Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 31 Oktober 2015

Nafi Kelantan disisih dalam Bajet 2016

KOTA BHARU: Peruntukan Bajet 2016 dilihat memberi banyak kelebihan kepada Kelantan termasuk tiga projek pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, dengan projek pembangunan itu, ia sekali gus menyangkal tuduhan sebelum ini yang mendakwa BN tidak berlaku adil terhadap Kelantan.

“Walaupun negeri ini tidak diperintah BN, namun kita masih memperoleh tiga projek besar iaitu pembinaan tambatan banjir, pembinaan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baharu dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),” katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Bendang Pauh Sembilan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar Kada, Ir Mohd Ridzuan Ismail. Pada majlis itu, seramai 200 pemilik sawah dan pengusaha menerima insentif di bawah projek NKEA dengan peruntukan membabitkan RM212,000.

Md Alwi berkata, menerusi Bajet 2016 juga, kerajaan turut melaksanakan Pemutuan Sebenar Padi dan galakan melalui Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) untuk meningkatkan taraf hidup golongan petani.

Sebelum ini petani memperoleh subsidi berjumlah RM248.10 bagi setiap tan metrik dan akan ditambah menjadi RM300 bagi setiap tan metrik, tidak termasuk skim subsidi yang lain,” katanya.

Sementara itu, mengenai hasil padi, beliau berkata, Kada menyasarkan peningkatan hasil padi sehingga 300,000 tan metrik menjelang 2020.

Katanya, setakat ini, hasil padi telah mencapai 266,000 tan metrik dengan keluasan tanah padi setakat 28,072 hektar, berbanding 29,000 hektar sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian | 29 Okt. 2015

TMK 2016 sasar 
6 juta pelancong

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan menyasarkan sebanyak 6,000,000 pelancong ke ne­geri ini sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Ab Rahman berkata, sasaran tersebut akan dapat dicapai melalui pelbagai promosi yang dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

"Saya yakin sasaran tersebut akan dicapai menjelang pada tahun depan dengan kehadiran lebih ramai pelancong terutamanya ketika musim cuti sekolah dan cuti umum.

"Disamping itu, usaha promosi yang sedang giat dijalankan secara berterusan juga dapat meningkatkan lagi kehadiran mereka," kata­nya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2016 di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pe­ngarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Zamri Ibrahim.

Md. Anizam berkata, promosi juga akan difokuskan di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Singapura bagi menggalakan kehadiran mereka ke Kelantan.

Katanya, pelbagai program telah diatur sepanjang TMK 2016 seperti persembahan kebudayaan, pesta wau antarabangsa, festival gasing, Seni Silat Paluan, pameran Tok Janggut dan Mumia Firaun.

"Saya berharap dengan adanya promosi yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dapat meraih pulangan ekonomi berganda dalam sektor pelancongan di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga bercadang akan membuka peluang kepada golo­ngan belia untuk mengikuti kursus sebagai pemandu pelancong.

"Kita mahu meningkatkan kua­liti sedia ada selain menambahkan bilangan pemandu pelancong bagi memudahkan pelancong apabila berkunjung ke Kelantan pada tahun hadapan," jelasnya.

SumberUtusan Malaysia | 28 Okt. 2015

USM tingkat kesedaran kesihatan awam

Tengku Mahaleel Tengku Arif (tengah) beramah mesra bersama para panel selepas Kolokium Pengurusan Berhubung Masalah Kesihatan di Kelantan Ke Arah Pembentukan Bandar Sihat, di Kota Bharu, baru-baru ini.
KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sebagai langkah ke arah pembentukkan bandar sihat di negeri ini.

Ahli Gabenor USM, Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Arif berkata, universiti berkenaan akan memainkan peranan dalam memberi info-info kesihatan secara terbuka kepada masyarakat bagi mencapai matlamat tersebut.

Menurutnya, pihaknya akan be-kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Kelantan untuk berbincang dan berkongsi mengenai masalah kesihatan serta hasil-hasil penyelidikan.

“Menerusi kerjasama ini, kita akan berusaha mengenal pasti cabaran yang dihadapi dan cara penyelesaiannya bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“Bagaimanapun di peringkat awal ini, kita akan berusaha memberi kesedaran secara terbuka kepada masyarakat mengenai isu-isu kesihatan awam yang terkini di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Kolokium Pengurusan Berhubung Masalah Kesihatan di Kelantan Ke Arah Pembentukan Bandar Sihat di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dr. Ahmad Sukari Halim dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Jaringan), Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek.

Dalam majlis tersebut, kira-kira 150 peserta mewakili organisasi serta jabatan yang bertanggungjawab dalam isu-isu penjagaan kesihatan turut memberi respon positif terhadap usaha USM tersebut.

Sementara itu, Ahmad berkata, menerusi kajian serta penyelidikan yang dilaksanakan oleh USM akan dapat membantu memberi manfaat kepada masyarakat ke arah pembentukan bandar sihat.

“Dengan kepakaran daripada universiti, setiap hasil kajian khususnya berkaitan isu kesihatan akan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka memahami dengan lebih jelas apa yang perlu dilakukan.

“Selain itu, hasil kajian itu juga akan membantu kita membuat perancangan untuk masa depan berdasarkan informasi serta penemuan yang diperoleh,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | 27 Okt. 2015

KTMB baik pulih jambatan rosak akibat banjir di Kemubu

KUALA KRAI: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memulakan kerja membaik pulih jambatan kereta api di Kemubu di sini, yang rosak dihanyut banjir pada akhir tahun lepas.

Presiden KTMB, Left Kol (B) Sarbini Tijan berkata projek berkenaan yang melibatkan lima fasa bernilai RM17.5 juta, turut melibatkan pemasangan semula kerangka jambatan itu seberat 112 tan yang merentasi Sungai Galas.

"Kerja membaik pulih jambatan tersebut akan mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan sepenuhnya iaitu pada Disember tahun depan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja pemulihan trek dan jambatan terlibat di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengurus Wilayah Timur KTMB Sadun Abdullah.

Sarbini berkata, kerja membaik pulih jambatan itu mungkin menjadi perlahan berikutan musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac ini.

Beliau berkata, projek membaik pulih jambatan dan trek landasan itu adalah bagi memberi kemudahaan dan keselesaan kepada masyarakat yang sering menggunakan perkhidmatan kereta api.

Sementara itu, Ramzi berkata perkhidmatan kereta api merupakan pengangkutan utama khususnya kepada penduduk di kawasan Dabong dan usaha KTMB membaik pulih jambatan itu memberi kelegaan kepada penduduk.

Beliau berkata, selain trek landasan kereta api, laluan pejalan kaki dan motosikal turut disediakan di jambatan berkenaan untuk kemudahan penduduk berulang alik antara Kampung Kemubu dan Kampung Bertam. 

