Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 31 Disember 2016

501 mangsa banjir Kuala Krai ditempatkan di pusat pemindahan

KOTA BHARU: Seramai 501 orang daripada 120 keluarga dari daerah Jeli dan Kuala Krai dipindahkan ke enam pusat pemindahan banjir sehingga tengah hari Sabtu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Husin berkata mereka dipindahkan secara berperingkat sejak pukul 8 pagi apabila kawasan kediaman mereka yang terletak di lokasi rendah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter akibat hujan lebat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 83 keluarga dipindahkan di daerah Jeli manakala 37 keluarga di Kuala Krai.

"Di Jeli, 15 keluarga (58 orang) ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, 53 keluarga (208 orang) di Dewan Kesedar Jeli dan 15 keluarga (50 orang) di Sekolah Kebangsaan Jeli 1.

"Daerah Kuala Krai mencatatkan pemindahan mangsa banjir seramai 37 keluarga dengan 25 keluarga (125 orang) ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, lapan keluarga (40 orang) di Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh dan empat keluarga (20 orang) di Dewan Belia Kampung Bedal," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainuddin berkata jumlah mangsa dan pusat pemindahan dijangka meningkat dari semasa ke semasa berikutan hujan yang berterusan, bagaimanapun jalan-jalan utama di kawasan terbabit masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sumber: Bernama | 31 Disember 2016

Indonesia ikut jejak Malaysia bantu etnik Rohingya

JAKARTA: Indonesia mengikut jejak langkah Malaysia untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Islam Rohingya di Myanmar, lapor agensi berita Antara.

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika ditemui di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta Utara, berkata, misi kemanusiaan tersebut melibatkan penghantaran bahan makanan segera, makanan bayi, gandum dan pakaian.

"Saya berharap etnik minoriti Rohingya di negeri Rakhine akan lebih gembira dengan bantuan yang diusahakan ini," kata beliau.

Barangan tersebut dihantar selepas Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Myanmar.

Sementara itu, Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi menegaskan tentang kepentingan rundingan secara diplomatik untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan.

"Tahap diplomasi Indonesia boleh mencapai matlamat tanpa perlu diselubungi rasa marah.

"Sikap belas ihsan dan kebajikan kita sudah mencukupi," katanya.

Malaysia turut menghantar bantuan menerusi flotila ke Myanmnar dengan membawa bekalan 200 tan makanan, buat dan barangan keperluan lain.

Misi berkenaan yang diusahakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Kelab Putra 1Malaysia akan dilaksanakan pada 10 Januari depan.

Sumber: mStar Online | 31 Disember 2016

Perkhidmatan kereta api antara bandar dihentikan selama seminggu berikutan tanah runtuh - KTMB

KOTA BHARU: Perkhidmatan kereta api antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menghubungkan Tumpat dan Kuala Lipis dihentikan selama seminggu berikutan kejadian tanah runtuh di sembilan lokasi antara Stesen Kuala Krai dan Stesen Bukit Abu.

Pengurus Wilayah Timur KTMB Zaid Ibrahim berkata perkhidmatan itu terpaksa dihentikan bagi kerj-kerja baik pulih di kawasan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh berkenaan.

"Bagaimanapun, perkhidmatan tren ekspres masih berjalan seperti biasa dengan penumpang dari Stesen Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas akan dibawa menggunakan bas ke Stesen Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren ekspres ke bahagian selatan tanah air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah kereta api antara bandar dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir pagi tadi, Zaid berkata kejadian tersebut berlaku dekat Stesen Kuala Gris, Dabong.

"Tren tersebut bertolak dari Stesen Tumpat pada pukul 4.30 pagi tadi menghala ke Kuala Lipis. Apabila tiba di sebuah terowong, pemandu tren mendapati berlaku tanah runtuh dan bertindak mengundurkan tren.

"Bagaimanapun, ketika sedang mengundurkan tren tersebut, tiba-tiba tanah runtuh berlaku dan menghempap tren tersebut sehingga menyebabkan ia tergelincir dari landasan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, kesemua 33 penumpang dan empat kru tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesemua penumpang dan empat kru berkenaan kemudiannya berjalan kaki sejauh dua kilometer menuju ke Stesen Kuala Gris sebelum dipindahkan dengan bas ke Stesen Dabong.

"Penumpang kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis dengan sebuah lagi tren yang menunggu di Stesen Dabong untuk ke destinasi masing-masing," katanya.

Sumber: Bernama | 31 Disember 2016

Polis Thailand jumpa dua mayat dipercayai mangsa lemas Pantai Tok Bali

KOTA BHARU: Polis Diraja Thailand menemukan dua mayat remaja lelaki di perairan Tak Bai, Narathiwat, Thailand dipercayai mangsa yang dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata mayat pertama dijumpai pada 9.30 malam tadi oleh penduduk dan polis Thailand di Pantai Belawang, Narathiwat, kira-kira 45 batu nautika dari Tok Bali.

