Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 26 Ogos 2017

KL2017: Pecah rekod pun kejayaan

Dari kiri: Kuartet negara Muhammad Haiqal, Badrul Hisyam, Jonathan Nyepa dan Nixson Kennedy selepas aksi 4X100m lelaki akhir di Bukit Jalil, semalam.
WALAUPUN sekadar menamatkan cabaran di tempat keempat kuartet 4x100m lelaki, pelari negara, Badrul Hisyam Abdul Manap tetap berpuas hati dengan pencapaian di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila berjaya memperbaharui rekod kebang-saan milik mereka.

Dalam final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, skuad negara yang dibarisi Badrul, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Nixson Kennedy berjaya mencatat masa 39.27 saat sekali gus memadamkan rekod kebangsaan yang dilakukan mereka iaitu 39.62 saat pada Julai lalu di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam.

“Kami sudah cuba yang terbaik, walaupun tanpa pingat tapi Alhamdulillah kami dapat pecah rekod kebangsaan yang dibuat di Vietnam.

“Terima kasih kepada jurulatih, rakyat Malaysia dan keluarga yang hadir memberi sokongan, esok (hari ini) kami ada satu lagi acara 4x400m dan berharap dapat memperbaharui rekod kebang-saan sekali lagi. Andai dapat pingat ia satu bonus buat kami,” katanya yang turun pelari ketiga pada sai-ngan tersebut.

Emas dirangkul kuartet Thailand yang turut memperbaharui rekod temasya dengan catatan 38.90 saat berbanding rekod dipegang mereka sendiri, 38.95 saat manakala perak milik kuartet Indonesia sementara Filipina meraih gangsa.

Ketika ditanya adakah ketiadaan Khairul Hafiz Jantan mengganggu rentak larian kuartet negara, Badrul Hisyam menafikannya.

“Dalam sukan memang perkara itu berlaku, tetapi kami tetap bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan buktinya kami pecah rekod kebangsaan,” katanya yang tidak meletak sebarang sasaran untuk acara 4x400 hari ini.

Dalam pada itu, kuartet wanita negara turut gagal menyumbang pingat kepada kontinjen Malaysia apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan 45.39 saat, jauh ketinggalan kuartet Vietnam yang memperbaharui rekod temasya dengan 43.88 saat untuk meraih emas.
Sumber: Sinar Harian | Sukan - Terkini | 26 Ogos 2017

Jumaat, 25 Ogos 2017

Badang Malaysia sambar dua gelaran Mr. Asia

Dari kini: Buda, Melvyn, Othman Yahya (jurulatih), Syahrul Azman dan Awang Mohamad Azizul Ghani memperagakan piala dan pingat masing-masing pada Kejohanan Bina Badan Mr Asia 2017 di Seoul, Korea Selatan, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Dua gelaran Mr. Asia diraih atlet bina badan negara apabila memenangi emas di Kejohanan Bina Badan Mr. Asia 2017 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, malam tadi.

Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah tampil cemerlang apabila mempertahankan emas dalam kategori athletics physique 167 sm, selain Malvern Abdullah yang menjuarai kategori bawah 60 kg.

"Walaupun bina badan tidak dipertandingkan di Sukan SEA, kami tetap membawa pulang pingat dua emas, satu perak dan dua gangsa di pentas Asia.

"Sesuatu yang merugikan apabila bina badan tidak dipertandingkan di Sukan SEA. Bagaimanapun kami tetap berbangga dapat menyumbangkan emas untuk negara walaupun di pentas yang berbeza," jelas Syahrul Azman.

Perak diraih Buda Anchah bagi bawah 70 kg selain gangsa dalam kategori Masters (umur 40-50 tahun).

Sebutir lagi gangsa turut disumbangkan Awang Mohamad Azizul Ghani bagi bawah 75 kg.

Sumber: Berita Harian | Sukan-sukan Lain | 25 Ogos 2017

Mustapa Mohamed kemalangan di Kampung Batu Gajah

KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km 69, Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad yang mengesahkan kejadian tersebut berkata Anggota Parlimen Jeli itu dan pemandu serta pengawal peribadinya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang berkenaan.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai yang dinaiki Mustapa dirempuh sebuah kenderaan jenis Volkswagen Polo ketika sedang masuk ke sebuah simpang.

"Berikutan itu, kenderaan yang dinaiki Mustapa mengalami sedikit kerosakan di sebelah kiri bahagian depan,"katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Sementara itu, pemandu Mustapa yang dikenali sebagai Muslim, berkata mereka dalam perjalanan dari Bachok menghala ke Kampung Batu Gajah untuk menziarahi rakyat di kawasan berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian di sebuah simpang empat, saya memberhentikan kenderaan untuk masuk ke simpang kanan sebelum sebuah kereta merempuh kenderaan kami dari arah depan.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami bertiga tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya ketika dihubungi.

Sumber: Bernama | 25 Ogos 2017

PTPTN Kelantan peruntuk RM4 juta pendahuluan kepada bakal siswa

KOTA BHARU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi membiayai 2,692 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi bermula September ini.

Pengurus Besar PTPTN Kelantan Mohd Azrul Akmal Mamat berkata ia akan diagihkan kepada 10 kawasan Parlimen negeri ini dengan kebanyakan penerima tergolong daripada keluarga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"WPP (Wang Pendahuluan Pembiayaan) adalah sebahagian daripada PTPTN dan mereka perlu membayarnya semula selepas tamat pengajian.

"Bagi pelajar yang mendapat WPP tetapi enggan membuat pinjaman PTPTN pula, mereka perlu membayar balik WPP dalam tempoh tujuh bulan selepas memperoleh perkerjaan kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan WPP Pelajar Ijazah Sesi 2017/2018 yang disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu Tan Sri Mohd Fatmi Che Salleh di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Seramai 736 pelajar yang akan menyambung pengajian ke universiti pilihan masing-masing daripada tiga kawasan Parlimen iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian menerima WPP sebanyak RM1,500 seorang.

Sementara itu, Mohd Fatmi berkata program penyerahan WPP berjumlah RM1.1 juta itu diuruskan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kota Bharu bagi program sarjana muda.

Beliau berkata wang pendahuluan itu adalah bagi kegunaan pelajar menguruskan segala keperluan peringkat awal sebelum melangkah ke universiti. 

"Saya nasihatkan pelajar agar menggunakan wang berkenaan untuk keperluan belajar sahaja dan janganlah digunakan untuk perkara lain kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada mereka pada masa depan," katanya.

Sumber: Bernama | 25 Ogos 2017

Polis siasat dakwaan murid nyaris diculik di Tanah Merah

TANAH MERAH: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan membabitkan dua kanak-kanak yang didakwa hampir menjadi mangsa penculikan didalangi warga asing di jajahan ini dalam kejadian pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohammed berkata polis hanya dimaklumkan mengenai kes itu menerusi laporan polis yang dibuat oleh keluarga kanak-kanak itu pada Isnin lepas.

"Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan dan polis telah mengambil keterangan daripada mereka. Siasatan lanjut berkaitan dakwaan itu akan dibuat," katanya di sini hari ini 

Sementara itu, ketika ditemui hari ini dua kanak-kanak itu, masing-masing berumur 9 dan 11 tahun yang masih trauma mengakui terpaksa melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak dan dinaiki dua lelaki yang dipercayai cuba menculik mereka, dalam kejadian itu.

Menurut mereka, kejadian bermula ketika mereka sedang bermain bola sepak bersama dua rakan lain kira-kira pukul 5 petang di Kampung Cermin, Gual Ipoh dekat sini, tiba-tiba dipanggil oleh dua lelaki tidak dikenali yang memperlahankan kereta, kononnya untuk bertanya arah ke Kampung Bukit Telaga.

Kedua-dua lelaki itu kemudian mengajak mereka menaiki kereta bagi membantu menunjuk arah laluan dan ketika sedang memasuki kereta mereka menyedari seorang daripada lelaki yang berada di kerusi belakang telah memakai topeng muka.

Difahamkan mereka kemudian cuba keluar dari kereta itu tetapi seorang daripada lelaki berkenaan segera mengunci pintu dan selain memberi amaran untuk diam, seorang daripada kanak-kanak itu turut dikenakan hirisan limau di mata bagi menggelakkannya melarikan diri.

Menurut kanak-kanak itu dalam keadaan cemas, mereka nekad melompat keluar dari kereta selepas membuka kunci pintu apabila kereta itu dipandu perlahan ketika melalui satu selekoh.

Kanak-kanak itu kemudian berlari untuk bersembunyi di belakang sebuah rumah dan hanya keluar untuk balik ke rumah selepas kereta itu beredar.

Kanak-kanak itu juga masih enggan ke sekolah akibat trauma sejak kejadian itu.

Sumber: Bernama | 24 Ogos 2017

Ahad, 20 Ogos 2017

BN Kelantan teliti calon PRU14 - Mustapa

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan sedang meneliti senarai pendek calon yang mampu memberi kemenangan kepada BN di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata ia bagi memastikan BN mendapat jumlah kerusi maksimum terutama di DUN bagi membentuk kerajaan di Kelantan.

"Calon masih 'yang mampu menang', cuma kali ini, kita lebih teliti dan definisinya lebih luas (berbanding PRU13). Senarai calon ini dibawa kepada pucuk pimpinan pada tahun lepas lagi.

"Ada lebih dua calon disenaraikan di setiap kawasan (Parlimen dan DUN) negeri dan saya akan jumpa setiap ketua bahagian dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih terperinci (mengenai calon)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kelantan dan Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata senarai calon masih itu merangkumi calon baharu dan lama serta memberi peluang kepada golongan wanita bertanding pada pilihan raya umum itu nanti.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata BN Kelantan sentiasa bersedia berdepan dengan apa juga cabaran daripada pembangkang.

"Kita tak boleh ramal apa yang berlaku. Khabar angin menyatakan bukan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sahaja yang nak berbaik dengan PAS, malah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga.

"Kalau hari ini (ramalannya) begini, hari esok mungkin lain pula. Bagaimanapun, kita sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan," katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata pengundi luar masih menjadi faktor kemenangan setiap parti yang bertanding di negeri ini dan BN Kelantan akan terus berusaha mendekati kumpulan itu menerusi pelbagai program yang disusun.

Sumber: Bernama | 20 Ogos 2017

Penternak disaran vaksin sendiri lembu

GUA MUSANG: Lebih 60,000 penternak lembu di seluruh Kelantan disarankan agar belajar menyuntik vaksin sendiri ternakan mereka bagi mencegah penyakit kuku dan mulut yang sering menyerang haiwan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bilangan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan amat terhad untuk melaksanakan suntikan vaksin itu jika ia berlaku.

"Kita anggarkan terdapat lebih 112,000 lembu sedang diternak di negeri ini dan jika penyakit berkenaan merebak, kita tak mampu tanganinya dalam tempoh yang singkat," katanya selepas merasmikan Sidang Penternak di Pusat Perkhidmatan Veterinar Kecil di Chiku 3 di sini, hari ini.

Justeru, kerajaan negeri membuka peluang kepada penternak untuk belajar kaedah suntikan tersebut bagi mengelak mereka kerugian jika sebarang penyakit berkaitan haiwan berlaku.

Che Abdullah memuji golongan muda yang mengambil alih aktiviti penternakan daripada bapa mereka dan mengkomersialkannya ke tahap yang lebih baik.

Beliau menyarankan kepada generasi muda agar menceburi bidang ini kerana ia mampu memberi pendapatan lumayan.

Sumber: Bernama | 20 Ogos 2017

Kerajaan negeri enggan beri kelulusan tanah, projek tanaman gaharu tidak dapat dijalankan

Tengku Razaleigh Hamzah memotong pulut kuning tanda perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang 2017 di Dewan Bukit Cekati, di sini.
GUA MUSANG: Projek tanaman gaharu di dua kawasan melibatkan Dun Galas dan Nenggiri masih lagi tidak dapat dijalankan ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah.

Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sehingga kini, kerajaan masih menunggu kelulusan tanah seluas 400 ekar yang dimohon daripada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek berkenaan.

Katanya, peruntukkan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sudah lama diluluskan iaitu sebanyak RM5 juta sebagai dana permulaan.

"Projek tanaman gaharu ini adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan kekal untuk masyarakat Orang Asli. Namun sehingga kini, kerajaan negeri masih belum beri tanah yang diperlukan.

"Malah, surat yang dihantar juga masih belum dijawab hingga kini. Saya tidak tahu kenapa kerajaan negeri memandang enteng perkara yang melibatkan Orang Asli padahal mereka juga rakyat kita.

"Kita memerlukan tanah kerana gaharu tidak boleh ditanam atas angin. Sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan tanah Yayasan Islam Kelantan (Yik) namun kita tolak kerana langkah itu merugikan Orang Asli yang berpenat lelah sedangkan hasil tidak disalurkan kepada mereka secara saksama kerana ditanam atas tanah orang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang 2017 di Dewan Bukit Cekati, di sini, hari ini.

Tambah Tengku Razaleigh, pasaran gaharu mampu menjana pendapatan sekitar RM25,000 hingga RM30,000 bagi satu tan dan ia satu inisiatif baharu untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Orang Asli di daerah ini yang rata-ratanya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 Ogos 2017

AmBank Group continues to assist residents of Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan

KUALA LUMPUR: AmBank Group’s is in its final phase in providing assistance to residents of Kampung Pasir Era who were affected by the floods in 2015. The Group’s contribution towards the community lent its helping hand in building an additional three new houses as well as repairing 29 more houses for the residents.