Sumber: Bernama | 28 Okt. 2015

Kelantan berpotensi jadi hab halal

Ahmad (dua, kanan) melawat gerai yang turut mengambil bahagian sempena ekspo tersebut.
KOTA BHARU: Kelantan mempunyai kelebihan daya saing dan berpotensi tinggi menjadi hab halal bagi memasarkan produk dan makanan berlandaskan syariat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dari segi material, pekerja dan pendekatan pembuatan produk di Kelantan terjamin malah cop halal yang dikeluarkan juga mempunyai nilai tinggi.

Beliau berkata, melihat kepada potensi itu kerajaan negeri juga turut memperuntukkan dana untuk mempertingkatkan industri halal di sini.

“Kita ada medan halal park di Apam, Pasir Mas sudah siap sepenuhnya cuma dalam proses menerima tempahan tempat, malah kita juga telah kenal pasti 200 ekar tanah di Tok Bali, Pasir Puteh juga untuk bangunkan industri halal.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan sama dari segi keperluan rohani dan jasmani. Oleh itu setiap tahun kita kumpul pengusaha makanan dan produk halal dalam satu ekspo sebagai menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2015.

Ekspo tahun ketiga itu bermula pada 29 Oktober hingga 2 November menyediakan 130 gerai di mana penganjur mensasarkan 50,000 pengunjung dalam masa tiga hari ekspo berlangsung.

Ahmad berkata, ia dijadikan ekspo tahunan dengan mengumpulkan pengusaha dan pembuat makanan halal bukan sahaja dari Malaysia malah turut disertai peserta dari China, Thailand, Singapura dan Arab.

“Ekspo ini jika diurus dengan baik akan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat bagi meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

Dalam perkembangan politik semasa , Ahmad Yakob berkata, Pas sebagai sebuah parti yang sudah lama dan ada kekuatan sendiri bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan sokongan jentera sedia ada.

Walaupun wujudnya konflik dalam Pakatan Rakyat (PR) Pas masih lagi bekerjasama dengan PKR.

“Pas sebuah parti yang dah lama wujud dan besar dan kita masih lagi menjalinkan hubungan kerjasama erat bersama PKR,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 30 Okt. 2015

Khamis, 29 Oktober 2015

Pas boleh berkerjasama dengan Umno dalam perkara kebajikan untuk rakyat - Ahmad Yakob

KOTA BHARU: PAS hanya bersedia menjalin kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat dan bukan atas dasar politik.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata perkara tersebut telah menjadi dasar PAS sejak sekian lama.

"Contohnya dalam masalah banjir yang melanda Kelantan akhir tahun lepas, kita boleh berkompromi, kita boleh bincang dan ketepikan dari segi politik untuk menyelamatkan rakyat kita...itu perkara berkebajikan.

"Jadi pada pokoknya itulah yang dikehendaki presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

"Dalam hal ini (kebajikan) politik tidak berbangkit.. politik kita dasar masing-masing. Tetapi kerjasama politik, tidak sama sekali," katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung pendirian Abdul Hadi yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Sumber: Bernama | 28 Okt. 2015

Kelantan sasar 6 juta pelancong bersempena Tahun Melawat Kelantan 2016

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyasarkan kedatangan enam juta pelancong ke negeri ini, terutamanya dari Thailand, Singapura, Brunei dan negara Eropah, bersempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata jumlah kemasukan pelancong ke Kelantan tahun ini setakat September lepas adalah kira-kira tiga juta orang terdiri daripada pelancong domestik dan antarabangsa.

"Kita jangka ramai pelancong akan datang ke Kelantan pada tahun depan. Kita juga bercadang mengadakan promosi di luar negara seperti Hat Yai (Thailand), Singapura dan tempat lain," katanya pada sidang akhbar berkaitan TMK 2016 di sini, Selasa.

Md Anizam berkata melalui TMK 2016 yang bertemakan 'Menyusuri Warisan', pelancong berpeluang menyaksikan warisan budaya penduduk negeri ini dengan lebih dekat.

Beliau berkata pihaknya juga bersedia bekerjasama dengan industri pengangkutan dan perkhidmatan, perhotelan, kebudayaan dan industri makanan bagi memastikan sasaran itu tercapai.

Md Anizam berkata sebanyak 34 program termasuk persembahan kebudayaan akan diadakan bersempena TMK setiap bulan yang dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Negeri Kelantan dan Muzium Negeri Kelantan.

"Pihak kami juga bercadang untuk menambah pemandu pelancong dalam kalangan pemuda-pemuda kita yang berminat dengan industri pelancongan," katanya.

Majlis pelancaran TMK 2016 akan diadakan di sini pada Sabtu ini (31 Okt), pada pukul 8.30 malam.

Sumber: Bernama | 27 Okt. 2015

Tengku Razaleigh mahu pembinaan rumah untuk mangsa banjir di Gua Musang dipercepat

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu pembinaan rumah untuk mangsa banjir dipercepat.

Beliau berkata pembinaan rumah untuk 40 keluarga mangsa banjir di penempatan baharu di Kampung Batu Papan Dua di sini masih tertangguh disebabkan beberapa masalah termasuk penyelesaian hak milik tanah.

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM6 juta sejak Mac lepas bagi membina 40 unit rumah di situ, katanya kepada pemberita ketika meninjau pembinaan rumah mangsa banjir di kampung berkenaan Isnin.

"Tak tahulah saya bagaimana perkara itu boleh berlaku hingga pembinaan rumah untuk penempatan mangsa banjir masih tertangguh sampai sekarang," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata beliau sendiri memohon peruntukan itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar akhir tahun lepas.

Tengku Razaleigh berkata adalah menjadi harapan perdana menteri dan beliau sendiri supaya kontraktor dapat menyiapkan rumah dengan segera supaya mangsa banjir tidak terus tinggal di kediaman transit.

"Sebelum ini kita berhasrat untuk membina 100 unit rumah di kampung berkenaan bagi pemindahan mangsa banjir tetapi banyak halangan dan akhirnya hanya mampu dibina 40 unit sahaja," katanya.

Beliau berharap pembinaan kesemua rumah itu dapat disiapkan sebelum pertengahan Disember depan.

"Kita tak mahu ia (tarikh siap pembinaan) dilanjutkan lagi, kita mahu lihat ia siap sepenuhnya untuk memindahkan mangsa banjir dengan seberapa segera," katanya.

Sumber: Bernama | 26 Okt. 2015

Hampir 90 peratus projek baik pulih infrastruktur di Kuala Krai siap

KUALA KRAI: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi agensinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah menyiapkan hampir 90 peratus projek membaik pulih kerosakan infrastruktur akibat banjir yang melanda jajahan Kuala Krai akhir tahun lepas.