"Mayat kedua pula ditemukan pada 10.30 pagi tadi di pantai yang sama, jarak di antara kedua-dua mayat adalah lima kilometer.

"Kedua-dua mayat itu dipercayai mangsa yang terlibat dalam kejadian lemas Ahad lepas berdasarkan pakaian yang masih terlekat pada badan mangsa," katanya pada sidang akhbar di Kelab Golf and Country Kelantan di sini, Sabtu.

Beliau berkata polis telah menghubungi kedua-dua keluarga mangsa berkenaan bagi memaklumkan penemuan itu dan mereka dalam perjalanan ke Hospital Narathiwat untuk proses pengecaman.

Ab Rahman berkata sekiranya anggota keluarga membuat pengesahan ke atas kedua-dua mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilaksanakan oleh 160 anggota pelbagai agensi akan dihentikan hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.13 petang Ahad lepas, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising, Pasir Puteh, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali.

Dua rakan mereka Muhammad Firdaus Mustafa, 16, dari Kampung Taweh, Gaal, dan Amir Shahir Zakima, 13, dari Kampung Nering Pasir Puteh, sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Sumber: Bernama | 31 Disember 2016

Op Jalan: 315 saman dikeluarkan JPJ Kelantan 24 - 26 Dis lepas

KOTA BHARU: Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam Op Jalan yang diadakan pada 24 hingga 26 Disember lalu.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapha berkata sepanjang tempoh itu juga lima kenderaan turut disita termasuk sebuah kenderaan klon.

"Di samping itu, sebanyak 54 buah bas ekspres telah diperiksa di Terminal Lembah Sireh (Terminal Bas Kota Bharu) di sini, di mana dua kes dikesan membabitkan kesalahan teknikal iaitu tayar tidak menepati spesifikasi dan larangan serta merta dikeluarkan kepada syarikat bas berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melaksanakan Op Jalan di Jalan Kuala Krai di sini, malam Jumaat.

Katanya operasi itu akan diteruskan sehingga Isnin ini (2 Januari 2017) sempena cuti tahun baharu.

Sumber: Bernama | 31 Disember 2016

Tiga sungai utama di Kelantan catat paras berjaga-jaga

KOTA BHARU: Tiga sungai utama di Kelantan mencatatkan paras berjaga-jaga sehingga pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan hulu Kelantan sejak semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://infobanjir.water.gov.my/, Sungai Galas di Dabong berada pada paras 34.15 meter berbanding paras berjaga-jaga 32.00 meter.

Selain itu, Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula adalah 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter).

Sumber: Bernama | 31 Disember 2016

Khamis, 29 Disember 2016

Lima pasangan kembar teruja masuk sekolah

KOTA BHARU: Lima pasangan kembar termasuk tiga pasangan seiras dan dua tidak seiras teruja menjalani sesi orientasi kemasukan sekolah ke tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Ghafar di sini.

Pasangan kembar tiga, Nur Maisarah Mohd Fauzi, 7, Nur Amani Mohd Fauzi, 7 dan Nur Umairah Mohd Fauzi, 7, diletakkan dalam kelas yang sama bagi memudahkan mereka menjalani sesi orientasi sebelum memulakan sesi persekolahan sebenar pada 1 Januari nanti.

Menurut Nur Maisarah, dia serta dua adiknya sanggup bersengkang mata bangun awal pagi hanya untuk mengikuti sesi orientasi terbabit.

“Cikgu ajar mewarna, mengenal ABC dan saya dapat ramai kawan di sekolah ini.”katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dua lagi pasangan kembar, Mohd Aqil Najmi Mohd Ezani,7 dan Nur Aqilah Najwa Mohd Ezani, 7 yang merupakan cucu kepada guru prasekolah terbabit, Norma Othman, 55, juga turut bersemangat meneruskan sesi orientasi.

Menurut Norma, cucunya Mohd Aqil sangat gemarkan mata pelajaran matematik dan selalu mengingati sifir.

“Mohd Aqil memang cepat dalam pengiraan dan dia amat teruja untuk ke sekolah bersama kembarnya, Nur Aqilah.

“Harapan saya agar cucu sulung saya ini dapat menimba ilmu dan menjadi insan yang berguna kepada kedua ibu bapanya dan berjaya dalam kehidupan kelak,” katanya.

Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan, Wan Hassan Wan Abdullah berkata, beliau mengharapkan murid baru dapat menjalani sesi persekolahan yang lebih baik selepas menjalani sesi orientasi dua hari bermula semalam.

“Semoga sesi 1 Januari nanti berjalan baik dan murid-murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan tiada lagi masalah murid yang tidak mahu sekolah.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 29 Disember 2016

Rabu, 28 Disember 2016

Warga emas maut ditanduk kerbau betina yang mahu dijual

PASIR MAS: Hasrat seorang warga emas menjual kerbaunya tidak kesampaian apabila dia mati ditanduk kerbau itu di Kampung Pak Itam di sini semalam.

