Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 31 Disember 2015

Kompleks Kota Raya: Tipu pelanggan bisu dan pekak, jurujual didenda RM6,000

KUALA LUMPUR: Akibat menipu pelanggan yang bisu dan pekak dalam urusan jualan telefon bimbit, seorang jurujual didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Wai Chung, 21, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

Liew, yang kini telah berhenti kerja, didakwa menipu Shamsol Esham Hashim, 41, pekerja hotel, dalam urusan jualan telefon bimbit buatan syarikat Korea sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM400 kepadanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kedai Team Spirit Enterprise, Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada 3 petang 10 Dis lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa tiba di Kompleks Kota Raya, tertuduh telah menawarkannya telefon bimbit itu dengan harga RM399 menyebabkan mangsa bersetuju dengan tawaran itu dan memberikan wang tunai RM400 kepada tertuduh.

Selepas menandatangani resit pembelian, tertuduh meminta mangsa membuat tambahan pembayaran sebanyak RM450 lagi menyebabkan mangsa tidak berminat meneruskan pembelian kerana merasakan dirinya ditipu sebelum tertuduh menghalaunya tanpa memulangkan wang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kerugian mangsa.

Peguam Norman Mohd Nasir yang mewakili Liew memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya masih muda, tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan insaf dengan perbuatannya.

Sumber: Bernama | 31 Dis. 2015

Isnin, 28 Disember 2015

Cristiano Ronaldo mahu akhiri karier di Real Madrid

EJEN Cristiano Ronaldo menutup segala kisah pemindahan bintang Real Madrid itu pada masa akan datang dengan memberitahu pemain tersebut mahu mengakhiri karier di Santiago Bernabeu.

Khabar angin sebelum ini mendakwa Ronaldo akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim depan selain akan pulang ke bekas kelabnya, Manchetser United.

Bagaimanapun ejennya, Jorge Mendes menutup segalan dakwaan dengan mengakui pemenang anugerah Ballon d'Or tiga kali itu akan berada di Real sehingga penghujung karier.

Mendes berkata demikian selepas menerima anugerah ejen bola sepak terbaik dunia di Dubai.

"Dia pemain terbaik sepanjang masa dan saya yakin dia akan terus bermain untuk Real dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lagi.

"Dia gembira bersama Los Blancos. Dia akan hanya menggantung but pada usia 40 tahun," jelasnya.

Sumber: mStar Online | 28 Dis. 2015

Ahad, 27 Disember 2015

Jabatan Pendidikan Kelantan sedia bantu urus pertukaran Norieen, Miksudiar

Gambar fail Mirsudiar Aluj, 11, (kiri) dan Norieen Yaakob, 10, (kanan) kanak-kanak yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah selepas diselamatkan di Pusat operasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi. 
KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bersedia membantu menguruskan penempatan asrama dan sekolah baharu untuk dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui selamat selepas berpuluh hari hilang di hutan Ogos lepas.

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kelantan Abdul Hamid Dollah berkata ibu bapa kepada Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, hanya perlu hadir ke sekolah bagi melakukan urusan pertukaran itu.

"Mereka hanya perlu hadir ke SK Tohoi untuk mengisi borang dan kelulusan pertukaran akan diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang," katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan dan minum petang sempena Karnival Sekolah Bank Simpanan Nasional (BSN) yang turut dihadiri Pengarah Perniagaan BSN Kelantan Komarudin Mustafa di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai hasrat Norieen dan Miksudiar yang tidak lagi berminat meneruskan persekolahan di SK Tohoi kerana masih trauma dengan kejadian menimpa mereka dahulu.

Pada Ogos lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina David, 7, dengan kesemua mereka dari Kampung Gawin dan Kampung Penad. 

Selepas hampir 50 hari hilang di dalam hutan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati, manakala Sasa masih belum dijumpai.

Miksudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sebuah sungai di belantara Tohoi.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, jabatan itu bersedia memberikan apa jua bantuan yang diperlukan untuk urusan pertukaran itu.

"Kalau mereka ingin pindah (sekolah) pun kita akan cuba tempatkan di sekolah yang ada asrama supaya mereka dapat hadir dan dapat mengikuti program di sekolah," katanya.

Sumber: Bernama | 27 Dis. 2015

Kerajaan Kelantan perlu tambah pengurus jenazah - Ahmad Jazlan

MACHANG: Kerajaan Kelantan digesa supaya menambah jumlah pengurus jenazah yang berkelayakan bagi mempercepatkan pengurusan mayat orang Islam.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kekurangan pengurus jenazah menyebabkan urusan pengebumian menjadi lambat.

