Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 30 November 2015

UMK sasar muncul pengeluar graduan kreatif negara dan antarabangsa

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasar akan muncul sebagai pusat akademik yang mengeluarkan graduan berkualiti bagi menampung keperluan industri kreatif negara dan antarabangsa dalam masa terdekat.

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK Prof Madya Abdul Aziz Shuaib berkata sehingga kini fakulti berkenaan melahirkan kira-kira 500 pelajar.

"Bilangan mereka akan bertambah apabila 2,000 pelajar prasiswazah dan 50 pasca siswazah yang sedang mengikuti pengajian di fakulti berkenaan tamat pengajian selepas ini," katanya kepada pemberita di Kampus UMK Bachok di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai Festival Kandungan Kreatif Pelajar Malaysia (FKKPM) yang berakhir semalam anjuran bersama UMK dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).

Abdul Aziz berkata sambutan terhadap bidang pengajian itu semakin meningkat berbanding 160 pelajar sejak ia diperkenalkan pada 2006.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran FKKPM bertujuan menyokong pembangunan dan transformasi pendidikan menerusi hasil kerja kreatif pelajar Universiti Awam (UA) dan swasta di negara ini.

"Objektif utamanya adalah untuk memperluaskan lagi pengetahuan pelajar di negara ini dan masyarakat awam tentang kepentingan penghasilan kandungan kreatif yang bermutu tinggi dalam konteks pembangunan industri kreatif negara," katanya.

Sumber: Bernama | 30 Nov. 2015

Indeks jenayah di Kelantan menurun 11.45 peratus

KOTA BHARU: Sebanyak 4,541 kes jenayah seperti pecah rumah, ragut dan curi kenderaan dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini di Kelantan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata bagaimanapun jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 11.45 peratus berbanding 5,128 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Ia menunjukkan penurunan sebanyak 587 kes pada tahun ini dengan 46.44 peratus kes berjaya diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai persiapan banjir, beliau berkata seramai 982 pegawai dan anggotanya bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana itu pada tahun ini.

"Jumlah pegawai dan anggota itu akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.

"Kita turut mempunyai 74 bot bagi membantu memindahkan mangsa dan tiga helikopter akan digerakkan jika bencana berada di tahap kritikal," katanya.

Sumber: Bernama | 30 Nov. 2015

Ahad, 29 November 2015

Kerajaan Kelantan perlu tegas laksanakan saranan dalam laporan audit - Mustapa

JELI: Kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu tegas dalam melaksanakan saranan dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang dikeluarkan baru-baru ini bagi mengelak banjir lebih buruk berlaku pada masa depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah pembetulan perlu diambil dari sekarang kerana banjir yang berlaku pada tahun lepas telah memberi kesan negatif terhadap pelbagai pihak.

"Kita kena ambil tindakan serius dengan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara. Pembetulan dan tindakan secepat mungkin perlu diambil supaya perkara yang disebut itu tak berlaku.

"Maknanya sebelum perkara itu berlaku perlu dicegah dari peringkat sumbernya dan harus kita bendung dari awal-awal lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Hamzah Mohamad Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed dan Pengarah Kampus UMK Jeli Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Mustapa mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang menyebut penebangan hutan dan perlombongan pasir merupakan antara punca banjir besar di Kelantan, tahun lepas.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Mentor UMK turut mencadangkan Fakulti Sains Bumi UMK mewujudkan sebuah pangkalan data berkaitan sumber semulajadi yang terdapat di negeri ini.

"Jika pangkalan data berkenaan dapat dikemas kini pada setiap tahun baharulah kita boleh buat perbandingan mengenai pencemaran dan kemusnahan sumber semula jadi yang berlaku di sesuatu kawasan," katanya.

Sumber: Bernama | 29 Nov. 2015

Pelbagai produk kraf sempena Festival Kraf Kelantan 2015

KOTA BHARU: Orang ramai kini berpeluang untuk membeli pelbagai produk kraf yang dihasilkan usahawan tempatan sempena Festival Kraf Kelantan 2015 di Pintu Kota Sultan Ismail Petra di sini.

Festival 10 hari bermula 27 Nov lepas hingga 6 Dis ini dianjurkan Kraftangan Malaysia Negeri Kelantan, menampilkan 68 usahawan kraf dari Kelantan dan negeri lain.

Pengarah Kraftangan Malaysia Negeri Kelantan, Juhari Azmi berkata jualan produk kraf itu melibatkan enam kategori iaitu batik, songket dan tenun; seramik; perabot kayu; perak dan senjata; serta manik dan mutiara.

"Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi pembuatan kraf seperti anyaman rotan, seramik mambong, anyaman serkap, lukisan khat, logam barangan kemas dan ukiran kayu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian festival itu oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha di sini, hari ini.

Juhari berkata pengunjung juga berpeluang menyaksikan rekaan terbaharu batik oleh pereka muda yang diketengahkan untuk pasaran khususnya golongan muda.

Beliau juga menjangkakan nilai jualan pada festival itu meningkat kepada RM500,000 berbanding RM430,000 pada festival sama tahun lepas.

Katanya festival itu antara lain bertujuan membantu usahawan kraf mendapatkan pasaran baharu di samping mendekatkan produk kraf kepada orang ramai dan pelancong.

Dalam pada itu, Makhtar berkata kerajaan persekutuan sentiasa berusaha membantu mengembangkan industri kraf termasuk memberi kemahiran dan teknologi baharu kepada pengusaha kraf agar dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti.

Beliau berkata pelbagai kursus kemahiran disediakan Kraftangan Malaysia selain lawatan sambil belajar ke luar negara bagi mendedahkan usahawan kepada industri kraf yang lebih maju.

Katanya Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM1.2 juta bagi membantu para usahawan kraf di Kelantan yang terjejas akibat banjir akhir tahun lepas termasuk bantuan membaik pulih bengkel serta peralatan.

Sumber: Bernama | 29 Nov. 2015

Ahad, 22 November 2015

Pembinaan 32 unit rumah mangsa banjir Aring 2 di peringkat akhir perbincangan

GUA MUSANG: Pembinaan 32 unit rumah kekal untuk mangsa banjir di Aring 2 dekat sini, kini pada peringkat akhir perbincangan, kata Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Datuk Nozula Mat Diah.

Beliau berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah bersetuju menyediakan tapak rumah dalam kawasannya, namun proses pembinaan perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan Kelantan.

"Tapak rumah baharu yang disediakan oleh Felda ini tidak jauh daripada rumah asal penduduk dan terletak berdekatan jalan utama Gua Musang-Kuala Berang (Terengganu)," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Ahad.

Nozula yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, bagaimanapun tidak menjelaskan keluasan tanah yang disediakan Felda dan kos diperlukan bagi tujuan pembinaan 32 unit rumah kekal berkenaan.

Katanya pada masa ini, 32 keluarga yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir tahun lepas itu, masih lagi tinggal di dalam khemah kerana mereka tidak dibenarkan membina rumah sementara di tapak lama rumah masing-masing, yang dikhuatiri dinaiki air ketika hujan lebat.

Mengenai persiapan banjir bagi jajahan itu, Nozula yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata pusat-pusat pemindahan banjir telah disediakan di beberapa kawasan tinggi dan penduduk dinasihatkan membuat persiapan awal.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Jajahan Gua Musang, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusoff berkata 43 pusat pemindahan banjir dan 13 pangkalan hadapan disediakan di jajahan itu bagi menghadapi kemungkinan banjir tahun ini.

Beliau berkata pusat pemindahan yang disediakan itu dapat memuatkan ribuan penduduk dalam satu masa dengan pertambahan sebanyak 16 pusat pemindahan tahun ini, berbanding hanya 27 pusat tahun lepas.

"Kita telah mengenal pasti pusat pemindahan banjir di kawasan tinggi yang melibatkan dewan serbaguna, sekolah dan rumah transit," katanya kepada pemberita pada majlis penutup Pesta Flora dan Organik di Jajahan Kecil Lojing di sini, Ahad.