A simple ceremony was held on Thursday, 17 August 2017 to officially hand-over the keys, as well as present the newly-repaired house to the residents of Kampung Pasir Era. The three new houses comprise of two room units fitted with household furniture, while repairs to the other 29 houses included repairs for the roof, ceiling, kitchen and walls, among others. The total investment to the reconstruction, household furniture and rehabilitation of the homes was RM255,000. 

Present at the ceremony to deliver the keys to the residents of the new homes and also to inspect the repair works was Syed Anuar Syed Ali, Head, Group Corporate Communications and Marketing, AmBank Group accompanied by the management and staff from AmBank Kelantan office.

Two years ago on 2 January 2015, Tan Sri Azman Hashim, Chairman, AmBank Group visited the area and made a pledge and committed RM1 million to assist the residents affected in the area. On 16 June 2015, Tan Sri Azman presented keys to 17 new houses to residents who lost their homes and a further 27 homes were repaired due to the massive flood which hit the east coast of Malaysia. The investment amount of RM1 million towards the reconstruction and rehabilitation works in 2015, was jointly contributed by Tan Sri Azman Hashim and AmBank Group.

“Today’s ceremony marks another milestone for all of us, especially for us AmBankers, for being able to continue our CSR efforts to restore the living standards of the residents in Kampung Pasir Era,” said Syed Anuar Syed Ali.

“We are indeed grateful and pleased to be able to bring back the joy and smiles to these 32 families with the completion of the construction and repairs of the houses,” he added.

The reconstruction and rehabilitation of the homes in Kampung Pasir Era has now benefited a total of 76 families, taking into account the 44 families aided in 2015.

“Our community engagement initiatives remain part of our corporate DNA to reach out to all cross-sections of the underserved community, as we continue supporting and contributing towards various charities and welfare-driven causes in the country,” said Syed Anuar.

Source: AmBank Group | 18 August 2017

Jumaat, 18 Ogos 2017

Kementerian Pertahanan timbang wujud kem Rejimen Sempadan di Rantau Panjang

PASIR MAS: Kementerian Pertahanan akan menimbang cadangan supaya sebuah kem Rejimen Sempadan diwujudkan di Rantau Panjang di sini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan meminta Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim mengkaji cadangan tersebut memandangkan kawasan Rantau Panjang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

"Kem tersebut mungkin akan menempatkan 1,700 anggota rejimen berkenaan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di sini, hari ini.

Cadangan itu disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Senator Datuk Abdullah Mat Yasim bagi memantapkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan tersebut.

Dalam ucapannya, Hishammuddin turut mengecam serangan pengganas yang menggunakan sebuah van di Barcelona, Sepanyol. 

Katanya sekalipun mempunyai aset tercanggih dan agensi perisikan yang mantap, negara-negara terbabit masih belum dapat membendung serangan pengganas.

"Dunia sekarang ini sedang terkapai-kapai hendak mencari jalan terbaik untuk membendung serangan pengganas," katanya.

Menurut agensi berita antarabangsa, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 100 cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di tengah-tengah bandar raya Barcelona pada Khamis.

Sumber: Bernama | 18 Ogos 2017

Ambank Group baiki, bina rumah baharu mangsa banjir

KUALA KRAI: Kumpulan Ambank dengan kerjasama Yayasan Azman Hashim membina 20 rumah baharu dan membaiki 76 rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Era di sini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali berkata projek kemasyarakatan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.25 juta. 

Beliau berkata kesemua rumah baharu yang siap dibina itu sudah diduduki oleh mangsa banjir dengan kediaman dilengkapi perabot dan peralatan elektrik. 

"Hari ini, kami menyerahkan tiga lagi rumah baharu dan menyiapkan proses membaiki 27 rumah yang rosak. Alhamdulillah kesemua projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Kunci Kediaman Fasa 2 kepada penduduk Kampung Pasir Era hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Kampung Pasir Era yang juga wakil Yayasan Azman Hashim, Dr Hishamuddin Harun dan Pengarah Kawasan Wilayah Pantai Timur Ambank Abdul Haizi Fadhil Abdul Hamid.

Syed Anuar berkata projek pembinaan rumah itu bermula pada 2015 selepas Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim melawat kawasan yang dilanda banjir khususnya di Kuala Krai pada 2014.

Ambank Group bersama Yayasan Azman Hashim akan meneruskan program kemasyarakatan dengan membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, katanya.

Sumber: Bernama | 18 Ogos 2017

Gua Musang akan dibangunkan sebagai bandar pelancongan

GUA MUSANG: Kerajaan Negeri Kelantan sedang memajukan Gua Musang sebagai bandar pelancongan bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan Ulu Kelantan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kawasan tersebut mempunyai beberapa lokasi air terjun, gua batu kapur, keindahan flora dan fauna yang patut dilawati.

"Bandar Gua Musang juga semakin terkenal sebagai bandar transit berikutan ia terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan beberapa negeri termasuk negeri Pantai Timur dan Barat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Majlis Daerah Gua Musang yang baharu di sini, hari ini.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan merasmikan pejabat bernilai RM8.4 juta itu.

Ahmad berkata kemajuan yang dapat dilihat di bandar itu sekarang membuktikan kerajaan komited dengan perancangan bagi membawa perubahan di jajahan tersebut.

Sumber: Bernama | 17 Ogos 2017

HRPZII Kota Bharu sediakan lokar ubat bagi kemudahan pesakit

KOTA BHARU: Perkhidmatan 'Locker4U' atau peti ubat khas untuk pesakit yang diperkenalkan oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini sejak 2014 kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pesakit yang memerlukan bekalan ubat-ubatan secara berjadual.

Melalui perkhidmatan tersebut, seseorang pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama di kaunter Farmasi untuk mendapatkan ubat kerana ubat yang diperlukan itu sudah tersedia di dalam peti, hanya buka kunci dan ambil.

Perkhidmatan itu bukan sahaja menjimatkan masa malah melegakan ramai pesakit yang menghadapi masalah ruang parkir kenderaan yang tidak mencukupi di kawasan hospital berkenaan.

Seorang pesakit darah tinggi dan jantung, Mohd Radzi Ab Hamid, 58, yang perlu mengambil bekalan ubat secara berkala, menyifatkan perkhidmatan Locker4U menguntungkan kerana beliau tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berurusan di kaunter Farmasi.

Beliau rasa bertuah mendapat perkhidmatan tersebut kerana tugas untuk mengambil ubat-ubatan itu boleh juga dilakukan oleh anak-anaknya pada tarikh yang ditetapkan.

"Tidak perlu bersusah-susah mencari parkir dan kita hanya perlu berhenti sekejap untuk membuka loker dan mengambil ubat yang tersedia. Terima kasih kepada HRPZII yang menyediakan perkhidmatan ini," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Pengarah HRPZII Dr Selasawati Ghazali berkata kelebihan perkhidmatan itu adalah pesakit yang datang ke hospital tidak perlu mengambil nombor giliran dan menghabiskan masa menunggu di bahagian farmasi. 

Beliau berkata pesakit juga boleh mengambil ubat yang diletakkan di situ dalam tempoh 24 jam termasuk di luar waktu bekerja mengikut kesesuaian mereka. 