Pengurus Kesedar Wilayah Kuala Krai Zulkifli Ab Rahman berkata kerajaan memperuntukkan RM3.3 juta untuk kerja membaik pulih tersebut.

"Daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM800,000 diperuntukkan bagi membaiki jalan pertanian yang sentiasa digunakan pekebun untuk ke kebun atau ladang masing-masing," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.

Zulkifli berkata RM500,000 pula dibelanjakan untuk kerja membaik pulih prasarana awam seperti dewan orang ramai di Kampung Kuala Nal dan Kampung Rahmat.

Katanya baki daripada peruntukan berkenaan, digunakan untuk membaik pulih jambatan di Kampung Temalir dan membaiki lantai jambatan di Kampung Pemberian.

Beliau berkata kesemua projek membaik pulih infrastruktur di jajahan tersebut dijangka dapat disiapkan sebelum akhir November ini.

Sumber: Bernama | 26 Okt. 2015

Isnin, 26 Oktober 2015

LPT3 highway to boost Terengganu - Kelantan connectivity

BESUT: The planned RM2.4 billion East Coast Expressway 3 (LPT3) connecting Gemuruh in Kuala Nerus, Terengganu to Tumpat, Kelantan will provide huge benefits to motorists from both states. 

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman said that the 171km LPT3, would offer better communication and easy traffic flow, especially during peak seasons like festival holidays

“Residents and visitors passing through the districts of Besut and Setiu and those driving past Kelantan will be able to travel faster and more comfortably, once it’s ready. 

“We are now awaiting approval from the Federal government to begin construction of the highway as soon as possible,” he said after closing a New Terengganu Transformation carnival in Jertih. 

Present were Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh, who is also Besut Member of Parliament; state executive councilors Nawi Mohamad and Datuk Muhamad Pehimi Yusof; Kuala Besut assemblyman Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman; Jabi assemblyman Mohd Iskandar Jaafar; and Besut district officer Datuk Abdul Rahim Jusoh. 

Razif said the Federal Government realised the need for the LPT3 for the benefit of the people in Terengganu and Kelantan

“Just like the LPT1 and LPT2, the LPT3 too will be the favoured route of travel with its benefits, despite the occasional hiccups of accidents. “For LPT2 alone, a total of 25,000 vehicles have been recorded daily passing through it. 

The figure reaches up to 100,000 vehicles a day during festive holidays,” he said. The LPT is connected by the Kuala Lumpur-Karak highway. The LPT1 is a 174km-long, closed toll, four-lane expressway built in 2004 that connects Karak to Jabor in Pahang. 

It passes through Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang and Kuantan. The 184km LPT2 built in 2015 begins in Jabur and passes Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil and Telemong before ending in Kampung Gemuruh, Terengganu.

Source: New Straits Times | 26 Oct. 2015

Sabtu, 24 Oktober 2015

Program penerangan mengenai projek pembangunan untuk Kelantan dalam Bajet 2016 dan RMK11 - Mustapa

KOTA BHARU: Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan akan menganjurkan program penerangan mengenai projek pembangunan yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk dilaksanakan di Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri akan menyenaraikan semua projek pembangunan itu dan kemudiannya akan dihebahkan kepada semua pihak di negeri ini melalui program penerangan berkenaan.

"Walaupun tiga projek sahaja disebut dalam Bajet 2016 iaitu pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan pembinaan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) iaitu di Ketereh (Kota Bharu) dan Tanah Merah, ini bukan bermakna hanya tiga projek itu sahaja yang akan dilaksanakan di Kelantan.

"Kita akan perjelaskan kepada rakyat bahawa terdapat banyak lagi projek yang sedang dan akan dilaksanakan. Kelantan terus mendapat pembelaan daripada Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Menteri Mentor UMK mengulas Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.

Mustapa berkata beliau akan memastikan semua pihak termasuk pegawai kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan parti politik mendapat penerangan yang jelas berkaitan usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat Kelantan.

Sementara itu di TUMPAT, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan pembinaan dua MRSM itu akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Beliau berkata pembesaran lapangan terbang itu akan dapat menampung jumlah penumpang dan bilangan penerbangan yang semakin meningkat selain memberi keselesaan kepada orang ramai.

Sumber: Bernama | 24 Okt. 2015

Ku Li anggap Bajet 2016 sempurnakan tuntutan rakyat

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menganggap Bajet 2016 yang dibentangkan semalam sebagai memenuhi tuntutan rakyat terutama golongan pendapatan sederhana dan ke bawah.

"Kerajaan telah menyediakan pakej terbaik untuk rakyat menerusi pembentangan bajet semalam dan menepati hampir keseluruhan sasaran walaupun mungkin ada satu dua perkara yang boleh ditambah baik," katanya.

Tengku Razaleigh, atau Ku Li, ditemui pemberita selepas melawat tapak binaan rumah mangsa banjir di Kampung Batu Papan Dua di sini hari ini.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah menyediakan bajet seimbang untuk semua dan terimalah apa yang dibentangkan itu," katanya.

Bajet 2016 bertema 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat itu merangkumi peruntukan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion bagi 2015.

Mengenai pembinaan rumah mangsa banjir pula, Tengku Razaleigh berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM6 juta bagi tujuan itu.

Namun, beliau kecewa dengan proses pembinaan yang menjadi lewat akibat syarat terlalu banyak yang dikenakan pihak tertentu.

"Cadangan kita nak bina 100 unit tetapi hanya lulus pembinaan 40 unit sahaja kerana halangan tertentu. Saya akan usahakan supaya ia dapat disiapkan juga sebelum Disember ini," katanya.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah, ADUN Galas Ab Aziz Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamat.

Sumber: Bernama | 24 Okt. 2015

Kerajaan Kelantan sambut baik Bajet 2016

YAB Ustaz Dato' Hj. Ahmad bin Yakob
TUMPAT: Meskipun gaji minimum bagi kakitangan awam dan swasta dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,200 dan RM1,000 namun masih ada kebimbangan persaingan daripada pekerja warga asing.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kenaikan tangga gaji itu sedikit sebanyak dapat memastikan rakyat hidup dengan lebih selesa.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan dengan bilangan buruh asing yang masih ramai selain tawaran gaji yang lebih murah seperti RM800, ia akan mewujudkan persaingan.

“Kita harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah warga asing iaitu mengawal kemasukan mereka yang menawarkan gaji lebih murah.