Haiwan itu dikatakan baharu melahirkan anak tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berkata mayat Mat Usop Che Ya, 65, ditemukan pada pukul 3 petang dengan mengalami pendarahan yang teruk di leher dan kepalanya.

"Mangsa dilapor mahu menangkap haiwan peliharaannya itu untuk dijual kepada seorang kenalannya," katanya.

Isteri mangsa Fatimah Ibrahim, 57, yang tinggal di Kampung Tok Rusa berkata pada sebelah pagi kejadian suaminya memberitahu dia mahu menangkap kerbau berkenaan untuk dijual.

Beliau berkata beliau mengetahui suaminya meninggal pada pukul 3.30 petang selepas menerima panggilan dari seorang penduduk kampung sebelum beliau dan seorang anaknya bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya.

"Saya tidak menyangka kejadian ini menimpa suami saya yang sudah menternak kerbau sejak 30 tahun lalu," katanya.

Mereka menternak lebih 20 ekor kerbau dan kerbau betina terbabit adalah antara yang paling sukar dikawal dan oleh itu suaminya mahu menjual haiwan berkenaan, tambahnya.

Jenazah Allahyarham yang selepas kejadian dibawa ke Hospital Pair Mas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senor pagi tadi.

Sumber: Bernama | 28 Disember 2016

Tentera pantau negeri-negeri Pantai Timur

Angkatan Tentera Malaysia (gambar hiasan)
KOTA BHARU: Briged Kelapan Infantri sedang memberi tumpuan kepada perkembangan semasa keadaan banjir yang dihadapi negeri di pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Panglimanya, Brig Jen Nazari Abd Hadi berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan kenaikan paras air sungai di kedua-dua negeri dari semasa ke semasa pada musim tengkujuh ini sebagai panduan sebelum pemindahan penduduk ke pusat pemindahan banjir dilaksanakan.

"Banjir di Kelantan dan Terengganu merupakan fenomena biasa setiap tahun dan pihak kami sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Meraikan Anggota Cedera Semasa Operasi dan Latihan Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-83 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.

Nazari berkata pihaknya turut menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan pengurusan banjir bagi melaksanakan operasi secara bersepadu.

Pada majlis berkenaan, Nazari menyampaikan sumbangan kewangan daripada Tabung Kebajikan ATM kepada 33 bekas anggota tentera yang cedera semasa melakukan operasi dan latihan.

Beliau berkata mereka yang menerima sumbangan berkenaan terdiri daripada anggota Briged Kelapan Infantri yang berkhidmat melaksanakan operasi pengganas komunis pada 70-an dan 80-an.

"Sumbangan ini, walaupun dilihat kecil, namun membawa makna besar kepada mereka (anggota) kerana mereka tahu walaupun tidak lagi berkhidmat bersama ATM, pihak ATM sentiasa mengingati perjuangan dan jasa mereka kepada negara," katanya.

Sumber: Bernama | 28 Disember 2016

Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan usaha kumpul sumbangan bantu rakyat Syria hadapi musim sejuk

KOTA BHARU: Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan menyasarkan kutipan sebanyak RM460,000 melalui kempen 'Aid For Syria' sebagai usaha membantu rakyat negara bergolak itu menghadapi musim sejuk.

Pengurusnya, Mohd Salmi Mohamed berkata kempen itu bermula November lepas dan akan berakhir pada April 2017 sebelum disalurkan menerusi misi kemanusiaan ke Syria tahun depan.

"Melalui kempen ini, dua pakej utama diperkenalkan iaitu Pakej Bantuan Musim Sejuk bernilai RM150 dan Pakej Ten4Syria bernilai RM10 secara dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan oleh Al Isra Group PLT kepada Aman Palestin di sini, Rabu.

Menurutnya, Aman Palestin Berhad Malaysia menyasarkan kutipan keseluruhan RM22 juta melalui kempen berkenaan di seluruh negara.

Mohd Salmi berkata pihaknya turut mengadakan kempen #SyriaHour sempena memperingati pergolakan di Syria yang belum menemui titik kedamaian, selama satu jam pada 15 Mac depan.

Orang ramai boleh menyalurkan derma melalui akaun Maybank atas nama Aman Palestin Berhad bernombor 562263010787 atau Bank Islam Malaysia Berhad 12029010047880.

Sumber: Bernama | 28 Disember 2016

APMM guna helikopter kesan dua remaja hilang di Pantai Tok Bali

Pemandangan Pantai Tok Bali dari helikopter APMM dalam operasi mencari dan menyelamat dua mangsa lemasyang masuk hari keempat hari ini.
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan sebuah helikopter untuk mengesan dua remaja yang masih hilang dikhuatiri lemas sejak Ahad lepas di Pantai Tok Bali di sini.

Pengarah APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata penggunaan helikopter dalam operasi mencari itu diharap dapat menemui kedua-dua remaja terbabit.