Beliau berkata keperluan asas dan makanan juga telah dihantar ke pangkalan hadapan, sebelum diagih ke pusat pemindahan banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Muhammad Fakry Petra di Kampung Lembaga, tidak lagi disenaraikan sebagai pusat pemindahan banjir pada tahun ini, selepas ia turut ditenggelami air dalam bencana itu tahun lepas.

Katanya SK Sri Wangi yang berdekatan dengan Bandar Baharu Gua Musang telah diwartakan sebagai pusat pemindahan baharu bagi menggantikan SK Tengku Muhammad Fakry Petra.

Sumber: Bernama | 22 Nov. 2015

JPAM Kelantan arah 1,300 anggota siap sedia hadapi banjir

PASIR PUTEH: Seramai 1,300 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka pada hujung bulan ini, kata Pengarahnya Zainuddin Hussin.

Beliau berkata selain itu, sebanyak lapan lori, 13 pacuan empat roda, 30 bot dan 12 ambulans akan digerakkan sebaik banjir bermula.

"Sebanyak 248 jaket keselamatan turut disediakan sebagai persiapan banjir ini dan secara dasarnya, agensi ini telah bersiap sedia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata ketika diminta mengulas mengenai laporan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia yang menyatakan kemungkinan banjir berlaku akibat luruan angin sejuk yang menyebabkan kejadian hujan lebat monsun bermula pada 26 atau 27 Nov ini di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Dalam pada itu, Zainuddin turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama di pinggir sungai yang seringkali dinaiki air supaya sentiasa berjaga-jaga mulai sekarang dan mengikut arahan pasukan penyelamat.

Beliau berkata sikap tunggu dan lihat serta kegagalan mengikut arahan berpindah akan menyukarkan pasukan penyelamat melakukan operasi menyelamatkan penduduk.

Sumber: Bernama | 22 Nov. 2015

Sabtu, 21 November 2015

Hujan lebat monsun dijangka melanda Pantai Timur mulai 26/27 Nov 2015 selama 3 - 5 hari

KUALA LUMPUR: Hujan lebat monsun dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung bermula Khamis atau Jumaat depan, selama tiga hingga lima hari.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata, fenomena hujan lebat itu disebabkan terdapatnya tanda-tanda Luruan Sejuk yang bakal melanda selepas Rabu.

"Luruan sejuk adalah udara sejuk bertekanan tinggi dari Siberia dan China menyebabkan angin bertiup sehingga ke kawasan kita (Malaysia).

"Oleh itu, hujan lebat akan berlaku satu atau dua hari selepas luruan sejuk kerana ia mengambil masa untuk angin itu sampai ke negara kita," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata keadaan itu juga berkemungkinan boleh menyebabkan banjir di kawasan terjejas berikutan hujan lebat selama tiga hari, dan paling lama sehingga lima hari.

"Disebabkan masa masih panjang iaitu enam hingga tujuh hari sebelum ramalan itu terjadi, ketepatan tinjauan hujan lebat monsun adalah sekitar 60 hingga 65 peratus tepat," katanya.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan di portalnya, berkata keadaan cuaca lembap seperti berlaku kini, dijangka berterusan dengan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pantai negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Timur Sabah pada awal pagi.

Pada waktu petang dan malam pula, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung, pedalaman Pahang, Sarawak dan Bahagian Barat Sabah, menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama | 20 Nov. 2015

Dua lanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mencari kepah ditemui maut di lagun Pantai Sri Tujoh

TUMPAT: Dua kanak-kanak lelaki, yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di lagun Pantai Sri Tujoh di sini semalam, ditemui maut tidak jauh dari tempat kejadian hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata mayat mangsa pertama Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8, ditemui terapung pada pukul 7.55 pagi ini kira-kira 20 meter dari tebing pantai.

Mayat mangsa kedua pula, Khairul Nizam Zulkifli, 10, ditemui pukul 10.40 pagi lebih kurang 100 meter dari tebing dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, keterujaan empat sahabat mencari kepah di lagun Pantai Sri Tujoh di Kampung Sungai Tapang di sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri mati lemas selepas berlaku air pasang di lagun itu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohd Faiz Haikal dan Khairul Nizam dilaporkan hilang ketika cuba untuk kembali ke tebing.

Dua lagi rakannya, Mohd Aiman Masoho, 11, dan Mohd Fairuz Ikhwan Abdullah, 10, terselamat dalam kejadian itu.

Sumber: Bernama | 21 Nov. 2015

SPRM Kelantan tahan 33 suspek berkait pelbagai kes rasuah sejak Januari

KOTA BHARU: Seramai 33 suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sejak Januari tahun ini hingga semalam berhubung pelbagai kes rasuah.

Pengarahnya Datuk Ab Aziz Aban berkata penahanan itu melibatkan 25 kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri, enam orang awam dan dua kakitangan swasta.

"Jika dilihat statistik sepanjang 10 tahun lepas, seramai 11 individu didakwa pada setiap tahun dengan lebih 350 laporan dikemukakan, juga pada setiap tahun.

"Namun, sejak 2014, kita menerima kira-kira 160 laporan yang semakin berkualiti dan hasilnya, lebih ramai yang berjaya didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita pada Program Gerak Mesra Merakyatkan SPRM: Karnival Futsal SPRM Sempena Hari Anti Rasuah Sedunia 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan melibatkan rasuah antara RM300 dan RM80,000.

Ab Aziz berkata daripada jumlah berkenaan seramai empat suspek telah didapati bersalah, 21 kes masih dalam proses pendakwaan, dua laporan tatatertib dikemukakan kepada agensi terlibat, empat kes masih dalam siasatan, satu kes disenarai hitam dan satu kes ditutup kerana kekurangan bukti.

Sumber: Bernama | 21 Nov. 2015

RMK11: Kerajaan Persekutuan lulus projek naik taraf Hospital Tanah Merah

Hospital Tanah Merah, Kelantan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan projek naik taraf Hospital Tanah Merah dalam Rolling Plan Pertama (RP-1) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan perincian pelaksanaan perancangan teknikal projek berkenaan akan dimulakan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, kelulusan itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr. S.Subramaniam ketika menggulung perbahasan Bajet 2016 bagi Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat kelmarin.

Menurut Ikmal Hisham, dalam penggulungan itu, Subramiam memaklumkan skop projek naik taraf Hospital Tanah Merah yang merupakan hospital bertaraf pakar meliputi penambahan katil sebanyak 100 buah katil.

``Hospital itu juga akan dilengkapi dengan Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Jantung (CCU) dan wad pergantungan tinggi (HDW),’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Selain itu, jelas beliau, penaikan taraf itu turut melibatkan lima buah dewan bedah, kemudahan bagi perkhidmatan klinik pakar, perkhidmatan sokongan perubatan serta infrastruktur kejuruteraan yang terlibat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kelulusan kerajaan itu memandangkan saya telah mengusulkan projek ini ketika lawatan beliau pada 2013 ke Tanah Merah, iaitu dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

“Ketika itu antara permohonan saya ialah penambahan katil untuk hospital tersebut kerana ia tidak boleh menampung jumlah pesakit yang meningkat memandangkan Hospital Tanah Merah turut merawat penduduk dari Jeli, Machang dan Pasir Mas,” katanya.

Dalam pada itu, Ikmal Hisham berkata, Kementerian Kesihatan turut melaksanakan perolehan mesin CT scan untuk ditempatkan di hospital berkenaan yang ketika ini dalam proses akhir untuk menyediakan surat setuju terima (SST) kepada pembida yang berjaya.

“Kerja-kerja pemasangan mesin termasuk penyediaan tapak dijangka dimulakan bulan depan dan beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun depan,” kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 18 Nov. 2015 | Terbitan 19 Nov. 2015

Khamis, 19 November 2015

Kelantan nikmati transformasi projek pembangunan ECER

Pelaburan sebanyak RM12.2 bilion; Lebih 10,000 penduduk tempatan mendapat manfaat daripada Program-program Pembangunan Modal Insan & Keusahawanan ECER


KOTA BHARU: Negeri Kelantan dan rakyatnya telah mendapat manfaat daripada pelbagai projek dan program yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), seperti yang dapat dilihat melalui lonjakan pelaburan di negeri ini, serta peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan baharu yang berjaya diwujudkan untuk penduduk tempatan.

Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC telah meluluskan peruntukan sebanyak RM688 juta bagi pelaksanaan 31 projek dan program berimpak tinggi di Kelantan, sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebuah wilayah maju menjelang 2020.

Sejak ECER ditubuhkan pada tahun 2007 sehingga September tahun ini, negeri Kelantan telah berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM12.2 bilion, atau 14.7 peratus daripada jumlah pelaburan terkumpul di ECER setakat ini, yang akan mewujudkan 12,555 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan,” kata Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC ECER) Kelantan yang ketiga bagi tahun 2015 di sini hari ini. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John.

“Pelaburan-pelaburan yang diterima di Kelantan telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada rakyat tempatan, yang secara langsung membantu membangunkan tahap sosioekonomi dan ekonomi modal di negeri Kelantan khususnya, dan ECER amnya, selaras dengan matlamat ekonomi berteraskan rakyat (people economy) yang inklusif dan mampan,” kata beliau.

Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada pelaburan di Kelantan dengan 55.9 peratus, diikuti oleh logistik (16.4 peratus), pelancongan (10.6 peratus) dan hartanah (9.8 peratus).

Antara pelaburan-pelaburan yang telah pun direalisasi di Kelantan sejak 2007 sehingga kini ialah dua pelaburan berjumlah RM1.2 billion setiap satu untuk pembinaan kilang simen bersepadu di Gua Musang, iaitu oleh ASN Cement Industries Sdn Bhd (400 peluang pekerjaan) dan Biz Markz Cement Industries Sdn Bhd (115 peluang pekerjaan). Di samping itu, Permodalan Nasional Berhad turut melabur RM125.46 juta untuk pembangunan Hotel Perdana di Kota Bharu.

Kelantan turut menerima komitmen pelaburan daripada Tok Bali Supply Base Sdn Bhd yang mengendalikan Pangkalan Pembekalan Tok Bali, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM200 juta yang akan mewujudkan 350 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan. Bagi tahun 2015 sahaja, jumlah pelaburan yang diterima di Kelantan adalah sebanyak RM729.4 juta.

Sementara itu, Program Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan ECERDC seperti empower ECER, entrepreneur ECER, Program Peningkatan Graduan ECER (ETEP), TERAJU@ECER, dan program pembasmian kemiskinan Agropolitan, telah memberi manfaat kepada lebih 10,000 rakyat di Kelantan yang kini berupaya menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan prestasi akademik yang lebih baik hasil penyertaan dalam program-program tersebut.

“Pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui projek-projek dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC dengan kerjasama rapat Kerajaan Negeri,” kata YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad.

Tambah beliau, pelaksanaan program dan projek di Kelantan adalah berlandaskan pendekatan ekonomi berteraskan modal dan ekonomi berteraskan rakyat, bagi memastikan limpahan kemakmuran yang wujud hasil daripada inisiatif transformasi ECER turut dinikmati oleh penduduk tempatan.

Sementara itu, program-program pembangunan modal insan dan keusahawanan ECER akan membantu memastikan kesediaan tenaga mahir di ECER yang mampu memenuhi keperluan dan kehendak para pelabur, serta kewujudan kumpulan usahawan tempatan yang mampu menyediakan ekosistem perniagaan sokongan di Wilayah ini.

empower ECER adalah salah satu program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh ECERDC yang bertujuan memperkasakan masyarakat tempatan di ECER melalui Latihan Akademik dan Latihan Kemahiran & Keusahawanan. Program ini adalah sebahagian daripada usaha ECERDC untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan di antara wilayah dan menangani kemiskinan luar bandar dan golongan bawahan 40% (B40) di wilayah ini, selaras dengan pendekatan inklusif Kerajaan ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di Kelantan, empower ECER kini dilaksanakan di Jeli, Bachok dan Ketereh. Program Latihan Akademik empower ECER telah memberi manfaat kepada 6,740 pelajar di negeri ini, yang telah berjaya memperolehi keputusan akademik yang lebih baik selepas mengikuti program ini.

Sementara itu, Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER direka terutamanya untuk golongan menganggur, mereka yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal, dengan objektif untuk membekalkan mereka dengan latihan kemahiran dan ilmu keusahawanan yang mencukupi bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan mereka untuk mendapat pekerjaan.

Bagi peserta dewasa, adalah dianggarkan sehingga 80% daripada mereka akan mendapat pekerjaan selepas menamatkan kursus mereka atau mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan pengalaman praktikal untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Di Kelantan, seramai 2,220 peserta telah mendapat manfaat daripada program ini dan berupaya menikmati pendapatan tambahan antara RM500 dan RM1,500 sebulan, atau lebih.

Program entrepreneur ECER, yang merupakan satu inisiatif pembangunan keushawaanan yang dilaksanakan dengan kerjasama SIRIM, Agrobank dan Maybank, telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 usahawan di ECER, yang mana 617 daripadanya adalah dari Kelantan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 509 usahawan Kelantan telah menerima bantuan kewangan melalui skim pinjaman mudah ECERDC-Agrobank sehingga September tahun ini, manakala 55 lagi telah mendapat manfaat daripada bantuan kewangan yang ditawarkan di bawah Skim Keusahawanan ECER-Maybank. Sejumlah 53 usahawan pula telah mendapat manfaat daripada progam pembangunan produk dan pemasaran yang disediakan di bawah kerjasama ECERDC dan SIRIM untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi, termasuklah mengeksport produk mereka ke luar negara.

Dalam usaha membantu usahawan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, ECERDC baru-baru ini membawa enam peserta entrepreneur ECER, termasuk dua dari Kelantan, ke Ekspo China-ASEAN ke-12 (CAEXPO) 2015 yang berlangsung di Nanning, China pada 18 hingga 21 September 2015 untuk mempamerkan produk-produk halal mereka di acara tersebut. Syarikat-syarikat dari Kelantan tersebut terdiri daripada Mitra Food Industries dan MH Mohd Industries Sdn Bhd.

Inisiatif Teraju@ECER diperkenalkan oleh pihak Kerajaan selaras dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Sejak dilancarkan pada tahun 2012 sehingga September tahun ini, ia telah memanfaatkan 147 syarikat Bumiputera di ECER, termasuk 38 syarikat dari Kelantan. Mereka terdiri daripada 16 Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) yang telah diberi bimbingan perniagaan dan perundingan untuk mengembangkan perniagaan mereka, dan 22 syarikat Bumiputera dengan pelaburan bernilai RM436.5 juta yang telah diberi kemudahan Dana Mudahcara TERAJU berjumlah RM49.3 juta setakat akhir September 2015.

Antara syarikat-syarikat TERAJU tersebut ialah AUEI Teras Holdings Sdn Bhd, Menara One Resources Sdn Bhd, Atira Development (M) Sdn Bhd, Rushdan Yusoff Properties Sdn. Bhd, Bumi Technopreneur Sdn Bhd dan Komitmen Mantap Sdn Bhd.

Program ETEP pula akan dimulakan di Kelantan pada Disember 2015 dengan penyertaan hampir 300 peserta. ETEP melibatkan perkongsian pintar antara ECERDC dan pelabur di ECER, di mana para graduan tempatan diberi latihan di tempat kerja, yang diikuti oleh penempatan pekerjaan di syarikat pelabur.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membasmi kemiskinan di rantau ini, ECERDC telah melancarkan Projek Agropolitan Kelantan Selatan (SKA) pada tahun 2009, yang kini melibatkan penyertaan 625 peserta dan keluarga mereka yang kebanyakannya datang dari latar belakang miskin. Perladangan kelapa sawit menjadi kegiatan ekonomi utama untuk SKA, yang disokong dengan penanaman koko, pisang, tebu dan serai di halaman rumah sebagai sumber pendapatan sekunder. Para peserta SKA kini memperoleh pendapatan purata sebanyak RM1,700 sebulan dan mereka kini tinggal di rumah serba moden yang dibina oleh ECERDC, lengkap dengan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, tadika, surau dan lot kedai.
Sumber: Majlis Pembangunan Wilaya Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) | 8 Nov. 2015

Kelantan benefits from ECER transformation projects

State attracts RM12.2 billion in investments; Over 10,000 Kelantanese benefit from ECER’S Human Capital & Entrepreneur Development Programmes
 
KOTA BHARU: The state of Kelantan and its people have benefitted from the various projects and programmes undertaken by the Federal Government through the East Coast Economic Region Development Council (ECERDC), as reflected in the surge of investments in the state, as well as the creation of new job and business opportunities for the locals.