"Ini kerana ada sesetengah kampung tidak mempunyai orang yang berkebolehan untuk menguruskan jenazah hingga terpaksa jemput pengurus jenazah dari kampung lain.

"Malah, ia semakin membimbangkan kerana generasi muda pada masa kini tidak berminat untuk mempelajari fardu kifayah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengurusan jenazah di Masjid Al-Raudah, Banggol Judah di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan beliau menyampaikan sijil kepada 106 peserta yang mengikuti kursus selama sehari anjuran Pejabat Agama Jajahan Machang.

Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata setiap kampung perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengurus jenazah lelaki atau perempuan.

Sumber: Bernama | 26 Dis. 2016

Penduduk sambut baik pembinaan jambatan baharu Machang - Tanah Merah

MACHANG: Penduduk Kampung Joh dan kawasan sekitar menyambut baik rancangan Kerajaan Persekutuan membina jambatan baharu menyeberangi Sungai Kelantan dari Kampung Pulai Raya, Machang ke Kampung Belimbing, Tanah Merah.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampong Joh Zakaria Omar, 58, berkata ia berikutan jambatan sedia ada di Kusial, Tanah Merah sentiasa sesak terutama pada musim cuti perayaan.

"Pembinaan jambatan itu nanti diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk meningkatkan taraf ekonomi mereka dalam bidang pertanian kerana jarak yang lebih dekat untuk ke bandar Tanah Merah," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Semalam, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan akan membina sebuah jambatan baharu bernilai RM60 juta merentangi Sungai Kelantan yang akan menghubungkan Machang dan Tanah Merah.

Zakaria berkata apabila jambatan itu siap ia dapat merancakkan lagi proses pembangunan di kawasan itu dan secara tidak langsung memberi impak ekonomi kepada penduduk yang sebahagian besar bergantung kepada hasil pertanian.

Sementara itu, seorang penduduk Yap Kim Chuan, 67, berkata jambatan itu memendekkan jarak perjalanan iaitu daripada 30 kilometer kepada 10 kilometer untuk penduduk kawasan itu ke Tanah Merah.

Bekas tentera Mohamed Yaacob, 67, berkata beliau sangat berterima kasih terhadap Kerajaan Persekutuan yang sangat prihatin dengan nasib rakyat di kawasan berkenaan.

"Kami tidak menyangka memperolehi jambatan baharu. Pembinaannya bukan mudah kerana memerlukan perbelanjaan yang besar dan sukar memandangkan lebar sungai berkenaan melebihi 500 meter," katanya.

Sumber: Bernama | 25 Dis. 2015

RMK11: Lebih RM330 juta bangun prasarana luar bandar di Kelantan

MACHANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukan lebih RM330 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan prasarana luar bandar di Kelantan.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata setakat ini, tujuh projek prasarana akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bermula tahun depan.

"Antara projek terbesar ialah membina jambatan kedua merentangi Sungai Kelantan dari Kampung Pulai Raya, Machang ke Kampung Belimbing, Tanah Merah dengan kos RM60 juta.

"Kerja reka bentuk termasuk pengambilan tanah bagi pembinaan jambatan itu akan bermula Januari tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018 atau awal 2019," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Pak Gombak, Joh di sini Khamis.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 200 kotak makanan dan 200 beg sekolah bernilai RM25,000 kepada penduduk miskin di kampung itu hasil sumbangan Syarikat Muafakat Armada Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan yang juga Anggota Parlimen Machang berkata pembinaan jambatan itu akan memendekkan perjalanan Tanah Merah-Machang-Gua Musang dan dapat mengurangkan kesesakan terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.

"Ramai perantau sebelum ini terpaksa mengambil masa lebih 10 jam berbanding perjalanan biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing terutama pada Hari Raya Aidilfitri apabila kenderaan mereka terkandas di Jambatan Tanah Merah," katanya.

Selain itu, beliau berkata kementeriannya juga meluluskan peruntukan masing-masing berjumlah RM10 juta untuk membina kemudahan awam termasuk madrasah, pemulihan jalan kampung dan bekalan elektrik bagi kemudahan penduduk luar bandar bermula tahun depan.

"Menerusi pelbagai projek yang kita akan laksanakan ini, diharap tiada lagi tuduhan tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab yang sering membuat tohmahan kerajaan Persekutuan menganaktirikan Kelantan," katanya.

Sumber: Bernama | 24 Dis. 2015

Kerajaan Kelantan ketepi levi hiburan lebih RM500,000 terhadap KAFA

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengetepikan levi hiburan sebanyak RM517,974.10 yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 2014 dan 2015.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata ia antara usaha kerajaan negeri untuk pembangunan sukan terutama bola sepak di negeri ini.