"Dengan adanya Locker4U, ini pesakit tidak perlu membuang masa mencari tempat meletak kenderaan dan pengambilan ubat susulan juga menjadi lebih fleksibel. Paling penting perkhidmatan yang disediakan ini adalah percuma," katanya.

Beliau berkata setakat ini, hospital tersebut menyediakan sebanyak 80 buah peti ubat membabitkan 320 pesakit dan pada setiap peti ubat ada empat kunci berlainan di mana empat pesakit akan berkongsi peti ubat tersebut. 

"Setiap pesakit mempunyai kunci berlainan dan mereka akan bergilir mengambil ubat mengikut tarikh yang dimaklumkan oleh kakitangan Jabatan Farmasi. Pesakit biasanya akan menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada kakitangan hospital untuk mereka datang mengambil ubat masing-masing," katanya.

Beliau berkata tidak timbul masalah bertukar ubat kerana sekiranya pesakit yang menggunakan peti sama tidak datang mengambil ubat yang disediakan, ubat itu akan dikutip kembali dan digantikan dengan ubat pesakit lain.

Dr Selasawati berkata bagi mendapatkan perkhidmatan ini, pesakit perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum diberikan kunci peti ubat itu dan membuat janji temu pengambilan ubat susulan. 

Beliau berkata perkhidmatan tersebut adalah sesuai bagi pesakit yang stabil dengan pengubatan, mempunyai preskripsi susulan melebihi satu bulan dan patuh serta faham terapi pengubatan dengan baik. 

Katanya ubat yang disediakan pula adalah berbentuk dos tablet /kapsul atau sirap bukan sediaan ekstemporaneous, bukan jenis psikotropik serta tidak sensitif kepada perubahan suhu atau kelembapan seperti insulin.

"Sebenarnya Locker4U ini adalah pencapaian membanggakan HRPZII apabila memenangi Johan Kategori Perkhidmatan pada Konvensyen Inovasi dan Kreativiti 2013, Johan Kategori Pengurusan pada Konvensyen Inovasi Jabatan Zon Negeri Timur 2014 dan Johan Kategori Perkhidmatan, Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan pada 2014, " katanya.

Beliau berkata sehingga kini, perkhidmatan tersebut turut diguna pakai antarannya oleh Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh; Klinik Kesihatan Kota Bharu dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu. 

Dalam perkembangan sama, Dr Selasawati berkata selain Locker4U, HRPZII turut menyediakan perkhidmatan Dx-Home iaitu penghantaran insulin dan ubat-ubatan lain terus ke rumah pesakit. 

Beliau berkata untuk perkhidmatan berkenaan, pihak hospital mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat yang akan menghantar bekalan ubat kepada pesakit yang berdaftar.

Caranya amat mudah iaitu pesakit yang bersetuju boleh mendaftar dengan syarikat terbabit di ruangan kiosk di Jabatan Farmasi HRPZII. 

"Untuk perkhidmatan ini syarikat terbabit akan mengenakan bayaran RM15 bagi rumah sekitar Kota Bharu dan RM20 bagi pesakit di kawasan Pasir Mas, Bachok dan Tumpat. 

"Bagi pesakit yang tinggal di Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah bayaran dikenakan adalah sebanyak RM25. Bagi perkhidmatan ini hospital tiada perkongsian keuntungan dan menyerahkan kepada syarikat terbabit untuk menguruskannya dan hospital hanya menyediakan ubat. Biasanya ubat yang dihantar adalah insulin bagi pesakit kencing manis yang perlu dikekalkan suhunya di dalam bekas khas, " katanya. 

Beliau berkata kesemua perkhidmatan yang disediakan oleh HRPZII adalah bagi membantu meringankan beban pesakit dan orang ramai yang adakalanya datang dari jauh.

Sumber: Bernama | 17 Ogos 2017

Ahad, 13 Ogos 2017

Kerajaan jamin projek ECRL tidak beban rakyat

Mustapa (dua, kiri) bertemu ketua jabatan selepas mempengerusikan mesyuarat di JPP Kelantan, hari ini
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat memberi jaminan tambang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpatutan dan tidak membebankan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, melalui projek berkenaan juga kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat sebagaimana sebelum ini melalui bidang pendidikan dan kesihatan dengan kewujudan hospital dan sekolah bersubsidi.

"Kita mahu memastikan tambang ECRL tidak membebankan rakyat dan projek ini adalah satu kemudahan yang disediakan Kerajaan Pusat kepada rakyat sepertimana projek Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) sebelum ini.

"Insya-Allah projek itu akan bermula di tapak seluas 14 ekar berhampiran Jabatan Pendidikan Kelantan di Tunjong, akhir bulan ini

"Kita memperuntukkan lima bilion di Kelantan dan belanjakan 10 peratus dari kos pembinaannya yang menelan belanja kira-kira 55 bilion secara keseluruhannya yang menghubungkan kawasan Pantai Timur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JPP Kelantan, Yahaya Mamat, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, pihaknya amat menghargai usaha kerajaan negeri yang turut memberi kerjasama berhubung soal pengambilalihan tanah untuk kelancaran projek pembinaan ECRL.

"Kelantan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang memulakan proses pengambilalihan tanah bagi projek terbabit.

"Proses ambil alih kawasan itu melibatkan tanah seluas 1,100 ekar bagi pembinaan landasan sejauh 70 kilometer dan menghubungkan lima stesen di negeri ini, "katanya.

Sumber: Sinar Harian | Terkini | 13 Ogos 2017

Tambang ECRL tidak membebankan - Mustapa

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan tambang bagi perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan membebankan pengguna.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memperuntukkan sejumlah subsidi bagi menangggung sebahagian daripada tambang yang dikenakan terhadap pengangkutan awam tersebut, sama seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

"Tiada negara di dunia ini yang membuat keuntungan melalui perkhidmatan awam. Umpamanya MRT, saya difahamkan tidak kurang 50 peratus kerajaan menanggung subsidi untuk tambang bagi perkhidmatan itu.

"Kalau ikut kos (pembinaan) memang tinggilah dan dalam masa sama subsidi yang diberikan bergantung kepada kewangan kerajaan. Bagaimanapun, gaji rakyat akan sentiasa meningkat dan mereka kena realisitik. Apapun kita akan pastikan tambang yang dikenakan adalah berpatutan," katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata demikan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan di Wisma Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, hari ini.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan akan mengenakan tambang yang tinggi terhadap perkhidmatan ECRL memandangkan kos pembinaannya adalah sangat tinggi.

Mengulas pembinaan ECRL di Kelantan, Mustapa berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion untuk pengambilan 445 hektar tanah bagi pembinaan 70 kilometer (km) landasan serta lima stesen kereta api berkenaan.

