Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 31 Mac 2016

AKSB terima peruntukan RM4 juta setahun, sediakan bekalan air bersih

JELI: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM4 juta setahun kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi membekalkan air bersih kepada rakyat yang belum menikmati kemudahan berkenaan.

Pengarah Eksekutif AKSB Sanusi Othman berkata daripada jumlah peruntukan berkenaan, sebanyak RM900,000 dibelanjakan untuk Projek Penyambungan Paip Air Ke Rumah Rakyat.

"Baki daripada peruntukan itu dibelanjakan untuk memasang paip retikulasi dan projek pembangunan lain bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Baharu AKSB Jajahan Jeli dan Pelancaran Program Promosi Sambungan Baharu Projek Bekalan Air Luar Bandar yang dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Mohd Zaki Ibrahim di sini, hari ini.

Sanusi berkata bagi melaksanakan Projek Penyambungan Paip Air Ke Rumah Rakyat, AKSB akan mengenal pasti rumah (pengguna) yang lebih memerlukan bekalan air.

"Pemilihan rumah tersebut juga akan ditentukan oleh wakil rakyat, penyelia Dewan Undangan Negeri, penghulu, jurutera AKSB peringkat jajahan dan ketua operasi AKSB peringkat jajahan.

Sementara itu, ditanya mengenai persediaan AKSB bagi menghadapi cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino, Sanusi berkata antara persediaan awal ialah mewujudkan jawatankuasa khas di peringkat jajahan untuk menghadapi masalah berkenaan.

"Selain itu, kami akan menyediakan lori-lori tangki bagi menghantar bekalan air ke kawasan terjejas," katanya.

Sumber: Bernama | 31 Mac 2016

Rabu, 30 Mac 2016

Tiga kru bot selamat tiba di jeti Pejabat Perikanan Tawang


Tekong bot Ramli Yusuf, 49, (kiri) bersama pembantunya Yaacob Taib, 64, (tengah) dan Fauzi Hussin, 43,
BACHOK: Selepas empat jam ditunda di lautan, tiga kru yang menunggu bot mereka yang rosak ketika keluar memancing Sabtu lepas akhirnya tiba di jeti Pejabat Perikanan Tawang di sini, petang tadi.

Tiga kru tersebut iaitu tekong bot Ramli Yusof, 49, dan dua awak-awak iaitu Yaacob Taib, 64, dan Fauzi Husin, 43.

Bot kelas A itu yang tersadai sejak Sabtu lepas kerana masalah enjin, ditunda oleh sebuah bot Sukarelawan Perikanan (SUPER) yang bertolak dari jeti Geting di Tumpat pukul 2.20 pagi tadi dan tiba di sana pada 9.30 pagi, kira-kira 41 batu nautika dari Pantai Tok Bali, Pasir Puteh dan tiba di sini pada 2.30 petang.

Ramli berkata beliau melahirkan rasa syukur kerana semua kru dan pemancing tiba dengan selamat selepas mereka diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), malam tadi.

Beliau berkata masalah bermula apabila enjin bot disedari rosak pada 12 tengah hari Sabtu lalu, dan mereka meminta bantuan daripada bot nelayan Vietnam yang berada berdekatan.

"Bagaimanapun nelayan Vietnam berkenaan tidak mahu membantu dan saya cuba menghubungi rakan-rakan di daratan menggunakan radio amatur namun tidak berjaya kerana berada di luar kawasan yang boleh dihubungi.

"Saya kemudiannya memutuskan untuk menghanyutkan bot ke kawasan lebih selamat berikutan ombak besar sebelum berjaya menghubungi rakan pada 6 petang semalam dan ditemui anggota APMM pada 10.40 malam tadi," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Terdahulu, lapan pemancing - Muhamad Zaidi, 30, Mohd Shariful Aidi Zakaria, 31, Mohd Faizal Abd Rahman, 31, Suhaimi Mat Jusoh, 33, Mohd Sulaiman Abdul Kadir@Ghazali, 34, Mohd Zaidi Yaacob, 42, Nik Mohd Shukri Nik Mustapa, 49, dan Zakaria Kadir, 54 tiba di Tok Bali, Pasir Puteh pada 1.30 pagi.

Kumpulan pemancing tersebut merupakan penjawat awam termasuk guru dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tinggal di Kota Baharu, Pengkalan Chepa dan Bachok, pergi memancing di kawasan berhampiran pelantar minyak Lawit, kira-kira 64 batu nautika dari Pantai Kemasin, Bachok, pada Sabtu dan sepatutnya pulang keesokannya (Ahad).

Di KOTA BHARU, Shukri yang ditemui di rumahnya di Kampung Che Deris, Pantai Cahaya Bulan di sini berkata beliau melihat sebuah helikopter berlegar-legar di udara selama empat kali sepanjang tempoh empat hari mereka hanyut di lautan.

"Saya kemudiannya melambai kain ke udara agar kru helikopter boleh nampak kami, namun hampa kerana helikopter berkenaan hanya berlalu meninggalkan kami.

"Kami bernasib baik kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sepanjang empat hari berada di lautan walaupun terpaksa mencatu makanan," katanya.

Sumber: Bernama | 30 Mac 2016

Profesor Rusia kuasai tulisan Jawi


Profesor Dr Tatiana A. Denisova
KUANTAN: Meskipun dilahirkan di Moscow, Rusia, Profesor Dr Tatiana A. Denisova menguasai tulisan Jawi sehinggakan boleh membaca hikayat dan karya persuratan Melayu lama yang dihasilkan mengguna tulis itu.

Denosova, 57, berkata minat mempelajari tulisan Jawi bermula semasa beliau menuntut di Saint Petersburg State University di Rusia dalam jurusan berkaitan sejarah Islam memandangkan banyak rujukan ditulis dalam tulisan Jawi.

"Jurusan pilihan saya juga menetapkan tulisan Jawi sebagai wajib lulus walaupun pada permulaan jurusan, kami menggunakan tulisan rumi dan secara perlahan-lahan diperkenalkan kepada tulisan Jawi apabila meningkat kelas," katanya.

Denisova, yang turut fasih bertutur Bahasa Melayu, ditemui pada penutup Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi bertemakan 'Tulisan Jawi Pemangkin Kegemilangan Peradaban Ummah' di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini, hari ini.

Majlis penutup seminar dua hari itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Denisova berkata penguasaan tulisan Jawi beliau adalah lebih baik berbanding kemahiran bertutur Bahasa Melayu, yang hanya dipelajari apabila bercampur dengan rakan kuliah yang berasal dari Indonesia.

"Malah, semasa saya tiba di Malaysia pada 2003, saya lebih pandai dalam tulisan Jawi kerana saya banyak membaca penulisan lama Melayu dan hikayat lama," katanya.

Ketika itu, beliau terlibat dengan projek di bawah kendalian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selepas tiga tahun bersama DBP, Denisova terus menetap di Malaysia dengan berkhidmat di Perpusatakaan Negara selain pernah bertugas di Universiti Malaya dan kini merupakan pensyarah jemputan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban di Universiti Teknologi Malaysia.

Mengimbas semula minatnya dalam bidang sejarah Melayu dan Islam sehingga membolehkannya menerbitkan 50 penulisan dalam bidang berkaitan, Denisova berkata semuanya bermula secara kebetulan.

"Saya terjumpa sebuah majalah kecil mengenai sejarah dan kebudayaan Melayu Islam yang diterjemah ke Bahasa Rusia. Saya dapati perkara itu sangat menarik untuk dipelajari kerana waktu itu saya tidak berminat dengan bidang lain seperti ekonomi.