“Namun begitu, bagi pihak kerajaan Kelantan kita menyambut baik terhadap bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kerana dapat membangunkan ekonomi negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pembangunan Projek Pembangunan Impiana Taqwa Bandar Baharu Pasir Pekan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Yakob berkata, projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa membantu memperkukuhkan ekonomi masyarakat setempat.

Katanya, projek itu sudah lama ditunggu Kelantan kerana mampu memacu ekonomi negeri ini dengan kemasukan pelancong.

Alhamdulillah… kerajaan meluluskan permohonan untuk memperluaskan lapangan terbang. Ia untuk menampung jumlah pengguna bagi penerbangan tempatan dan luar negara.

“Dengan pemberian bajet itu, ia memberi kesan positif kepada ekonomi penduduk termasuk menambah peluang pekerjaan,” katanya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam yang meluluskan sebanyak RM42 juta pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak serta menaik taraf taraf lapangan terbang Kota Bharu dan Kuantan. 

Sumber: The Rakyat Post | 24 Okt. 2015

Budget 2016 described as inclusive for all levels of society

KUALA LUMPUR: Budget 2016 tabled today by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has been described as an inclusive and welfare budget for people of all levels in the country.

The budget has also been described as the best one to help the people face the pressures of increased cost of living today, taking into account the uncertain world economy.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the budget this year focused on the many proactive efforts by the government to improve the existing incentives and facilities provided to the people and the ministry.

"I believe the budget this time is based on a good foundation even though we are currently in uncertain economic times which do not affect government efforts in ensuring that the people have a prosperous life," he told reporters when met at the lobby of the Dewan Rakyat after the tabling of the budget.

On the allocation given to the Defence Ministry, Hishamuddin said it was a relief because clearly it took into account the needs of the ministry including the welfare of the security forces personnel.

"With the allocation, I am confident the ministry will achieve the agenda that has been planned in ensuring that the security of the country is under control," he said.

Hishamuddin, who is the MP for Sembrong, also said that he was happy with the allocation for the construction of quarters and camps for the security forces.

Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the budget also gave emphasis to improving the quality of education in the country.

He said making the various allocations in this budget proved to be a little challenging but he was optimistic the ministry could develop national education well.

"It is a challenging budget ... maybe a few cuts here and there, no doubt, but it makes us more efficient," he said.

Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said the ministry could focus on curriculum and co-curriculum development nationwide.

"Students at all levels, from primary to secondary as well as matriculation, will be involved in the development process and get the same benefits through this budget," he said.

At the same time, the ministry would focus on strengthening maintenance of infrastructure and facilities in all schools.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim said the allocation of RM848 million to start the operations of the Kuala Lumpur Women's and Children Hospital in October 2016 was a sign that Malaysia was heading towards becoming a developed nation because many developed nations had such hospitals.

She said this was also a good start for many more hospitals exclusively for women and children in the future.

"Of course we want more, but we will start with one in Kuala Lumpur first and then we will add on when the economy is better," said Rohani, who is the MP for Batang Lupar.

Minister in the Prime Minister's Department Senator Datuk Paul Low Seng Kuan said the government was still in the process of adjusting the current economic situation due to reduced revenue from petroleum.

"The budget has to deal with current circumstances, a lot of trimming down and the good thing is the impact of the Goods and Services Tax (GST) which compensates for the lesser revenue from petroleum. So it is a very disciplined budget and we need to maintain this discipline," he said.

Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said he felt that the budget also emphasised the quality of health services provided to the people, including adding five more hospitals, in Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran and Cyberjaya, as well as the reconstruction of the Kajang Hospital and the opening of 33 new 1Malaysia clinics.

"This will have a big impact on the delivery of health services to the people," he said.

Minister of Agriculture and Agro-Based Industry Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the allocation given to his ministry would be a boon to people in the low-income group.

He said the implementation of the paddy grading initiative and improvement of the paddy price subsidy scheme from Jan 1, 2016, could encourage farmers to improve the quality of paddy and increase their income up to RM1,400 a month.

Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the RM42-million allocation for construction of the Mukah Airport in Sarawak and upgrading of the Kuantan Airport and the Kota Bharu Airport could boost the national economy.

Liow also expressed his thanks to the government for its concern for the Chinese community by allocation RM50 million through the Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) to help entrepreneurs in the community.

According to Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin, the over RM1.5 billion allocation to lighten the cost of living for the lowest 40 per cent population (B40) in the 2016 budget was a move by the government to ensure the prosperity of the people in the current uncertain global economy.

"The focus on B40 and M40 as well as the various tax exemptions show the concern of the nation's leaders to help the deserving groups," said Khairy, the MP for Rembau.

Source: Bernama | 23 Oct. 2015

Muay Thai mampu jadi tarikan pelancong ke Kelantan

Md Anizam (enam, kanan) bersama pemimpin Bachok yang hadir pada malam terakhir kejohanan tersebut.
BACHOK: Seni mempertahankan diri seperti Muay Thai mampu menjadi tarikan pelancong terutama di Bachok yang terkenal sebagai destinasi pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, kini Muay Thai semakin diminati pelbagai lapisan umur dan setiap kali acara sedemikian dianjurkan, pasti mendapat sambutan menggalakkan.

Beliau berkata, peluang itu sewajarnya diambil oleh Majlis Daerah Bachok (MDB) untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan, selain boleh mengundang atlet dari luar negara.

“Kita lihat ramai yang datang nak lihat muay thai atau tomoi ini yang bukan sahaja tarik minat golongan muda tetapi juga orang dewasa dan wanita pun tak ketinggalan.

“Ini adalah peluang untuk ia dijadikan acara tahunan bagi memajukan sektor pelancongan di Bachok sementelah kita sudah ada pesisir pantai yang cantik, selama ini menjadi tumpuan pelancong. Lokasi acara ini diadakan juga di depan Pantai Irama,” katanya ketika berucap merasmikan penutup program itu, malam Selasa lalu.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua MDB, Norazmi Berahim; Setiausaha MDB yang juga Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi MDB, Muhammad Zaidi Mat Jusoh; Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar; Adun Perupuk, Mohd Huzaimy Che Husin; Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood.

Malam Selasa lalu adalah malam terakhir kejohanan muay thai, anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi MDB dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Bachok.

Ia bermula dari 16 Oktober hingga 19 Oktober. Tarikh 17 Oktober ditunda kepada 19 Oktober bagi memberi laluan kepada orang ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara TRW menentang Felda United atau menyertai Himpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Okt. 2015

Kerajaan Kelantan akan pantau iklan di tempat awam

Md Anizam (depan, dua kanan) turut melancarkan kedai buku bergerak pertama di Kelantan iaitu Ujana Buku DBP, semalam.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan memastikan pihak swasta yang mahu memasang iklan di tempat awam mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak meminggirkan bahasa kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abd Rahman yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah yang diambil melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut melibatkan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Dalam situasi ini, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dan wajar, selaras undang-undang kecil atau peraturan tertentu sedia ada untuk memastikan Kelantan bebas gejala pencemaran bahasa serta penggunaan bahasa yang tidak mencerminkan jati diri Malaysia,” katanya, semalam.