"Kita amat maklum dengan kekangan kewangan yang ditanggung KAFA ketika ini dan kita cuba cari alternatif lain (untuk bantu KAFA).

"Cuma daripada sudut kita nak beri duit tunai, buat masa ini kita masih lagi belum buat keputusan muktamad," katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini Rabu.

KAFA sebelum ini dilaporkan bergelut dengan kekangan kewangan sehingga menyebabkan persatuan itu gagal membayar gaji kakitangan pengurusan serta pemainnya.

Abdul Fattah berkata surat rasmi berhubung keputusan mengetepikan levi hiburan itu akan dihantar kepada KAFA minggu hadapan.

Sumber: Bernama | 23 Dis. 2015

Bekalan air terawat dari Terengganu beri nafas baharu pembangunan Tok Bali

PASIR PUTEH: Penyaluran bekalan air terawat dari Terengganu ke kawasan Semerak akan membantu mengembangkan pembangunan Bandar Perikanan Tok Bali di sini.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata masalah bekalan air yang berlarutan lebih 20 tahun itu dilihat membantutkan proses pembangunan bandar perikanan itu.

"Ketidakcukupan bekalan air menakutkan pelabur untuk melabur di Tok Bali walaupun ia berpotensi untuk membangun kerana air menjadi pengukur aras sesuatu pelaburan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menandatangani perjanjian pembelian air terawat secara pukal daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan Semerak dan Bukit Yong di sini.

Menerusi perjanjian itu, Satu akan membekalkan bekalan air terawat sebanyak 150,000 meter padu sebulan untuk kegunaan 1,200 akaun pengguna AKSB.

Zawawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak berharap bekalan air terawat dari Terengganu itu akan dapat melancarkan bekalan air ke kawasan Penempatan Semula Nelayan Tok Bali di sini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Semerak, Datuk Mohd Jelani Jaafar berkata langkah AKSB itu akan dapat menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi lebih 1,000 nelayan di kawasan ini.

Beliau berkata sebelum ini, tekanan air yang rendah menyebabkan nelayan terutama pengusaha bot laut dalam sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan mereka di laut.

Sumber: Bernama | 22 Dis. 2015

Selasa, 22 Disember 2015

National Fatwa Council declares vaping ‘haram’

SEPANG: The National Fatwa Council has declared the use of electronic cigarettes as “haram” for Muslims.

Council chairman Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin said that based on scientific studies and findings the council had found that the vaping trend would not bring benefit to users.

The council finds that consuming something that is harmful, whether direct or indirectly, purposely or not, could lead to harm or death; so this will not be allowed,” he told a press conference on Monday night.

Abdul Shukor, who chaired the meeting, noted that vaping could be considered as something that was distasteful (khabiith) in Islam and could be harmful to the users.
 
Source: The Star Online | Nation | 21 Dec 2015

Isnin, 21 Disember 2015

PBBM gantung Sazali 4 tahun

Dari kiri; Timbalan Presiden Mej. Jen. (B) Datuk Dr. Ahmad Badrus Othman, Presiden Datuk Wira Dr Gan Boon Leong dan Naib Presiden Lt. Jen.(B) Datuk Wira Masood Zainal Abidin pada sidang media selepas mesyuarat Exco Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), di Kompleks Sukan Desa Tasek Sungai Besi. PBBM mengumumkan jaguh bina badan negara,Sazali Samad (gambar kecil) digantung 4 tahun selepas sampel ujian air kencingnya mengandungi bahan terlarang kelas S1 seperti yang termaktub dalam WADA Prohibited List January 2016.  Foto: Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Atlet bina badan negara, Sazali Samad digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mulai 22 September 2015 (tarikh keputusan ujian) selepas didapati gagal dalam ujian doping pada 1 September lalu. 

Hasil daripada ujian doping itu terhadap Sazali mendapati mengandungi bahan terlarang Kelas S1 seperti termaktub dalam WADA Prohibited List January 2016. 

Ujian itu turut dijalankan kepada semua atlet negara yang bertanding di Kejohanan 49th Asian Bodybuilding & Physique Sports Championships di Tashkent, Uzbekistan.

Sumber: Berita Harian Online | 21 Dis. 2015

Bekalan makanan di Kelantan mencukupi untuk musim tengkujuh

KOTA BHARU: FAMA Kelantan memberi jaminan bekalan makanan berasaskan pertanian mencukupi bagi menampung keperluan penduduk negeri itu pada musim tengkujuh ini.

Pengarah FAMA Wilayah Timur 1 Ariffin Awang berkata beberapa langkah akan diambil jika berlaku kekurangan bekalan kerana musim tengkujuh ini dijangka berlarutan hingga Mac depan.