"Sebelum ini (sejak Ahad lepas), usaha mengesan kedua-dua remaja itu melalui laut dan pesisir pantai Tok Bali-Bachok-Kuala Besut, Terengganu, siang dan malam gagal menemui mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 4.13 petang itu, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali.

Dua rakan mereka Muhammad Firdaus Mustafa, 16, dari Kampung Taweh, Gaal di sini, dan Amir Shahir Zakima, 13, dari Kampung Nering di sini, sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Kesemua mereka datang ke pantai itu untuk berkelah dan mandi-manda sebelum kejadian itu berlaku berikutan ombak besar.

Nurul Hizam berkata mulai pukul 9 pagi tadi, pesawat berkenaan membuat tinjauan udara di kawasan 30 batu nautika ke utara dan 20 batu nautika ke timur perairan Tok Bali.

Katanya usaha mencari kedua-dua remaja itu agak sukar berikutan laut bergelora dengan ombak besar sehingga mencecah 1.5 meter akibat musim tengkujuh sekarang.

Beliau berkata operasi mencari menerusi darat dan laut terus dipergiatkan dengan menambah bilangan anggota daripada 140 orang semalam kepada hampir 200 anggota hari ini melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan nelayan.

Operasi itu turut menggunakan sebuah kapal, enam bot dan dua jetski.

Sumber: Bernama | 28 Disember 2016

LTSIP dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu terima ancaman bom

Orang ramai diarahkan meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Bharu sementara pemeriksaan lanjut dilakukan pasukan keselamatan ekoran ancaman bom diterima tengah hari ini.
KOTA BHARU: Operasi di dua lokasi tumpuan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini terjejas selepas menerima panggilan ancaman bom hari ini.

Difahamkan, polis menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada pukul 11.40 pagi ini mendakwa lapangan terbang akan diletupkan.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanapun setakat ini, jadual penerbangan masih diteruskan seperti biasa dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini gempar selepas pihak pengurusan dikatakan menerima panggilan ancaman bom daripada individu tidak dikenali tengah hari ini.

Difahamkan, panggilan itu diterima kira-kira pukul 12 tengah hari menyebabkan semua kakitangan mahkamah dan orang awam diarahkan keluar dari kompleks tersebut.

Prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pihak keselamatan.

Sebelum ini, operasi Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan seketika berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu.

Sumber
: Utusan Online | 28 Disember 2016

Selasa, 27 Disember 2016

MOCCIS Furniture bakal taja skuad Kelantan

MOCCIS Furniture Sdn Bhd (MFSB) tampil menjadi penaja pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga M musim depan.
KUALA LUMPUR: Semangat sebagai pencinta bola sepak membuatkan syarikat perabot, MOCCIS Furniture Sdn Bhd (MFSB) tampil menjadi penaja pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Syarikat terbabit juga mengetepikan semangat kenegerian apabila menjadi 'orang luar' yang sanggup menaja pasukan itu dan semuanya dibuat atas dasar mahu melihat bola sepak di negara ini terus berkembang. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Hasry Sham Chasmen mengakui pihaknya terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Kelantan kerana tidak mahu melihat jaguh Pantai Timur itu tenggelam dalam kancah bola sepak negara kerana berdepan kekangan kewangan. 

"Kita tahu Kelantan adalah antara pasukan yang besar di negara ini dan sayang jika mereka terpaksa menarik diri daripada saingan Liga M musim depan kerana ia boleh merencatkan seri bola sepak tempatan. 

"Sama ada berbaloi atau tidak menjadi penaja pasukan itu, ia tidak menjadi isu kerana kami tidak mahukan pulangan dalam bentuk kewangan. Kami hanya mahukan Kelantan meraih sekurang-kurangnya satu piala musim depan," katanya ketika ditemui di Balai Berita, semalam. 

Syarikat yang menaja Kelantan dengan nilai jutaan ringgit itu menyasarkan tempoh penajaan selama lima tahun sehingga 2021. 

Walaupun penajaan itu berdasarkan nilai yang sudah ditetapkan untuk setiap musim, Hasry tidak menolak kemungkinan akan menambahnya andai prestasi Kelantan menunjukkan peningkatan memberangsangkan. 

Dalam masa sama, Hasry juga mahu membuka mata syarikat besar dan usahawan lain supaya mengambil inisiatif sama dalam usaha memajukan lagi sukan bola sepak di negara ini. 

"Mungkin tajaan yang kami berikan nampak kecil, namun kami mahu buktikan 'syarikat muda' seperti kami juga boleh menaja pasukan bola sepak apatah lagi syarikat besar yang lain. 

"Malah, kalau bukan syarikat tempatan yang mahu menolong pasukan bola sepak di negara ini, jadi siapa lagi yang hendak memberi bantuan," katanya.

Sumber: Berita Harian | Sukan | 27 Disember 2016

Isnin, 26 Disember 2016

Kerajaan Negeri Kelantan dan bola sepak

SEORANG pemimpin harus bijak. Jika tidak ahli dalam sesuatu bidang lebih baik berdiam diri atau memberikan komen yang lebih selamat.