Teks ucapan Menteri Besar itu dibaca Md Anizam pada Majlis Perasmian Karnival Bahasa dan Pelepasan Perarakan Konvoi 1 Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Turut hadir, Exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Prof Dr Zaharani Ahmad dan Pengarah DBP Wilayah Timur, Che Zainab Omar.

Dalam pada itu, Md Anizam berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan pelbagai pihak yang berhasrat mengadakan pelbagai program membabitkan bahasa dan sastera di negeri ini bagi memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri memartabatkan bahasa kebangsaan negara ini.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) juga akan berusaha menjayakan apa sahaja hasrat kerajaan dan rakyat untuk melihat martabat bahasa kebangsaan diletakkan di kedudukan sepatutnya.

“Kami juga akan menyerlahkan penggunaan tulisan Jawi sebagai sebahagian komitmen kami ikut serta menjayakan dasar kerajaan, khususnya berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Pada majlis itu, Md Anizam turut melancarkan kedai buku bergerak pertama di Kelantan iaitu Ujana Buku DBP.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Okt. 2015

Rabu, 21 Oktober 2015

Masjid Alwi di Kangar sedia peti sejuk untuk orang ramai sumbang makanan

KANGAR: Masjid Alwi di sini menyediakan dua buah peti sejuk untuk orang ramai menghantar makanan.

Peti sejuk itu diletak di tangga luar dewan solat lelaki dan dewan solat wanita bagi memudahkan orang ramai menyimpan makanan untuk orang lain yang memerlukannya.

"Mungkin ada musafir yang singgah untuk bersolat atau berehat di masjid ini dalam keadaan kelaparan atau terputus wang untuk membeli makanan, maka mereka boleh mengambil makanan yang terdapat di dalam peti sejuk itu," kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) yang juga penasihat masjid berkenaan.

Beliau memberitahu perkara itu pada majlis tazkirah mingguan masjid itu Selasa malam.

"Cara yang boleh dilakukan ialah dengan orang ramai menghantar makanan berlebihan ke masjid ini dan memasukkannya ke dalam dua buah peti sejuk yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid," katanya.

Namun Mohd Asri berharap makanan yang hendak disumbang perlu masih elok dan segar untuk dimakan sama ada berupa makanan yang dimasak, buah-buahan, kek atau kuih-muih.

Dua peti sejuk itu didapati sudah diisi dengan makanan sejak diletakkan beberapa hari lepas.

Sumber: Bernama | 21 Okt. 2015

Akibat pukul pencuci kereta, ahli perniagaan didenda RM5,000

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan dikenakan kompaun RM5,000 bagi kesalahan mencederakan seorang pekerja warga asing di premis cuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.

Mohd Risamuddin Abdul Wahab, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap pekerja warga Bangladesh, Shaheb Ali.

Kompaun itu perlu dibayar kepada mangsa dan majikannya, Haziyati Abdul Hamid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis cuci kereta, Master Clean Car, Kampung Baharu Subang pada jam 12.45 tengah hari, 17 Oktober 2015.

Majistret Ellyana Razali mengarahkan tertuduh membayar kompaun itu selepas kedua-duanya mencapai persetujuan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Penyelesaian itu juga termasuk permohonan maaf secara terbuka Risamuddin kepada Shaheb.

Mohd Risamuddin yang berdiri di kandang tertuduh, memohon maaf atas perbuatannya sambil menghulur tangan kepada Shaheb.

Rakaman tindakan Mohd Risamuddin memukul Shaheb di premis cuci kereta berkenaan tersebar di media sosial sejak Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, Shaheb dikatakan cedera di hidung akibat dipukul Mohd Risamuddin yang tidak berpuas hati bahagian dalam keretanya kotor ketika dicuci.

Sumber: mStar Online | 21 Okt. 2015

Ahad, 18 Oktober 2015

JKKN Kelantan iktiraf Kampung Kok Seraya di Tumpat sebagai perkampungan budaya

TUMPAT: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan hari ini mengiktiraf Kampung Kok Seraya di sini, sebagai Perkampungan Budaya dalam usaha memartabatkan pelbagai budaya di jajahan itu, termasuk persembahan menora.

Pengarahnya Che Kassim Mahmud berkata ia dilakukan bagi mengiktiraf kampung berkenaan yang masih mengekalkan budaya tempatan khususnya menora, agar tidak pupus ditelan zaman.

"Kita juga sedang berusaha mempopularkan budaya ini agar dapat diketengahkan ke peringkat kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Adat Pembukaan Panggung Menora di Kampung Kok Seraya hari ini.

Che Kassim berkata persembahan menora oleh penduduk kampung berkenaan sebelum ini, mendapat sambutan yang menggalakkan di Kuala Lumpur dan Narathiwat, Thailand.

"Kita amat menyokong program seumpama ini yang mendapat kerjasama jurulatih tersohor di Kelantan, Pak Chum a/l Chadi yang memberi latihan dengan cara betul untuk melakukan setiap persembahan yang diadakan," katanya.

Che Kassim berkata persembahan menora dengan gabungan masyarakat Siam yang diiringi pemuzik orang Melayu mampu memupuk semangat perpaduan.

"Selain menjadi daya tarikan pelancong, kita dapati budaya tempatan ini unik kerana menyatukan orang Melayu dan Siam dalam menjayakan persembahan menora," katanya.

Beliau berkata sebelum ini, persembahan menora yang wujud di negeri Che Siti Wan Kembang itu tidak dilakukan dengan cara yang betul.

"Saya harap persatuan menora akan mewujudkan kumpulan tertentu dan kami akan memilih kumpulan yang terbaik untuk dipersembahkan ke peringkat kebangsaan," katanya.

Sumber: Bernama | 17 Okt. 2015

Selasa, 13 Oktober 2015

KTMB buka operasi baharu di Pantai Timur mulai 2016

Sarbini Tijan (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Sheikh Ahmad Dusuki S. Mohamad (dua dari kiri) semasa sidang akhbar di Padang Besar, Perlis, baru-baru ini.
PADANG BESAR: Selepas berjaya memperluaskan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di tiga destinasi Pantai Barat, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merancang untuk membuka operasi dan laluan baharu di Pantai Timur menjelang tahun hadapan.

Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan berkata, rancangan itu kini telah berada di peringkat pelaksanaan berikutan kontraktor KTMB telah menjalankan kerja-kerja pembinaan landasan di Kemubu, Kelantan dan dijangka siap sepenuhnya pada Tahun Baharu Cina tahun depan, sekiranya tidak berlaku bencana banjir seperti tahun lalu.