Katanya harga barangan yang dijual di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini lebih stabil dari tahun lepas kerana bekalan yang mencukupi hasil persediaan awal FAMA.

Sumber: Bernama | 21 Dis. 2015

Kebakaran: Kerajaan Pusat peruntuk RM90,000 bantu peniaga Pasar Pekan Selising

PASIR PUTEH: Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan segera berjumlah RM90,000 untuk membantu 45 peniaga yang hilang punca pendapatan selepas pasar di pekan Selising di sini, musnah dalam kebakaran Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata setiap peniaga terbabit mendapat RM2,000, dengan RM1,000 dibayar hari ini, manakala bakinya bulan depan.

"Sumbangan itu diberi kepada semua peniaga tanpa mengira fahaman politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepada peniaga terbabit di sini, Isnin.

Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali.

Dalam kejadian 7 malam itu, peniaga terbabit hilang mata pencarian apabila barangan jualan mereka seperti barangan runcit, sayur-sayuran dan ikan tidak sempat diselamatkan.

Zawawi yang juga ADUN Semerak berkata sumbangan itu sebagai modal pusingan untuk mereka meneruskan perniagaan, selain membeli kelengkapan persekolahan anak-anak.

Beliau berkata kerajaan persekutuan akan membina semula bangunan pasar berkenaan untuk kemudahan peniaga dan masyarakat di kawasan tersebut.

Sementara itu, seorang peniaga Mat Fadil Yasok, 43, berkata beliau mengalami kerugian lebih RM10,000 apabila kesemua barang jualannya termasuk 50 kampit beras tidak sempat diselamatkan.

Beliau yang menjalankan perniagaan di pasar itu lebih 30 tahun berkata, ketika kejadian beliau berada di rumah terletak kira-kira 100 meter dari pasar itu, namun gagal menyelamatkan barangan.

"Sebaik diberitahu oleh jiran, saya terus ke situ tetapi api sedang marak tanpa dapat berbuat apa-apa," katanya.

Ketua Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan ketika dihubungi berkata jumlah kerugian dalam kejadian itu dianggarkan lebih RM1.2 juta manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama | 21 Dis. 2015

AKSB & SATU, tandatangani perjanjian beli air terawat

PASIR PUTEH: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini menandatangani perjanjian pembelian air terawat secara pukal daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan Semerak dan Bukit Yong di sini.

Menerusi perjanjian itu, SATU akan membekalkan bekalan air terawat sebanyak 150,000 meter padu sebulan untuk kegunaan 1,200 akaun pengguna AKSB.

Pengarah Eksekutif AKSB Sanusi Othman menandatangani perjanjian bagi pihak syarikatnya manakala SATU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Ir Atemin Sulong.

Majlis tersebut disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Ahmad berkata AKSB membeli air terawat itu bagi mengatasi masalah tekanan bekalan air yang rendah di kawasan Semerak termasuk pelabuhan Tok Bali dan Bukit Yong yang telah lama berlarutan.

"Pembelian air terawat ini adalah bersifat jangka pendek sahaja sementara menunggu siapnya projek menaik taraf Loji Rawatan Air Merbau Chondong di Machang Fasa 2 yang dijangka siap penghujung 2016," katanya.

Ahmad berkata Kelantan bersedia untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan Terengganu khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pelancongan untuk faedah rakyat.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata SATU menggunakan bekalan air dari Loji Bukit Bunga, Besut untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berkata sebagai negeri berjiran, Terengganu sentiasa bersedia untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi rakyat Kelantan termasuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir akhir tahun lepas.

Katanya kerajaan Terengganu juga bersedia untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Kelantan dalam bidang lain seperti pendidikan dan ekonomi untuk faedah rakyat.

Sumber: Bernama | 21 Dis. 2015

Gagal ujian doping: Sazali digantung empat tahun

Sazali Samad.
KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping.

Sazali, 48, disahkan positif menggunakan steroid.

Beliau gagal dalam ujian rawak yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lalu.

Sazali sepatutnya bertanding pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-49 di Taskent, Uzbekistan bermula 29 September hingga 5 Oktober lalu.

Beliau berhadapan dengan penggantungan selama empat tahun bermula 22 September di mana tarikh keputusan ujian diketahui.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014).

Beliau yang digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Sumber: mStar Online | 21 Dis. 2015

Ahad, 20 Disember 2015

Terengganu bersetuju meterai perjanjian air dengan Kelantan

KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu bersetuju mengadakan perjanjian kerjasama dengan Kerajaan Kelantan dalam bidang perbekalan air bersih bagi kawasan Tok Bali dan Pasir Puteh.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata persetujuan itu dicapai berikutan hasil pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Kita bersetuju memeteraikan perjanjian itu esok di Tok Bali.