The Federal Government via ECERDC approved an allocation of RM688 million for the implementation of 31 high-impact projects and programmes in Kelantan under the 9th and 10th Malaysia Plan, as part of its effort to transform the East Coast Economic Region (ECER) to a developed region by 2020.

Since the establishment of ECER in 2007 until September this year, Kelantan has attracted RM12.2 billion worth of private investments, or 14.7 per cent of the total cumulative investments in ECER to date, that will create 12,555 new jobs for the locals,” said Kelantan Menteri Besar, YAB Dato’ Ustaz Haji Ahmad bin Yakob.

He was speaking at a press conference after chairing the 3rd Implementation and Coordination Committee of the East Coast Economic Region (ICC ECER) of Kelantan meeting for 2015 here today. Also present at the press conference was ECERDC Chief Executive Officer, YAB Datuk Seri Jebasingam Issace John.

“The investments received in Kelantan have been successful in creating jobs and entrepreneurial opportunities for the locals and contributed towards Kelantan’s socio-economy development in particular, and ECER generally. The results reflect ECER’s capital economy and people economy focus that is inclusive and sustainable,” he said.

The manufacturing sector is the biggest contributor in Kelantan accounting for 55.9 per cent, followed by logistics (16.4 per cent), tourism (10.6 per cent) and property (9.8 per cent).

Among the investments that have already been realised in Kelantan since 2007 are two projects worth RM1.2 billion each for the construction of an integrated cement plant at Gua Musang by ASN Cement Industries Sdn Bhd (400 job opportunities) and Biz Markz Cement Industries Sdn Bhd (115 job opportunities). In addition, Permodalan Nasional Berhad (PNB) invested RM125.46 million for the expansion and refurbishment of Hotel Perdana in Kota Bharu.

Kelantan also received an investment commitment of RM200 million from Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd that operates a supply base in Tok Bali, and will create 350 new job opportunities for the locals. For 2015 alone, Kelantan attracted RM729.4 million in investments.

Meanwhile, ECERDC’s human capital and entrepreneurship development programmes such as empower ECER, entrepreneur ECER, ECER Talent Enhancement Program (ETEP), TERAJU@ECER, and the South Kelantan Agropolitan (SKA) poverty eradication scheme, have benefitted more than 10,000 locals who are now enjoying higher income and improved academic performance among the participants.

“These achievements are realised through projects and programmes implemented by the Federal Government through ECERDC in close cooperation with the State Government,” said Ustaz Dato’ Haji Ahmad.

He added that the implementation of programmes and projects in Kelantan are based on the capital economy and people economy approach, to ensure that the prosperity created by ECER’s transformation initiatives are also enjoyed by the local population through equitable distribution of wealth.

Meanwhile, ECER’s human capital and entrepreneurship development programmes will ensure the availability of skilled talent in ECER who are able to meet the needs and requirements of investors, as well as a strong pool of local entrepreneurs who are able to provide support to the business ecosystem in the region.

empower ECER is a human capital development programme undertaken by ECERDC that aims to enhance and empower rural communities in ECER through academic and entrepreneurial skills training . The programme is part of ECERDC’s efforts to narrow the regional imbalances and address rural poverty and the bottom 40% of the population (B40), in line with the Government’s inclusive approach towards becoming a high-income nation.

In Kelantan, empower ECER is currently implemented in Jeli, Bachok and Ketereh. The empower ECER Academic Skills Training Programme has benefitted 6,740 students in the state, who have seen improved academic results after completing the programme.

Meanwhile, empower ECER’s Skills and Entrepreneurship Training Programme which is designed primarily for the unemployed, low-income working adults and single mothers with the aim of providing them with adequate skills training and entrepreneurship development knowledge has enhanced their marketability and employability.

For adult participants, it is estimated that up to 80% of participants will gain employment after completing their courses or have sufficient knowledge and practical experience to start their own business. In Kelantan, 2,220 participants have benefitted from this programme, who are now enjoying an additional income of between RM500 and RM1,500 a month, or even more.

The entrepreneur ECER programme, an entrepreneurship development initiative which is implemented in collaboration with SIRIM, Agrobank and Maybank, has benefitted more than 2,000 entrepreneurs in ECER, of whom 617 are from Kelantan.

Of the total number, 509 Kelantan entrepreneurs have received financial assistance through the ECERDC-Agrobank soft loan scheme as of September this year, while another 55 have benefitted from financial assistance offered under the ECER-Maybank Entrepreneurship Scheme. Another 53 entrepreneurs also benefitted from the product development and marketing programme provided under ECERDC’s collaboration with SIRIM to raise their business to the next level, including exporting their products overseas.

In its effort to assist local entrepreneurs to penetrate the international market, ECERDC recently brought six entrepreneur ECER participants, including four from Kelantan to the 12th China-ASEAN Expo (CAEXPO) 2015 that took place in Nanning, China from 18 to 21 September 2015 to showcase their halal products at the event. The companies from Kelantan included Mitra Food Industries Sdn Bhd and MH Mohd Food Industries Sdn Bhd.

ECERDC’s Teraju@ECER initiative is tailored to address the Government’s Bumiputera Economic Empowerment Agenda. Since its launch in 2012 up to September this year, it has benefitted 147 Bumiputera companies in ECER, including 38 companies from Kelantan. They consist of 16 Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) who were provided with business guidance and consultation to expand their business, and 22 Bumiputera companies with investments worth RM436.5 million, who were given TERAJU Facilitation Fund worth RM49.3 million as of end September 2015.

Among the TERAJU companies are AUEI Teras Holdings Sdn Bhd, Menara One Resources Sdn Bhd, Atira Development (M) Sdn Bhd, Rushdan Yusoff Properties Sdn. Bhd, Bumi Technopreneur Sdn Bhd and Komitmen Mantap Sdn Bhd.

The ETEP Programme will commence in Kelantan in December 2015 with the participation of almost 300 participants. ETEP involves partnerships between investors in ECER and ECERDC, where the graduates are given training in the workplace, followed by job placements by investors.

As part of its efforts to eradicate poverty in the region, ECERDC launched the South Kelantan Agropolitan (SKA) project in 2009, which involves the participation of 625 participants and their families who mostly come from poor background. Oil palm planting is the primary economic activity for SKA, which is supplemented through the cultivation of cocoa, bananas, sugar cane and lemon grass in home compound as a secondary source of income. The SKA participants are now earning an average income of RM 1,700 per month and they are now living in modern houses built by ECERDC, complete with community facilities such as a multipurpose hall, kindergarten, surau and shop lots.
 
Source: The East Coast Economic Region Development Council | 8 Nov. 2015

Rabu, 18 November 2015

Projek perintis HUSM edar gelang aplikasi 'ADNAN' bantu pesakit

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan menjadi negeri pertama yang terpilih bagi projek perintis gelang 'Advance Dialysis Nephrology Application Network' (ADNAN) untuk diedarkan kepada pesakit terlibat ketika musim banjir.

Pembinaan aplikasi ADNAN itu merupakan usahasama kepakaran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melibatkan seramai lebih 1,000 pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di Kelantan akan menerima gelang itu.

Ketua Unit Penyakit Ginjal Kronik (CKD) HUSM Prof Madya Dr Azreen Syazril Adnan berkata sistem itu akan membolehkan semua perkhidmatan dialisis dapat diselaraskan dengan cekap dan penyelidikan untuk penambahbaikan sistem berkenaan berdasarkan data-data yang diterima.

"Langkah itu bagi memudahkan pihak berkuasa atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berkhidmat ketika banjir mengenal pasti pesakit melalui gelang itu mendapat rawatan hemodialisis di Pusat Jagaan Pesakit Dialisis Mangsa Banjir HUSM.