Katanya, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan untuk pihaknya membeli 13 Unit Berganda Elektrik Diesel (DEMU) dari China yang mempunyai kuasa kelajuan 100 kilometer (km) sejam yang dijangka tiba pada 2018.

Kami menjangkakan perkhidmatan kereta api di Pantai Timur itu akan beroperasi sebelum Ramadan tahun depan kerana kedua-dua landasan di laluan Kemubu itu hampir siap, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kota Bharu, Kelantan khususnya.

KTMB juga akan mewujudkan beberapa stesen baharu di Pahang dan Kelantan iaitu di Kuala Lipis, Chegar Perah, Merapoh, Manik Urai, selain membina semula pejabat di Kuala Krai dan kuarters-kuarters lain yang terjejas akibat banjir lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di dalam Tren Sambungan KTMB sempena Lawatan Media dari Padang Besar Ke Hatyai, Thailand bermula 8 hingga 10 Oktober lalu.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki S. Mohamad.

Mengulas lanjut Sarbini berkata, reka bentuk fizikal kereta api baharu DEMU itu akan dilengkapi dengan empat gerabak yang kelihatan seperti ETS, tetapi ini menggunakan bahan bakar diesel sepenuhnya.

Katanya, KTMB merancang untuk menjalankan operasi kereta api itu pada waktu bekerja bagi membolehkan penduduk di Kelantan menggunakannya sebagai pengangkutan alternatif ke pejabat masing-masing.

Jelas beliau, masyarakat Kelantan tidak perlu bimbang kerana kereta api itu akan beroperasi seperti sistem perkhidmatan komuter, secara tidak langsung boleh digunakan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 12 Okt. 2015 | Terbitan 13 Okt. 2015

KTMB rancang buka semula landasan kereta api Pasir Mas - Bandar Sungai Golok

TUMPAT: Selepas memperkenalkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merancang memperluaskan perkhidmatan tersebut melalui tiga destinasi baharu bulan depan.

Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata, destinasi baharu berkenaan melibatkan laluan Kuala Lumpur ke Gemas, Negeri Sembilan; Gemas ke Butterworth, Pulau Pinang; serta Gemas ke Padang Besar.

“Perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Gemas akan dilancarkan pada 1 Oktober ini manakala perkhidmatan ETS dari Gemas ke Butterworth serta Gemas ke Padang Besar pula akan bermula serentak pada 10 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Korban Perdana KTMB dan Pelancaran Tren Shuttle Tumpat ke Kemubu di Stesen Keretapi Tum­pat, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus KTMB Wilayah Timur, Saadon Abdullah.

Sarbini dalam pada itu memberitahu, penumpang ETS juga bakal menikmati perkhidmatan kereta api sambungan dari Padang Besar ke Hat Yai, Thailand yang dijadual bermula 10 Oktober ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, KTMB turut merancang untuk membuka semula laluan kereta api dari Pasir Mas ke Golok, Thailand.

Katanya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan dilancarkan sebaik sahaja diluluskan.

Sebenarnya kita menerima maklumat Thailand akan menaik taraf landasan kereta api dari Golok ke Hat Yai. Jadi mereka minta Malaysia supaya hidupkan semula perkhid­matan di laluan Pasir Mas - Golok.

“Perkara ini sejajar dengan rancangan kita yang memang mahu merancakkan semula kereta api di negeri ini, lebih-lebih lagi kilang simen yang akan dibuka di Gua Musang memerlukan perkhidmatan ke Thailand untuk mengangkut muatan,” katanya.

Menurut Sarbini, antara rancangan jangka panjang KTMB yang lain adalah membuka laluan baharu yang mempunyai landasan berkembar di sektor Pantai Timur.

Laluan baharu itu kata beliau, akan melalui Kota Bharu-Kuala Terengganu-Kuantan-Pekan-Kuala Lumpur dengan kelajuan tren mencecah 200 kilometer sejam.

Sumber: Bernama / Utusan Malaysia | 24 Sept. 2015

Ahad, 11 Oktober 2015

Kilang penapisan minyak sawit berkapasiti pengeluaran 15,000 tan metrik dibina di Kelantan

KOTA BHARU: Sawit Raya Oil Sdn Bhd, akan membina sebuah kilang penapis minyak sawit dan pembungkusan minyak masak pertama di negeri ini dengan kapasiti pengeluaran 15,000 tan metrik sebulan.

Pengerusinya Samsuddin Ishak berkata kilang bernilai RM216 juta itu akan dibangunkan di tapak seluas 3.74 hektar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini.

"Kilang ini dijangka memulakan pengeluarannya akhir tahun depan, dengan jumlah kapasiti pengeluaran tersebut, kilang ini berupaya memenuhi penggunaan minyak masak sebanyak 5,000 tan metrik sebulan di Kelantan dan Terengganu, manakala baki pengeluaran akan dieksport ke Kemboja, Vietnam dan Myanmar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan kilang tersebut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahad.

Samsuddin berkata projek tersebut akan menyediakan 173 peluang pekerjaan dan meningkatkan industri hiliran berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

Sementara itu, Mustapa berkata pembinaan kilang penapisan tersebut akan menjimatkan kos dan masa pengilang mengangkut minyak sawit mentah untuk diproses di kilang penapisan di Kuantan, Pahang dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Beliau berkata pembinaan kilang tersebut akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini melalui PKS.

Mustapa berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan RM1.2 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan di Kelantan pada tahun lepas dan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak RM268 juta.

Mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen 23 Okt ini, Mustapa berkata sektor ekonomi diharap akan diberi keutamaan berikutan banyak cabaran yang dihadapi sekarang.

"Kita berharap agensi-agensi yang berkaitan ekonomi tidak diketepikan malah mendapat perhatian yang lebih dalam bajet ini untuk kita terus membangunkan ekonomi negara," katanya.

Sumber: Bernama | 11 Okt. 2015

Sabtu, 10 Oktober 2015

Satu lagi rangka dipercayai kanak-kanak Orang Asli ditemui

Norieen dan Miksudial ditemui dalam keadaan selamat pada Jumaat.
GUA MUSANG: Satu lagi rangka dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang ditemui pasukan penyelamat di sini pada Sabtu.

Mayat tersebut dipercayai milik Juvina David, 7, yang ditemui berhampiran kawasan Norieen Yakob dan Miksudial Aluj ditemui di tepi Sungai Prias kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu.

Bapa saudara Norieen, Harry Boy, 20, yang dimaklumkan mengenai penemuan itu berkata dia yakin ia mayat Juvina berdasarkan perbualannya dengan anak saudaranya itu pada Jumaat.