"Selesai membaca majalah itu, saya terus tetapkan fikiran bahawa itu adalah bidang yang ingin saya pelajari dengan lebih lanjut di universiti pada usia 17 hingga 22 tahun," katanya.

Selain itu, Denisova berkata kemahiran menguasai tulisan Jawi perlu dihidupkan kembali dalam kalangan generasi muda supaya mereka dapat menguasai ilmu sejarah, linguistik dan persuratan Melayu yang ditulis menggunakan tulisan itu.

Beliau juga menyifatkan Orang Melayu sebagai 'bertuah' kerana mendapat pendidikan tulisan Jawi, yang sangat hampir dengan bahasa Arab dan merupakan bahasa Al-Quran.

Sumber: Bernama | 30 Mac 2016

80 Orang Asli di Lojing serah memorandum kepada Kerajaan Kelantan isu tanah adat


KOTA BHARU: Lapan puluh Orang Asli dari empat kampung di Lojing, Gua Musang hari ini menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar di Kompleks Kota Darul Naim berhubung pencerobohan terhadap tanah adat di kawasan itu.

Mereka yang mewakili kira-kira 4,000 penduduk dari Kampung Sendrod, Sigar, Kuala Tahu dan Kampung Kelaik mendakwa aktiviti pencerobohan tanah itu telah bermula sejak tahun 2000 lagi dan menyebabkan pelbagai masalah kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan tersebut.

Wakil Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) Bah Muya Bah Said, 29, yang tinggal di Kampung Sigar mendakwa ratusan hektar tanah adat di Lojing telah diceroboh oleh beberapa syarikat bagi pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian, perlombongan dan pelancongan.

"Mereka (syarikat) mengambil tanah adat dari kami tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan penduduk.

"Pencerobohan tanah itu menyebabkan tadahan air kami rosak. Kalau banjir kami mati," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Aad Syazwan Mohamad di perkarangan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di sini.

Mengulas lanjut, Bah Muya berkata antara tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan Kelantan termasuklah tanah yang diluluskan sebagai tanah masyarakat Orang Asli harus dipegang oleh Orang Asli di bawah geran komunal dan bukan geran persendirian.

"Selain itu Biro Orang Asli Lojing dan JKOASM harus menubuhkan satu lembaga audit yang dianggotai wakil JKOASM dari luar Kelantan dan dari Kelantan serta wakil kerajaan negeri untuk memantau pendapatan daripada projek-projek yang dilaksanakan syarikat di kawasan terbabit.

"Kami juga menuntut segala penerokaan hutan baharu di Lojing dihentikan segera sehingga isu tanah komunal ini selesai," katanya.

Sorang penduduk Gibon Alam, 29, yang tinggal di Kampung Kelaik pula mengaitkan insiden kematian seorang lelaki di kampung itu yang dihanyut arus deras sungai pada 2014 dengan aktiviti perlombongan.

"Kejadian itu berlaku disebabkan sebuah syarikat yang melakukan aktiviti perlombongan di hulu Sungai Kelaik telah melepaskan air lombong secara tiba-tiba tanpa memberitahu penduduk yang tinggal di kawasan hilir sungai.

"Ketika kejadian mangsa sedang mandi di sungai berkenaan namun dihanyut air deras sungai yang naik secara mendadak kerana tak tahu air lombong dilepaskan secara tiba-tiba," katanya.

Sumber: Bernama | 30 Mac 2016

Lapan pemancing, tiga kru bot yang hilang ditemukan selamat

PASIR PUTEH: Lapan pemancing bersama dua awak-awak dan seorang tekong bot yang dilaporkan hilang di Laut China Selatan sejak Sabtu lepas, dijumpai selamat malam tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata mereka dijumpai di lokasi 41 batu nautika dari Pantai Tok Bali oleh bot maritim Penyelamat 7 pada pukul 10.40 malam tadi.

"Lapan pemancing tersebut dibawa pulang dan tiba di Tok Bali pada pukul 1.30 pagi tadi manakala tiga kru bot berkenaan masih menunggu di bot sementara menanti bot mereka ditunda ke pelabuhan Tok Bali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Lapan pemancing tersebut ialah Muhamad Zaidi, 30, Mohd Shariful Aidi Zakaria, 31, Mohd Faizal Abd Rahman, 31, Suhaimi Mat Jusoh, 33, Mohd Sulaiman Abdul Kadir@Ghazali, 34, Mohd Zaidi Yaacob, 42, Nik Mohd Shukri Nik Mustapa, 49, dan Zakaria Kadir, 54. Indentiti tiga kru bot belum diketahui.

Kumpulan pemancing tersebut merupakan penjawat awam termasuk guru dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tinggal di Kota Baharu, Pengkalan Chepa dan Bachok, pergi memancing di kawasan berhampiran pelantar minyak Lawit, kira-kira 64 batu nautika dari Pantai Kemasin, Bachok, pada Sabtu dan sepatutnya pulang keesokannya (Ahad).

Ismail berkata bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan pulang daripada mengail di kawasan pelantar minyak tersebut dan terputus hubungan pada Sabtu lepas.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mereka membabitkan kapal KM Amanah, bot Penggalang 18 dan bot Penyelamat 7, sebaik menerima laporan daripada anggota keluarga mangsa pada Ahad.

Beliau berkata gerakan mengesan mereka mengalami kesukaran kerana laut bergelora dengan ombak setinggi antara 2.5 dan 3.5 meter serta angin kencang antara 60 dan 80 kilometer sejam.

"Mereka dapat dihubungi semula melalui panggilan alat komunikasi radio pada pukul 6.50 petang semalam iaitu tidak jauh dari pelantar minyak Lawit," katanya.

Katanya, kesemua pemancing tersebut dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh di sini untuk pemeriksaan sebagai pesakit luar dan dibenar pulang ke rumah masing-masing pagi tadi.

Beliau berkata ini merupakan tragedi kedua selepas tiga nelayan hilang selama dua hari pada akhir bulan lepas sebelum ditemukan selamat selepas bot yang mereka naiki rosak dan hanyut sejauh lapan batu nautika ke perairan Selatan Thailand.

Sumber: Bernama | 30 Mac 2016

Isnin, 28 Mac 2016

RM60,000 padam kebakaran hutan tanah gambut di Bachok

BACHOK: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa membelanjakan RM60,000 bagi operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut di Kampung Kual, Beris Lalang di sini sejak pertengahan bulan ini.

Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman berkata perbelanjaan itu antaranya bagi menyediakan makanan kepada anggota bertugas memadamkan kebakaran yang berlaku sejak 13 Mac lepas, melibatkan kawasan hutan seluas 70 hektar.

Beliau berkata kebakaran hutan berkenaan adalah berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuat pembakaran ketika keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara pada masa ini.

"Terdapat individu tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran di kawasan berkenaan menyebabkan kebakaran sukar dipadam sehingga api merebak ke kawasan tanaman seperti ladang getah dan sawit," katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi memadamkan kebakaran di kawasan berkenaan hari ini.

Azmi berkata kebakaran tersebut turut menyebabkan kerugian kepada pemilik ladang getah dan sawit itu.

Beliau berkata seramai 150 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok serta bantuan daripada balai bomba lain dan anggota sukarelawan bomba, ditugaskan secara bergilir memadamkan kebakaran berkenaan.