"Kedua-dua Menteri Besar Terengganu dan Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) akan menyaksikan (upacara menandatangani) perjanjian antara Syarikat Air Terengganu Berhad (SATU) dengan Syarikat Air Kelantan itu esok," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari Ahad.

Ahmad Razif berkata Kerajaan Terengganu tidak ada masalah mengenai perkara perjanjian bekalan air itu.

Sumber: Bernama | 20 Dis. 2015

Rokok elektronik: Kerajaan negeri ambil keputusan tepat

KOTA BHARU: Keputusan kerajaan negeri mengekalkan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik adalah tindakan yang betul, bijak dan tepat.

Ketua Penerangan Pertubuhan Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok), Mohd Syamsul Mohd Yusoff (gambar) berkata, keputusan itu sepatutnya telah lama dibuat bagi memastikan rakyat tidak terjebak dengan budaya songsang.

“Penggunaan vape ini perlu dicegah kerana bukan sahaja golongan perokok tegar beralih kepada rokok elektronik, malah golongan wanita termasuk yang bertudung juga terjebak.

“Dari sudut kesihatan pula, tindakan ini boleh mengelakkan daripada tersebarnya dadah berbentuk cecair yang boleh memudaratkan tahap kesihatan kita.

“Saya amat mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri dan berharap agar negeri lain turut mengambil langkah sama untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Mohd Syamsul berkata, bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih sihat, apa sahaja gejala boleh membawa kepada kemudaratan harus diambil langkah sewajarnya.

“Sekiranya sesuatu perubahan itu ke arah yang lebih memudaratkan, ia bukanlah alternatif yang terbaik. Kerajaan perlu mengambil langkah wajar yang menepati hukum syarak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 20 Dis. 2015

Sabtu, 19 Disember 2015

DBKL: No ban on vape, we never okayed it in the first place

KUALA LUMPUR: With Johor and Kelantan deciding to ban vaping and Terengganu considering it, Kuala Lumpur City Hall (DBKL) is next to support the move.

DBKL Licensing and Petty Traders Management Department director Ibrahim Yusof said the body would continue with its policy of not issuing vape licences.

It is not a ban for Kuala Lumpur. We never issued any licences for vape businesses in the first place, and we will not do so,’’ he said when contacted.

Ibrahim said operators selling vape liquid and items here applied to sell electronic items when applying for a business licence.

He said at least one outlet had been identified and the operator would be told to clear the shop of all vape items within 14 days.

On what action DBKL would take against operators selling vape liquids and gadgets here, he said this would be discussed with mayor Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz and the top management.

Johor officially became the first state in the country to ban vaping effective Jan 1. The Kelantan government issued a similar ban while Terengganu is considering to follow suit.

Meanwhile, an NGO vowed to go all out to fight against the vaping ban in Johor and Kelantan by filing court injunctions.

Small and Medium Business Enterprise Alliance (Ikhlas) president Mohd Ridzuan Abdullah said this was because the livelihood of the traders would be affected.

“They have been in this business for three to four years. Suddenly, you ask them to shut it down. Johor Sultan (Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar) gave them till end of this month to close their shops.

“Why all of a sudden, (and) three days ago, you (the authorities) confiscated their things. Why can’t you wait?” he asked.

Malaysian Organisation of Vape Entities (MOVE) president Samsul Kamal Arriffin said it would not be part of the action by Ikhlas.

“We worked closely with the government to get it (vaping business) regulated and we have achieved that objective,” he said.

Source: The Star Online | Nation | 19 Dec 2015

Khamis, 17 Disember 2015

"Tunggu minggu depan" - Sazali Samad

Sazali Samad
KUALA LUMPUR: 'Mr Universe' Sazali Samad akan menjelaskan perkara berhubung dakwaan positif doping yang dikaitkan dengan dirinya pada minggu depan.

Sazali pada Rabu dilihat menghadiri prosiding pendengaran doping dengan Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, di sini Rabu.

Ketika dihubungi beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang komen lanjut dengan perkara tersebut buat masa ini. "Maaf, saya tiada nak komen apa-apa, tunggu minggu depan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang atlet bina badan dikatakan gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas sebelum kontinjen negara berangkat ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia ke-49 bermula 29 September hingga 5 Oktober.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014).

Beliau yang digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Sementara itu Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir enggan mengesahkan atlet yang positif doping itu adalah Sazali.

Kamaruzaman berkata presiden badan induk sukan itu sendiri akan mengumumkan nama atlet terbabit minggu depan.

Katanya atlet berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun yang ditetapkan oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA).