"Pembinaan ECRL di Kelantan akan melalui dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan pembinaan landasan kereta api sepanjang 46 km dari sempadan Terengganu-Kelantan dan pembinaan tiga stesen iaitu Tok Bali, Jelawat dan Tunjong (Kota Bharu). Fasa kedua pula membabitkan pembinaan landasan sepanjang 24 km dengan dua stesen iaitu di Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor," katanya.

Mustapa berkata ECRL dijadual memulakan pembinaan stesennya di Tunjong pada hujung bulan ini membabitkan kawasan seluas lima hektar.

Projek mega ECRL yang melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 km dalam tempoh enam tahun dengan kos RM55 bilion, akan memendekkan masa perjalanan pergi-balik ke Pantai Timur Semenanjung, selain bakal menjadi pemangkin pertumbuhan serta kesan limpahan ekonomi dan impak sosial positif bagi negeri-negeri Pantai Timur.

Sumber: Bernama | 13 Ogos 2017

First Navy vessel docks at Middle Rocks base

All hands on deck: KD Perdana berthing at the new maritime base at Middle Rocks.
KUALA LUMPUR: Royal Malaysian Navy (RMN) vessel KD Perdana will make regular stopovers at the new maritime base at Middle Rocks, off the coast of Johor.

The fast-attack craft and several other vessels are tasked with patrolling the waters there to ensure maritime security and safety.

KD Perdana was the first RMN vessel to berth at the base when it arrived there on Thursday, 10 days after the base was opened by Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

On Twitter, RMN chief Admiral Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin congratulated the crew of the vessel.

“Congratulations @KD­PERDANA­­­3501 the first RMN vessel to berth at the Abu Bakar Maritime Base in Middle Rocks,” he tweeted.

When contacted, he said KD Perdana would be making regular stops at the base.

The Middle Rocks outcrop was awarded to Malaysia in 2008 by the International Court of Justice (ICJ), which at the same time handed the nearby Pulau Batu Puteh to Singapore.

Source: The Star | Nation | 13 August 2017

PM outlines three ground rules to ensure victory in the GE14

Big support: Najib meeting Barisan supporters at the Meet-the-PM session in Machang. — Bernama
MACHANG: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has outlined three principles that could help Barisan Nasional emerge victorious in the 14th General Election (GE14).

He said first and foremost, members must embrace the spirit of Barisan’s struggle and toe the line while remaining loyal to the leadership.

“If we practise these three principles, Insya Allah (God willing), GE14 is ours,” he said at the Oghe Mache (people of Machang) Meet-the-PM session and launching ceremony of the RM75mil People’s Housing Project at SMK Bandar Machang yesterday.

Also, Najib praised PAS for displaying a high-level of political maturity, because the party does not blindly attack others without checking facts first.

He expressed his gratitude to the PAS leadership for checking the facts with 1MDB president Arul Kanda before announcing its positive view of the sovereign wealth fund’s rationalisation plan.

“It shows that PAS puts the interests of the rakyat and nation first. “It does not attack for the sake of attacking an opponent.

“It embraces the principles of tabbayun (to check and verify news and information before accepting it as true), where they meticulously check facts before forming an opinion,” he said.

He also commended PAS for breaking ties with DAP. Earlier when launching the housing scheme, Najib said the RM75mil allocated was to build 418 units on a 16ha plot in Batu 25 Machang.

He said the Government subsidised between RM80,000 and RM120,000 for each unit, which was sold for RM35,000 to buyers earning below RM3,000 a month.

He said the Government has built 1,000 such units in Kota Bharu. Najib also announced a RM8.5mil allocation to improve infrastructure and amenities in Machang.

This includes RM5mil for the building of rural roads, RM2mil for social amenities and RM1.53mil to upgrade mosques and surau.

“The allocation is also for the refurbishing of 100 houses belonging to poor folk, repairing drains and fixing damaged rural roads,” he said.

Najib said this was an immediate response to a request by Machang MP Datuk Ahmad Jazlan Yaakub for extra allocations to improve the infrastructure and facilities in the district.

In an earlier speech, Ahmad Jazlan said the people of Machang hoped to see greater development, as the district was neither under the purview of the South Kelantan Development Board nor the Kelantan Agriculture Development Board.

Among those present was International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, who is also MP for Jeli.

Afterwards, Najib opened a new building worth RM57mil at Hospital Jeli. Construction was completed last year and the new building has two operating theatres and 56 beds, among other amenities.

Najib said that although Kelantan has been under PAS rule for 27 years, the Government puts the interests of the rakyat before politics.

Also present was Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Source: The Star | Nation | 13 August 2017

Kerajaan tanggung subsidi rumah PPR

Najib Tun Razak tertarik melihat model rumah selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat Parlimen Machang, semalam. Turut hadir Mustapha Mohamed (dua dari kanan) dan Noh Omar. Foto: Bernama
MACHANG: Bakal pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini akan menikmati subsidi Kerajaan Pusat antara RM80,000 sehingga RM120,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak lapan projek PPR dirancang di negeri ini termasuk 1,000 unit yang telah siap di Kota Bharu serta 418 unit yang dalam proses pembinaan di daerah ini.

Beliau berkata, projek yang menyentuh hati dan perasaan rakyat itu merupakan sebahagian daripada janji Barisan Nasional (BN) untuk penduduk Kelantan sebelum ini.

“Hari ini saya melancarkan projek PPR yang telah saya janji­kan beberapa tahun lalu. Projek ini melibatkan kos sebanyak RM75 juta untuk 418 unit dan insya-Allah proses pembinaan sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada awal 2019. 

“Sebanyak lapan projek PPR akan dilaksanakan di negeri ini termasuk di sini. Lazimnya harga untuk setiap unit RM35,000 dan kerajaan akan memberi subsidi antara RM80,000 sehingga RM120,000 bergantung kepada kos tanah dan kontraktor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar Wilayah dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga Ahli Parlimen Machang.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan pimpinannya tidak pernah mengamalkan dasar meng­hukum negeri ini sebaliknya me­nganggap rakyat Kelantan adalah umat Islam dan rakyat Malaysia yang perlu dibela.

“Datuk Pa (Mustapa) ingatkan kepada saya, kalau diukur dari segi peruntukan, saya beri lebih daripada yang lain termasuk yang pernah memimpin negara selama 22 tahun. Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) hanya RM3.36 bilion untuk Kelantan, di bawah RMK-11 sebanyak RM12.87 bilion, hampir empat kali ganda peningkatan.

“Kita bina lebuh raya, jamba­tan, lapangan terbang, perumahan dan hospital, saya bagi semuanya untuk apa? Supaya kita mesti berlaku adil ketika kita memimpin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM8.53 juta untuk pembangunan daerah ini yang membabitkan pembinaan jalan perhubungan desa sebanyak RM5 juta; kemudahan ameniti sosial (RM2 juta) dan projek khas membaik pulih masjid serta surau berjumlah RM1.53 juta.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 12 Ogos 2017 | Terbitan 13 Ogos 2017

Sabtu, 12 Ogos 2017

PM rasmi bangunan tambahan Hospital Jeli

Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Hospital Jeli hari ini.
JELI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan bangunan tambahan Hospital Jeli, di sini yang bernilai RM57 juta untuk dimanfaatkan kira-kira 47,000 penduduk daerah ini.