Pemimpin juga mempunyai pegawai. Jika terlalu sibuk untuk membuat kajian, lebih baik minta pegawai atau pembantu membuat kajian.

Ini bagi mengelakkan supaya kenyataan yang dibuat tidak mengelirukan rakyat atau bahasa yang lebih mudah tidak memperbodohkan diri di depan rakyat tambahan pula dunia hari ini maklumat mengalir seperti air.

Hal ini yang terjadi kepada kepada Exco Belia dan Sukan Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dek kerana terlalu galak mahu berpolitik sehingga lupa untuk ‘cover’ ketidakcerdikan diri.

Baru-baru ini, Abdul Fattah mendakwa beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetapi tidak pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.

Dan sekarang, katanya, KAFA sudah tidak melantik wakil Kerajaan PAS Kelantan untuk berada dalam persatuan tersebut.

Maka disebabkan itu juga, katanya lagi, KAFA tidak tahu menahu apa yang berlaku dalam KAFA sekarang.

Nampaknya, Abdul Fattah tidak pernah mengkaji perlembagaan KAFA dan tidak ambil tahu keadaan yang sebenar kerana masih dengan gaya klasik PAS terus mencari kesalahan orang dan bukannya jalan penyelesaian.

Ekoran daripada itu juga, bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memulang paku buah keras dan sehingga hari ini Abdul Fattah tidak menjawab.

Menurut Statut (Perlembagaan) KAFA telah dipinda pada tahun 2007 atas nasihat Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mengsyorkan, Ahli Gabungan Badan Induk Bolasepak Negeri terdiri daripada Persatuan Bolasepak Jajahan atau Daerah (PBJ/ PBD) sahaja.

Pindaan itu melibatkan semua Ahli Gabungan FAM termasuk KAFA.

Dalam statut yang baharu tiada lagi diperuntukkan untuk jawatan ahli Exco atau ahli majlis yang dilantik. Oleh hal demikian, mulai 2007 juga Ketua Polis Negeri, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Negeri tidak lagi dilantik sebagai ahli Exco KAFA.

Pada kongres yang pertama selepas statut dipinda KAFA pernah melalui salah satu ahli gabungannya mencalonkan seorang Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Dr. Ramli yang ketika itu Exco Sukan negeri sebagai calon Naib Presiden atau ahli majlis KAFA namun Ramli telah menolak pencalonan tersebut.

Ini berlaku kerana statut yang diguna pakai itu tidak memberi kuasa kepada Presiden melantik mana-mana individu sebagai ahli majlis KAFA dan semua jawatan hendaklah dipilih melalui kongres KAFA.

Sudah jelas bukan, siapa yang berpolitik dalam sukan nombor satu negara ini. PAS daripada dahulu lagi mengelak untuk memikul tanggungjawab dengan memberikan pelbagai alasan.

Sudah jelas juga bahawa pemimpin PAS takut untuk memimpin KAFA kerana mereka sedar cabarannya bukan alang kepalang maka lebih baik hanya meraih laba daripada kerja buat orang lain.

Itu sememangnya cara PAS dan jika begini caranya adakah perlu memberi mereka peluang untuk terus mentadbir Kelantan atau negara?

Sumber: sokmo.net | www.sokmo.net | Pendapat & Editorial | 26 Disember 2016

Kelantan Umno to focus on three 'grey' parliamentary areas for GE14

JELI: Kelantan Umno will focus on three 'grey' parliamentary constituencies in the state in preparation for the 14th General Election.

State liaison committee chief Datuk Seri Mustapa Mohamed, who is also International Trade and Industry Minister, said the three grey areas were Bachok, Pasir Puteh and Machang, where the party lost by less than 1,000 votes in each.

"The State committee deputy chairman Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, the division chiefs and I will hold a small roadshow at every polling centre in the three parliamentary areas.

"We will look at the planning and preparation conducted by members of the committees of the polling centres in the three parliamentary seats," he told reporters after visiting the Jeli parliamentary area.

He said the small roadshow was part of the Red Wave Programme launched by Kelantan Umno to wrest back the state from PAS in GE14.

Mustapa, also Kelantan Barisan Nasional (BN) chairman, said Barisan would continue to defend the five parliamentary seats won in GE13.

The five seats are Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang and Ketereh.

Source: Bernama | 25 December 2016

Jumaat, 23 Disember 2016

‘ECRL project can alter trade routes’

All set to be a big player: An aerial view of the Kuantan Port which will be fully upgraded in 2018.
KUANTAN: Singapore can be “bypassed” as new links, such as the ambitious East Coast Rail Line (ECRL) project, can alter regional trade routes.

A Singapore Straits Times report yesterday, quoting officials, stated that the ECRL could alter regional trade routes which currently ply between the Strait of Malacca and South China Sea via Singapore.

When completed, the ECRL would become a major land bridge for trade in and out of Asia
, the report stated.