"Apabila ada kesalahan akan dikenakan hukuman sewajarnya. Atlet itu juga tidak mahu membuat ujian sample B. Kami memberi beliau (atlet) peluang untuk bercakap dan menjelaskan perkara itu pada minggu depan," katanya kepada pemberita.

Kamaruzaman berkata seseorang atlet sepatutnya tidak mengambil jalan mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa dalam tempoh yang singkat kerana masih ada banyak kaedah lain. 

Sumber: Bernama | 16 Dis. 2015

Mövenpick to manage 5-star landmark hotel in Kota Bharu

KUALA LUMPUR: Mövenpick Hotels & Resorts is to manage an iconic new 30-storey hotel of Islamic design with eco-friendly credentials in Kota Bharu, the state capital of Kelantan in the East Coast of Malaysia.

The five-star landmark Mövenpick Hotel Kota Bharu is Islamic in architectural design and décor symbolising Islam that is progressive, competitive and forward looking. Positioned as a world-class venue for international gatherings and events targeting high-yield travellers, the hotel is set to bring a new wave of development in the state.

Mövenpick Hotels & Resorts President & CEO, Jean Gabriel Pérès, signed the management agreement at a formal ceremony today with Ms. Masila Datuk Mohamed Ariff, CEO of Usahasama Seri Cemerlang Sdn Bhd, the land owner and developer of the project. Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, graced the event and witnessed the signing of the agreement in support of the partnership.

The approximately 1.177 acres site is strategically and prestigiously located at Jalan Telipot at the heart of the city and fronting the Sultan of Kelantan’s current residence and palace. Furthermore, with the development with the development of the East Coast Expressway (LPT), constructed under the East Coast Economic Region (ECER) development project, it would improve connectivity of the site to commercial hubs within and outside Kelantan.

As for international travellers, the Sultan Ismail Petra Kota Bharu Airport, set to gain an international status and recognition. This is an important factor that is set to boost tourism from China, Taiwan, Brunei, Indo China, Japan, Korea, Australia, Singapore and the Middle East.

According to the master plan, the hotel will offer a total of 452 rooms, 114 Deluxe Rooms, 139 Junior Suites as well as 16 Royal Suites, three Empress Suites and one 815sqm Emperor Suite taking the top three floors of the completed hotel.

With a helipad on the roof, the luxury hotel will also feature a giant banquet hall seating up to a thousand guests, restaurant and café, stylish boutiques and retail outlets, His & Hers Pool, Spa & Gym, Club Lounge, Business Centre, and three floors of underground car parking. In addition, the certified ‘Green Building’ will feature the latest environmentally-friendly technology to save energy and reduce wastage, in line with the principles of Islam.

Scheduled to open in 2018, this latest announcement from Mövenpick Hotels & Resorts sees the continuation of an ambitious expansion plan for the upscale Swiss hotel group in South-East Asia.

“As the first genuinely 5-star hotel in Kota Bharu, Mövenpick Hotel Kota Bharu is destined to be the hospitality flagship for boosting tourism to Kelantan, promoting the economy, and developing local talent for Malaysia’s thriving hospitality industry” said Jean Gabriel Pérès, Mövenpick Hotels & Resorts President & CEO.

Among seven hotels and resorts the group is opening over the next three years are two others in .gaya – Mövenpick Hotel Convention Centre Kuala Lumpur and Mövenpick Resort & Spa Kuala Terengganu. As well as Malaysia, Mövenpick Hotels & Resorts is also expanding in Indonesia, Thailand, Vietnam, India, the Philippines and Singapore.

Source: Gaya Travel | www.gayatravel.com.my | 9 Dec 2015 

Hotel Movenpick Kota Bharu: Hotel mewah seni bina Islam


Jean Gabriel (kiri) bersama Tengku Fatihah (kanan) dan Masila melihat replika Hotel Movenpick Kota Bharu pada majlis menandatangani perjanjian.
KUALA LUMPUR: Usahasama Seri Cemerlang Sdn Bhd (USCSB) memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM350 juta bagi membangunkan hotel bertaraf lima bintang Hotel Movenpick Kota Bharu yang berkonsepkan Islam dan mesra alam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masila M Ariff berkata, pembinaan Hotel Movenpick itu bermula pada separuh pertama 2016 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018.

Beliau berkata, hotel itu direka dengan mengambilkira prinsip seni bina Islam dan bakal menjadi mercu tanda di Pantai Timur serta dijangka menjadi tumpuan sebagai lokasi acara bertaraf dunia.

“Pelan pembangunan hotel ini mengambil masa enam bulan dan kami cuba mempercepatkan proses pembinaan bagi menyiapkan keseluruhan 30 tingkat seperti dirancang.