"Anggota terbabit bertungkus lumus memadamkan kebakaran sehingga mereka terpaksa berpanas dan menjejaskan kesihatan mereka, selain menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber air di kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ibrahim Roni berkata mereka memulakan operasi itu dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Beliau berkata operasi tersebut turut dibantu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan yang menyediakan sumber air.

Sumber: Bernama | 28 Mac 2016

Sederet rumah kedai musnah terbakar di Kota Bharu


KOTA BHARU: Sederet rumah kedai di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata rumah kedai separuh papan enam pintu itu dimiliki tiga peniaga iaitu premis menjual barangan elektrik, aksesori kenderaan dan barangan aluminium.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 8 pagi itu, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Zaini berkata sebanyak 49 anggota bersama-sama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh, Tunjong, Kota Darulnaim dan Rantau Panjang, mengambil masa lebih sejam untuk mengawal dan memadam kebakaran daripada merebak ke bangunan bersebelahan.

Beliau berkata kesemua pemilik premis tersebut tidak dapat menyelamat barangan masing-masing kerana api merebak terlalu cepat berikutan bangunan separuh papan.

Sementara itu, pemilik kedai barangan aluminium, Shafinaz Wong, 33, berkata dia menyedari kebakaran itu apabila terdengar bunyi letupan ketika sedang menidurkan anaknya.

"Rumah kedai ini merupakan tempat tinggal sementara kami sekeluarga kerana rumah kami masih di dalam pembinaan," katanya.

Sumber: Bernama | 28 Mac 2016

Tentera, polis Thai serbu hotel milik rakyat Malaysia dijadikan pusat judi di Sungai Golok

PATTANI: Polis dan tentera Thai menyerbu sebuah hotel yang dijadikan pusat perjudian di pekan Sungai Golok, selatan negara itu terletak berhampiran sempadan Kelantan hari ini.

Kolonel Champon Klampasut daripada Pusat Pemerintahan Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) berkata serbuan dilakukan hasil maklumat perisikan bahawa hotel didakwa dimiliki rakyat Malaysia itu menjalankan kegiatan perjudian haram.

"Sepuluh bilik hotel berkenaan diubahsuai untuk dijadikan pusat perjudian," katanya kepada pemberita di sini hari ini, sambil menambah serbuan turut dilakukan terhadap dua bangunan berhampiran.

Serbuan kedua dan ketiga dilakukan terhadap bangunan dua tingkat di hadapan hotel berkenaan dan sebuah pub yang terletak kira-kira 500 meter daripada hotel tersebut, katanya.

Beliau berkata kedua-dua bangunan itu juga dijadikan pusat perjudian dan pasukan keselamatan turut merampas 60 komputer, lima peti besi serta dua kereta jenis Mercedes dan Nissan.

Penolong jurucakap ISOC Kolonel Yuttanam Pechmuang pula berkata maklumat tentera mendapati pusat-pusat perjudian itu dikunjungi lebih 1,000 pelanggan setiap bulan, dengan wang pertaruhan mencecah RM10,000.

Sumber: Bernama | 27 Mac 2016

Ahad, 27 Mac 2016

USM, UMK jalin kerjasama dalam pelbagai bidang bagi melahirkan graduan berkualiti

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini bersetuju menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi melahirkan dan meningkatkan kualiti graduan dari kedua-dua universiti itu.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata kerjasama antara kedua-dua institusi pengajian tinggi itu dibuat bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi yang mahu program keserakanan dan kebersamaan antara universiti dilaksanakan.

"Pihak USM dan UMK mula melakukan perbincangan sejak awal bulan ini bagi memperhalusi cadangan yang diutarakan oleh kementerian.

"Antara tumpuan utama melibatkan kerjasama akademik, penyelidikan, pengajian siswazah, sumber manusia dan juga fasiliti seperti padang dan tenaga pengajar antara kedua-dua universiti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kolokium Keserakanan dan Kebersamaan antara USM dan UMK di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di sini, Ahad.

Sementara itu, Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed berkata kerjasama itu merupakan satu pendekatan baharu yang diperkenalkan kementerian bagi melahirkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran.

"Sebelum ini UMK dan USM pernah bekerjasama dalam program keusahawanan dan pengurusan kesihatan bagi memperluaskan bidang pendidikan antara kedua-dua pihak.

"Pihak UMK pernah menghantar pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran makmal di USM dan mungkin di masa hadapan, USM boleh menghantar pelajar mereka bagi mempelajari bidang keusahawanan dan kejuruteraan yang terdapat di UMK," katanya.

Beliau berkata menerusi kerjasama itu juga, pelajar akan mempunyai pelbagai kemahiran dan tidak hanya tertumpu kepada jurusan yang dipelajari di universiti mereka sahaja.

Katanya kerjasama itu juga dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan antara kedua-dua universiti terlibat.

Sumber: Bernama | 27 Mac 2016

22,938 pelajar terima manfaat latihan akademik ECER

MARAN: Seramai 22,938 pelajar mendapat manfaat daripada latihan akademik yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerusi Program Pembangunan Modal Insan yang dijalankan sejak 2010.

Pengurus Besar ECER Bahagian Latihan Kawasan Timur Zulkifli Yaakob berkata program itu bertujuan membantu murid sekolah menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Mereka yang mengikuti program ini menunjukkan keputusan yang baik dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Program Usahawan ECER Maran di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Zulkifli berkata di Pahang, sebanyak 17 sekolah dipilih untuk mengikuti program itu seperti di Bentong, Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Rompin.

Program itu turut meliputi aspek motivasi, kelas pemulihan, kelas insentif menjawab soalan serta kelas tambahan, katanya.

Selain itu, Zulkifli juga memaklumkan bahawa 11,175 belia dan orang awam telah menikmati latihan kemahiran dan keusahawanan yang bertujuan mengurangkan jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar.

"Kira-kira 80 peratus belia yang menyertai latihan akademik dan kemahiran pula mendapat pekerjaan. Sementara ramai penduduk yang menyertai program di bawah ECER mengusahakan perniagaan sendiri selepas tamat kursus," katanya.

Sumber: Bernama | 27 Mac 2016

Sabtu, 26 Mac 2016

AEON Mall Kota Bharu mula operasi akhir April ini

KOTA BHARU: AEON Mall Kota Bharu yang bernilai RM300 juta akan memulakan operasi perniagaannya pada akhir bulan depan, kata Pengerusi AEON Co. (M) Berhad, Datuk Abdullah Mohd Yusoff.

Beliau berkata pusat beli-belah pertama di Pantai Timur Semenanjung itu, menyediakan 178 lot perniagaan termasuk ruang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini.

"Ia turut menyediakan 2,400 ruang parkir kenderaan dan menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas Program Menanam Pokok Bersama Komuniti Setempat di kawasan pusat beli-belah itu di sini hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood. Turut hadir Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad Nur Qamarina Chew Abdullah.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata kerajaan negeri menggalakkan premis perniagaan baharu termasuk pusat beli-belah di negeri ini supaya menanam pokok bagi memelihara keindahan alam sekitar.

Sebanyak 15,000 pokok renek daripada 72 variasi ditanam di sekitar pusat beli-belah itu.

Sumber: Bernama | 26 Mac 2016

Jumaat, 25 Mac 2016

Ku Li signs Kelantan Declaration in support of Najib

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah has given his undivided support to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak after signing the Kelantan Declaration along with other state Barisan Nasional representatives.

The Gua Musang MP was pictured with other Barisan representatives signing a document that was named the Kelantan Declaration by Mara chairman Tan Sri Annuar Musa, who uploaded the picture on his Facebook page yesterday.