Bangunan tambahan tersebut yang siap dibina pada 2016 mempunyai tambahan 56 katil menjadikan jumlah keseluruhan katil di Hospital Jeli kini adalah sebanyak 80 katil.

Selain jumlah katil, skop perkhidmatan yang dipertingkatkan ialah penambahan dua dewan bedah, Unit Pensterilan (CSSU), Unit Patologi dan Tabung Darah, Bilik Isolasi, Unit Rekod Perubatan dan pertambahan ruang letak kereta.

Menurut Perdana Menteri, projek bangunan tambahan itu menjadi bukti kecaknaan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat di mana sahaja mereka berada tanpa mengira sama ada sesebuah negeri itu ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) atau tidak. 

“Semoga dengan terbinanya blok bangunan tambahan Hospital Jeli ini, rakyat di sekitar Jeli akan dapat menikmati kemudahan rawatan yang lebih selesa dan berkualiti,” katanya ketika merasmikan bangunan tersebut di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher.

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 12 Ogos 2017

Lapan projek PPR di Kelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama warga pondok selepas merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat Parlimen Machang sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan di SMK Bandar Machang di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
MACHANG: Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menepati janji yang telah dibuat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PPR ini bukan sahaja dilaksanakan seperti yang dijanjikan malah ditambah kepada lapan projek keseluruhannya di negeri ini.

Menurutnya, lapan PPR berkenaan termasuklah di Ketereh, Pasir Mas dan beberapa kawasan lain.

“Sebelum ini, Perdana Menteri berjanji untuk membuat PPR di negeri ini dan hari ini, beliau sendiri telah datang untuk melancarkan PPR di Parlimen Machang ini. 

“Sebenarnya, beliau janji untuk melaksanakan PPR di dua, tiga kawasan sahaja tetapi telah meluluskan lapan PPR kesemuanya dengan peruntukkan berjumlah RM600 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Sumber: Utusan Online | Nasional | 12 Ogos 2017

RM2.4 bilion untuk pendidikan di Kelantan

Alias Ahmad (dua dari kanan) merasmikan Jelajah Pendidikan KPM 2017 di sebuah pusat beli belah di Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan memperuntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk pembangunan pendidikan di negeri ini.

Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, peruntukkan tersebut melibatkan 592 buah sekolah, 319,000 pelajar dan pembayaran gaji kepada 34,000 guru serta bukan guru di negeri ini.

Beliau berkata, pembangunan pendidikan amat penting untuk membentuk modal insan yang akan mewarisi negara ini pada masa depan.

"Kita menerima peruntukan yang paling tinggi iaitu RM43 bilion berbanding Kementerian Kesihatan yang menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu sebanyak RM21 bilion, ini membuktikan kerajaan amat menitik beratkan pendidikan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail. Sementara itu, Alias berkata, negeri Kelantan merupakan lokasi ketujuh program tersebut yang sebelum ini telah diadakan di Kedah, Terengganu, Melaka, Selangor, Johor Baharu dan Negeri Sembilan.

Katanya, dalam siri jelajah dua hari bermula semalam di negeri ini, kira-kira 9,000 komuniti setempat termasuk guru, pelajar, murid dan ibu bapa mengambil peluang untuk mendapatkan penerangan serta penjelasan mengenai dasar yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

"Siri jelajah ini memfokuskan kepada penerangan kejayaan bidang pendidikan dan keberhasilan murid melalui gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Justeru, masyarakat perlu memanfaatkan program Kementerian Pendidikan 'turun padang' ini untuk bertanyakan kemusykilan berbanding terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial," katanya. 

Sumber: Utusan Online | 12 Ogos 2017

Federal Government does not abuse opposition-ruled states - PM

JELI: The Federal Government under the Barisan Nasional (BN) has never abused opposition-ruled states, especially Kelantan, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said as prime minister and head of government, he could not harbour vengeance although the BN failed to rule in the states in question.

"As leader, I must be fair to the people, whether they are BN supporters or otherwise. At least, I will get merit in the hereafter, even if I don't get the votes.

"Hopefully, with such efforts, we can develop our country," he said when speaking at the 'Leader with the Jeli People' event and launch of the Jeli Hospital's additional building here today.

Also present were International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Deputy Minister in the Prime Minister's Department Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki and State Federal Development Department (JPP) director Yahaya Mamat.

In the meantime, Najib said Malaysia continued to provide health service which was among the best in the world, with a high subsidy allocation each year.

"We spent RM22 billion (for public health care) this year but collected only RM700 million (to date)...a large subsidy allocation.

"For example, we only pay RM1 to obtain numerous types of medicine, while the fee to meet a specialist doctor is RM5 and a RM50 charge is imposed for delivery at a government hospital.

He said the people of Kelantan would continue to have the best health service when the Bachok and Kuala Krai hospitals are completed soon, making 10 districts in the state with their own hospital.

Meanwhile, the RM57 million new additional building at the Jeli Hospital provides better, more modern and complete health facilities for the 47,000 residents in the district.

The additional building which was completed last year has an extra 10 beds, making the total number of beds at the hospital at 80 units.

The other services provided include the increase in the number of wards from two to four; two operation theatres; treatment and diagnostic facility; pathology unit and blood bank; central sterile support unit; complete medical record with information communication and technology facility; and 80 more public parking bays.

Source: Bernama | 12 August 2017

Najib garis tiga prinsip penentu kejayaan perjuangan UMNO, BN | PM lancar projek PPR Machang

Datuk Seri Najib Tun Razak melihat model rumah Projek Perumahan Rakyat selepas merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat Parlimen Machang.
MACHANG: Roh perjuangan yang ikhlas untuk rakyat, barisan kepimpinan yang padu dan wala kepada pemimpin adalah tiga prinsip utama yang menentukan kejayaan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebaliknya, perjuangan yang berasaskan balas dendam, kekecewaan dan material pasti akan menemui kegagalan.

"Kalau perjuangan itu berdasarkan roh perjuangan yang suci untuk melakukan sesuatu yang terbaik, maka insya-Allah akan berkat perjuangan kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang, di sini, hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO turut berharap akan berlaku perubahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 berbanding pilihan raya sebelum ini memandangkan sokongan terhadap UMNO dan BN di negeri itu bertambah baik.

Sementara itu, Najib berkata sebanyak 418 unit rumah PPR dengan kos RM75 juta yang sedang dibina di Kampung Batu 25 di sini, dijangka siap pada awal 2019.

Beliau berkata PPR berkenaan yang merupakan antara lapan projek yang sedang dan telah siap dilaksanakan di Kelantan, adalah sebahagian daripada janji beliau kepada rakyat Machang beberapa tahun lepas.