“Syarikat memberi tumpuan terhadap projek ini dan pada masa sama mengintai peluang meneroka tanah berpotensi dibangunkan,” katanya pada sidang media di majlis menandatangani perjanjian antara USCSB dan Movenpick Hotels & Resorts di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Movenpick Hotels & Resorts, Jean Gabriel Peres dan Pengerusi USCSB, Tengku Datin Fatihah Sultan Ibrahim. Perjanjian itu bagi melantik Movenpick Hotels & Resorts yang berpangkalan di Switzerland sebagai operator dan pengurus Movenpick Hotel Kota Bharu.

Masila berkata, hotel dibina di atas tanah berkeluasan 0.71 hektar di Jalan Telipot, Bandar Kota Bharu itu dianggap lokasi sangat strategik dan berprestij lebih-lebih lagi kedudukannya berhadapan tempat kediaman serta istana Sultan Kelantan.

Menurutnya, hotel itu dibina dengan 452 bilik terdiri daripada 114 bilik Deluxe, 139 Junior Suites, tiga Empress Suites dan satu Emperor Suite bersaiz 815 meter persegi yang dibina di tiga tingkat teratas hotel berkenaan.

Antara kemudahan lain ditawarkan ialah ‘helipad’ di atas bumbung hotel, dewan bankuet yang boleh mengisi sehingga 1,000 tetamu, restoran, kafeteria, butik, outlet beli-belah, kolam renang, gimnasium dan spa berasingan bagi tetamu lelaki dan wanita.

Sumber: Harian Metro | 10 Dis. 2015

Rabu, 16 Disember 2015

Jabatan Kesihatan Kelantan tingkat penguatkuasaan terhadap penjualan perisa vape

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap penjualan cecair perisa vape atau rokok elektronik yang mengandungi nikotin kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Racun 1952.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Oleh itu, kita akan teruskan penguatkuasaan terhadap penjualan produk mengandungi nikotin oleh pihak yang tidak berautoriti di negeri ini,"katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengharamkan penjualan peranti dan cecair vape mulai 1 Jan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan Kelantan akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape untuk mengosongkan premis mereka bermula serta merta.

Beliau berkata kerajaan negeri mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan vape di negeri itu.

Sumber: Bernama | 16 Dis. 2015

HUSM laksana program derma darah monsun tampung keperluan musim banjir

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akan menganjurkan Program Derma Darah Monsun pada 22 Dis ini bagi menampung keperluan darah sepanjang musim tengkujuh tahun ini.

Penyelaras Unit Perubatan Transfusi HUSM Prof Madya Dr Noorhaslina Mohd Noor berkata program itu penting kerana hospital itu akan berdepan kesulitan untuk mengumpul darah jika berlaku banjir.

"Program ini sebagai persiapan awal mengumpul darah untuk kegunaan pesakit jika berlaku banjir kerana stok darah sedia ada hanya mencukupi untuk keperluan dua minggu sahaja," katanya pada sidang akhbar di HUSM Kubang Kerian di sini, Rabu.

Dr Noorhaslina berkata pada musim banjir tahun lepas, HUSM terpaksa mendapatkan bekalan darah dari Hospital Universiti Malaya (HUM) dan Pusat Tabung Darah Negara berikutan kegagalan mengumpulkan darah kerana banjir.

"Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat akan berlaku pada 25 Dis ini, jadi kita mengambil pendekatan membuat persiapan awal bagi mengelak pengalaman tahun lepas berulang," katanya.

Beliau berkata HUSM memerlukan sekurang-kurangnya 250 beg darah seminggu dan keperluan itu meningkat jika ada kes kemalangan atau bersalin.

Katanya selain sel darah merah, HUSM juga sedang meneliti strategi untuk mengumpulkan sel platlet bagi kes tertentu.

"Selain penderma tetap, kita harap orang ramai dapat tampil menderma pada hari tersebut bagi membantu HUSM menambah stok darah untuk keperluan pesakit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata HUSM berjaya mengumpulkan 11,500 beg darah sepanjang tahun lepas.

Sumber: Bernama | 16 Dis. 2015

Notis 14 hari kosongkan premis jual vape di Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape atau rokok elektronik untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tindakan itu sejajar dengan keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan produk berkenaan di Kelantan.

"Kita akan ambil tindakan tertentu termasuk menyita peranti jika mendapati masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual barangan tersebut selepas 1 Jan ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM) cawangan Kelantan Mohd Azlee Che Mohd Zaid menjangkakan lebih 350 peniaga vape di Kelantan akan kerugian kira-kira RM50 juta jika premis mereka ditutup selepas larangan penjualan dikuat kuasakan tahun depan.