In the Facebook post, Annuar, who is also Ketereh MP, said Tengku Razaleigh had signed the declaration, which meant that he was giving his undivided support to Najib.

In a second post on his page, Annuar said a meeting was held between Najib and Barisan representatives from Kelantan yesterday, although he did not state where the meeting took place.

He said the meeting was also meant to highlight issues facing the people of Kelantan, including a request for an airport expansion, oil royalties and the Gua Musang-Kota Bharu highway.

Also present at the signing of the declaration was International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Previously, Tengku Razaleigh had denied rumours that he supported the signing of the citizens’ declaration, adding that he did not even know about it.

Tengku Razaleigh had also said that he did not want to be dragged into the issue over proposals to sack Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Mukhriz Mahathir from Umno.

Source: The Star | Nation | 25 March 2016

Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan serta bincang hal ehwal kemajuan negeri Kelantan

Mustapa Mohamed menyerahkan Deklarasi Kelantan kepada Najib Tun Razak sebagai menyatakan sokongan kepemimpinan UMNO Kelantan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Tengku Razaleigh Hamzah, Annuar Musa dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan).
KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung pendirian Tengku Razaleigh Hamzah dalam perkembangan politik semasa seolah-olah terjawab apabila Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gambar majlis itu dimuat naik di laman sosial Facebook Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menunjukkan Tengku Razaleigh dan barisan pimpinan UMNO Kelantan yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan deklarasi tersebut kepada Najib.

Annuar ketika ditemui selepas majlis itu berkata, penyerahan deklarasi itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.

Menurut beliau, dalam pertemuan selama dua jam itu, pemimpin-pemimpin Kelantan dan Perdana Menteri turut berbincang mengenai hal ehwal kemajuan negeri Kelantan.

Antaranya termasuk hal-hal berkaitan royalti minyak, cadangan menyegerakan pembinaan lebuh raya baharu iaitu dari Gua Musang ke Kota Bharu, pembesaran lapangan terbang serta pembinaan stadium baharu.

Kita juga mengemukakan syor-syor tertentu kepada Perdana Menteri. Selain mengucapkan terima kasih kepada inisiatif yang kami ambil, Perdana Menteri juga berjanji akan melihat syor-syor yang dikemukakan pemimpin-pemimpin Kelantan,” katanya.

Annuar bagaimanapun berkata, syor-syor tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana masih dalam pertimbangan Najib namun banyak menyentuh hal-hal berkaitan politik, pembangunan dan ekonomi.

Dalam pertemuan itu juga, kata Annuar, Perdana Menteri turut berkongsi tentang perancangannya dalam mengukuhkan ekonomi serta hasil daripada langkah-langkah yang telah diambilnya dalam menangani keadaan kelembapan ekonomi global.

Pendirian Tengku Razaleigh dalam arena politik semasa sering menjadi persoalan berikutan tindakan Dr. Mahathir mengetuai sekumpulan individu termasuklah pemimpin pembangkang menggerakkan satu deklarasi mahu menjatuhkan Najib.

Pada majlis menandatangani deklarasi menentang Najib itu, nama Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan turut diumum oleh pengacara meskipun beliau tidak hadir.

Berikutan itu, timbul tanda tanya mengenai pendirian sebenar veteran UMNO berkenaan.

Pada 7 Mac lalu, ketika ditemui wartawan pada sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak mengetahui mengenai majlis menandatangani deklarasi menjatuhkan Najib itu.

“Saya tidak hadir. Saya tidak menyokong. Saya tidak tahu pun,” katanya ketika itu.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 25 Mac 2016

JAKOA akan percepatkan proses mengukur sempadan tanah milik Orang Asli di pedalaman Kelantan

PASIR MAS: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan mempercepatkan proses mengukur sempadan tanah milik masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman Kelantan terutama di Lojing, Gua Musang.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata Jakoa akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi mempercepatkan proses itu kerana tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kementerian telah memberi arahan kepada Jakoa untuk menyegerakan kerja ukur persempadanan tanah Orang Asli dan dalam masa sama kita minta kerajaan negeri tidak menggunakan tanah di kawasan Ulu Kelantan yang melibatkan masyarakat Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Jias di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan mengulas desakan masyarakat Orang Asli di beberapa perkampungan di sekitar tanah tinggi Lojing yang mahukan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan segera mewartakan kawasan tanah hak milik mereka bagi mengelakkan ianya diceroboh syarikat yang mengusahakan projek pertanian di tanah tinggi itu.

Beliau berkata kementeriannya amat prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat itu kerana mereka bergantung kepada hutan semulajadi sebagai punca pendapatan.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata UMNO Kelantan sentiasa menyokong kepimpinan parti dan menolak pemimpin atau bekas pemimpin yang cuba untuk menjatuhkan kepimpinan parti dan negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kesemua 14 ketua UMNO Bahagian di Kelantan menandatangani Deklarasi Kelantan, dokumen rasmi menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

"Saya kesal amat sangat apabila terdapat pemimpin dan bekas pemimpin menyerang kepimpinan negara dengan melemparkan pelbagai fitnah kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi...berilah mandat kepada pemimpin yang dipilih rakyat untuk memerintah," katanya.

Sumber: Bernama | 25 Mac 2016

Khamis, 24 Mac 2016

Deretan gerai berhampiran Bulatan Lemal diroboh

PASIR MAS: Pisang goreng, air kelapa dan beraneka jenis kuih muih yang dijual di deretan gerai berhampiran Bulatan Lemal di sini, sudah sebati dengan penduduk setempat dan orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Namun, setelah lebih 50 tahun beroperasi, deretan gerai berhampiran bulatan itu akhirnya terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membesarkan laluan dari Jambatan Salor, Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Kerja-kerja merobohkan gerai tersebut sudah bermula sejak kelmarin oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun peniaga sendiri selepas PBT mengeluarkan notis mengosongkan kawasan itu pada 20 Mac lalu.

Perasaan sedih dan pilu dirasai peniaga, Mazlan Ramli, 41, apabila melihat gerai miliknya dirobohkan.

Mazlan berkata, pendapatan sebagai peniaga pisang goreng di laluan berkenaan digunakan ayahnya untuk membesarkan dia dan adik beradik lain.

“Kalau tak silap saya lebih 50 tahun keluarga saya berniaga di sini. Tapak gerai ini juga warisan keluarga.

“Kebanyakan kami mencari rezeki dengan berniaga di gerai ini bagi menyara keluarga,” katanya. Mazlan berkata, dia menerima perkara itu dengan hati terbuka walaupun masih merasa sedih.


Tempat khas bantu peniaga

Mazlan berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat menyediakan tempat baharu bagi membantu peniaga di kawasan berkenaan terus mencari rezeki.

Katanya, peniaga kini buntu untuk mencari tempat bagi memulakan semula perniagaan mereka.

“Kami cuba mengenal pasti lokasi sesuai. Saya harap pihak berkenaan dapat bantu kami. Lagipun kawasan ini sudah terkenal dan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya.

Peniaga, Esah Daud, 65, berkata, dia berniaga di kawasan berkenaan sejak 16 tahun lalu dan jualan air kelapa sudah sebati dengan dirinya.

“Saya buntu nak cari tempat baharu untuk berniaga. Saya rayu pihak berkenaan bantu kami dengan sediakan tapak baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jajahan Pasir Mas, Dr Che Hamat Che Muda berkata, pihaknya sudah menyediakan tapak di Bandar Baharu Tasek Raja untuk membantu peniaga berkenaan.