Beliau berkata setiap unit rumah PPR itu dijual pada harga RM35,000 seunit dengan subsidi antara RM80,000 dan RM120,000 ke atas ditanggung kerajaan berdasarkan kos pembinaan dan harga tanah bagi sesebuah PPR.

"Kerajaan Persekutuan melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Kelantan. Sebagai Perdana Menteri saya tidak pernah amalkan dasar menghukum rakyat Kelantan, kalau diukur dari segi peruntukan saya beri lebih daripada pemimpin yang terdahulu.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan jumlah peruntukan yang diluluskan kepada Kelantan hanya RM3.7 bilion manakala pada Rancangan Malaysia Ke-11 peruntukannya berjumlah RM12.87 bilion, hampir empat kali ganda," katanya.

Antara pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan di Kelantan ialah Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, projek perumahan, hospital, jambatan baharu serta membina dan membaik pulih masjid.

Pada majlis itu, Najib turut merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Machang.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sumber: Bernama | 12 Ogos 2017

Pas amal politik matang, tidak serang semberono - Najib

MACHANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS yang kini mengamalkan politik matang dan konstruktif tidak lagi membuat serangan semberono terhadap sesuatu isu.

Beliau berkata PAS mengamalkan prinsip 'tabbayun' iaitu parti itu membuat siasatan terlebih dahulu dan barulah ia membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesuatu isu.

"Dalam hal isu 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dia (PAS) panggil (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) Arul Kanda (Kandasamy) dan selepas penjelasan oleh Arul Kanda, baru dia buat pendirian dia.

"Pendirian dia ialah memahami bahawa kita perlu beri peluang kepada 1MDB untuk melaksanakan pelan rasionalisasinya dan apabila berjaya nanti bererti masalah 1MDB boleh selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Machang.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, hasil daripada kematangan dalam berpolitik itu menjadikan PAS parti pembangkang yang konstruktif.

"Kita bersaing (berlawan) tetapi dalam hal-hal tertentu yang boleh memberi manfaat dan kebajikan, kita boleh bekerjasama," katanya.

Ditanya adakah kerjasama itu akan melangkah lebih jauh iaitu kerjasama politik, Najib berkata: "Itu tak tahu lagi, kita tengok keadaan."

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Arul Kanda mengenai hutang yang ditanggung oleh 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang tersebut, hasil sidang meja bulat yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama | 12 Ogos 2017

Jabatan Perhutanan Kelantan ikrar bebas rasuah

KOTA BHARU: Warga Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan hari ini melakukan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), yang antara lain untuk menangkis persepsi buruk masyarakat terhadap jabatan berkenaan.

Pengarahnya Datuk Zahari Ibrahim berkata IBR itu diharap dapat memastikan semua pegawai dan kakitangan sentiasa berintegriti tinggi.

"Kita berharap dengan ketiadaan unsur rasuah serta tahap integriti tinggi, ia dapat mengurangkan ketirisan sekali gus meningkatkan hasil kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Moh Samsudin Yusof.

Zahari berkata sejak dua tahun lepas, tiada kakitangan Jabatan Perhutanan negeri didakwa di mahkamah berkaitan rasuah, manakala kurang daripada 10 kakitangan dikenakan tindakan tatatertib.

Sementara itu, Moh Samsudin berkata SPRM sedang menyiasat dakwaan berlakunya penjualan cuti sakit oleh klinik kesihatan kerajaan negeri yang dijual dengan harga di antara RM5 dan RM10.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ketua-ketua jabatan kerajaan supaya lebih kerap memeriksa rekod kesihatan pegawai dan kakitangan mereka supaya kegiatan itu tidak berleluasa. 

"Kita sudah mengadakan banyak program IBR dan akan lihat selepas ini apakah ia berkesan terhadap sesebuah jabatan. Kita memberi amaran tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas," katanya. 

Sumber: Bernama | 10 Ogos 2017

Selasa, 8 Ogos 2017

Another RM9.9bil investments coming to ECER

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak witnesses a document exchange between the East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) and 14 foreign and domestic investors in East Coast Economic Region (ECER) at Parliament.
KUALA LUMPUR: The East Coast Economic Region (ECER) has attracted another 14 local and foreign companies with RM9.9 billion investments, bringing the total investments into the economic corridor to RM109.15 billion.

This edges the corridor closer to its target of attracting RM110 billion investments by 2020, ECER Development Council (ECERDC) chief executive officer Datuk Seri Jebasingam Issace John said.

The 14 investors exchanged documents of the deals with ECERDC at Parliament today, witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

The RM9.9 billion investments are expected to create 4,000 jobs, Jebasingam said.

He said the transformation in the ECER has a positive impact on the livelihood of Malaysians, with over 140,000 jobs and 26,000 entrepreneurial opportunities created across the urban and rural areas of the region.

"With this signing of deals worth RM9.9 billion today, the ECER is on track to achieving its year 2020 investment goals (RM110 billion). This brings the total committed private investments since 2008 to RM109.15 billion," he added.

Jebasingam said the ECER investment growth in the last 10 years had contributed significantly to the region's overall gross domestic product (GDP), which increased by RM9.7 billion or 1.8 percentage point from the 3.9 per cent GDP growth since 2007.

"We have built a dynamic ecosystem in the region whereby each investment project creates immense spillover benefits on the overall economic value chain.

"This includes businesses, entrepreneurs, workers as well as the service providers, thus making the ECER’s socioeconomic landscape vibrant, sustainable and resilient," he said.

According to Jebasingam, six local Bumiputera companies are involved in 165 projects worth RM15.6 billion, contributing 1.5 per cent of the total approved investments in the ECER in line with the Bumiputera Economic Transformation Roadmap 2.0.

"This will help elevate the well-being of the community through greater participation in the economy. More than 18,000 new employment opportunities are expected to be created from the total Bumiputera investments,” he said.

The ECER’s entrepreneur programme has helped 6,453 entrepreneurs upscale their business, he added.

About 18,000 micro, small and medium entrepreneurs were created from these programmes, who in turn generated more than 33,000 job opportunities for the local communities.

He said ECER will continue to strengthen its integration and connectivity with the Asia-Pacific region through the implementation of high-impact public infrastructure projects such as the Kuantan Port Expansions, the East Coast Expressway (Phase 3) and the East Coast Rail Line (ECRL).

The 600km ECRL will form the backbone of infrastructure for transportation, ensuring balanced and integrated socioeconomic transformation even to smaller towns across the region.

"This game-changer will connect the two major ports (Port Klang and Kuantan Port), and improve connectivity and contribute an additional one to 1.5 per cent of the GDP to the ECER," he said.

Source: New Straits Times | 7 August 2017

Isnin, 7 Ogos 2017

Malindo Air perlu berpindah ke Terminal KLIA 2

KUALA LUMPUR: Malindo Airways Sdn. Bhd. (Malindo Air) perlu diarahkan untuk memindahkan operasi mereka ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bagi berlaku adil dengan syarikat penerbangan yang lain.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tidak sewajarnya Malindo Air yang merupakan sebuah syarikat penerbangan bajet milik asing dibiarkan meneruskan operasinya di Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan syarikat tersebut mempunyai cukai lapangan terbang yang tertunggak sehingga RM70 juta.