“Cost issues aside, this new network will create new alternative routes to boost trade for Asean, with Malaysia as the base; and why this has to be taken seriously is because the Chinese have a direct interest in the (Kuantan) port and the rail link,” G. Durairaj, managing director of maritime and logistics consultancy PortsWorld, was quoted as saying.

The report stated that if everything came together as planned, the new links could bypass Singapore and offer exporters new options to reach markets in North Asia.

Exports from North Asia could also bypass looping around Singa­pore to get to the busy Strait of Malacca, proponents of the project argue.

The report stated that the port owners, Malaysia’s construction powerhouse IJM and China’s Beibu Gulf Port Group, were spending more than RM1.2bil to reclaim 40ha of land, with Malaysia pouring RM1.08bil to complete a 4km breakwater to protect the harbour.

The massive port expansion will feature a 1km-long berthing complex that will feed industries in nearby industrial zones earmarked specially for Chinese manufacturing concerns.

The port, which began operations in 1984, is central to the ECRL, which will depend on Chinese train technology and funding.

The officials said the upgrading of Kuantan Port, which will be completed by mid-2018, was only one part of what is shaping up to be Malaysia’s most expensive infrastructure under­taking.

The proposed 620km electrified railway line will snake its way from Tumpat, near Malaysia’s north-eastern border with Thai­land, down the coast to Kuantan Port, before cutting through the mountainous central region to Port Klang, Malaysia’s biggest port.

The report also stated that China has proposed to build a new port in Malacca, also on the west coast.
 
Source: The Star | Nation | 23 December 2016

Malaysia's East Coast Rail Line touted as a game changer

Land being reclaimed to expand Kuantan Port, which is central to the East Coast Rail Line project.
In a remote nook along Peninsular Malaysia's east coast, millions of tonnes of sand are being dredged up from the South China Sea to get Kuantan Port ready for the country's priciest infrastructure project yet: a RM55bil railway link financed by China.

The East Coast Rail Line project (ECRL) will connect ports on the east and west coasts of Peninsular Malaysia and could alter regional trade routes which currently ply between the busy Strait of Malacca and the South China Sea via Singapore, officials say.

This potential game changer gives a glimpse of China's ambitions to expand its economic clout in Asia and beyond. And it explains why land is being reclaimed at such a frenzied pace at Kuantan Port.

The port owners, Malaysia's construction powerhouse IJM and China's Beibu Gulf Port Group, are spending more than RM1.2 billion to reclaim 40ha of land. The Malaysian government has provided another RM1.08bil to complete a 4km breakwater, to protect the harbour.

The massive port expansion will feature a 1km-long berthing complex that will feed industries in nearby industrial zones earmarked specially for Chinese manufacturing concerns.

Officials say the upgrading of Kuantan Port, which will be completed by mid-2018, is only one part of what is shaping up to be Malaysia's most expensive infrastructure undertaking.

The port, which began operations in 1984, is central to the ECRL, which will depend on Chinese train technology and funding.

The proposed 620km electrified railway line will snake its way from Tumpat, located near Malaysia's north-eastern border with Thailand, down the coast to Kuantan Port, before cutting through the mountainous central region to Port Klang, Malaysia's biggest port.

China has also proposed building a new port in Malacca, also on the west coast, but Malaysian government planners say financing for the project has yet to be finalised.

Funding for the ECRL, on the other hand, has been secured, with 85% of the project financed with soft loans from Beijing.

While the entire stretch is set to take more than a decade to build, government planners say that top priority will be placed on the construction of the 250km section that will connect Kuantan Port with Port Klang. When completed, the ECRL would become a major land bridge for trade in and out of Asia.

"Cost issues aside, this new network will create new alternative routes to boost trade for Asean, with Malaysia as the base; and why this has to be taken seriously is because the Chinese have a direct interest in the (Kuantan) port and the rail link," said G. Durairaj, managing director of maritime and logistics consultancy PortsWorld.

If everything comes together as planned, the new links could bypass Singapore and offer exporters new options to reach markets in North Asia. Exports from North Asia could also bypass looping around Singapore to get to the busy Strait of Malacca, proponents of the project argue.

Jaafar Ismail of Fergana Ventures, a Malaysian advisory firm that specialises in infrastructure and resource-based projects, notes that the Port Klang to Kuantan Port land bridge could provide a "significant resolution" to China's over-reliance on the Malacca Strait, what it calls the "Malacca Dilemma". Today, about 80% of Chinese energy needs pass through that narrow waterway.

"China clearly considers Asean as the southern hinterland, its new manufacturing base and a huge market," said Jaafar, adding that the land bridge will make any plans for a waterway on Thailand's Isthmus of Kra redundant in the medium term.

But Malaysia's opposition leaders do not share this optimism, arguing that the rail network is an expense that Malaysia's debt-laden economy can ill afford. They further note that the project only underscores Prime Minister Najib Razak's growing reliance on China to help lift the Malaysian economy.