"Gelang yang dipakai pesakit mempunyai cip data yang berfungsi sama seperti 'punch card' (kad perakam waktu) yang perlu diletakkan pada satu alat supaya doktor atau staf bertanggungjawab akan dapat melihat maklumat pesakit di dalam komputer," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau berkata setakat ini, HUSM telah mengagihkan gelang itu kepada kira-kira 60 peratus pesakit terlibat (daripada 1,000 pesakit) manakala selebihnya akan diserahkan dalam tempoh dua minggu ini.

Dr Azreen Syazril yang juga Pakar Perunding Nefrologi dan Perubatan HUSM berkata maklumat yang terdapat pada gelang itu termasuk nama dan nombor kad pengenalan pesakit, doktor yang memberi rawatan, pusat dialisis, status hepatitis dan kumpulan darah pesakit.

Beliau berkata program itu dibangunkan berdasarkan penyelidikan yang bermula pada 2013 dan pengalamannya mengetuai pasukan pengurusan pesakit buah pinggang ketika bencana banjir tahun lepas itu dapat dikongsi bersama jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Kami harap pelaksanaan sistem ini dapat mengatasi masalah tersebut dan Pusat Jagaan Pesakit Dialisis Mangsa Banjir HUSM yang mempunyai 100 pembantu perubatan dan tujuh pakar nefrologi dapat berfungsi sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pesakit dialisis dinasihatkan berpindah ke pusat pemindahan banjir berhampiran HUSM bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan ketika banjir.

Beliau berkata pihak HUSM juga telah meningkatkan kemudahan di unit hemodialisis yang mampu menampung seramai 360 pesakit dialisis setiap hari.

Sumber: Bernama | 18 Nov. 2015

UiTM Kelantan nafi kurangkan pengambilan pelajar dan pemberhentian pensyarah

KOTA BHARU: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan menafi akan mengurangkan pengambilan pelajar dan pemberhentian pensyarah sambilan institusi itu bagi sesi November sebagaimana yang tersebar di media sosial.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Kelantan Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Wan Mohd Firdaus berkata pengambilan pelajar sedang dibuka meliputi 11 bidang diploma termasuk Perakaunan, Seni Lukis Seni Reka (Tekstil dan Logam Halus), Seni Halus, Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perbankan, Sains Komputer, Statistik, Sains Matematik dan Pengurusan Maklumat.

"Namun syarat kemasukan adalah seperti biasa dan pengambilan ini tidak melibatkan isu pemberhentian pensyarah atau pun lebihan pensyarah kampus seperti yang didakwa dalam media sosial.

"Ini satu inisiatif untuk memberi peluang kepada calon yang berkelayakan," katanya.

Beliau berkata pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di UiTM Cawangan Kelantan boleh melayari laman sesawang http://kelantan.iutm.edu.my untuk maklumat lanjut dan tarikh tutup permohonan 22 Nov ini.

Kenyataan dalam media sosial itu juga turut menyebut pensyarah sambilan dibuang kerja berikutan kekurangan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan selain dakwaan tiada persaingan untuk diterima masuk akan memudahkan permohonan baharu dalam pengambilan kedua sesi Nov ini.

Sumber: Bernama | 18 Nov. 2015

Bekas anggota tentera dipenjara 20 tahun sebabkan kematian gunakan bahan letupan

KOTA BHARU: Seorang bekas sarjan tentera dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kerani sekolah dua tahun lepas menggunakan bahan letupan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Rosli Che Daud, 31, dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 13 Ogos 2013.

Tertuduh didapati bersalah menyebabkan kematian Mohd Yusrizal Mat Zain, 34, menggunakan bahan letupan di hadapan sebuah rumah di alamat Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya Chabang Empat, Tumpat antara pukul 10 hingga 11 pagi, 11 Ogos 2013.

Bagi perbuatan itu, dalam pertuduhan pilihan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Dalam penghakimannya, Azman berkata kematian mangsa adalah sangat tragis kerana berlaku beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri di hadapan keluarga mangsa sendiri.

"Nasi telah menjadi bubur dan apa yang berlaku telah berlaku. Adalah jelas bahawa kedua-dua pihak yang terlibat iaitu tertuduh akan berada di dalam penjara tanpa mempunyai kebebasan manakala keluarga mangsa akan terus dalam keadaan hiba," katanya.

Terdahulu, peguam tertuduh, Datuk Shukri Mohamed dalam rayuannya berkata tertuduh telah insaf dan mengakui perbuatannya.

"Si mati juga bukan merupakan sasaran tertuduh dan mereka tidak mengenali satu sama lain, tetapi nasib malang menimpa si mati apabila terpegang bahan letupan itu. Tertuduh juga tidak berniat untuk melakukan sesuatu yang menyebabkan kematian," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardiah Shahidan dalam hujahannya berkata tertuduh wajar dijatuhi hukuman setimpal di atas kesalahannya dengan mengambil kira kepentingan umum.

"Tertuduh mempunyai kepakaran membuat sesuatu bahan letupan dan tahu ia boleh menyebabkan kematian serta bertindak kerana cemburu. Perbuatan tertuduh adalah sangat keterlaluan dan melulu," katanya.

Sumber: Bernama | 18 Nov. 2015

Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.5 juta baik pulih SK Tohoi

GUA MUSANG: Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan infranstruktur Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini.

Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Nenggiri Datuk Mat Yusoff Ab Ghani berkata ia bagi menjamin keselamatan murid di sekolah berkenaan berikutan insiden kehilangan tujuh murid Orang Asli, Ogos lepas.

"Kerja-kerja membaik pulih kemudahan dan infrastruktur sekolah itu termasuk pembinaan pagar baharu berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

"Kerajaan tidak mahu kejadian kehilangan murid berulang lagi selepas ini dan mengambil langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah itu supaya keselamatan lebih terjamin," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mat Yusoff mengakui kehadiran murid sekolah itu masih berada pada tahap tidak memuaskan kerana hanya 116 daripada 225 murid Orang Asli yang hadir ke sekolah pada masa ini.

"Ia disebabkan halangan oleh segelintir ibu bapa di Kampung Penad, Gawin, Simpor dan Rekom yang tidak tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah kerana faktor keselamatan.

"Mereka sepatutnya melupakan kejadian berkenaan dan tidak perlu bimbang dengan keadaan keselamatan anak mereka yang kini dijaga dengan baik," katanya.

Beliau berkata, beberapa program motivasi melibatkan ibu bapa murid di SK Tohoi akan dilakukan supaya mereka kembali yakin untuk menghantar anak mereka ke sekolah pada tahun depan.

Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli SK Tohoi bertindak melarikan diri bagi mengelak dikenakan hukuman kerana mandi di sungai.

Selepas hampir 50 hari hilang dalam hutan, empat daripada mereka iaitu Ika Ayel, 9; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina David, 7; ditemui mati.

Sementara, dua lagi kanak-kanak iaitu Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaacob, 10, ditemui selamat dalam keadaan kelaparan serta mengalami dehidrasi.

Sumber: Bernama | 18 Nov. 2015

Selasa, 17 November 2015

Peniaga mahu pihak berkuasa selesai isu penutupan laluan ke Thailand

PASIR MAS: Peniaga di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang meminta pihak berkuasa menyelesaikan isu penutupan laluan terus ke Thailand yang menyukarkan urusan perniagaan mereka sejak 15 bulan lepas.

Seorang peniaga, Jeffry Alee, 49, berkata ia menyebabkan peniaga terpaksa berkongsi laluan dengan orang awam di laluan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk mengeksport barangan ke Thailand.

"Berikutan itu, peniaga akan dikenakan cukai apabila melalui ICQS Rantau Panjang berbanding melalui laluan terus ke Thailand yang tidak dikenakan cukai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbincangan Isu Peniaga Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang di Pejabat Kastam Diraja Malaysia Rantau Panjang di sini, Selasa.

Lebih 40 peniaga kawasan bebas cukai itu hadir dalam perbincangan yang berlangsung lebih dua jam yang membincangkan masalahan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Abdullah Daud ketika dihubungi berkata penutupan laluan tersebut dilakukan hasil perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan mereka yang mengelak membayar cukai.