"Kita harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menjual peranti dan cecair berperisa mereka kerana tempoh 14 hari yang diberikan adalah tidak mencukupi.

"Ini kerana modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai mencecah sehingga RM200,000. Peniaga juga perlu diberi masa untuk ambil kembali modal yang mereka telah laburkan serta mencari peluang perniagaan lain," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum berhubung perkara berkenaan kepada Abdul Fattah di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Sumber: Bernama | 16 Dis. 2015

Hotel Grand Riverview beri peluang pekerjaan kepada OKU

KOTA BHARU: Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini akan diberi peluang bekerja di Hotel Grand Riverview (GRV) di sini, melalui program latihan pekerjaan yang akan bermula tahun depan.

Pengurus Besarnya Vincent Chua berkata program berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan dalam tempoh enam bulan.

"Pihak kami akan memilih antara 10 dan 15 OKU untuk mengikuti latihan merangkumi pelbagai tugasan di hotel yang bersesuaian dengan kemampuan mereka termasuk penyeliaan bilik dan pengurusan dapur.

"Sekiranya dalam tempoh itu mereka menunjukkan pencapaian baik, kita akan ambil mereka untuk menjadi staf GRV," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian GRV Mini Disney Carnival 2015 Bersama Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini, Selasa.

Vincent berkata program latihan pekerjaan itu diharap dapat memberi manfaat kepada golongan OKU mendapatkan pekerjaan.

Sebanyak 40 OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 35 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Biak, Kuala Krai diraikan dalam majlis berkenaan.

Karnival yang diadakan selama 16 hari itu menyediakan pelbagai aktiviti 'dalam bangunan' untuk kanak-kanak sempena musim cuti sekolah termasuk pertandingan melukis dan mini pawagam selain berpeluang dihiburkan pelbagai maskot karton Disney.

Sementara itu, guru PDK Kem Desa Pahlawan, Wan Munaida Dollah berkata peluang yang diberikan kepada OKU menyertai karnival tersebut amat bermakna buat golongan itu.

"Ia bukan hanya dapat menghiburkan mereka tetapi juga merangsang perkembangan minda dan meluaskan skop pengalaman mereka," katanya.

Sumber: Bernama | 15 Dis. 2015

Kerajaan Persekutuan siapkan jambatan di Dabong bernilai RM30 juta

KOTA BHARU: Sebuah jambatan yang menghubungkan Kampung Kandek dan Kampung Biak di Dabong, Kuala Krai bernilai RM30 juta kini siap sepenuhnya dan dibuka untuk kegunaan penduduk.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong Datuk Ramzi Ab Rahman berkata jambatan sepanjang 350 meter yang merintangi Sungai Galas itu memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk yang tinggal di kedua-dua tebing sungai berkenaan.

"Jambatan berkenaan dibina sejak dua tahun lepas di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW).

"Kita juga sedang menyiapkan jalan sepanjang 2.5 kilometer yang akan menghubungkan jambatan berkenaan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Biak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian GRV Mini Disney Carnival 2015 Bersama Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kelantan di sini, hari ini.

Ramzi yang juga Ketua UMNO bahagian Kuala Krai berkata dengan siapnya jambatan berkenaan, penduduk Kampung Biak tidak lagi perlu meninggalkan kenderaan mereka di Kampung Kandek.

"Sebelum ini pengangkutan utama yang menghubungkan Kampung Biak ke Kampung Kandek adalah menggunakan bot atau perahu dan ia menyebabkan penduduk tak boleh bawa pulang kenderaan ke rumah masing-masing.

"Ia juga akan memudahkan urusan guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Biak berulang-alik selain memudahkan penduduk mengeluarkan hasil tanaman ke bandar," katanya.

Sumber: Bernama | 15 Dis. 2015

Sazali Samad berdepan penggantungan


KUALA LUMPUR: Identiti atlet bina badan berprofil tinggi yang gagal ujian doping akhirnya terdedah.

Juara Mr Universe sebanyak 10 kali, Sazali Samad dilihat hadir mengadap jawatankuasa disiplin Persatuan Bina Badan Malaysia (MBF) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi sebentar tadi.

Arena Metro hari ini melaporkan atlet berprofil tinggi berkenaan diarahkan untuk membela diri susulan didapati positif menggunakan steroid.

Keputusan berkenaan hadir selepas Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) menjalankan ujian pada 1 September lalu.

Menurut peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), Sazali berdepan penggantungan empat tahun.

Selain gelaran Mr Universe, Sazali turut bergelar Mr Asia sebanyak sembilan kali.

Sumber: Harian Metro Online | 16 Dis. 2015