Katanya, bagaimanapun kawasan itu masih belum boleh diduduki kerana mempunyai masalah teknikal.

“Kita akan berusaha bantu mereka. Untuk makluman kita sudah kenal pasti tapak di Mukim Apam, tetapi ia tidak dapat digunakan lagi dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Mac 2016

Kawalan sempadan M'sia-Thailand ditingkatkan berikutan penurunan paras Sungai Golok

KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menambahkan lagi anggotanya di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan berikutan penurunan paras air di Sungai Golok, yang dilihat memudahkan berlakunya aktiviti jenayah rentas sempadan.

Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin berkata usaha meningkatkan kawalan keselamatan di Sungai Golok di Rantau Panjang, yang menjadi sempadan kedua-dua negara itu akan turut dilaksanakan agensi-agensi lain yang berkaitan.

"Tambahan anggota di kawasan sempadan adalah perlu kerana air Sungai Golok yang semakin cetek dan memudahkan aktiviti jenayah rentas sempadan berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata 100 anggota dari 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditugaskan di kawasan sempadan itu bagi membantu 550 anggota dari 4 Rejimen Sempadan (RS).

Selain itu beliau berkata operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Diraja Thailand akan turut dilakukan.

Akhbar hari ini melaporkan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini menyebabkan paras air Sungai Golok di beberapa tempat di Rantau Panjang, Pasir Mas menjadi cetek dan membolehkan orang ramai menyeberang sungai berkenaan tanpa menggunakan bot.

Zarondin berkata pihaknya kini memantau setiap kampung serta laluan 'panas' yang sering digunakan penyeludup.

"Kita harap masyarakat setempat dapat memainkan peranan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan mereka," katanya.

Sumber: Bernama | 24 Mac 2016

Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir beroperasi September ini

JOHOR BAHRU: Kawasan Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir dijangka beroperasi sepenuhnya pada September ini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata setakat ini, 75 peratus persiapan bagi memulakan operasi pulau bebas cukai itu sudah dilakukan.

"Saya yakin kita boleh lancarkan pulau bebas cukai itu September ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Beautiful Terengganu Malaysia di Plaza Angsana di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd. Jidin Shafee.

Selain pulau bebas cukai itu, katanya Terengganu menawarkan pelbagai produk menarik buat pelancong termasuk Pesona Terengganu 2015, Beautiful Terengganu 2016 dan promosi peringkat antarabangsa di beberapa bandar utama di China.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri Terengganu menyasarkan kehadiran 6.5 juta pelancong dalam dan luar negara sempena program Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

"Kami menyasarkan antara 30 hingga 40 peratus daripada jumlah itu adalah pelancong antarabangsa," katanya.

Sumber: Bernama | 24 Mac 2016

Wakil Kemahang dinobat peninju terbaik Kejohanan Muay Kebangsaan

KOTA BHARU: Peninju dari Kelab Muay Thai Kemahang, Ahmad Saifullah Abdul Aziz, dinobatkan peninju terbaik Kejohanan Muay Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam tadi.

Ahmad Saifullah, 24, dipilih daripada kalangan 20 peninju yang mengambil bahagian pada kejohanan itu yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa lepas.

Kejohanan anjuran kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Muay Negeri Kelantan, melibatkan penyertaan dari tujuh negeri dan 14 kelab.

Ahmad Saifullah berkata beliau terlibat dalam sukan itu sejak dua tahun lepas dan anugerah yang diterimanya menjadi motivasi kepadanya untuk terus meraih kejayaan dalam sukan tersebut.

"Saya perlu berlatih dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan mutu persembahan dan teknik pertarungan untuk bersaing ke peringkat 
yang lebih tinggi sama ada kebangsaan atau antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Anizam Abd Rahman berkata kerajaan negeri bercadang menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan.

Sumber: Bernama | 24 Mac 2016

MITI highlights Kelantan's potential to EU delegation

KOTA BHARU: The Ministry of International Trade and Industry (Miti) will highlight Kelantan's potential as an investment destination of choice in Malaysia.

Kelantan director, Azran Deraman said for a start, a delegation from the European Union (EU), had been invited to view the state more closely.

"This programme is an early exposure for the delegation to enable them to know Kelantan and is in line with Miti Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed's desire to highlight new areas of focus.

"There are many sectors that can be expanded and we can also consolidate them all in respect of investments.

"Being the first time, we would like the EU delegation to become familiar with Kelantan by getting to know the community and areas of interest. We can then consider developing the specifics slowly," he added.

He told reporters this after hosting a dinner for a nine-man delegation from the EU. It was led by the Ambassador and Head of Delegation of the EU to Malaysia, Luc Vandebon, here last night.

"Also present was Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Vice-Chancellor, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Source: Bernama | 24 Mar 2016

MITI tonjol potensi Kelantan kepada delegasi Kesatuan Eropah

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menonjolkan potensi Kelantan sebagai destinasi pilihan terbaharu pelaburan di Malaysia.

Pengarah MITI Kelantan Azran Deraman berkata sebagai permulaan pihaknya telah menjemput delegasi dari Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenali lebih dekat negeri ini.

"Ada banyak sektor yang boleh dikembangkan dan kita boleh ketengahkan semua sektor (pelaburan). Mungkin buat pertama kali, kita mahu mereka mengenali dahulu tentang Kelantan, masyarakatnya, tempat tumpuan, dan kemudian berkembang secara perlahan-lahan.

"Program ini sebagai pendedahan awal supaya mereka mengenali Kelantan dan ia selari dengan hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri MITI) untuk menonjolkan tumpuan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi hos majlis makan malam bagi meraikan delegasi sembilan anggota dari EU yang diketuai Duta Besar dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Luc Vandebon di sini, Rabu malam.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Sumber: Bernama | 24 Mac 2016

SPAD looking into benefits of Tumpat - KL rail link

KUALA LUMPUR: A possible 600km East Coast railway line may be able to ferry passengers from Tumpat to Gombak in just under five hours.

The Land Public Transport Commission (SPAD) said the planned East Coast Rail Link would likely pass Dungun and Kuantan before ending in the Klang Valley.

“Driving from Tumpat by car to KL takes about six to seven hours. “Here (with the link) you’ll take about five hours,” SPAD chief executive Mohd Azharuddin Mat Sah told selected reporters here.

He added that the train would likely have a travel speed of up to 200kph. “It’s not high-speed rail ... but it’s faster than KTM trains,” said Azharuddin, adding that neither the project’s completion date nor its cost had been finalised yet.

SPAD and the East Coast Economic Region (ECER) Development Council previously came up with a market sensing exercise to find out what the interest was in this project.

Some 22 companies from three countries had shown interest in the project, said a SPAD official.

The line could also mean up to a 50% lower freight and passenger costs, SPAD information showed. It is also expected to pass Ben­tong, Mentakab, Kuala Terengganu and Kota Bharu.

SPAD is confident that the line can create an economic growth in the East Coast, pushing its gross domestic product (GDP) by 1.0 to 1.5 percentage points.

Going forward, it is hoped that the ECER will enjoy an annual GDP growth rate of about 9% each year.

The line is expected to be 538.6km long, with another 61.5km to be used as possible cargo spur lines.

For information on the project, visit www.spad.gov.my/ecrl.
 
Source: The Star | Nation | 24 Mar 2016

Rabu, 23 Mac 2016

MITI promosi Tok Bali produk pelaburan baharu di Kelantan

PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mempromosikan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai produk pelaburan baharu untuk menarik pelabur antarabangsa ke Kelantan.