"Laluan tersebut sebelum ini dikhaskan kepada warga Thailand sahaja yang memasuki kawasan bebas cukai Rantau Panjang.

"Bagaimanapun kita kesan ada pihak yang menyalahgunakan laluan itu untuk menyeludup barangan malah manusia...jadi kita putuskan untuk menutup laluan tersebut," katanya.

Beliau berkata sebuah laluan khas untuk peniaga juga telah diwujudkan di ICQS Rantau Panjang bagi memudahkan peniaga keluar masuk.

"Tiada alasan untuk mereka mendesak pihak berkuasa membuka semula laluan tersebut kerana semua kemudahan telah disediakan. Kita nasihatkan mereka dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Sumber: Bernama | 17 Nov. 2015

Polis siap sedia hadapi banjir di Kuala Krai

KUALA KRAI: Pelbagai agensi keselamatan kini bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkinan banjir besar di jajahan Kuala Krai iaitu kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu tahun lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pasukan tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam akan ditugaskan di kawasan itu.

"Di peringkat kontinjen polis pula, satu platun PGA dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan ditugaskan mencegah jenayah (ketika banjir)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Taklimat Persiapan Banjir Kuala Krai yang disampaikan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, hari ini.

Mazlan berkata sebanyak 20 bot agensi kerajaan berkaitan akan ditempatkan di kawasan itu semasa musim tengkujuh nanti.

"Kami juga akan mendapatkan bantuan penduduk kampung yang mempunyai bot sendiri bagi membantu operasi menyelamat ketika banjir berlaku," katanya.

Sumber: Bernama | 17 Nov. 2015

Pelabuhan Kuantan bakal jadi pelabuhan dalam bertaraf dunia

KUANTAN: Kerajaan Pahang menyasar untuk menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai pelabuhan dalam bertaraf dunia dalam tempoh selewat-lewatnya dua tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Abd Razak berkata kerja menaik taraf kemudahan asas dan pembesaran kini giat dilakukan bagi tujuan tersebut melibatkan usaha sama antara pihak swasta dan kerajaan dengan kos RM6 bilion.

"Pelabuhan Kuantan merupakan antara pelabuhan yang strategik kerana kedudukannya di Laut China Selatan dan terletak antara laluan penting di Rantau ASEAN.

"Pihak Kuantan Port Konsortium telah berusaha menjadikan pelabuhan ini sebagai hab logistik utama sebelah Pantai Timur dan pelabuhan bertaraf dunia pada masa akan datang dengan kerja pembesaran dan menaik taraf kemudahan yang kini sedang giat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini semasa menjawab soalan Datuk Lau Lee (BN-Damak) tentang perkembangan terkini Pelabuhan Kuantan.

Menurutnya kini, terdapat sebanyak 22 buah dermaga di Pelabuhan Kuantan yang berkemampuan untuk mengendalikan kapal dengan benaman 11.2 meter dan ia mencukupi bagi mengendalikan kapal kargo komersial sedia ada.

Beliau berkata, fasa pembesaran dan menaik taraf Pelabuhan Kuantan pula melibatkan kerja pembinaan pemecah ombak, pengerukan kapital, penambakan tanah serta pembinaan dermaga baharu yang dimulakan pada 2013.

"Pembinaan pemecah ombak sepanjang 4.7 kilometer pula telah dimulakan pada April 2013 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2017.

"Untuk kerja penambakan tanah bagi pembinaan dermaga terminal laut dalam baharu dengan kapasiti 200,000 dead weight tonnage serta alur pelayaran sedalam 16 meter pula telah dimulakan pada awal tahun ini dan akan siap pada pertengahan tahun 2018," katanya.

Berhubung masalah bauksit di Pelabuhan Kuantan, Mohd Soffi berkata pihak pelabuhan telah mengambil empat langkah bagi mengatasi masalah tersebut iaitu dengan membina struktur penghalang aliran air di kawasan penyimpanan stok bauksit untuk mengelakkan ia memasuki sungai dan Pantai Pengorak.

Katanya, satu langkah sistem cucian bersepadu juga dijalankan untuk membersihkan jalan raya daripada debu bauksit selain membina laluan sehala untuk lori bauksit yang memasuki kawasan pelabuhan bagi memastikan kotoran pada tayar kenderaan itu dibersihkan.

"Pihak pelabuhan juga turut membina struktur 'windbreakers' setinggi sembilan meter untuk menghalang debu-debu dari kawasan penyimpanan stok terbang ke premis berhampiran kawasan pelabuhan," katanya.

Sumber: Bernama | 17 Nov. 2015

Isnin, 16 November 2015

20,000 volunteers needed for 2017 SEA Games

Leading by example: Khairy joining other cyclists to complete the 30km cycling event at the Selangor-level Fit Malaysia campaign in Petaling Jaya.
PETALING JAYA: If you are a sports enthusiast and want to get close to athletes, here’s your chance.

The Youth and Sports Ministry wants 20,000 Malaysians to serve as volunteers for the 2017 SEA Games.

Minister Khairy Jamaluddin said volunteers, regardless of age, could contribute to make the event a successful and memorable one. So far, more than 1,000 people had signed up, he said. 

“This was just an hour after the programme was launched (on Saturday),” he told reporters at the Selangor-level Fit Malaysia campaign here yesterday.

Khairy said the ministry expected about 100,000 to register, but added that only 20,000 would be accepted.

“We want those who are really committed and can carry out their tasks effectively,” he said.

Those interested can sign up at www.seagames2017.com.my.

Malaysia will host the SEA Games for the sixth time.

On the Fit Malaysia campaign, Khairy said he noticed that awareness on healthy living had increased among the people.

“There are some changes in terms of attitude and behaviour but we still have a long way to go,” he added.

He pointed out that with the campaign and other events in place, Ma­laysia could achieve its goal of becoming a sporting nation instead of just a sports-loving nation.

Fit Malaysia, mooted by Khairy, is a campaign aimed at inspiring Ma­laysians to stay fit and improve the overall physical, social and psychological well-being of the people through sports and fitness activities.

Source: The Star | Nation | 16 Nov. 2015

Ahad, 15 November 2015

RMK11: Industri kenaf bakal peroleh pendapatan lebih baik dengan peruntukan RM110 juta

KOTA BHARU: Para petani yang terlibat dalam penanaman kenaf dijangka memperoleh pendapatan yang lebih baik berikutan usaha kerajaan untuk memajukan lagi industri tanaman itu.

Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Samsudin Noor berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM110 juta kepada agensi itu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), berbanding RM105 juta dalam RMK-10.

Beliau berkata pihaknya yakin peserta yang mengusahakan tanaman itu di kawasan seluas 10 hektar mampu menjana pendapatan sehingga RM4,000 sebulan dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding RM2,000 sekarang.

"Tanaman kenaf akan diusahakan setanding dengan komoditi lain terutama getah dan kelapa sawit yang kini telah berada di pasaran global.

"Ia akan dibangunkan sebagai tempat pergantungan kepada penduduk kampung mendapat pendapatan daripada produk hiliran," katanya ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi LKTN di sini, hari ini.

Samsudin berkata sehingga kini 2,200 hektar kenaf telah ditanam di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 2010 membabitkan lebih 1,000 petani.

Majlis itu diadakan bagi meraikan bekas Pengerusi LKTN Datuk Jazlan Yaakub yang dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula 29 Julai lepas.

Hadir sama Pengerusi LKTN Datuk Mohd Adhan Kechik yang dilantik mulai 1 Sept lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Zawawi Othman dan anggota Lembaga Pengarah LKTN Zulkifli Ali.

Sumber: Bernama | 15 Nov. 2015

PKMM saran Kerajaan Persekutuan, negeri perbanyak projek kecil dan sederhana

KOTA BHARU: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyarankan kerajaan Persekutuan dan negeri supaya menyediakan lebih banyak projek berskala kecil dan sederhana bagi membantu kontraktor bumiputera.