Pada 23 Ogos lalu, tujuh kanak-kanak Orang Asli berusia antara 7 dan 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Selepas 48 hari, dua ditemui selamat di tebing Sungai Perias pada petang Jumaat.

Sumber: mStar Online | 10 Okt. 2015

Madrasah Ad Diniah Al Yusofiah boleh guna peruntukan RM252,000 bina semula bangunan terbakar

PASIR PUTEH: Pentadbiran Madrasah Ad Diniah Al Yusofiah di Pasir Mas boleh menggunakan peruntukan RM252,000 sumbangan Kerajaan Persekutuan untuk membina semula bangunan baharu menggantikan 48 pondok yang musnah dalam kebakaran, Isnin lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi kali pertama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selising di sini, malam tadi.

Dalam kebakaran itu, sebanyak 48 pondok madrasah, antara yang terbesar di negara ini, musnah menyebabkan 60 pelajarnya tinggal sehelai sepinggang.

Asyraf Wajdi berkata dengan peruntukan itu, pihak madrasah boleh membina semula bangunan baharu yang lebih selesa untuk pelajarnya di samping menitik beratkan ciri keselamatan termasuk pendawaian elektrik.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau berkata Tabung Haji (TH) akan terus mengeluarkan subsidi bagi kos mengerjakan ibadat haji kepada setiap bakal haji tahun depan walaupun ekonomi dunia tidak menentu.

Beliau berkata rancangan itu selaras dengan penubuhan asal TH untuk membantu bakal haji bagi meringankan beban mereka hasil keuntungan pelaburan TH dari dalam dan luar negara.

Asyraf Wajdi berkata umat Islam di negara ini bernasib baik kerana menanggung kos menunaikan haji yang lebih rendah disebabkan mempunyai sebuah kerajaan yang sangat prihatin dengan tuntutan Islam.

"Ia sangat berbeza dengan umat Islam di negara jiran, mereka terpaksa menangung kos sebanyak RM20,000 seorang jika mahu menunaikan haji berbanding tidak sampai RM10,000 seorang yang perlu ditanggung oleh umat Islam di negara ini," katanya.

Sumber: Bernama | 9 Okt. 2015

Jumaat, 9 Oktober 2015

Transgender: Mohamad lahir rasa syukur atas keputusan Mahkamah Persekutuan

Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan amat bersyukur berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mengisytiharkan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan sebagai tidak berperlembagaan.

"Semoga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu akan menjadi panduan kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, dan sedar betapa pentingnya keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing perlu dihormati," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau mengulas berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan, sebelum ini.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif berkata ia kerana tiga transgender telah menggunakan prosedur perundangan yang salah untuk memulakan tindakan mereka.

Justeru, mahkamah memutuskan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pak andam itu, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 28, Shukor Jani, 29, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, selaku responden, untuk mencabar keesahan Seksyen 66 enakmen tersebut tidak sesuai kerana gagal mematuhi kaedah prosedur.

Mengikut Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, lelaki berlagak seperti perempuan dan memakai pakaian perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-dua sekali.

Pada 7 Nov 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan transgender itu dan memutuskan Seksyen 66 adalah tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Seremban pada 11 Okt 2012, menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang itu yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita.

Sumber: mStar Online | 9 Okt. 2015

1MDB langgar kawalan pertukaran, tiga kebenaran dibatalkan - Bank Negara

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.

Di bawah siasatannya, BNM berkata ia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.

BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," katanya.

Sebagai hasil daripada siasatan, BNM berkata, ia mencadangkan Peguam Negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.

"Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara," katanya.

BNM berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sumber: mStar Online | 9 Okt. 2015

Dua kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat dirawat di HRPZII

Kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakub (baju merah) dan Mirsudiar Aluj (baju putih) yang ditemui di tebing Sungai Perias dibawa ke HRPZII untuk rawatan lanjut.
KOTA BHARU: Dua kanak-kanak perempuan Orang Asli yang ditemui selamat selepas 48 hari hilang di Pos Tohoi, Gua Musang, kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, Zaid Ahmad berkata dua kanak-kanak itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, dipindahkah dari Hospital Gua Musang dan tiba di HRPZII pada pukul 8.30 malam ini.

"Dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan kini ditempatkan di Wad 5 untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat malam.

Dua kanak-kanak itu yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari ini, bersama satu mayat budak perempuan.

Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman yang dilakukan oleh anggota keluarganya petang ini di Hospital Gua Musang (HGM).

Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam budak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.

Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti. Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Tiga yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Sumber: mStar Online | 9 Okt. 2015

Khamis, 8 Oktober 2015

Institut Dakwah Islamiah PERKIM rancang bina bangunan baharu di Machang

KOTA BHARU: Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merancang membina sebuah bangunan baharu di Kelantan bagi memperkasa peranannya dalam memberi bimbingan kepada saudara baharu.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor berkata pihaknya sudah mengenal pasti tanah seluas 12 hektar di Machang bagi tujuan tersebut.

"Kita sudah kenal pasti satu tapak baharu di Machang yang diberikan kerajaan negeri, dan ia memadai untuk membina bangunan pentadbiran dan akademi serta asrama pelajar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Asas Pengajian Islam dan Sijil Pengajian Islam Kali ke-24 institut itu di sini, hari ini.

Seramai 102 orang saudara baharu menerima sijil pada majlis tersebut yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa institut tersebut, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.

Bagaimanapun, Mohd Yusof berkata masih banyak perkara perlu diteliti termasuk mencari kaedah terbaik mendapatkan sokongan kewangan daripada pihak yang bersedia untuk membantu.

"Kita mengalu-alukan jika ada pihak tertentu yang ingin mewakafkan harta tunai mereka untuk membantu menjayakan projek yang mungkin menelan perbelanjaan lebih RM60 juta ini," katanya.

Mohd Yusof berkata pihaknya kini sedang dalam proses menyediakan reka bentuk bangunan dan menyiapkan segala keperluan sebelum menentukan masa yang sesuai untuk menggerakkan projek berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji dan meneliti cadangan mewujudkan institut itu di negeri lain sebagaimana yang dicadangkan pelbagai pihak sebelum ini.

"Namun kita mungkin tidak membina di kawasan yang telah ada pusat yang hampir sama fungsinya dengan institut ini kerana sekarang banyak badan dakwah yang mempunyai pusat dakwah mereka sendiri," katanya.

Institut dakwah tersebut di Kelantan sebelum ini beroperasi di bangunan sama dengan pejabat PERKIM Kelantan di Pengkalan Chepa di sini.