“Kenapa perlu ada layanan dwistandard kepada Malindo Air? Syarikat ini dipercayai mempunyai masalah kewangan sehingga tidak membayar cukai tetapi masih beroperasi di KLIA yang mempunyai kemudahan bertaraf dunia.

“Perkara ini menyebabkan KLIA sesak dan tidak lagi eksklusif kepada para pengguna malah ia juga tidak adil kepada syarikat penerbangan lain yang membayar cukai mereka,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi membangkitkan persoalan mengenai Malindo Air yang mempunyai tunggakan cukai lapangan terbang sehingga RM70 juta.

Mohd. Puad juga meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan syarikat penerbangan tersebut melunaskan hutang tersebut dengan segera.

Jais menambah, kecekapan dan tadbir urus korporat yang dilaksanakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga mula dipersoalkan ramai pihak memandangkan Malindo Air terus dibiarkan beroperasi walaupun dengan cukai yang tertunggak.

“Bagaimana pegawai MAHB boleh tutup mata membiarkan Malindo Air terus menggunakan kemudahan di KLIA sedang­kan cukai tertunggak syarikat berkenaan ter­lalu tinggi?

“Saya berpendapat MAHB juga perlu disiasat kenapa membiarkan sehingga perkara ini terlepas pandang,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Undang-Undang Kelab Sahabat N87, Kamarudin Ahmad berkata, operasi Malindo Air perlu dipindahkan ke KLIA2 agar operasi semua syarikat penerbangan bajet dise­laraskan di satu kawasan sahaja.

“Layanan harus diberikan sa­ma rata kepada semua syarikat penerbangan dan sepatutnya ti­dak wujud unsur pilih kasih.

“KLIA seharusnya dijadikan pu­sat operasi penerbangan antarabangsa dan tidak boleh dicampur dengan penerbangan lain,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 6 Ogos 2017 | Terbitan 7 Ogos 2017

Tunku Aziz: Investigate possible elements of corruption in Malindo Air airport tax case

KUALA LUMPUR: Tunku Aziz Tunku Ibrahim is urging authorities to investigate possible elements of corruption in the case of Malindo Air failing to pay RM70 million worth of airport taxes.

In a press conference here today, the social activist said no action had been taken so far by the Transport Ministry, the police or the Malaysian-Anti Corruption Commission (MACC) on the low cost airline since the debt was revealed last Monday.

He claimed there was “an unmistakable smell of a rat somewhere” in the whole conundrum.

“There is every reason to believe that there is more to this case that meets the eye. The money which represents airport tax collected by Malindo Air on behalf of MAHB (Malaysia Airports Holdings Bhd) belongs to MAHB and must be paid in when due to the rightful legal owner.

“In this case, Malindo Air has clearly committed criminal breach of trust, a serious offence in law.”

Authorities, especially the police and MACC, he said, should take special interest in this affair, given the ‘special treatment’ Malindo Air had been enjoying.

Tunku Aziz also highlighted several issues surrounding the airline, including the appointment of Indonesia’s new ambassador to Malaysia Rudsi Kirana as owner, the airline being allowed to operate at Kuala Lumpur International Airport instead of KLIA 2 and the possibility of bringing national carrier Malaysia Airlines down.

“One cannot help but wonder whether MAHB is trying to undo the progress the new management of Malaysia Airlines has worked their guts out to achieve under the already difficult circumstances.”

On 30 July, Umno Supreme Council member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi urged MAHB to clarify if Malindo Air had paid its airport tax this year amounting to RM70 million and on why the airline was given ‘special treatment’.

Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai two days later acknowledged that Malindo owed the sum and expressed confidence the airline will be able to settle the arrears.

Source: New Straits Times | 7 August 2017

Jabatan Imigresen Kelantan tahan 28 pendatang asing tanpa izin

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 28 pendatang asing tanpa izin dalam Ops Ikrar yang dilaksanakan selama dua hari bermula Sabtu lepas di Jajahan Kota Bharu dan Pasir Mas.

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pendatang asing terbabit berumur antara 24 higga 45 tahun, terdiri daripada 16 warga Indonesia, Thailand (tujuh), Myanmar (dua), Vietnam (dua) dan seorang warga Laos.

"Mereka yang terdiri daripada 16 lelaki dan 12 wanita ditahan kerana didapati tinggal lebih masa, tidak memiliki dokumen perjalanan dan salah guna pas lawatan sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata 37 anggota jabatan tersebut terlibat dalam operasi berkenaan dengan membuat pemeriksaan di sebuah kilang kayu di Pasir Mas dan sebuah hotel serta dua restoran di sekitar bandar ini (Kota Bharu).

Beliau berkata kesemua pendatang asing tersebut dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama | 7 Ogos 2017

Budget carriers, Malindo included, should operate from KLIA 2: Second Finance Minister

Malaysia Airlines and Malindo Air carriers seen here at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) should consider relocating budget airliner Malindo Air to Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) to help ease congestion at Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

MAHB should also initiate collection of outstanding passenger service charges from airlines including Malindo.

Second Finance Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani said MAHB should insist budget carriers operate at KLIA 2.

He said this was the most immediate step to help ease the worsening congestion at KLIA.

He said the longer-term solution was to expand KLIA but this would take time.

Meanwhile, Umno Youth has called for immediate action to move the operations of budget airliner Malindo Air back to Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2).

Its deputy chief, Senator Khairul Azwan Harun, said having the airline operate in KLIA 2 would be in the best interest of national carrier Malaysia Airlines, which operates from Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

We want an immediate correction to be made to ensure that Malindo Air operations are allowed only at KLIA 2 as Malindo Air is a low-cost carrier.

In the best interest of Malaysia Airlines, we want Malindo Air not to operate from KLIA’s main terminal.”

He said the single largest shareholder of Malindo Air was Indonesian Rusdi Kirana.

Both Rusdi and its (Malindo Air’s) chief executive officer Chandran Rama Muthy must respect and abide by the original spirit of the agreement as a low-cost airliner and fulfil its obligations under prior arrangement.”

Malindo Air operates from KLIA and the Sultan Abdul Aziz Shah Airport, or the Subang Airport.

Issues of flight operations and congestion at KLIA came under the spotlight recently after numerous complaints on how passengers had to endure long durations to clear Customs and Immigration checks.

Tourism Malaysia chairman Datuk Dr Siew Ka Wei said the board was working with the Immigration Department to resolve congestion and delays experienced by tourists.

He said the board was aware of the situation and was working with the department and Malaysia Airports Holdings Bhd to address the problem.

“We look forward to a quick solution as the situation has become critical.

“The coming months are peak holiday season for many markets. In addition, the 2017 Sea Games is just around the corner, and we are expecting to welcome some 15,000 athletes and officials, as well as their supporters.”

Source: New Straits Times | 3 August 2017