumber: Bernama | 22 Jun 2015

Isnin, 22 Jun 2015

Selamat datang Ramadan, selamat tinggal bangsal buruk

Makcik Zaharah termenung memikirkan kehidupannya yang sendirian di Gua Musang selepas rumahnya rosak teruk akibat banjir.
MAKCIK Zaharah bersyukur kebimbangannya bakal berakhir. Apa yang sering membelenggu dirinya kian lenyap.

Sebelum ini warga emas ini cukup gusar tentang nasibnya yang hanya berlindung di bangsal buruk. Bila-bila masa sahaja ia boleh ranap dan roboh menyembah bumi!

Makcik Zaharah atau nama sebenarnya Zaharah Sulong, 65, sudah bertahun-tahun hidup sebatang kara di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.

Bukan dia tak punya anak, namun dikhabarkan anak-anaknya sudah tidak sudi menerimanya lagi.

Pada mulanya dia agak segan dan serba salah untuk bercerita perihal keluarganya.Tidak dapat lagi memendamkannya barangkali, akhirnya dia memberitahu bahawa dia mempunyai tujuh anak yang telah berkahwin, namun tiada seorang pun yang ambil peduli akan nasibnya. Berat ujian yang dilalui Makcik Zaharah.

Disember lalu dia diuji pula dengan banjir luar biasa yang menghanyutkan satu-satunya rumah kecil yang menjadi tempat dia berteduh selama ini.

Sudahnya, dia tinggal di bangsal buruk di belakang tapak rumahnya yang hanyut. Itu pun setelah jiran-jiran dan orang kampung bergotong-royong membina bangsal yang telah rosak akibat banjir itu itu agar menyerupai sebuah tempat tinggal.

Tempat berteduh Makcik Zaharah selepas rumahnya dihanyutkan banjir Disember lalu.
Kini Makcik Zaharah mampu tersenyum. Senyum kerana dia telah memiliki rumah baharu dan apa yang lebih bermakna bagi dirinya apabila dia dikhabarkan dapat mendiami rumah itu menjelang Ramadan.

“Makcik rasa syukur sangat. Terima kasih kepada mereka yang membantu. Ramadan ini adalah yang paling bermakna buat diri makcik,” katanya dalam loghat pekat Kelantan sambil tersipu-sipu malu.

Dari raut wajahnya, dapat dilihat dia begitu teruja untuk tinggal di rumah yang pastinya lebih kukuh dan selesa binaannya, sumbangan Persatuan Pengusaha Kem Khidmat Negara (PPKN).

Presiden PPKN, Datuk Seri Ahmad Kamel (kanan) meninjau keadaan rumah semasa proses pembinaan. Bersama beliau adalah bekas Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (kiri).
Banyak bezanya bangsal yang didiaminya dengan rumah baharu yang dibina di tapak asal rumahnya yang hanyut dibawa air itu. Ia ibarat langit dengan bumi!

Selama lebih kurang enam bulan dia tinggal di ‘rumah’ sempit, cukup untuk memuatkan dirinya seorang sahaja. Di situlah dia tidur, makan, berehat, menonton televisyen dan di situ jugalah dia sering mengenang nasib dirinya.

Tetapi di rumah baharunya, dia bakal tidur berdindingkan batu, lengkap dengan kemudahan air dan elektrik. Dia punya bilik sendiri yang sudah tentunya lebih besar berbanding bangsal yang didiaminya.

Rumah baharu Makcik Zaharah yang lebih selesa dan memberi lebih makna dalam kehidupannya.
Mengimbas kembali saat-saat berdepan banjir besar, Makcik Zaharah berkata, tiada apa yang dapat diselamatkannya kecuali sebuah peti televisyen lama dan peti sejuk.

“Orang kampung yang tolong makcik angkat televisyen dan peti sejuk. Pada masa itu makcik lari selamatkan diri ke kawasan lebih tinggi.

“Bila banjir surut, makcik lihat tiada apa lagi yang tinggal. Rumah tiada, hanya tanah kosong. Masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan makcik,” katanya yang sudah menetap di situ hampir 50 tahun.

Menyambut Ramadan, tidak banyak persediaan yang dilakukannya. Rumah baharu sudah menjadi nikmat yang terlalu besar bagi dirinya.

“Tak ada apa-apa persediaan, biasa-biasa sahaja. Cuma lebih selesa untuk berbuka, bersahur dan beribadat.

“Yang lain-lain, macam tahun-tahun sebelumnya juga. Makcik masak sendiri untuk berbuka dan bersahur. Kadang-kadang ada juga jiran-jiran sedekahkan makanan,” katanya.

Makcik Zaharah berkata, suaminya telah 25 tahun meninggal dunia akibat ditimpa kayu balak dan sejak itu dia terpaksa menyara sendiri kehidupan keluarganya.

“Dulu bolehlah makcik berkebun, sekarang dah tak larat. Makcik cuma bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, cukuplah untuk makcik seorang,” katanya.

Walaupun bakal mendiami rumah dan kehidupan baharu, Makcik Zaharah berkata, mana mungkin dia dapat melupakan jasa bangsal yang menjadi tempat perlindungannya dan orang ramai yang telah membantunya.

Terharu dengan bantuan dan sumbangan yang diterimanya, beliau sebenarnya memendam 1001 perasaan yang dapat dilihat dari raut wajahnya, namun tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Apa yang pasti, menjelang Ramadan dan Syawal mulia, sudah tentulah ibu tua ini berharap dapat meraikannya bersama anak-anak tersayang.

Sumber: mStar Online | 22 Jun 2015

UMK bantu jana ekonomi Kelantan

BACHOK: Peruntukan berjumlah RM350 juta untuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan RMK11 menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri ini.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tiga jajahan iaitu Bachok, Kota Bharu dan Jeli yang masing-masing menempatkan kampus universiti itu akan turut membangun berikutan pertambahan pelajar dan kakitangan.

"Ia memberi impak besar terhadap perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat seperti menyediakan ruang perniagaan dan pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Iftar Ramadan UMK di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK Datuk Prof Dr Mortaza Mohamed.

Sempena majlis berkenaan seramai 100 anak yatim dari beberapa sekolah di sekitarnya Bachok menerima sumbangan wang tunai RM5,000. UMK kini mempunyai 1,500 pelajar.

Sementara itu, Hamad Kama Piah ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, peruntukan itu sudah pasti memberi impak besar bukan sahaja berfokus kepada mahasiswa bahkan kepada komuniti setempat.

Beliau berkata pada tahun ini, pembinaan beberapa projek telah bermula di Kampus Bachok seperti bangunan pusat pengajian bahasa dan pembangunan insaniah, bangunan pusat mahasiswa, pusat Islam dan masjid.

"Projek lain ialah bangunan canselor, perpustakaan utama, kompleks akademik dan dewan utama serta kompleks sukan yang dijangka siap pada 2016 dan 2017," katanya.

Pada majlis itu Bank Islam Malaysia Berhad dan Lembaga Amanah Kolej Islam Malaysia masing-masing turut menyumbang wang zakat RM40,000 dan RM30,000 kepada pelajar UMK sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Sumber: Bernama | 21 Jun 2015