Pengarah MITI Kelantan, Azran Deraman berkata Tok Bali mempunyai pelbagai prasarana terutamanya pangkalan pembekalan untuk industri minyak dan gas.

Menurutnya, Tok Bali yang terletak menghadap Laut China Selatan mempunyai pelabuhan dengan benteng pemecah ombak untuk keselamatan kapal berlabuh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, hari ini.

Azran berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya dalam urusan pengambilan balik tanah bagi projek pembangunan di Tok Bali.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, ramai pelabur yang melawat Tok Bali menunjukkan minat untuk melabur di kawasan tersebut.

Sumber: Bernama | 23 Mac 2016

Kilang pemprosesan kayu musnah dalam kebakaran di Kuala Krai

KOTA BHARU: Sebuah kilang pemprosesan kayu kerugian kira-kira RM25,000 dalam kebakaran di Kampung Keroh, Kuala Krai awal hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II, Che Razak Harun berkata kebakaran yang berlaku pukul 4.44 pagi itu memusnahkan sebuah daripada tiga bangunan yang terdapat di kilang tersebut.

"Turut musnah dua buah mesin pemprosesan kayu yang terdapat dalam bangunan itu," katanya ketika dihubungi Rabu.

Che Razak berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran sedang dalam siasatan.

Beliau berkata seramai lapan anggota bersama tiga jentera bomba yang tiba di lokasi kebakaran pukul 5.02 pagi berjaya memadamkan api daripada merebak ke bangunan lain di kilang tersebut dalam tempoh dua jam setengah.

Sumber: Bernama | 23 Mac 2016

Kilang perabot musnah dalam kebakaran di Kota Bharu

KOTA BHARU: Sebuah kilang perabot musnah dalam satu kebakaran di Kampung Padang Bongor, Binjai di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Ayub Mustafa berkata kebakaran yang berlaku pada 2.10 petang itu memusnahkan keseluruhan kilang, mesin dan perabot di dalamnya.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran sedang disiasat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Ayub berkata seramai 21 anggota bersama empat jentera bomba dihantar untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Zaharudin Yaacob, 47, berkata beliau mengalami kerugian kira-kira RM400,000 setelah pelbagai jenis perabot kayu musnah.

Zaharudin berkata beliau mengetahui kebakaran itu semasa di rumah selepas menerima panggilan daripada pekerjanya pada 2.15 petang.

Sumber: Bernama | 22 Mac 2016

Tren laluan Pantai Timur dijangka beroperasi sepenuhnya April ini

Sebuah lokomotif menjalankan ujian ke atas Jambatan Kereta Api Kemubu pada 16 Mac lalu. 
KOTA BHARU: Perkhidmatan kereta api untuk semua laluan Pantai Timur dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan memandangkan jambatan Kemubu, Kuala Krai yang rosak teruk akibat bah kuning telah selesai dibaik pulih.

Jurutera Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd. Alpiza Che Ibrahim berkata, ujian ke atas jambatan tersebut bagi menilai kekuatannya menggunakan satu unit lokomotif telah dijalankan pada 16 Mac lalu.

“Lokomotif tersebut digerakkan dari Stesen Kemubu hingga ke Stesen Gua Musang. Berdasarkan ujian tersebut, kami yakin rel di sepanjang laluan itu berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada penghujung Disember 2014, arus deras bah kuning telah memutuskan jambatan besi rel kereta api sepanjang 500 meter yang merentasi Sungai Galas di Kampung Kemubu yang terletak di kaki Gunung Stong serta kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu.

Satu pertiga daripada binaan besi jambatan itu terdampar kira-kira 100 meter dari lokasi asalnya di tepi tebing sungai berkenaan.

Tanggal 31 Ogos tahun lalu, perkhidmatan kereta api ulang alik bermula seawal pukul 3 pagi dari Tumpat ke Kemubu telah dibuka semula selepas tertangguh hampir lapan bulan akibat bah kuning.

Bagaimanapun, laluan dari Kemubu ke Gua Musang masih tergendala ekoran kerja-kerja membaiki jambatan Kemubu mengambil masa lebih lama untuk disiapkan.

Mohd. Alpiza memberitahu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan satu lagi ujian pada 30 April ini untuk melihat kesiapsiagaan jam­batan Kemubu sebelum dibenarkan beroperasi.

Kata beliau, sekiranya pihak SPAD berpuas hati dan memberikan pengesahan berhubung keadaan jambatan itu, perkhidmatan kereta api yang sebelum ini terputus akan kembali beroperasi se­perti biasa.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 23 Mac 2016

Bukan konspirasi politik – Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) menegaskan beliau tidak akan berselindung dengan memberi alasan bahawa penahanan seorang pegawai kanan kementeriannya yang disyaki menyeleweng dana mencecah RM100 juta sebagai konspirasi politik.

Tegasnya, rasuah adalah jenayah maka siasatan secara menyeluruh serta telus perlu dilakukan terhadap kes berkenaan.

“Ini melibatkan jumlah dana yang besar dan akan mengundang kemarahan rakyat. Mereka berhak untuk marah dan saya amat kecewa.

“Rasuah tetap rasuah. Saya tidak boleh kata atau beri alasan bahawa ini adalah konspirasi politik untuk jatuhkan saya, kalau rasuah itu berlaku kita kena ambil tindakan, saya tidak akan berselindung di belakang alasan, salah tetap salah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Pada 18 Mac lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian dan lapan orang yang merupakan kontraktor kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Sehubungan itu juga, satu pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kelompangan dalam prosedur perolehan kementerian itu selain menambah baik proses tatacara kewangan dalaman.

Mengulas lanjut berhubung perkembangan kes tersebut, Khairy memberitahu, perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan dibentangkan ke Kabinet Jumaat ini.

“Perdana Menteri juga telah mengarahkan supaya perkara ini diperbetulkan. Selaku menteri yang bertanggungjawab hari ini saya menjawab apa yang berlaku untuk kes yang berada di hadapan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy memberitahu, beliau bersetuju terhadap cadangan mengehadkan tempoh perjawatan pegawai di kementerian terutamanya yang melibatkan bahagian sensitif seperti kewangan dan perolehan.

“Mereka mesti dihadkan tempoh perkhidmatan di bahagian tersebut. Mesti ada pertukaran yang dibuat secara kerap,” katanya yang turut memaklumkan bahawa pegawai terbabit telah memulakan khidmat di kementerian itu sejak 1998.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 23 Mac 2016

Selasa, 22 Mac 2016

Kementerian Pengangkutan siasat pas penerbangan tulisan tangan Rayani Air

PETALING JAYA: Pengeluaran pas penerbangan Rayani Air menggunakan tulisan tangan yang menjadi viral di media sosial berpunca daripada masalah sistem berkaitan dengan pertukaran tarikh.

Sumber Rayani Air yang mengesahkan mengenai penggunaan pas berkenaan memberitahu mStar Online bahawa insiden berlaku apabila penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching yang dijadualkan pada 17 Mac lalu terpaksa ditunda kepada awal pagi 18 Mac.

“Bagaimanapun pas penerbangan tidak dapat dicetak pada awal pagi 18 Mac disebabkan oleh masalah sistem berkaitan dengan pertukaran tarikh.

“Insiden itu sedang disiasat dan laporan penuh mengenainya dijangka dikeluarkan pada petang ini. Laporan itu akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),” katanya pada Selasa.