"The government has to explain why this sudden reliance on China and how it will benefit the local economy," said Mujahid Rawa, a veteran MP from Parti Amanah Negara, a splinter party of Islamist party Parti Islam Se-Malaysia.

He said the public perception is that "the PM is hiding behind the Chinese because of 1MDB". 1MDB refers to the funds misappropriation scandal involving state-owned 1Malaysia Development Berhad.

Despite the brickbats, Najib's government is pushing ahead with the planned ECRL, which Kuala Lumpur says will be a catalyst for regional growth and help narrow the disparity in levels of economic development between the bustling west coast of Peninsular Malaysia and the more rural east coast states, particularly Kelantan and Terengganu.

During a recent trip to Beijing, Najib's government signed an agreement to award the construction of the ECRL to China Communication and Construction Company, a publicly traded state-owned entity, in a deal that will be financed by a soft loan from the Export-Import Bank of China.

Construction on the ECRL will begin next year and economists say the project could be a major boon for Malaysia's sluggish domestic construction sector.

Signs of a pick-up in economic activity abound in the surrounding areas of Kuantan Port, which is already home to several large petrochemical installations, such as BASF Petronas Chemicals, a joint venture between Malaysia's state-owned oil corporation and Germany's BASF.
 

The construction of new roads and flyovers from the port complex to a nearby industrial park is almost complete, and government officials say the eastern economic region has already attracted more than RM8.9bil in investment, mainly from manufacturing concerns from China.

They include investment from Beijing Goldenway Biology Tech Co, the world's largest bio-humic acid producer, and a RM3.5bil steel facility by Guangxi Beibu Gulf Iron & Steel Investment Co.

Kuantan Port's general manager Mazlim Husin told The Straits Times that describing the planned steel facility to visitors helps to provide a sense of scale to the undertaking around this industrial region.

The integrated steel mill will occupy a 287ha site - half the size of Sentosa island - and have an annual production of 3.5 million tonnes.

"This is the sheer size of just one project and the ECRL will attract more of these large ventures," Mazlim said. 
 
Source: The Straits Times | 22 December 2016

Rabu, 21 Disember 2016

Program Empower ECER bantu pelajar cemerlang PT3

TUMPAT: Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) nampaknya bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan ekonomi wilayah itu semata-mata tetapi juga membantu membangunkan modal insan di situ.

ECER membantu dengan menyediakan tuisyen dan perkhemahan pendidikan bagi pelajar-pelajar miskin kurang cemerlang agar mereka boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik.

"Jika dahulu, keputusan peperiksaan saya kurang memberangsangkan terutama subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab namun selepas mengikuti tuisyen khas anjuran ECER sejak April, semuanya berubah.

"Sebelum ini, bagi tiga subjek berkenaan, gred saya cukup-cukup makan sahaja namun dalam keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan Isnin lepas, saya mendapat keputusan cemerlang 11A," kata Muhammad Aziman Syaqiran Mat Zain, 15.

Bercakap kepada Bernama, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan itu berkata beliau mengikuti kelas tuisyen anjuran ECER di bawah Latihan Akademik selama lima hari seminggu di sekolahnya bermula pukul 2 petang hingga 4 petang.

Muhammad Aziman, anak kedua daripada tiga beradik itu yang tinggal di Kampung Pasir Hilir Tengah berkata selain kelas tuisyen, beliau turut mengikuti 'Super Math Camp' anjuran agensi berkenaan yang berteraskan 'belajar sambil bermain'.

"Ia sekaligus dapat membantu saya lebih memahami subjek Matematik dengan lebih mudah kerana cara penyampaian ketika mengikuti kem berkenaan sangat menarik dan mudah difahami.

"Saya bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti kelas tuisyen anjuran ECER kerana dapat meningkatkan pencapaian diri, sekaligus mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan," katanya.

Seorang lagi peserta, Muhammad Nizamuddin Mat Jusoh, 15, dari Kampung Pulau Raja di sini, berkata walaupun hanya mengikuti tuisyen anjuran ECER pada Julai lepas, namun dia berjaya meningkatkan penguasaan dalam subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, malah mampu mendapat 11A dalam peperiksaan PT3.

Pelajar SMK Sungai Pinang itu berkata sebelum ini, penguasaannya dalam kedua-dua subjek boleh dikatakan agak sederhana namun dengan mengikuti tuisyen anjuran ECER, beliau dapat meningkatkan pemahaman dalam subjek itu dengan lebih baik.

"Ini merupakan hadiah kepada ibu (Zainab Mamat, 57) kerana bersusah-payah membesarkan saya selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia empat bulan," katanya.

Sementara itu, ECER dalam satu kenyataan berkata Program Empower ECER Latihan Akademik di kawasan Machang dan Tumpat mula diperkenalkan pada tahun ini, dengan mensasarkan peningkatan dalam pencapaian prestasi akademik pelajar dalam peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Seramai 600 pelajar dari 15 buah sekolah di Machang dan Tumpat telah terpilih untuk menyertai program ini dengan golongan sasaran adalah para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM pada 2016, dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan serta lemah dari segi pencapaian akademik.