Sumber: mStar Online | 8 Okt. 2015

Rabu, 7 Oktober 2015

Ringgit terus mengukuh, catat bawah paras 3.00 berbanding dolar Singapura

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada Rabu, sesi ketiga berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah dan data ekonomi domestik yang teguh, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga 4.2150/2250 berbanding dolar AS daripada 4.3720/3770 pada Selasa.

Peniaga berkata kenaikan harga minyak meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia yang mencerminkan pendapatan seberang laut.

"Prestasi eksport yang kukuh pada Ogos dengan lebihan dagangan berkembang kepada RM10.19 bilion, turut menyumbang kepada momentum kenaikan," kata peniaga itu kepada Bernama.

Bagi bulan dalam semakan, eksport Malaysia tumbuh 4.1 peratus kepada RM66.53 bilion dan import susut 6.1 peratus kepada RM56.34 bilion.

Trend menaik pasaran tempatan juga seiring dengan pasaran serantau, disokong oleh kelemahan dolar AS, kata peniaga itu.

Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain, terutama dolar Singapura yang menyaksikan unit tempatan pada paras tertinggi dalam tempoh lima minggu dengan merekodkan bawah paras 3.00.

Ia menokok kepada 2.9780/9861 berbanding dolar Singapura daripada 3.0653/0699 pada Selasa dan meningkat berbanding yen kepada 3.5105/3197 daripada 3.6318/6375.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound sterling kepada 6.4473/4651 daripada 6.6323/6408 dan mengukuh berbanding euro pada 4.7381/7497 berbanding 4.8993/8053 sebelum ini.

Sumber: mStar Online | 7 Okt. 2015

Suami isteri warga emas maut motosikal dinaiki meletup

GUA MUSANG: Pasangan suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki mereka meletup di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai di sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Cha Mok Liong dan isterinya, Fong Ah Fong, masing-masing berusia 72 tahun dari Kampung Batu Papan Dua, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku ketika pasangan itu yang menaiki motosikal jenis Demak dalam perjalanan ke Kampung Pulai untuk menikmati sarapan pagi selepas selesai menoreh getah.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak menyedari motosikal yang dinaiki mereka telah dipasang dengan bahan letupan yang dipercayai buatan sendiri.

"Berikutan kejadian itu, kita turut menahan seorang pemuda berusia 20-an yang mempunyai kaitan dengan mangsa untuk membantu siasatan dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, Rabu.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka.

Sementara itu, seorang anak saudara mangsa, Ab Rahman Abdullah, 53, berkata beliau mengetahui kejadian itu pada pukul 9.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Dia yang telah lama memeluk Islam berkata kedua-dua bapa dan ibu saudaranya itu berasal dari keluarga yang baik dan memelihara seorang anak angkat.

"Saya sempat melihat mayat kedua-dua mangsa hancur berada di atas jalan.Mereka sering ke Kampung Pulai untuk menikmati sarapan selepas menoreh getah," katanya.

Sumber: mStar Online | 7 Okt. 2015

Selasa, 6 Oktober 2015

Raja-raja Melayu mahu siasatan berkaitan 1MDB diselesaikan secepat mungkin

KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.

Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.

Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu.

Sumber: Bernama | 6 Okt. 2015

Isnin, 5 Oktober 2015

Kerajaan peruntuk RM1.3 juta bantu 130 peserta azam tani Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyalurkan RM1.3 juta bantuan berupa pelbagai bentuk peralatan bagi meningkatkan pendapatan 130 peserta Azam Tani dalam sektor perikanan di Kelantan, tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan Abdullah Ismail berkata peruntukan itu melibatkan bantuan seperti enjin bot, sampan fiber dan motosikal roda tiga di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

"Sehingga kini, penyerahan bantuan telah dibuat melibatkan 54 nelayan di Tumpat dan 48 nelayan di Kota Baharu, manakala baki 28 nelayan di Bachok dan Semerak (Pasir Puteh) akan dilaksanakan pada bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pelbagai Peralatan Kepada Mangsa Banjir Peserta Azam Tani Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Bharu di Kompleks LKIM Kuala Besar di sini, Ahad.

Majlis dirasmikan Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Pengkalan Chepa Zaluzi Sulaiman yang telah menyampaikan bantuan pelbagai peralatan kepada 48 peserta Azam Tani PNK Kota Baharu termasuk 40 peserta yang terlibat bencana banjir pada tahun lepas bernilai RM449,900.

Dalam pada itu, Zaluzi yang juga Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa berkata sumbangan itu selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan membantu golongan sasar menjana pendapatan tambahan.

"Saya harap semua penerima bantuan memanfaatkan sepenuhnya sumbangan yang diberikan ini dan tidak menjualnya kepada orang lain untuk mendapatkan keuntungan segera yang bersifat sementara," katanya.

Penerima bantuan Ab Aziz Mat Sanishah, 48, dari Kampung Uda Murni, Tanjung Chat di sini, berkata beliau amat gembira kerana hasratnya untuk mengembangkan perniagaan bakal terlaksana.

"Sebelum ini saya menjaja ikan menggunakan motosikal biasa dengan pendapatan bersih antara RM30 hingga RM40 sehari. Dengan adanya motosikal roda tiga ini saya mampu mempelbagaikan jualan kerana ia mampu menampung lebih banyak muatan," katanya yang menyara empat anak.

Ab Aziz yang menjadi nelayan sejak lebih 30 tahun lalu berkata dia perlu mencari peluang pekerjaan lain berikutan tangkapan ikan yang makin berkurangan ketika ini selain cuaca yang tidak menentu.

Sumber: Bernama | 4 Okt. 2015

Sabtu, 3 Oktober 2015

Jambatan Kg Pulau Setelu akan dibina awal tahun depan - ADUN Nenggiri

GUA MUSANG: Pembinaan jambatan baharu di Kampung Pulau Setelu sepanjang kira-kira 300 meter yang runtuh ketika banjir besar Disember lepas akan dimulakan pada tahun depan, melibatkan kos sebanyak RM40 juta.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani berkata kerja-kerja membina jambatan tersebut yang terletak di laluan alternatif Gua Musang-Kuala Krai itu masih dalam proses mengeluarkan tender.

"Kita akui jambatan sementara yang dibina sekarang sering ditenggelami air jika hujan lebat hingga menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada pengguna," katanya selepas meninjau kerosakan jambatan sementara itu di sini, Sabtu.

Menurutntya, kerja-kerja membaiki jambatan itu sedang giat dijalankan dan dijangka siap hari ini bagi mengelak masalah kepada penduduk untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah dilaporkan berkata jambatan sementara itu terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas mendapati ada mendapan tanah berlaku di kepala jambatan tersebut.

Sumber: Bernama | 3 Okt. 2015