Difahamkan, syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu akan mengeluarkan kenyataan media bagi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Pada Isnin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian akan memeriksa dakwaan pas penerbangan bertulisan tangan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu.

"Kita akan menyiasat mengapa mereka menggunakan pas bertulisan tangan sedangkan ia boleh dikeluarkan tanpa kertas dan orang ramai menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendaftar masuk.

"Kita perlu menyiasat kes ini kerana ia boleh menjadi ancaman keselamatan," katanya.

Tiong Lai sebelum itu menegur Rayani Air kerana membatalkan penerbangan tanpa amaran dan tiada penggantian disediakan.

Katanya, Kementerian Pengangkutan boleh menggantung syarikat penerbangan yang baru beroperasi itu jika aduan terus dibuat terhadapnya.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Rayani Air menegaskan pihaknya bukan sengaja membatalkan atau menyebabkan kelewatan penerbangan tetapi terpaksa melakukannya disebabkan masalah teknikal yang tidak dijangka.

Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Anisah Azharuddin berkata, situasi tambah rumit kerana Rayani Air hanya beroperasi dengan dua pesawat sahaja ketika ini.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan syarikat itu sedang menambah baik operasi bukan sahaja dari segi syariah, tetapi juga jadual penerbangan. 

Sumber: mStar Online | 22 Mac 2016

Ringgit mengukuh kepada 3.99 berbanding dolar Amerika

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia kini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan ketika permintaan muncul di kalangan penggiat institusi asing untuk membeli mata wang tempatan itu bagi diniagakan di Bursa Malaysia dan pasaran bon.

Unit tempatan itu mencecah 3.9910/9970 pada jam 3 petang untuk kali pertama tahun ini. Kali terakhir ia menguji 3.9600/9630 ialah pada 11 Ogos 2015.

Peniaga berkata, ringgit berada dalam arah aliran (trend) meningkat selepas dirangsang kenaikan harga minyak mentah serta peningkatan sentimen ke atas pasaran ekuiti dan bon.

Ketua Penyelidik MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata, kenaikan itu sudah dijangka berikutan pengaliran masuk dana asing yang mantap ke dalam pasaran ekuiti.

"Belian asing bersih di Bursa Malaysia telah berterusan untuk 16 hari berturut-turut," katanya kepada Bernama, dengan menambah bursa tempatan telah menarik lebih banyak modal portfolio luaran berbanding bursa serantau lain.

"Keyakinan telah kembali dengan mantap sejak awal Mac," tambahnya.

Zulkifli berkata, momentum meningkat nampak mampan ketika harga minyak kekal berdaya tahan di samping kenyataan yang pasaran hadapan luar pesisir tidak diserah adalah bulis ke atas ringgit.

"Peluang dana asing memasuki pasaran ekuiti tempatan masih terbuka walaupun selepas belian besar-besaran pada Mac. Pegangan asing ke atas saham Malaysia masih rendah, mungkin kurang daripada 23 peratus," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan yang ringgit masih terlalu salah jajaran berbanding asas-asasnya.

Sumber: Bernama | 22 Mac 2016

Aimfora labur RM950 juta bangunkan bandar Islam di Tok Bali

PASIR PUTEH: Aimfora Holdings Sdn Bhd memperuntukkan RM950 juta untuk membangunkan sebuah bandar Islam bertaraf antarabangsa di Tok Bali di sini, dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Mohammed Hashbollah berkata pembangunan bandar berkenaan akan melibatkan antaranya pusat kewangan Islam, pusat komersial Zheng Ho, perumahan eksklusif, taman bandar, perumahan kos sederhana, pusat ilmu, komuniti Islam, masjid terapung, hospital Islam dan perumahan eksklusif.

"Kerajaan negeri pada dasarnya sudah bersetuju meluluskan tapak seluas 140 hektar berhampiran dengan terusan Semerak (di Tok Bali) untuk projek ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mendengar taklimat mengenai peluang pelaburan di Tok Bali di sini, hari ini.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh Mohd Anis Hussein yang juga Ketua Jajahan Pasir Puteh.

Mohammed berkata syarikat tersebut juga akan melaksanakan projek membangunkan Sungai Semerak dan Terusan Tok Bali di samping pembinaan padang golf bagi meningatkan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Beliau berkata projek berkenaan akan bermula dalam tempoh enam bulan dari sekarang termasuk urusan pengambilan balik tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik tanah terbabit.

Beliau berkata kira-kira 12,000 penduduk di kawasan berkenaan akan mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan apabila projek tersebut siap.

Mohammed berkata pelabur dari luar negara terutama Bangladesh, Syria dan China sudah memberi jaminan akan turut melabur di kawasan itu.

Sementara itu, Mohd Anis berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh terhadap syarikat terbabit terutama dalam urusan pengambilan balik tanah, bagi tujuan pembangunan tersebut.

Sumber: Bernama | 22 Mac 2016

Aimfora to develop Islamic city in Tok Bali

PASIR PUTEH: Aimfora Holdings Sdn Bhd has allocated RM950 million to develop an international Islamic city within five to six years in Tok Bali.

Executive Director Datuk Mohammed Hashbollah said that among the infrastructure to be developed in the city would be the Islamic financial centre, Zheng Ho commercial centre, exclusive housing, city park, medium-cost housing, knowledge centre, Islamic community, floating mosque and Islamic medical centre.

"Basically, the state government has approved 56 hectares nearby the Semarak Canal (in Tok Bali) for the development," he told reporters after attending a briefing on investment opportunities in Tok Bali here Tuesday.

Mohammed said that Aimfora would also engage in projects to develop the Semarak River and Tok Bali Canal besides developing a golf course to trigger tourism in the area.

He added that the project would commence six months from now after land requisition and compensation payment to affected land owners.

Mohammed also said the project would create job opportunities to about 12,000 residents in the area.

He added that foreign investors, especially from Bangladesh, Syria and China have expressed commitment to invest in the area.

Source: Bernama | 22 Mar 2016

Kementerian Pengangkutan akan panggil pengurusan Rayani Air

SEPANG: Kementerian Pengangkutan akan memanggil pihak pengurusan Rayani Air bagi mendapatkan penjelasan berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatan dan operasi syarikat penerbangan itu.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata kementerian belum berpuas hati dengan tindakan Rayani Air dalam memperbaiki kualiti perkhidmatan selepas diberi amaran pertama bulan lepas.

Beliau berkata kementerian tidak akan teragak-agak memberi amaran kedua jika tiada tindakan lebih konkrit dan komprehensif diambil syarikat terbabit dalam mengatasi masalah operasi seperti diadukan.

"Mungkin apa yang berlaku di Rayani Air bukan disengajakan, kerana mereka juga beri keutamaan kepada keselamatan (penumpang).

"Tetapi sebagai kementerian bertanggungjawab mengawal selia syarikat penerbangan, kita mahu mereka memberikan perkhidmatan terbaik mengikut standard ditetapkan," katanya.

Beliau membuat kenyataan itu ketika ditemui selepas melancarkan Minggu Kempen Keselamatan Malindo Air sempena ulang tahun ketiga syarikat itu di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata Rayani Air berdepan tindakan digantung operasi jika syarikat penerbangan itu gagal mematuhi garis panduan ditetapkan kementeriannya.

Berdasarkan standard minimum, setiap syarikat penerbangan perlu mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus ketepatan masa ketibaan sebagai indeks prestasi utama tahunan.

Jika gagal mereka akan diberikan amaran, katanya.