Presidennya Datuk Mokhtar Samad berkata ia bagi membolehkan kontraktor daripada kalangan itu bersaing dalam industri berasaskan pembinaan di negara ini.

"Golongan kontraktor kelas kecil dan sederhana ini mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri untuk melaksanakan projek yang diberikan sekiranya Kerajaan Persekutuan memperbanyakkan projek sedemikian kepada mereka.

"Dalam masa yang sama, kontraktor perlu menambah pengetahuan dalam pelbagai perkara terutama perkembangan terkini teknologi pembinaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Kontraktor Kelantan di Dewan Utama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kelantan Datuk Ahmad Rosdi A Aziz.

Sementara itu, Ahmad Rosdi berkata kerajaan Kelantan juga tidak boleh lepas tangan dalam agenda pembangunan kontraktor bumiputera di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan serius dengan kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.

Sumber: Bernama | 15 Nov. 2015

Ripples across Kelantan

Royal colour: The Kelantan government enjoys warm working ties with the Palace under Sultan Muhammad V who is seen here being greeted by the Mentri Besar at his official birthday ceremony.
Angry words, slashed tyres and a death threat – these are some of the things that have resulted from the bitter rivalry between PAS and Amanah in Kelantan.

THERE was something vaguely unfamiliar about the Sultan of Kelantan when he arrived for his official birthday ceremony.

Initially, some of the state government leaders waiting in line to greet him thought it was because the normally clean-shaven Sultan Muhammad V was now sporting a neatly-groomed goatee.

It was only later that they realised that the 46-year-old sovereign had lost some weight and that had given his face a more angular and chiselled look. In fact, he looked quite handsome in his traditional sky-blue ceremonial robes.

Malaysia’s youngest Sultan has had a wonderful working relationship with the PAS government from the day he ascended to the throne. He knew that PAS was here to stay in Kelantan, the people had voted for the party since 1990 and, as the sovereign, he has to respect what the people wanted.

Moreover, the PAS government had been his Rock of Gibraltar, so to speak, during the Palace crisis five years ago.

Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob has enjoyed the Sultan’s confidence from the time that he was the deputy to Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

On the Sultan’s recent birthday, he conferred a Datukship of the first class on Deputy Mentri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah who is seen as the likely successor to Ahmad.

It was a significant indication of how the Sultan viewed the mutual support between the Palace and the PAS regime now and in the foreseeable future.

PAS’ warm ties with the Palace has contributed to the stability of the state government and also in the way Kelantanese view the party.



But are things about to get more complicated for PAS with Parti Amanah Negara (Amanah) in the fray?

The splinter party has declared war on PAS in Kelantan and a recent survey by the Ilham think-tank claimed that about 50% of PAS members in the state are leaning towards Amanah.

A few days ago, Amanah president Mohamed Sabu arrived in Kota Baru where he had breakfast at a warung before doing a walkabout in the busy market place.

That evening he told a ceramah in Pasir Mas that Amanah is ready to govern Kelantan. “I am not dreaming, we will see a rise in support,” he said.

The two parties have been on the warpath. Not a day passes without the popular Malay daily Sinar Harian reporting on some accusation or insult from one side against the other.

In journalism, there is a term called “dry day” when you have to scrape the bottom of the barrel for stories and suffice to say, there has not been a dry day for political reporters the last few years.

PAS has labelled Amanah the kuda DAP (DAP lackey). In retaliation, Amanah has accused PAS of being the tongkat or walking aid of Umno.

Both sides claim to be the one that truly represents the aspirations of Nik Aziz.

Amanah has claimed that it wants to save the legacy of Nik Aziz, the implication being that the late politician, unlike Datuk Seri Hadi Awang, had brought about a more inclusive PAS.

The rebuttal from the PAS side is that Amanah leaders are distorting the legacy of Nik Aziz who was 100% supportive of implementing hudud.

Shortly after Amanah’s formation, its Kelantan chairman Datuk Wan Rahim Wan Abdullah had declared that Amanah wants to see PAS remain in power in the state. He said his party would not contest against PAS in Kelantan. Many are puzzled why his party leaders are now singing a different tune.

A party insider said that Wan Rahim’s sweet words in the earlier stage were meant as an “invitation” to PAS leaders “to negotiate”.

It was a strategy to get PAS to the negotiating table – Amanah is willing to stay out of Kelantan if PAS is willing to give way to Amanah in states like Selangor and Johor.

But, said a PAS official, PAS is not interested in “negotiating with traitors”.

The fact that Amanah is now DAP’s staunchest ally does not help either because many PAS members have come to dislike DAP more than they dislike Umno.

Some have resorted to calling the splinter party “anjing DAP” (DAP dog) and “parasites”.

The sense of betrayal is so raw and personal that some have taken matters into their own hands.

The reaction to the so-called traitors have been so fierce in parts of Kelantan that Kuala Krai MP Dr Hatta Ramli who crossed over from PAS to Amanah has not dared to visit his constituency since quitting PAS.

Amanah deputy president Salahuddin Ayub’s SUV tyre was slashed although he attributed it to the “work of kids”.

Datuk Husam Musa, the PAS assemblyman from Kelantan who, of late, seems closer to Amanah than PAS, has been severely slammed in the Internet. His wife reportedly received an SMS death threat.

Husam has become some sort of gunting dalam lipatan (scissors in the folds or enemy from within). During the recent Kelantan assembly sitting, he stood up to expose financial mismanagement in the PAS government. His PAS colleagues said he did an even better job than the Umno opposition bench.

His colleagues were also unhappy when Husam tried to interrupt the Mentri Besar’s winding-up speech.

But they were even more unhappy when Husam claimed at a ceramah that Hadi had invited PKR’s Azmin Ali to join PAS so that they could form a “unity government” with Umno in Selangor.

It was quite typical of the outlandish stuff that one gets at political ceramah but PAS was not taking this one lying down. Hadi’s political secretary Dr Ahmad Samsuri Mokhtar immediately shot it down as fitnah or slander.

Husam was once seen as the brightest star in Kelantan and recently his good friend from PKR Saifuddin Nasution claimed that Husam would have been the deputy prime minister if Pakatan Rakyat had won in the general election.

But Husam could not even be appointed to the Kelantan executive council because the Palace has issues with him.

It has not been a good year for him. He was ousted in the PAS election in June. He was also out of action for several months after coming down with Bell’s Palsy which affects the facial muscles.

The Mentri Besar was concerned and tried to visit him but Husam’s ties with his party were so strained by then that he said he did not want visitors.

Amanah is still eager to recruit Husam who enjoys a good reputation outside of PAS but he has been his usual eccentric and enigmatic self.

“It is sad this has happened. They used to be our friends and they have contributed to the party. Now they attack our party, accuse us of many things. They said PAS has changed but they are the ones who have changed because we are an Islamist party, we have always believed in implementing hudud,” said Mohd Amar.

PAS leaders are sceptical about Amanah’s claim of having support from 50% of PAS members.

If Amanah really had that kind of support, their ceramah would be drawing better crowds and Bersih 4 would not have become a “Chinese Bersih”.

Moreover, Amanah is one of those top-heavy parties and does not have many credible people at the division level in Kelantan. There were complaints that one of the division leaders was once arrested for Syiah activities which is an absolute no-no for the Sunni Muslims in Malaysia.

However, Amanah can be the spoiler in marginal seats and cause seats to fall to Umno.

Almost every political party is having some sort of internal strife or power struggle. It is as though there is some crazy cosmic force going around, causing havoc. Or is it because there are too many crazy people in politics?

According to Mohd Amar, the fallout between PAS and Amanah is equivalent to the talak tiga, a final dissolution of a marriage in Islam. “We have reached a point of no return,” he said.

There has been so much bad blood between them in so short a time. The clash between the two parties is just starting, and it will get worse before it can get better.

Source: The Star | Analysis | By Joceline Tan | 15 Nov. 2015

Sabtu, 14 November 2015

Logo, maskot, dan tema rasmi Sukan SEA 2017 dilancar

KUALA LUMPUR: Logo rasmi, maskot serta tema temasya Sukan SEA ke-29 dilancarkan pada Sabtu malam dalam acara gemilang oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Tema yang dipilih untuk temasya Kuala Lumpur 2017 ialah 'Bangkit Bersama', seiring dengan cabaran yang perlu ditempuhi oleh negara-negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti pada masa kini dan akan datang. 