"Sebanyak 15 sekolah di Machang dan Tumpat telah terpilih untuk menyertai program ini dan ia merupakan inisiatif serampang dua mata di bawah program pembangunan modal insan yang dilancarkan pada 2010," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut program yang dilancarkan bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Di samping itu, ECER juga menyediakan program latihan kemahiran dan keusahawan untuk orang dewasa, tambah kenyataan itu.

Sumber: Bernama | 21 Disember 2016

JPJ Kelantan ambil tindakan terhadap 280 kenderaan dari Thailand yang langgar peraturan

PASIR MAS: Sebanyak 280 kenderaan dari Thailand dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga November lepas.

Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapha berkata antara kesalahan paling ketara yang dilakukan ialah tiada Permit Edaran Antarabangsa (ICP) dengan sebanyak 257 saman dikeluarkan.

Kesalahan lain ialah tiada lesen memandu sebanyak tujuh kes, lesen pemandu tamat tempoh (tiga), langgar syarat permit ICP (dua), cermin gelap (dua), kesalahan tenikal (sembilan), memotong di garisan berkembar (tujuh), dan lain-lain kesalahan (11 kes), katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Kenderaan Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Rantau Panjang di sini, hari ini.

Mahasan berkata JPJ Kelantan melaksanakan Ops Kenderaan Thailand secara berterusan sepanjang tahun ini dengan objektif utama bagi mengawal kemasukan kenderaan Thailand ke Malaysia yang tidak mengikut peraturan dan memastikan pemandunya mematuhi undang-undang ketika berada di negara ini.

"Terdapat tiga pintu masuk ke Malaysia di sempadan Kelantan-Thailand iaitu Rantau Panjang; Pengkalan Kubor, Tumpat; dan Bukit Bunga, Tanah Merah; yang dikawal oleh JPJ melalui Stesen Kawalan Sempadan (SKS).

"Fungsi utama stesen ini ialah mengeluarkan ICP, menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan dan merekodkan jumlah kemasukan kenderaan Thailand ke negara ini atau sebaliknya," katanya.

Mahasan berkata sehingga November lepas, sebanyak 36,038 ICP dikeluarkan kepada kenderaan asing dengan SKS Rantau Panjang adalah pintu masuk paling banyak mengeluarkan ICP iaitu 20,358.

Sumber: Bernama | 20 Disember 2016

Aktiviti seni bakal tarik pelancong ke Pasar Besar Siti Khadijah

KOTA BHARU: Pasar Besar Siti Khadijah bakal menyaksikan satu kelainan apabila aktiviti kesenian diadakan secara bulanan di situ.

Malah lokasi itu bakal dikenali Dataran Budaya, memberi imej baru bagi melengkapkan destinasi tarikan pelancongan ke Kelantan.

Pengerusi Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebulan sekali kita anjurkan aktiviti kesenian di Pasar Besar Siti Khatijah.

"Aktiviti itu boleh diladakan pada hari Sabtu dan Ahad," katanya ketika berucap pada program persembahan dikir barat perdana di Pasar Besar Siti Khadijah hari ini.

Seramai 12 pendikir barat berpadu suara menjayakan karnival dikir barat perdana tersebut.

Beliau menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai gelanggang seni, namun sekiranya cadangan itu diterima, kesenian di Kelantan tambah meriah.

Selain itu ia boleh menggalakkan kedatangan pelancong ke Pasar Besar Siti Khadijah sekali gus memberi keuntungan kepada peniaga.

Sumber: Harakah Daily | 19 Disember 2016

Selasa, 20 Disember 2016

Majlis Daerah Pasir Mas diminta promosikan Pasar Baharu Tasek Raja

PASIR MAS: Lebih 600 peniaga Pasar Baharu Tasek Raja di sini, yang dibuka mulai Ogos lepas, mengeluh perniagaan mereka didakwa merosot akibat kurang sambutan daripada orang ramai.

Hasil jualan mereka kini hanya antara RM200 dan RM300 sehari berbanding antara RM500 dan RM1,000 sehari ketika berniaga di pasar lama di bandar Pasir Mas.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Peniaga Pasar Baharu Tasek Raja, Nik Mohd Shah Omar mendakwa kurang promosi oleh pihak berkuasa, khususnya Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), dipercayai antara punca kemerosotan itu.

"Pasar ini perlu dipromosi melalui pelbagai cara kerana ia masih belum dikenali oleh masyarakat di negeri ini atau negeri lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul di pasar tersebut, hari ini.

Nik Mohd Shah berkata pihak MDPM perlu proaktif melaksanakan pelbagai program yang boleh membantu meningkatkan hasil jualan peniaga di pasar itu.

Beliau berkata para peniaga berharap masalah yang dihadapi mereka dapat diatasi dalam tempoh terdekat.

Sumber: Bernama | 20 Disember 2016