Sharipuddin sekali lagi menegaskan pengguna yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan boleh mengadu terus kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang baru ditubuhkan.

Sumber: Bernama | 22 Mac 2016

El-Nino: MTRK agih 100,000 air mineral di Kelantan

TANAH MERAH: Prihatin dengan kesan cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino yang sedang dialami negara, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan mengagihkan 100,000 botol air mineral kepada orang ramai di negeri ini.

Timbalan Presiden MTRK Datuk Shaari Hassan berkata pengagihan air mineral itu adalah antara kempen kesedaran agar orang ramai minum air secukupnya ketika cuaca panas melampau ketika ini, bagi mengekalkan kecergasan.

"Kami akan menggerakkan kampen ini ke seluruh Kelantan dengan mengagihkan 100,000 botol air mineral secepat mungkin kepada masyarakat terutamanya kepada pelajar sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan 5,000 botol air mineral kepada orang ramai termasuk pelajar sekolah dan pemandu teksi di bandar Tanah Merah Selasa.

Shaari berkata murid sekolah rendah menjadi keutamaan dalam kempen tersebut bagi mengelak kesihatan mereka terjejas.

Sumber: Bernama | 22 Mac 2016

Polis Kelantan tahan dua lelaki, rampas sepucuk pistol

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol dalam satu sekatan jalan raya berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat Kampung Gemang, Jeli, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dua lelaki berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan ketika mereka menaiki sebuah kereta di sekatan jalan raya itu pada 3.25 pagi.

"Apabila anggota kami mahu melakukan pemeriksaan, kedua-dua suspek cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan sebelum anggota kami berjaya menahan suspek terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata pemeriksaan terhadap kereta tersebut menemui sepucuk pistol jenis .38 bersama 10 butir peluru hidup serta 19 biji pil kuda (methamphetamine).

Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan penyeludupan daun ketum.

Kedua-dua suspek itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Ditanya mengenai kes tiga tahanan polis yang melarikan diri di Balai Polis Pasir Mas pada Jumaat lepas, Mazlan berkata pihaknya sudah menahan dua orang, manakala seorang lagi masih bebas.

Tiga tahanan itu melarikan diri dari Balai Polis Pasir Mas selepas mereka pulang daripada mahkamah pada petang Sabtu.

Mereka yang berusia 20, 30 dan 31 tahun itu ditahan berkaitan kes dadah.

Sumber: Bernama | 21 Mac 2016

Isnin, 21 Mac 2016

Kerajaan Persekutuan beri RM88 juta bina jalan, jambatan di DUN Nenggiri

GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM88 juta bagi membina jambatan dan jalan raya untuk kemudahan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini.

Anggota DUN Nenggiri Datuk Mat Yusoff Ab Ghani berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM39 juta disediakan untuk pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Bertam Baru dan Kampung Bertam Lama.

"Sebanyak RM49 juta lagi untuk pembinaan jalan raya menghubungkan Ladang Serasa dengan Kampung Kuala Sungai di sini," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Cakna Telekom Malaysia (TM) Bersama Saudara Kita di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Lah di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar TM Kelantan, Abdul Rashid Che Othman dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan Mahadi Awang.

Kerajaan Persekutuan juga dalam proses membina 18 rumah kekal baharu di Kampung Star di sini untuk penduduk yang rumah mereka musnah dalam kejadian banjir 2014, katanya.

Sumber: Bernama | 21 Mac 2016

Cuaca panas: 30 kebakaran hutan direkodkan di Kelantan

PASIR MAS: Sebanyak 30 kes membabitkan kebakaran hutan di Kelantan direkodkan sejak Januari hingga 15 Mac lepas akibat cuaca panas dan kering berikutan fenomena El-Nino.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman berkata berdasarkan bilangan kes yang direkodkan itu, pihaknya memberi lebih tumpuan kepada kebakaran hutan di tanah gambut yang mana proses untuk memadamkan kebakaran mengambil masa lama antara dua dan tiga hari.

"Kawasan terbabit antaranya di Beris Lalang, Bachok yang melibatkan kebakaran seluas 67 hektar dan di kawasan hutan sepanjang jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang yang lazim berlaku kebakaran apabila tiba musim kemarau," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, hari ini.

Azmi berkata kebakaran di Beris Lalang itu jika tidak dipadamkan segera akan menular ke kawasan kebun getah dan sawit sekaligus menjejaskan pendapatan petani.

"Selain terdapat kawasan tanaman, di sana (Beris Lalang) juga ada kawasan chalet yang menjadi tumpuan pelancong asing, kebakaran yang berlaku itu akan menyebabkan mereka tidak selesa," katanya.

Katanya setakat ini, pihaknya telah menempatkan 30 anggota dan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dalam menyalurkan bekalan air yang mencukupi untuk kedua-dua kawasan yang mengalami kebakaran.

Sumber: Bernama | 21 Mac 2016

Rakyat Kelantan diminta akur persetujuan berhubung wang ihsan

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan hari ini diminta akur dengan persetujuan dicapai antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berhubung peruntukan wang ihsan.

Menggesa demikian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata persetujuan itu bagi pembahagian wang ihsan negeri ini secara 50-50.

"Sebelum ini ada pihak yang tidak senang dengan JPP sahaja yang uruskan perkara ini.

"Sekarang kita sudah buat pembahagian melalui persefahaman yang dicapai bersama kerajaan persekutuan dan negeri.

"Ia merupakan satu kompromi yang mengambil kira pandangan rakyat Kelantan," kata Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan.

Beliau bercakap kepada pemberita di majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Warga Wisma Persekutuan di perkarangan bangunan itu di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sumber: Bernama | 20 Mac 2016

Ahad, 20 Mac 2016

Kuala Krai catat bacaan suhu tertinggi di Kelantan

KOTA BHARU: Kuala Krai mencatat bacaan suhu tertinggi di Kelantan iaitu 36 darjah Celsius setakat tengah hari tadi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Kelantan Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata daerah lain mencatat suhu antara 33 dan 35 darjah Celsius.

Semasa dihubungi Bernama, beliau menafikan bacaan suhu di Kelantan hari ini mencecah 39 darjah Celsius seperti yang disebarkan melalui laman sosial.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya maklumat seumpama itu sebaliknya merujuk terlebih dahulu dengan jabatan itu.

Sumber: Bernama | 20 Mac 2016

TNB Kelantan peruntuk RM85 juta baik pulih prasarana

TANAH MERAH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk membaik pulih prasarananya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna.

Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Md Yusof berkata peruntukan itu digunakan antaranya untuk penukaran pendawaian elektrik yang lama dan membina pencawang baharu.

"Projek itu dilaksanakan pada awal September tahun lalu dan akan berakhir pada Ogos tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Program Bersama Komuniti Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Ipoh di sini, Ahad yang dirasmikan oleh Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Md Yuslan berkata pihaknya mahu mengurangkan gangguan bekalan elektrik dan mempercepatkan pemulihan bekalan sekiranya berlaku kerosakan di sesuatu kawasan.

"Pihak kami juga sentiasa bekerjasama dengan kerajaan untuk pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami di negeri ini," katanya.

Sementara itu, ditanya kedudukkan paras air di Empangan Pergau di Jeli yang digunakan untuk menjana elektrik (stesen hidroelektrik) berikutan cuaca panas dan kering sekarang ini, Md Yuslan berkata paras air di empangan itu masih mencukupi untuk menjana bekalan elektrik.

Sumber: Bernama | 20 Mac 2016