Sementara reka bentuk logo temasya, yang dipilih daripada 174 penyertaan pertandingan mencipta logo tahun ini, adalah berdasarkan kepada simbol Wau Bulan, layang-layang yang terkenal dimainkan oleh penduduk Pantai Timur

Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna-warni panji-panji semua negara Asia Tenggara, sekali gus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017. 

Bagi temasya berkenaan, maskot yang diberi nama 'Rimau' dipilih bersandarkan kepada kekuatan spesies harimau tempatan, Harimau Malaya. 

Pada majlis itu, pendaftaran sukarelawan, yang menjadi nadi utama kelancaran sesebuah temasya sukan, turut dilancarkan. 

Sasaran awal ialah mendapatkan sejumlah 20,000 sukarelawan untuk menjayakan temasya itu dengan pendaftaran menggunakan aplikasi di media sosial, platform yang melewati semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia dan geografik. 

Mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman sesawang rasmi temasya di www.seagames2017.com.my.

Sumber: mStar Online | 14 Nov. 2015

Kelantan buru enam pemain baharu termasuk pemain import bagi musim depan

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencari enam pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan musim depan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata buat masa kini TRW mempunyai 19 pemain yang akan didaftarkan pada bulan ini.

"Sejumlah 14 pemain musim ini dikekalkan dalam skuad baharu iaitu 12 pemain dalam kontrak dan dua pemain telah menyambung kontrak, manakala lima pemain Piala Presiden 2015 telah diberikan kontrak bagi memperkuatkan skuad TRW musim hadapan," katanya menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook miliknya.

Annuar berkata terdapat enam kekosongan lagi bagi mengisi senarai 25 pemain untuk didaftarkan bagi saingan musim hadapan iaitu tiga kekosongan pemain import dan tiga kekosongan pemain tempatan.

Beliau berkata bagi menghadapi saingan musim hadapan, pasukan Kelantan akan melakukan persiapan awal di bawah pengendali dan pengurusan baharu yang akan diketahui tidak lama lagi.

"Kami akan melakukan persiapan daripada sudut pembaharuan kaedah pengurusan, disiplin, corak latihan dan pembaharuan lain yang diperlukan bagi menampilkan TRW sebagai satu pasukan yang kuat pada saingan musim hadapan," katanya.

Pada saingan Liga Super musim ini, Kelantan menamatkan saingan di tangga kesembilan dan buat pertama sejak tujuh tahun lepas, pasukan itu gagal ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2015.

Sumber: Bernama | 14 Nov. 2015

Pusat Transformasi Bandar di Kota Bharu beroperasi Januari depan

BACHOK: Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kota Bharu bernilai RM46 juta dijangka beroperasi Januari depan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata UTC itu bakal menjadi pusat sehenti bagi orang ramai di negeri ini untuk mendapatkan perkhidmatan utama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Kira-kira 40 agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan menawarkan perkhidmatan masing-masing di UTC tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak Khidmat Masyarakat di Pantai Irama di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Mohd Irwan berkata sebuah pasar tani akan dibina berhampiran dengan UTC itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan mendapatkan barang mentah segar dengan harga berpatutan.

Sementara itu, Mohd Irwan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pengagihan Wang Ihsan Kelantan berkata sistem pengagihan peruntukan wang ihsan yang dibuat sama rata atau 50-50 antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan diteruskan di negeri itu pada tahun depan.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40 juta setahun sebagai wang ihsan kepada Kelantan.

Sumber: Bernama | 14 Nov. 2015

Kemalangan jalan raya negara ini serius, ke-20 tertinggi di dunia - Liow

BENTONG: Kadar kemalangan jalan raya di negara ini serius, apabila mencatatkan kadar kemalangan ke-20 tertinggi di dunia daripada 160 negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini, walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.

Penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut, katanya.

"Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JOM JPJ di tempat letak kereta Terminal Bas Bentong, di sini Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi MCA Pahang Senator Datuk Hoh Khai Mun, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Ismail Bakar dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad.

Sehubungan itu Liow mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.

"Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu.

"Mana-mana yang belum ada lesen, JPJ ada menyediakan pelbagai program bagi mereka mendapatkan lesen seperti porgram Mylesen untuk golongan muda," katanya.

Terdahulu Liow merasmikan aset baharu bagi menampung keperluan operasi JPJ di seluruh negara iaitu kenderaan SUV (sport utility vehicle) Honda CRV sebanyak 80 unit, kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger (71 unit), motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650 (20 unit) dan van Forf Transit (14 unit).

Sumber: Bernama | 14 Nov. 2015

JPJ turut agresif laksana rondaan di LPT2

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu turut menggandakan rondaan dan operasi di sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di laluan tersebut.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata rondaan bermula seawal pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam bermula dari Kuala Terengganu hingga ke Kemaman melibatkan tiga pegawai dan anggota dalam satu sesi.

Katanya laluan sepanjang 184 kilometer itu sememangnya berada dalam kawasan rondaan JPJ dan pihaknya telah menempatkan pasukan rondaan di beberapa kawasan secara berjadual setiap hari.

"Selain polis, kami turut agresif bersama agensi kerajaan lain menjalankan rondaan dan operasi di sepanjang LPT2 bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di laluan yang dikenal pasti berisiko.

"Rondaan ini sebenarnya bermula dari LPT1 tetapi tumpuan lebih diberikan kepada LPT2 terutamanya di kawasan yang sering berlaku kemalangan," jelasnya ketika dihubungi Bernama, di sini Sabtu.

Menurut Abdul Rahman, pihak JPJ memfokuskan rondaan pada waktu pertambahan aliran trafik atau waktu yang berisiko berlaku kemalangan yang lebih tinggi seperti pagi hingga petang.

Beliau berkata pihaknya turut memberi tumpuan kepada kenderaan-kenderaan berat seperti lori yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang menggunakan lebuhraya tersebut.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu lori jika dikesan membawa muatan lebih termasuklah berhenti berehat di lorong kecemasan dan sebagainya.

"Menerusi kajian yang dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) baru-baru ini, 85 peratus punca kemalangan di LPT2 adalah disebabkan kecuaian pengguna," katanya.

Justeru orang ramai yang menggunakan laluan tersebut perlu berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, katanya.

Sumber: Bernama | 14 Nov. 2015

Banjir lumpur: Lebuh Raya KL - Karak dibuka semula mulai 2 petang hari ini

BENTONG: Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang ditutup kepada trafik berikutan kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 pada petang Rabu lepas, dibuka semula secara berperingkat mulai pukul 2 petang Sabtu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengumumkan perkara itu berkata pembukaan peringkat pertama hari ini melibatkan laluan kontra satu lorong bagi kedua-dua hala dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

"Laluan kontra ini bermula di Km52.4 dan berakhir di Km50. Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka dibuka pada esok jam 2 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah membuka semula laluan lebuh raya tersebut dilakukan dua jam selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya laluan itu dibuka kembali untuk kepentingan pengguna jalan raya.

Baginda mengeluarkan titah itu selepas meninjau keadaan di kawasan kejadian banjir lumpur itu, di sini.

Fadillah berkata kelewatan untuk membuka lorong kedua-dua hala adalah kerana pihak konsensi lebuh raya dalam proses membaik pulih permukaan jalan akibat banjir lumpur itu.

Dalam masa yang sama pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda dan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, katanya.

"Pengguna juga diminta berhati-hati semasa melalui lokasi aliran kontra berkenaan dan pihak Anih Berhad serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian dari semasa ke semasa demi keselamatan pengguna," katanya.

Beliau berkata pengguna jalan raya juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berkenaan pembukaan laluan tersebut.

Kejadian tanah runtuh di Km52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu lepas menyebabkan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Dalam insiden itu tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Banjir lumpur itu turut menjejaskan 14 keluarga membabitkan 73 orang di kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang.

Sumber: Bernama | 14 Nov. 2015